Wednesday, March 14, 2012

HORAS & JUAH JUAH!! (Part 2)

salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

alrite, sambung citer Part 1 semalam.. makanya, jika sesorang wanita yang ber-breast besar adalah amat "laku" bagi kaum batak pada masa tersebut.. pada masa skang, aku tak pasti pulak.. Mr Raymond a.k.a Mr Doraemon tak de lak bagitau pasal tu... :)

ok, simbol cicak pulak, membawa makna yang kaum batak nie boleh bergaul dengan siapa2 sahaja.. tak kira golongan Di Raja mahupun golongan bawahan.. kata beliau, cuba lihat cicak, mana2 pun ada.. dalam istana, dalam rumah golongan miskin.. macam tu gak dengan kaum batak..mana2 boleh di letakkan dan mereka boleh menyuaikan diri mereka.. :)

selepas melawat dan membeli belah di kampung kaum batak nie, kami semua menaiki feri untuk ke pekan seterusnya.. iaitu Pekan Tomok untuk melihat Raja Sidabudar Ancient Tomb.. menurut kisah lagendanya, jasad Raja Sidabudar nie tidak di semadikan di dalam tanah tetapi di semadikan di dalam keranda batu.. cucu baginda pun di semadikan sedemikian kerana mereka nie tidak mempunyai agama pada masa tersebut.. tetapi setelah sekian lama, barulah agama kristian menjadi agama rasmi masyarakat kaum batak pada masa itu hingga kini.. tapi ada 5 suku batak jika aku tak silap.. dan satu2 nya kaum batak yang 90% beragama Islam adalah Batak Mandiling.. dan Batak Karo adalah 90% beragama Kristian.. 

selepas lebih kurang 1 jam 30 minit di Tomok, kami berangkat untuk pulang semula ke Parapat menggunakan feri.. tapi cuaca tak berapa baik.. hujan sangat lebat hinggakan pemandu feri kami tersasar laluannya...

Alhamdulillah setelah 1 jam perjalanan dengan feri, kami selamat sampai ke tanah besar untuk makan tengah hari di Restaurant Istana Minang.. lepas makan dan solat, kami meneruskan perjalanan ke Berastagi.. perjalanan yang mengjangkau 5 jam tersebut sangat mencabar apabila jalan yang kami lalui adalah semuat bus persiaran aje.. dengan hujan yang lebat sehinggakan keadaan jalan tak berapa nampak dan terbatas tapi alhamdulillah, driver bus kami amat profesional.. :)

dalam perjalanan kami singgah di Simarjarujung untuk menikmati teh halia dan goreng pisang.. :)
kat sini kawasannya sangat sejuk.. lebih kurang cam kat cameron highland.. pas minum teh halia dan menikmati goreng pisang, kami meneruskan perjalanan ke Sepiso Piso Water Fall.. lebih kurang cam mini Niagara Water Fall ar.. sejuk.. dingin.. hujan... :)
dan singgah beli baju sejuk untuk My Mak, cenderahati untuk My En.Tunang, My Lil Sis and My Future Brother In Law.. :)
kat kawasan nie, barangannya agak murah jika nak di bandingkan ngan Samosir Island.. yang penting kena pandai tawar menawar.. =)

dan selepas tu, kami meneruskan perjalanan ke Berastagi.. Berastagi membawa makna Beras Wangi kerana pada masa dulu, kawasan nie mengeluarkan beras wangi tapi masa skang, ianya telah di tukar menjadi kebun sayuran dan buahan.. :)

sepatutnya, kami singgah ke Pasar Buahan untuk membeli buah buahan, tapi di sebabkan hujan, kami terus di hantar ke Hotel untuk makan malam dan rest.. ^^
yang tak bestnya, beg aku satu beg lecun kena hujan sewaktu perjalanan dari Parapat ke Berastagi... :(
nages~~~

esoknya, pada pukul 8 pagi waktu Medan, kami bertolak untuk pulang semula ke Medan.. dalam perjalanan, kami singgah ke pasar buah, Taman Alam Lumbini, Galeri Lovely dan Velangkani Church.. sebelum tu kami singgah makan durian... :)
sebiji RM10 aje.. ^^

sampai aje di Medan, kami terus makan tengah hari.. dan kali nie, kami di hidangkan dengan ikan kaloi bakar.. 1st time aku makan.. memang best... :)
lepas makan, kami singgah ke Masjid Raya Al-Mahsun dan Istana Maimon.. lepas tu kami di bawa ke Batik Center serta Telekung Center.. price?? jangan cakap ar.. dah kata tempat tourist kan?? so paham2 sendirian berhad ar kan.. :)
kemudian kami ke Medan Mall untuk shopping dan kudapan... :)

lepas tu kami di hantar ke Pasar Ikan Lama untuk ber-shopping-an.. hah.. kat cnie murah tapi kena pandai tawar.. :)
adik aku sempat beli kain untuk buat baju nikah beliau.. boleh ar tahan harganya.. tak terlalu mahal sangat.. ^^

lepas penat shopping kat pasar ikan, kami di bawa ke Grand Angakasa Hotel untuk dinner.. best gak ar tapi biasa ar kan makanan hotel.. :)
lepas dah kenyang, terus ke check in di hotel untuk rest.. :)

esoknya, kami ke Sun Plaza di mana terletaknya SOGO dan selepas tu kami berpecah.. ada yang ingin ke Medan Mall ada yang ingin ke Pasar Ikan Lama semula.. aku join ke Pasar Ikan Lama.. nak beli apa yang patut dan konon2 nak beli abaya, tapi amat kecewa kerana harganya sangat mahal.. tak seperti di Bandung.. bayangkan, abaya yang sama aku beli di Bandung aku dapat dalam RM40 tapi di sini harganya RM93 nett.. =.="
jadinya, aku hanya beli tudung bawal aje.. sangat murah "kononnya".... :p
kat sini gak aku beli apam balik.. yang bestnya, apam balik kat sini intinya kelapa gula+jagung atau kelapa gula+pulut hitam.. kedua2nya pun best.. RPH15k untuk setiap satu apam balik.. :)

malam pulak kami makan di restaurant hotel yang kami menginap.. sebabnya dah tak ada ikut tour laie.. :)
makan bolu atau bahulu gulung berintikan keju.. best tapi agak manis.. dan hari yang terakhir, kami ke pasar laie satu, aku lupa ar nama pasar tu.. :p
dan Pasar Ikan Lama sekali laie untuk beli kain batik dan pelikat.. ^^

akhirnya, tepat jam 9.20 malam waktu Medan, kami bertolak pulang ke tanah air yang tercinta.. masih laie menggunakan perkhidmatan Air Asia AK1357.. dan tepat kul 11 malam waktu Malaysia kami selamat sampai.. :)

bagi pendapat peribadi aku sendiri, bahagian yang seronok apabila berada di Parapat --> Samosir Island --> Berastagi aje.. Medan, bagi aku tak berapa best.. kata orang Medan syurga membeli belah tapi bagi aku, Bandung adalah syurga membeli belah.. Bandung lebih jauh lebih murah untuk segala jenis barangan.. baik pakaian, batik, abaya, tudung dll.. Medan hanya Danau Toba yang menarik.. :)
so, bagi sesiapa yang nak membeli belah, elok ar ke Bandung.. Kalo nak melihat pantai yang cantik, elok ke Bali dan kalo nak melihat tasik seumpama laut better ke Medan.. :)

ps :Jakarta











Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

No comments:

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)