Thursday, September 29, 2011

Slam -_- Bila Mata Mu Berkaca



Antara Kumpulan Kegemaran Aku Sewaktu Zaman Muda Remaja... ^^
aku memang giler ar ngan kumpulan Slam nie.. nak2 penyanyi dia Zamani dan aku pernah gie road show dorang kat Seremban Center Point sewaktu dorang lancarkan album serta komik dorang sendiri.. memang masa tu rasa macam mimpi aje.. dapat jumpa, gambar ngan salam ngan artis pujaan hati... =))

so, kalo tak silap aku nie lagu terakhir yang Zamani nyanyikan sewaktu dorang masih dalam kumpulan Slam sebelum dorang berpecah.. sedey gak masa baca kumpulan feberet aku nie berpecah tapi apa nak buat kan?? keputusan dorang bukan nya keputusan dorang nak ikut kata peminat.. :)

so layan aje ar eik.. Bila Mata Mu Berkaca.. nak mp3 boleh donload kat sini... ^^



ps : Layan Lagu Lama2 Pun Best Gak.. ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, September 27, 2011

My 2nd Phase (250911) ^^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

pertama kali aku nak panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana My 2nd Phase telah berjalan dengan lancarnya pada 25 hb September yang lepas.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... ^^

penat memang ar penat tapi amat seronok bila semua kaum keluarga kedua2 belah pihak bertemu.. sebabnya majlis aku nie hanya tuk majlis kekuarga aje.. :)
tiada siapa yang di jemput melainkan kaum kuarga, kenalan mak dan ayh aku, jiran2 serta kaum keluarga pihak lelaki aje.. :)

dan segalanya telah berjalan dengan lancar.. layanan daripada pihak catering iaitu Zemi Catering memang SUPERB!! :)
memang amat2 berpuas hati ngan layanan, masakan serta perhiasan yang dorang sediakan.. ramai tetamu yg hadir macam tak caya aje rege yang di kenakan ngan apa yang dorang lihat dengan mata dorang.. insya Allah, majlis besar esok pasti akan menggunakan perkhidmatan Zemi Catering gak.. ^^

yang pelamin dan make up pun memang superb!! Kak Ros From D'Ziera Bridal Boutique memang sempoi dan memang magic touch ar akak tu.. memang berubah muka aku di make upnya.. ^^
pelamin mini pun memang sempoi tapi amat2 menarik.. ramai yang puji.. memang tak sia2 aku ambik akak nie.. ^^
(nanti aku upload eik gmbar pelamin mini tu)

tak lupa gak pada mak, ayah serta adik aku yang bertungkus lumus menyiapkan barang2 hantaran termasuk gak jiran2 aku yang banyak membantu macam Mak Wa yang siap berkampung tuk tolong mak ngan adik aku siapkan.. :)

pada sedara mara aku yang tolong menyiapkan apa yang patut pada malam merewang tu.. memang best ar... walaupun tak semua berkumpul... :)
dan pada My Official Photographer Mr Bob From DNA Pixel Works, ko memang rock ar bro.. dan aku menantikan akan gambar2 yang ko ambik.. walaupun ko memang suka nyakat aku.. aku tau ar aku tak boleh nak marah2 ko kan masa tu.. dan walaupun ko sesat smpai ke Bagan Pinang kan.. tapi memang sempoi keje ngan ko.. ^^

pada My Best Buddy Mr. Dude serta tunangnya Jue kerana sudi datang dan sudi menjadi Unofficial Photographer aku.. ^^

dan tak lupa gak pada En.Cinta a.k.a En Tunang.. thanks you sooo much For Being My Sweet Lovely Heart Beat... And I Love You So Much Abg.. Insya Allah, Perjalanan kita untuk ke akhir "permainan" ini akan di berkati dan di restui oleh Ilahi.. ^^

Tak Lupa gak pada teman2 ku yang mendoakan dan mengucapkan tahniah.. thanx 
korang.. ^^


sempoi kan?? tapi tetap kekal menarik... ^^


ps : Masa Akhir Sedia Menanti... ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, September 23, 2011

Aku Copy Paste & Share Aje Entry Cik Hanis Zalikha... ^^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Jumaat penghulu segala hari.. Alhamdulillah aku masih berupaya untuk meng-update teratak buruk ini setelah sekian lama aku menghilang.. line tenet lembab, banyak keje.. =.="

ok ar, tadi sewaktu aku berjalan2 ke blogger yang famous2 nie.. aku terjumpa ar seketul entry daripada Cik Hanis Zalikha.. aku sebenarnya tertarik ngan entry beliau yang bertajuk " 6 THINGS TO CONSIDER BEFORE PUBLISHING YOUR LOVE LIFE ONLINE" gitu ar tajuk nya.. so aku copy paste aje ar eik kat snie... boleh share2 ngan korang semua.. dan laie satu macam terkena kat batang idung sendiri aje.. (walaupun tak banyak aku citer pasal En.Cinta tapi terasa jugak tau) =.="




In response to the Google keyword search 'Hanis Zalikha boyfriend' that has knocked on my door countless times, I bring to you... 6 Things To Consider Before Publishing Your Love Life Online.
Take this: You have a boyfriend/girlfriend. You love him/her with all your heart, you jump I jump my heart will go on. Next thing you know, you're itching to tell the (online) world how deep/high your love is because obviously sea mountain all sure cannot challenge. So... Should you? Should I?
STOP RIGHT THERE MISSY!

Your Audience
For this blog, I tahu adik-adik sekolah rendah (hai semua! hai kawan Alisya!) ada yang tegar baca belog ini nak tahu game terkini kat Facebook yang diorang boleh cuba menang LOL. Yang si pembaca cilik sudahlah senang terpengaruh, nanti umur baru setahun sebaya dengan jagung, dah nak ada pakwe/makwe ikut Keknis. Tak molek-molek.
I juga tahu ada lecturer-lecturer (salam 1Malaysia, salam 1UiTM di hatiku *berhemah*) yang ikuti penulisan I, jadi sungguh gelilah jikalau I mahu berjiwang di sini. Tak berwibawa betul nak cerita hari tuh kitew giew Uptown mamam doyan (durian dalam bahasa takde gigi) dengan diew hewhewhew nafas diew bau doyan lew pastuew, kitew pon samew jew, maluewww hikhikhik.
So think, who is your audience/reader/follower/FB friend? Is that really what you want to expose to them? My future boss might be reading this too... (HELLO FUTURE BOSS!)

Privacy Issue
For me, there are things that I'd like to keep private because as a lifestyle blogger (who exposes almost everything; work, study, family), I do need my space. And my partner does need his space as well.
My bestfriends (read: bestfriends, not just one) always come to me "Weh aku rimas orang yang aku jumpa tanya-tanya pasal kau sebab tahu kita bestfriend -_-". Jadi kini saya lebih memahami akan situasi. Takpelah, price yang I have to pay for being a blogger tak patut diburdenkan kepada orang tercinta dalam hidupku (Hamis ko takyahlah nak feeling public figure kat sini).
Saya juga aware situasi di mana haters, kalau tak dapat goyangkan dia punya target, dia akan shift kepada the partner. Jadi kalau orang benci/menyampah/meluat/geram/tak puas hati dengan saya, nanti partner saya ke yang kena tanggung bashing? Oh tak boleh lagu tu, tak boleh...
So I choose to keep my love life private.

Public Rating
Most of us have the tendency to judge/rate/compare someone's partner. I am not willing to let my other half go through that. Physical/economical/mental semua nak komen (mulut orang, takleh nak tahan jadi lebih baik avoid awal-awal). I pun taknak kena "Eh Hanis tak deserve him at all, just look at her".
Worse, I've seen some cases di mana sang public figure tukar-tukar boyfriend dan orang compare current boyfriend/husband with previous boyfriend. Tak ke stress?
Kalau you tegar, or ada your own agendas (as relationship guru ke apa), it is up to you though.

Trash Can
No one wants to go separate ways in bitterness, but can you foresee the future? Kalau tertempek muka sang kekasih dalam entri terdahulu, bila tak berhasil antara anda berdua, ha kan dah kena buang one good entry. Kalau banyak penulisan anda ada include dia? Ha kan dah kena buang few good entries.
Rugi... rugi...
Lagi drastik bila terpaksa tukar blog address/banner/host terus.

Over feeling
Toleransi orang terhadap material jiwang berlainan. Ada yang suka nak baca, ada yang rasa nak pelangkung. Anda ada kan kawan di Facebook yang suka canang-canang pasangan dia, aktiviti mereka bersama, ekpresi cinta di hati, setiap 5minit? Ha anda suka? Kalau anda suka baguslah, anda memang penyayang.
Jadi saya nak elak benda tuh lebih baik jangan mulakan. Mana kita tahu kan, kot-kot dah angau takleh kawal. Nanti tulis pun macam bagus, pakwe I paling best/sweet/romantik/hot/berasap. Jenuh korang nak mengadap.
Takpelah, biar kami angau berdua sahaja. Last time I checked, love is between two people.

Special Place
Begini. I buat belog dari I umur 18tahun. Imagine kalau dari waktu I start belog, setiap kali tukar pasangan, I tulis kat belog ini. Wah! Meriah uols!
Takleh jadi... takleh jadi... Macam dah takde apa yang istimewa. Jadi apakata siapa yang menang (best man wins gitueww) je, boleh difeaturekan. Nama dia : Hasben.

Kredit To Cik Hanis Zalikha dan mohon maaf pada sesiapa yang terasa ngan entry ini... :) walaupun sebenarnya korang boleh cakap " INI BLOG AKU, AKU PUNYA SUKA AR" tapi bila baca dan fikir2 balik, ada betul gak.. so cuba fikir dalam diri secara positive ways not the negative ways ok.. ^^

ps : Pas Nie Kena Pkir2 Dulu Sebelum Nak Publish Citer Pasal En.Cinta.. ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, September 20, 2011

5 more days 2 go... ^^

Another 5 More Days To Go..
Dup dap dup dap
doakan agar ianya berjalan ngan lancar eik.. ^^









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, September 14, 2011

Double Kegembiran... ^^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

di sebabkan lappy aku masih di dalam ward kat All IT Terminal One, Seremban.. maka tiada ar gambar2 yang menghias entry aku pada kali nie.. guna lappy My Ayah so, enggak boleh nak buat macam lappy sendiri penuh ngan gambar2 syok sendiri aku tu... :p

sebenarnya memula nak wat Wordless Wednesday, then tak jadi ar sebab aku nak share kegembiraan family aku dalam taun nie dan taun depan.. "double joy".. :)

sangat2 terasa bertuah berada di dalam family yang sentiasa menyokong dan melakukan yang terbaik tuk kita.. sangat2 happy bila berada di dalam family yang bahagia dan penuh dengan kasih sayang.. :)

selama 28 tahun aku hidup, aku amat bertuah dan Insya Allah, taun depan aku jua mempunyai family aku sendiri bersama2 ngan En.Cinta yang tersayang.. dan aku menjadikan family aku sebagai inspiration tuk aku membina family aku kelak.. :)   dan tinggal beberapa minggu aje My 2nd Phase akan berlangsung.. sangat berdebar2.. :)

dan seterusnya bulan 11 taun nie akan yang akan menurut menjadi pengikut aku.. :p
aku tau pun My Mak bagitau aku tadi.. katanya bulan 11 merisik dan bulan 2 taun depan bertunang.. Alhamdulillah.. aku panjatkan penuh kesyukuran.. ^^

ok ar.. sambung wat keje.. Insya Allah kita akan bertemu di dalam entry yang akan datang.. ^^

ps : Aku Tumpang Gembira Bila Mengetahui Yang My Big Sis Cheryna Sedang Angau.. :)








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, September 11, 2011

Tolong Ar... Aku Menyampah Tahap Gaban!!

Mohon Kerja Sama Rakan2 Yang Bergelar "BLOGGERS".. Mohon ar jangan create events
tuk org len baca entries korang.. sgt2 MENYAMPAH.. kalo create events untuk jemputan
 majlis2 atau nak bgtau somethings yang berguna tak pe ar.. nie create events suh "like"
 fanpage ar, suh baca entry ar and watsoever.. please ar eik kot ye pun nak traffic tinggi
 mencanak2, bukan mcm nie caranya.. boleh membuatkan org2 yg di invited tu menyampah tau.. =.="




Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Apabila Si Tangan Kayu Membuat Biskut Arab... ^^



Salam n eellopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan Ahad korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

ok ar.. nie projek aku dan adik aku malam Sabtu yang lepas.. projek pas raya.. tujuan nya sebab meraikan My Mak yang beraya selepas bepuasa sunat 6.. ^^

Biskut Arab nie amat2 mudah nak di buat.. amat2 senang nak cari bahan2.. hanya menggunakan 3 jenis bahan aje.. ^^

meh kita check it out the ingredients ok.. =)

Bahan2 Nya :

125 gm minyak sapi
125 gm gula kaster
250 gm tepung gandum

Cara2 Membuatnya :

1 - pukul minyak sapi dan gula kaster hingga sebati..

2 - masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh.. kalo lembut, korang boleh tambahkan tepung sedikit2.. kalo terkeras lak, korang tambah minyak sapi sikit2.. biar doh nie molek2 aje rasanya.. ^^

3 - gentel2 kan bentuk bulat2 (kalo nak terap pun boleh gak).. masukkan ke dalam paper cup dan bakar hingga masak dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.. angkat dah taburkan gula kaster sebagai hiasan.. jangan terlalu banyak sangat gula yang salut tu, ala kadar aje.. cuma nak dapatkan rupa dia macam berpasir2 gitu.. ^^

senangkan?? mudah aje nak buat.. aku memula makan, aku ingat ada bubuh susu tepung tapi tak ada pun.. rasa lemak2 nya datang daripada minyak sapi tu.. =)

jom usha2 laie gambar2 yang sempat aku snap awal pagi semalam.. fresh from the oven terus aje berposing tuk aku snap gambar nya... ^^




ps : Selamat Mencuba.. ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, September 9, 2011

Permaian Tradisional.. (Ilham Daripada Status FB Memberku A'an) ^^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang baik2 aje.. ^^

arie nie aku nak citer pasal permainan tradisional.. sebab apa tetiba aku nak citer pasal nie?? sebabnya semalam aku terbaca status member sekolah rendah aku nie mengenai permainan tradisional nie.. status dia berbunyi macam nie 
baru tau rupenye Konda Kondi permainan internasional seperti yang ada di Korea...klu masuk senarai Olimpik bole fight nih"

so... tetiba lak aku teringat kat permainan tradisional masa zaman kanak2 rebina dulu kala.. agaknya, zaman kanak2 skang nie ada tak men permainan macam kita dedulu eik?? :)
dorang kan skang zaman IT, men games PC, PSP, PS2, apa laie eik?? tah ar macam2 skang kemudahan yang boleh dorang guna nak men games.. tak macam kita dulu.. kalo nak men Batu Seremban, nak gi cari batu yang agak bulat2.. nak lak cari 5 biji atau 7 biji.. sebab ada men Batu Seremban 5 dan Batu Seremban 7.. yang 7 biji tu senang.. ulang aje men smpai abis kecuali "grip" atau tangan tersentuh batu2 yang len.. ^^
kalo batu 5 nie lak, setiap langkah berbeza2.. makin tinggi, makin agak sukar nak main.. ^^

pastu kalo nak men galah adang atau galah panjang lak, kena lukis garisan.. kena cari geng yang nak main.. kalo aku tak silap ada nama "anak keladi" kot, sape yang jadi "anak keladi" nie kalo sentuh macam mana pun tak mati.. tapi tak boleh nak tamatkan game selagi "Si Ibu" dan "anak2" yang lain selamat tiba.. :)

nak men ketingting atau teng teng.. ada teng teng yang yang kat hujung kepala tu ada bentuk semi bulatan.. yang kena belakangkan bulatan tuk balik buah.. ^^
ada gak "teng teng coklat".. :)

apa laie eik games yang popular sewaktu kita zaman kecik2 dedulu?? "polis sentri" atau "police and thief", main "lompat getah".. masa tu smua sibuk nak beli getah nak buat panjang2 senang nak lompat.. ^^

aku ingat laie men "nama negeri" tu.. kat tempat lain aku tak tau ar plak korang panggil apa.. yang kena pilih satu huruf, then kena tulis nama, negeri, buah, benda,binatang, akhir sekali markah.. markah berdasarkan kalo tak sama jawapan dengan orang lain dapat 10 markah, kalo sama dapat 0.. ^^

laie men kapal terbang kertas.. men parahu kertas, lawan bola sepak kertas.. lawan pemadam getah (sampai kena amaran masa sekolah dedulu sape2 yang ada lebih daripada 1 pemadam akan di rampas) ;p

men baling selipar kat tin kosong pun best gak.. atau men bola chapping.. :)  men congkak pun best.. tapi men congkak nie macam berbeza2 peraturan lak.. ada yang men sape yang abis dulu sewaktu "menapak" akan kalah.. ada pulak yang sape banyak buah yang di "tikam" akan menang.. =.="

main wau atau layang2 pun antara yang popular zaman kanak2 dedulu.. atau men "kaki tempurung", men "konda kondi", men "gasing" (sampai skang aku tak reti men gasing) =.="
men jentik guli atau men baling guli dalam bulatan.. :)

penat dah aku pikir permainan tradisi nie.. apa kata korang lak yang citer apa yang korang penah men sewaktu zaman kanak2 dedulu.. mana tau kita boleh share permainan lak.. ^^

ps : Kembali Ke Zaman Kanak2 Kan Ke Best?? ^^ 


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, September 8, 2011

Kegilaan Aku Terhadap Novel Semakin Meruncing... ^^



Salam n eellopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. masih dalam bulan Syawal dan masih laie banyak orang yang membuat rumah terbuka.. ^^

ok ar sebenarnya aku nak citer pasal KEGILAAN aku.. meaning kat sini bukan nya aku gila, atau gila meroyan atau sebagainya.. tapi kegilaan aku terhadap buku.. bukan bermakna kalo baca buku boleh gila.. tu memang gilanya penyataan tuk mengelak kan korang membaca.. ^^

ye ar, macam korang kan ada kegilaan atau hobi yang sangat2 korang gemar lakukan.. ada yang gila memasak, ada yang gila kan aktiviti lasak, ada yang gilakan modified kete mahupun moto, ada yang gila mengumpulkan paper bag dr pelbagai jenis kedai sama ada luar mahupun dalam negara, ada yang suka atau gila kan sesuatu yang pelik2.. tapi aku harap tak ada ar yang gila nak kumpul bf atau gf.. ^^

ada orang kata, membaca nie macam ibarat membazir.. sebab nya sekali dah baca buku tu, kita akan simpan.. tapi bagi aku, ianya suatu pelaburan yang menguntungkan.. nak tau kenapa?? sebabnya, bila kita membeli sesuatu bahan bacaan terutamanya novel atau pun buku2 ilmiah atau majalah2.. jangan di buang.. kita simpan.. buat koleksi.. macam dulu aku suka kumpul majalah Jenaka Rama.. skang mana ada kuar laie majalah tersebut?? kan ke retro?? ^^
aku kumpul majalah Ujang, mungkin skang pun ada ujang tapi Ujang skang ngan Ujang yang lama amat berbeza sekali aku baca.. macam dah tak ada "kimia" atau tarikan nak membuatkan aku gelak bila membaca.. :(

aku kumpul novel2.. bahasa melayu mahupun bahasa inggeris.. dan aku ada novel Lagenda Budak Setan yang 2nd edition.. skang novel tu cover dah lain.. ^^
macam tu gak novel2 lama yang skang agak sukar nak jumpa.. kecuali kita gi beli kat website2 2nd hand atau kdai2 yang menjual barangan2 terpakai.. ^^

aku pun gilerkan camera.. tapi aku bukan giler bergambar.. aku suka mengambil gambar.. suka mengabadikan gambar2 atau tempat2 yang pernah aku jejaki.. aku pun pelik camne dorang yang suka cam-whore nie kan?? ambik gambar2 ala2 cute then upload.. kalo aku memang xjd ar.. =)
tapi tak boleh nak cakap kan, tukan kegilaan atau kegemaran dorang.. ^^

apa pun jangan ar pulak ada yang kegemaran melampaui batas2 kemanusiaan.. :)
berpada2 gak walaupun macam aku nie ngah teruja mengusha novel2 yang ada di blog My Biz Santai Shop a.k.a Shida
 tempat aku selalu order buku2.. ^^  
dan Books For Charity a.k.a Kak Ida mata aku sangat2 rambang.. walhal aku ada laie 4 buah buku yang "masih dara" belum aku sentuh laie.. =.="

ps : Laie Tinggal 17 Hari Sebelum My 2nd Phase.. Aduhai.. Sangat2 Berdebar2... ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, September 7, 2011

Amuk _-_ Itu Janji






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, September 5, 2011


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^^

belum terlambat laie rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dan Maaf Zahir Batin buat semua teman2 blogger.. ^^

semalam kat FB aku tulis, lappy aku masuk ward.. tapi aku lupa yang aku boleh aje pakai lappy ayah aku.. walaupun lappy nie lappy lama.. =)
ok ar mau citer pasal raya sebab mood dalam raya.. ada yang dah mula pose 6 tak?? aku mungkin esok baru nak start.. tapi kena buat pose ganti dulu.. ;p

hehehe.. raya taun nie bermakna raya kali ke dua buat aku dan En.Cinta.. :)
jadi seperti taun sudah seisi ziarah menziarahi pun bermula.. masa raya ke 3, aku ikut En.Cinta balik kg dia kat Pilah nun.. jumpa ngan Mak dia, Wan dia, sepupu2 dia serta makcik2 dia.. memang ar aku pernah jumpa dorang sebelum nie.. tapi tu taun lopeh.. :p

pas makan2, ikut lak dorang ke Shah Alam tuk jumpa ngan Wan dia yang laie sorang.. kat sana 1st time jumpa ngan Pak ngah dia sekuarga.. dan macam biasa ar kan, bila raya aje mesti ada makan2.. :p
masa kat kg pilah aku di hidangkan nasi beriani dan kat Shah Alam pun makan menu yang sma gak.. :)
*seb baik sewaktu berjalan2 tu tak kena semput.. kalo tak naya aje nyusahkan orang len*

balik umah smpai PD dalam kul 11 lebih macam tu.. seb baik tak sesak sewaktu balik dr Shah Alam.. penatnya, dapat mandi air hangat trus zzzzz tak ingat sekeliling.. :p
macam tu ar kisahnya beraya ngan kuarga sebelah mak En.Cinta.. ^^
len kali rasanya kena bwk keta sndiri ar.. kalo nak balik cpat senang sikit.. tak ada ar nak nyusahkan orang len.. :)

dah abis citer beraya ngan family En.Cinta.. dan buat pertama kalinya masa raya ke 5 aku gi Pilah sekali laie.. bukan sebab balik kg En.Cinta, tapi aku beraya ngan En.Ular2 Sawa di Taman Ular Sawa Ulu Bendul.. ^^

sangat seronok dapat tengok ular2 tu.. nak pegang tak mau.. bau hanyir (En.Cinta kata alasan aje tu..) tapi taman ular sawa nie hanya mempamerkan species kuarga Sawa aje.. macam anakonda dan boa.. selain pyton.. cumel2 aje aku tengok ular2 nie.. :)

aku tnya gak kat adik yg jaga nie, dia kata ular2 nie ada yang makan tikus, ada yang makan ayam aje, ada yang makan itik aje dan ada yang makan ayam dan itik.. seminggu sekali ular2 nie dapat makan.. cian ular2 nie tak boleh makan arie2.. =.="

dan menurut adik kat taman ular sawa nie, ular yang terbesar skang di pegang oleh Ular Sawa Batik yang seberat 85kg.. berat kan?? 3 ekor itik hanya memerlukan seminggu aje untuk di hadamkan sepenuhnya oleh ular sawa nie.. :)

tapi blood pyton amat cantik.. dalam gambar tak berapa cantik.. bila tengok depan mata, aduhai.. cantiknya... (En.Cinta cakap tak cantik langsung.. tak cumel langsung..) =.="
tak pe ar len kali aku nak ajak dia gie zoo negara lak.. boleh tengok laie banyak species ular kat sna.. bukan takat ular sawa aje.. ^^
*sebenarnya aku igt ada ular faberet aku KING COBRA, sekali Taman Ular Sawa.. bukan Taman Ular.. mana nak ada king cobra.. king pyton aje ar ada*

ok ar, esok2 kita sambung laie eik.. skang aku nak tepek gambar2 ular2 sawa yang sempat berposing... :p


Blood Pyton






Sawa Batik


Sawa Batik Yang Paling Besar Kat Taman Ular Sawa..


Anaconda


Anaconda

ps : Laie Tinggal Beberapa Minggu Aje Laie.. ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)