Tuesday, May 4, 2010

Terima Kasih Tuk Segalanya Sayang...

tanggal 03 Mei 2010 jam 15:30, akhirnyer REMBULAN aku dah 'tiada' 
- Luahan Hati My Sp -


Salam n eelloopp semua~
korang pe khabar?? sihat?? aku doakan korang dalam keadaan yang amat sihat2... :)
owh~ nie bukan scheduled post ok.. ini coretan aku.. ini luahan hati dan perasaan aku.. ini ceritera derita hatiku.. harap maaf kerana entry ini teramat jiwang dan teramat bermakna dalam hidup aku..

tepat kul 3 pagi,  4 May 2010.. aku masih lagi tak dapat nak lelapkan mata walaupun badan aku teramat letih.. keje yang banyak tertangguh di tempat keje masih lagi berbaki.. teramat penat sangat2.. terasa ingin pengsan andai di berikan pilihan supaya aku dapat merehatkan minda dan perasaan aku ini..

aku cuba  menghambakan kembali diri pada Sang Penciptaku walaupun telah beberapa kali aku menghambakan diri aku.. rasanya aku begitu jauh.. amat jauh..
tapi aku masih jua tak dapat melelapkan mataku..

mindaku terkenang kembali keputusan yang telah aku buat semalam.. keputusan yang memaksa diri aku menjauhi My Sp demi kebahagiaan dia.. Ya Allah, aku amat kejam.. aku kejam ngan My Sp dan kejam ngan perasaan aku.. tapi aku TERPAKSA.. 

My Sp, aku mengharapkan pengertian daripada kamu.. mengharapkan kamu mengerti akan perasaan aku sekarang ini.. mengharapkan kamu mengerti aku seperti mana aku mengerti akan perasaan kamu sekarang ini..

derita kamu, aku jua menderita.. tangisan kamu menghibakan aku.. kebahagian kamu adalah senyuman aku.. tapi sekarang aku perlu pergi dalam hidup kamu.. aku tak mahu kehadiran aku akan menambahkan kesedihan seseorang yang amat memerlukan kamu lebih daripada aku memerlukan kamu.. walaupun aku inginkan kamu sepanjang hayatku.. tapi itu cuma angan2ku.. aku tak mampu untuk menahan keinginan aku.. 

My Sp, aku tahu kamu kecewa ngan keputusan yang aku buat.. tapi percayalah yang ianya untuk kebaikan kamu kelak.. mungkin sekarang kamu sakit atie ngan keputusan aku ini, sebagaimana kesakitan yang aku tanggung skang..

aku mengerti apa perasaan kamu dan aku telah membaca luahan hati kamu.. kamu bukan patung sayang, kamu manusia.. cuma kamu yang menjadi mangsa atas keputusan drastik aku.. aku tak pernah lupakan janji2 kita.. aku pun tak ingin kehilangan kamu.. cuma..
entah ar sayang, aku buntu.. aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang... aku tak tahu bagaimana aku perlu jelaskan pada kamu perasaan aku sekarang..aku teramat sakit sekarang.. aku menderita....

yang aku ingin kamu tahu, cuma fahami akan perasaan aku ini.. walaupun bukan semua, secebis cuma pun jadi lah.. aku ingin kamu tahu yang aku terpaksa.. 

My Sp, Rembulan tetap ada di dalam hati kamu.. Pelangi jua tetap berada dalam atie Rembulan.. cuma kini kita berbeza kerana Rembulan perlu meninggalkan Pelangi di atas sebab2 yang tertentu.. maafkan Rembulan di atas segalanya.. Pelangi tetap menjadi My Sp dan Pelangi itu tak pernah berubah hingga nafasku yang terakhir.. Kita bukan sebahagian sayang tapi kita adalah satu kerana kamu pernah mengatakan pada diriku bahawa andai kita adalah sebahagian, kita hanya berkongsi tapi andai kita bersatu, kita memiliki sepenuhnya.. 

maafkan Rembulan kamu ini My Sp.........
maafkan aku...
aku doakan semoga kamu akan gembira dan bahagia selalu..

deritaku biar ku tanggung sendiri..
tangisanku biar ku sendiri..
kelukaanku biar masa yang mengubatinya..
aku pergi dengan keizinan kamu..
aku undur diri atas sebab2 yang hanya aku yang tahu..
biarkan kamu gembira adalah keutamaanku..








" izinkan aku pergi
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu

memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
namun bagaimana lagi semuanya harus kujalani



selamat tinggal
kudoakan kau selalu bahagia
hanya pesanku
jangan lupa kirimkan kabarmu

bila suatu hari
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita " 
- Hasil Nukilan My Sp -


ps : AKU AKAN SENTIASA RINDUKAN KAMU MY SP.. RINDUKU, SAYANGKU TAK PERNAH BERUBAH.. AKU JUA BERHARAP SUATU HARI NANTI KITA AKAN BERSATU KEMBALI SAMA ADA SEBAGAI KAWAN YANG RAPAT MAHUPUN YANG LEBIH.. KERANA KAMU ITU ADALAH KESAYANGAN AKU HINGGA BILA2.. KAMU JANGAN PERTIKAIKAN SAYANGKU PADA KAMU KERANA, ANDAI KAMU HITUNG SAYANGKU PADA KAMU, TAK MAMPU UNTUK KAMU HITUNG.. IBARAT KAMU MELIHAT KE LANGIT PADA WAKTU MALAM DAN MELIHAT BINTANG YANG BERTABURAN DI DADA LANGIT, YANG KAMU LIHAT ADALAH SAYANG KAMU PADA AKU, TAPI YANG KAMU TAK DAPAT MELIHATNYA ADALAH SAYANGKU PADA KAMU.. 

~Biarlah Bulan Bicara Sendiri Kerana Hanya Bulan Yang Mampu Mewakili Rembulan Tuk Meluahkan Apa Yang Rembulan Tak Mampu Tuk Sampaikan Pada Sang Pelangi Ku~

*BUAT SEMUA, AKU AKAN STOP BER-BOLGGING, BER-FACEBOOK, BER-YM BUAT SEMENTARA WAKTU.. AKU AKAN KEMBALI SEMULA BILA SEMUANYA REDA DAN SEGALA ENTRY SELEPAS INI ADALAH SCHEDULED POST.. KALIAN JANGAN RISAU KERANA AKU TETAP AKAN MENJENGAH RUMAH2 KALIAN WALAUPUN TIADA PENG-UPDATE-TAN DARIPADA MIZ FANTASY...*





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

5 comments:

umi_e said...

salam...

* tak tau nak kata apa... *

Lady ZubaidaH said...

Never give up dear....May Allah SWT bless u

Unknown said...

umi : wasalam.. xde apa yg nak di katakan lagi umi..

zue : insya Allah i'll never give up..

cheryna zamrinor said...

haaiiii...apasal sedih sangat nieh. jangan macam nieh. just stay strong okay...

~ mizzAmy ~ said...

uishh.... My SP tuh saper? btw, jangan sedih-sedih okeyh. sedih boleh tapi sikit-sikit jer dah lah.

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)