Tuesday, March 13, 2012

HORAS & JUAH JUAH!! :D (Part 1)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

HORAS!!!!!! hehehe.. tetiba nak cakap kaum batak lak.. :p
HORAS adalah ungkapan paling tinggi sekali dalam kaum batak.. Horas gak boleh di ucapkan bila bertemu, selamat pagi, tahniah, terima kasih dll... :)
sebenarnya aku kan baru pulang ber-honeymoon ngan family yang tersayang.. kami ber-holiday ke Medan Indonesia selama 7 hari 6 malam.. :)

kami berlepas pada 060312 menggunakan Air Asia AK1350 pada pukul 7.40 pagi waktu Malaysia dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia Medan pada pukul 7.40 pagi waktu Medan.. beza waktu Malaysia ngan Medan 1 jam lewat di Medan.. 

lepas siap semua, kami menantikan tour guide yang kami dah ambik.. kami booking di Air Asia Go.. so bukan kami seorang aje ar kan, adalah 6 family yang join PT Lovely Holidays Tour & Travel.. dan alhamdulillah kesemuanya adalah orang Malaysia yang berbeza kaum.. :)

lepas dah naik bas, kami ke Foctory Outlet untuk shopping sementara menantikan 2 family laie yang belum sampai.. dan bila 2 family tu dah sampai, kami pun pergi lunch kat Restaurant Ayam Pop Masakan Minang.. dan masakan kali nie memang best.. tak tau ar sebab lapar atau pun memang best... :D

lepas mengenangkan perut, kami bertolak ke Parapat Danau Toba untuk bermalam semalam di sana.. di dalam perjalanan, kami singgah ke Tokong Guanyin yang terbesar di Medan dan kami bertemu dengan family yang terakhir sekali untuk join.. :)

lepas ambik gambar dan bagi kaum cina mereka bersembahyang, kami meneruskan ke Parapat dan berhenti untuk solat bagi yang beragama Islam.. selepas bersolat, kami meneruskan perjalanan ke Parapat selama 5 jam.. =.="

malam lebih kurang pukul 7 malam waktu Medan, kami tiba di Parapat Danau Toba dan pihak tour menghantar 6 family nie ke hotel yang telah di pilih.. dan aku dan 3 family yang lain menginap di Danau Toba International Cottage Parapat.. makan malam beramai2 di hotel dan antara menunya ialah Ikan Kakap Masak Tauchu.. ikan kakap nie ikan air tawar dan di ambil di tasik Toba nie gak.. :)
lepas makan, kami terus ke bilik untuk mandi dan rest.. masalah satu aje kat hotel nie, air panas hanya akan di buka pada pukul 6 pagi waktu Medan dan di tutup pukul 9 malam waktu Medan.. jadi kena mandi secepat yang mungkin... :)

esoknya 070312, seawal 5 pagi waktu Medan, kami bangun untuk solat dan bersiap untuk check out.. tepat pukul 7 pagi waktu Medan, kami bersarapan dan pada pukul 7.45 pagi waktu Medan, bus tour kami sampai dan semua barang2 di simpan di dalam bas..

seterusnya kami bergerak ke pelabuhan untuk menaiki feri untuk ke Samosir Island.. Samosir Islan nie pulak terdapat 2 buah pekan yang terkenal iaitu Ambarita dan Tomok.. maka memula kami singgah di Ambarita untuk melihat Stone Chair iaitu tempat penghakiman dan hukuman kaum batak..

di sini, kebanyakkan rumah kaum batak nie, berbentuk seperti minangkabau.. tapi sebenarnya ia adalah bentuk perahu.. bagi kaum batak, bentuk ini bersempena cara kedatangan nenek moyang mereka ke Samosir Island.. dan jika di lihat, hujung di hadapan lebih rendah berbanding di bahagian belakang.. ini pula bermakna, generasi akan datang di harapkan agar lebih maju berbanding generasi yang terdahulu.. dan jika korang perhatikan, setiap rumah kaum batak nie, ada 4 biji tempurung kelapa di setiap kiri dan kanan serta 2 ekor cicak di setiap kiri dan kanan pintu masuk rumah mereka..

ini menurut kaum batak, mereka mementing wanita yang mempunyai breast yang besar kerana mereka inginkan anak yang ramai.. pada zaman nenek moyang mereka dahulu, setiap keluarga kena mempunyai 17 anak lelaki dan 16 orang anak perempuan dan menjadikan kesemua anak kaum batak untuk setiap keluarga adalah 33 orang!!
cuba bayangkan berapa ramai suku kaum batak pada masa tersebut?? :D

ok ar, aku sambung esok lak eik.. penat lak taip pepanjang camnie.. :p

ps: Hanoi... ^^









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

No comments:

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)