Saturday, May 8, 2010

Harga Sebuah Pengorbanan

"Salam My Sp~ skang dia dah tak de sebab tuk memohon
maaf pada saya, sebab saya pun dah wat salah pada dia..
maafkan saya.."
-My Sms To Him-

"Wassalam~ "My Sp".. sape tu?
maafkan aku.. kamu nie tersilap nombor..
tq..
ps : Kerana Kini Aku Adalah Aku"
- His Sms To Me -

"Fine.. n sory.. saya tersilap nombor..
tersilap pencaturan.. kamu tetap kamu..
n kamu akan mengerti suatu hari nanti
kenapa saya mati dalam hidup kamu"
-My Sms To Him-

salam n eelloopp semua~
* schedule post *

korang apa khabar?? aku doakan semoga korang semua berada di dalam keadaan yang amat menyenangkan.. mengembirakan.. :)
aku?? tah ar.. aku sihat.. aku gembira di luaran.. dalaman aku?? hanya Allah yang Maha Mengetahui~


aku menulis entry ini selepas aku terkantoi ngan mak aku malam arie tu...  kantoi apabila aku menyebut nama "dia" di hadapan mak aku.. dan kantoi apabila mak aku nampak mata aku bengkak sebab baru pas nagis..


yup, mak aku.. mak yang aku cuba sorokkan segala kesedihan atie aku akhirnya pada dia jua aku meluakannya.. aku ceritakan segala2nya pada dia.. hinggakan aku tak mampu untuk menahan semula airmataku daripada gugur di depan mak aku sendiri.. dan mak aku berkata 


"Maafkanlah diri akak, mak tahu Si Dia akan memaafkan akak nanti"
"tapi dia mula benci akak, mak"
"sayang, dia benci akak sebab mungkin hati dia tengah sakit dengan berita yang dia baru tahu.. keputusan akak tu memang membuatkan dia kecewa.. jadi, biarkan dia dengan kehidupan dia sekarang.. mak percaya, satu hari nanti dia akan mengerti segalanya.. dan dia pasti tak akan membenci akak lagi.. yang penting skang nie, akak terus doakan dia seperti selalu"
"doa akak pada dia tak pernah putus mak.. walaupun akak semakin jauh daripada dia"
"kalau macam tu, baguslah.. akak nak dia happy, tapi akak sedih2 macam nie.. akak ingat dia akan happy ke??"
"tapi akak terlalu sedih mak.. akak tak pernah rasa sedih macam nie.. walaupun kami putus dulu"
"sebabnya, akak putus dengan dia tapi masih berkawan dengan dia.. masih keluar dengan dia.. masih berkongsi segalanya dengan dia.. tapi sekarang, perkara tu dah lain.. jadi akak rasa amat sedih.. dah lah.. tak mahu nagis2 ataupun sedih2 lagi.. kalo akak nak dia happy sepertimana yang akak harapkan, jangan ar sedih2.. kalo akak sedih, dia akan sedih bukan gembira atau bahagia macam yang akak harapkan.."

*perbualan antara aku ngan mak aku*

berbalik pada dasar, apa yang aku tulis di atas tadi adalah sms aku dengan My Sp pada awal pagi 4hb May 2010.. bukan nak ungkit mahupun apa.. cuma, aku ingin menyatakan..
cuma sms itu masih berlegar2 dalam pale aku nie hingga ar skang..

ITULAH HARGA SEBUAH PENGORBANAN YANG PERLU DI BAYAR DI ATAS KEPUTUSAN AKU.. 

yup.. keputusan drastik yang aku buat atas dasar kebahagiaan insan yang amat aku sayang.. aku tak menyesal dengan keputusan yang telah aku buat kerana, 
andai kebencian dia hari ini pada aku adalah harga tuk senyuman aku kelak, aku terima..
andai kebencian dia hari ini pada aku adalah harga tuk sebuah kebahagiaan dia kelak, aku terima..
andai kebencian dia hari ini pada aku adalah harga tuk sebuah kegembiraan dia kelak, aku terima..
andai kebencian dia hari ini pada aku adalah harga sebuah pengorbanan yang perlu aku dapat kelak, aku redha~

aku tak akan menyungut atau menyesal mahupun apa jua.. kerana bagi aku kebahagiaan dia adalah keutamaan aku.. bodohkah aku?? yup.. aku memang bodoh.. bodoh kerana mempertaruhkan hubungan aku dengan dia hanya demi kebahagiaan dia.. bangangkah aku?? yup.. aku memang bangang.. bangang kerana memungkiri janji2 aku pada dia demi menjaga kebahagiaan dia.. 

katakanlah apa jua yang kalian ingin katakan pada aku.. kerana sekarang aku telah "mati".. perasaan aku telah "mati" seperti mana "matinya" Rembulan pada Pelanginya..
tak mungkin ianya akan hidup kembali.. tak mungkin ianya akan bernafas kembali.. 
tapi aku tak menolak takdir andai satu hari nanti "Rembulan" akan bernafas semula...

aku teruskan hidupku yang kosong ini..
pemergiaan Rembulan amat menyeksakan..
kebencian Pelangi amat memedihkan..

aku akan tanggung segalanya.. aku akan teruskan jua kehidupan ini.. aku akan lakukan apa yang telah di lakukan.. aku akan teruskan apa yang telah separuh jalan.. aku akan langsaikan apa yang terhutang.. dan andai aku "pergi" suatu hari nanti, aku tahu yang aku telah lakukan yang terbaik buat dia walaupun kebencian dia menjadi teman aku sepanjang hayat.. 

aku hanya mengharapkan agar suatu hari nanti dia akan mengerti apa yang telah aku lakukan ini bukan kerana aku benci pada dia, bukan kerana aku buang dia, bukan kerana aku pentingkan diri aku sendiri.. tapi DEMI DIA.. kerana sayang aku pada dia aku korbankan kebahagiaan aku, senyuman aku.. kerana kasih aku pada dia aku abaikan kegembiraan aku.. aku tak kesah kerana aku tahu ianya berbaloi kelak..

sayang, Rembulan akan sentiasa doakan Pelangiku.. Rembulan akan sentiasa berada bersama Pelangi walaupun Pelangi dah tak nak Rembulan lagi.. Pelangi sentiasa berada di dalam dunia kehidupan Rembulan dulu, sekarang dan hingga bebila.. Rembulan tak kan pernah melupakan Pelanginya.. Rembulan tak kan pernah membenci akan Pelanginya.. apa yang Rembulan harapkan agar Pelanginya akan sentiasa bahagia dia samping insan yang tersayang.. dan Rembulan mengharapkan secebis pengertian daripada Pelangi...

pada Miss E.Z, sekarang aku harap kamu akan kembali tersenyum sepertimana kamu dulu sebelum mengenali siapa aku yang sebenarnya.. jangan cari aku lagi kerana aku telah tiada kaitan dengan kamu mahupun My Sp.. aku lakukan apa yang aku rasa perlu.. aku korbankan segalanya.. hanya kerana tak mahu kamu bersedey dan demi kebahagiaan My Sp.. aku harap kamu maafkan segala keterlanjuran kata2 aku selama kita mengenali antara satu dengan yang lain.. dan tolong jangan pertikaikan perasaan aku pada My Sp lagi kerana itu adalah hak aku.. kamu tak layak untuk mempertikaikan mahupun mempersoalkan apa2.. 
kisah aku dengan My Sp adalah kisah antara kami.. kisah kamu dengan WAK adalah kisah kalian.. kamu tak boleh masuk dalam kisah kami dan aku tak boleh masuk dalam kisah kalian.. kisah kita adalah berbeza.. walaupun kita berkongsi kasih sayang insan yang sama..
dan apa yang terjadi antara kita biarlah berlalu begitu.. walaupun sedikit terguris dengan kata2 kamu, aku redha.. sekali lagi maafkan aku andai aku terkasar bahasa selama kita mengenali.. 

ps : Menangis, Meraung, segalanya aku rasa skang nie.. teramat pedih, teramat sakit, teramat derita hingga membuatkan aku terasa seperti aku ingin "kebas".. sekebas yang boleh...





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

4 comments:

myQza said...

sabar lyn,

pengorbanan menuntut sejuta kesabaran dan ketabaha,

jik akitatidak ada itu, tidak berbaloi kita melkaukan sesuatu yang kita sendiri sukar untuk lakukan.

kamu sudah buat bahagian kamu. sudah berkorban perasaan demi kebahagian dia. itu pahala kamu menanti.

usah di ratap dan di tangis.

senyumlah sebab kamu sudah buat org lain bahagia.

jika kamu terus bersedih seolah2 kamu belum redha dgn semuanya...

Unknown said...

tedi : atie aku sedey ted.. melepaskannya bukan kerelaan atie aku..
apa pun, thanx ya my fren... insya Allah aku akan sembuh mcm dulu cuma aku perlukan masa.... :)

chenta said...

setiap pengorbanan itu, akan dapat balasan yang baik pada akhirnya...percaya la...

Unknown said...

chenta : insya Allah... :)
n thanx ya..

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)