Tuesday, May 25, 2010

Catitan Perjalanan Ke Bandung Indonesia Kali Kedua Part 2

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat?? :)
aku doakan korang semua dalam keadaan yang amat menyenangkan di samping mereka2 yang tersayang... :p
ok ar nie sambungan ceritera aku semalam... :)


pada hari ke 3 pulak, kami melawat ke Pergunungan Berapi Tangkupan Perahu... :)
masih lagi dengan Pak Dadang sebagai guide kami dan masih meminta dia yang membelikan tiket tuk kami.. masuk ke sini di kenakan bayaran sebanyak Rp50k sekepala.. mendaki bukit menuju ke puncak gunung berapi yang tidak aktif lagi tapi masih mengeluarkan asap/gas beracun serta masih lagi mereka2 ini mengambil belerangnya tuk tujuan perubatan.. :)


kat sini, di nasihati supaya jangan terpedaya dengan pedagang2 jalanan.. bukan tak boleh membeli dengan mereka, tapi kena pandai tawar menawar.. andai korang tak ada skill nak tawar menawar, bek tak yah mencuba tuk menawar.. macam aku... :))


kat sini di sediakan tempat tuk korang berjalan keliling kawasan gunung berapi nie.. ada sebuah gua di atas tapi tak dapat nak pergi sebab kabus tebal.. korang pun boleh gak kalo nak melihat kawah yang masih aktif iaitu Kawah Domas yang terletak di bahagian bawah.. di nasihatkan menggunakan guide yang memang telah di sediakan kerana banyak kes pelawat hilang,terkena pokok beracun dan sebagainya.. 


selesai kami melawat Gunung Tangkupan Perahu nie, kami terus ke Sari Ater Resort Kawasan Wisata Air Panas Alam.. hah kat sini, korang boleh berendam dengan air panas semulajadi.. 1oo% air panas daripada gunung berapi.. terdapat air terjun, kolam rendaman kaki (nie free), serta sungai air panas.. :)
kat sini gak terdapat aktiviti2 lasak yang korang boleh try seperti menunggang kuda ala2 cowboy, flying fox, go kart, dan sebagainya.. tapi kami tak try pun sebab nak kejar masa. hanya try rendaman kaki aje.. ada dua bahagian iaitu bahagian luaran yang kurang panas, suam2 kuku macam tu ar dan bahagian dalam yang agak hangat.. memula masukkan kaki ke bahagian dalam tu, sure korang rasa macam terperanjat sebab panas tapi lelma korang akan rasa best hinggakan tak mau keluar daripada situ... :p


setelah penat berendam kaki, kami pulang ke Bandar semula tuk ber-shoping-an sekali lagi.. hah, sewaktu dalam perjalanan kami telah membeli jambu susu kaler merah dan buah nanas yang amat manis sekali.. :)


setelah selesai makan dan bershoping, kami terus pulang ke hotel dan malam itu aku kena sakit perut sebab tak tahan dengan kuah kacang tuk hidangan jalanan Somay.. Somay nie lebih kurang macam dim sum tapi di makan dengan kuah kacang serta kicap manis dan perahan limau kasturi.. mungkin perut aku tak tahan dengan kuah kacang makanya, perut aku meragam semalaman... :(


esoknya pada hari ke-4, xtvt aku hanya di dalam bilik dan mereka2 tinggalkan aku tuk ke Rumah Mode bershoping sekali laie... :)
tepat kul 1 petang waktu Bandung, kami check out dan melepakkan diri di lobi hotel hingga kul 3 petang dan terus ke airport tuk berangkat pulang ke Malaysia.. :)


malangnya, kami delay 1jam 30 minit kerana ada pembesar Indonesia iaitu Ahli Kongres Partai Demokrat serta President Indonesia mendarat di air port yang sama.. procedure nya kami semua tak di benarkankeluar daripada pesawat kerana takut ada serangan daripada pihak yang tak berkenaan.. kapal terbang kami dan juga Merpati di kawal ketat oleh pihak askar.. :)


kami sampai di tanah air tepat kul 9 malam waktu Kuala Lumpur.. :)
dan itulah pengalaman aku serta catitan perjalanan aku di Tanah Bandung.. :)


Jambu Susu Bandung


Gerai yang menjual buah-buahan tempatan


Pergunungan Berapi Tangkupan Perahu


Kawah yang masih mengeluarkan asap/gas beracun


Air terjun hangat


Punca air mata hangat


Sari Ater Air Resort Kawasan Wisata Air Hangat Alam


Angkutan Kota - kenderaan paling banyak yang terdapat kat Bandung


Pusat pentadbiran Gabenor Bandung


Srabi notosuman - ala ala mcam apam balik kat Malaysia

lupa pulak, kat sini korang akan sentiasa dengar bunyi hon dan kadar kemalangan dorang adalah amat kecil.. pada tahun lepas aje, 110 kemalangan dan hanya 61 aje maut.. cuba pikir2kan, walaupun cara dorang memandu kereta amat berbahaya, tapi kadar kemalangan amat kecik.. :)


ps : Teringin Untuk Men-join-kan Diri Ngan Lotus F1... ^-^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

11 comments:

Fiza Amran said...

best2.. apam balik tue saya suka....

Unknown said...

pearl : hehehe.. tau xpe.. xde lak jual kek msia nie eik... :)

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

tahun lepas MY LUV pegi ke bandung gak.... tp pakcik x ikut.. antisosial..... huhuhuhu

Unknown said...

pokcik : hehehe... len kali poie ar ngan my luv pokcik.. leh dia "pau" pokcik shopping... :)

Dakjaat said...

haha! kelakar plak watermark picture u.. :P

Unknown said...

dakjaat : kalo kelakar ketawa aje ar.. apa susahnya... :p

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

macam best je kat air panas gunung berapi tu...huhu..tapi nak pergi ke bandung tu...hoho...tak mampu kut...tunggu kucing bertanduk keluar baru dpt pegi...huhu

Unknown said...

aida : hehehe... tambang agak murah.. selalu ar check air asia nya page.. msa sy tempah nie pun bulan febuari tapi terbang bulan 5.. :)
rm1k++ tuk 5 orang.. :)

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

ouh..maknenye rm200 la eh ..tu belom termasuk pasport lagi kan...huhu

Cik Azz said...

sedapnya la haiii buah jambu tu...... huiishhhh...

Unknown said...

aida : lebih kurang ar macam tu.. tapi tu rege 2 hala.. pegi dan balik.. skang passport dah murah.. rm100 tuk 2 taun.. :)
yang penting kena rajin check kat page air asia aje.. :)

kak azz : best ke kak?? sy rasa ianya masam tapi lemak... :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)