Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)
arie nietak mau bukak citer pasal persiapan perkahwinan aku.. just aku nak kongsi pendapat ngan korang mengenai tuntutan memansuhkan PTPTN.. :)
aku tau nie citer lama, tapi aku rasa benda nie tak ar lama mana pun kan?? still hangat laie ar.. ^^
sebenarnya aku memang tak bersetuju pun ngan pemansuhan PTPTN.. aku rasa, dengan adanya pinjaman PTPTN nie, dapatlah anak2 generasi kita yang akan datang menyambung pelajaran mereka hingga peringkat yang tertinggi.. jika di mansuhkan, apa akan jadi kelak??
korang yang membuat bantahan nie, ada pikir tak mengenai anak2 korang kelak?? paling koman pun adik2 korang yang bakal menyambung pelajaran mereka..
korang buat bantahan sebab apa?? sebab PTPTN tak realistik mengenai "bunga" yang di kenakan?? atau korang mengikut perasaan marah korang?? atau korang hanya mengikut apa yang orang lain buat??
aku bercakap bukan berpihak pada mana2 pun.. aku sendiri pun belajar menggunakan duit mak bapak aku.. Alhamdulillah.. aku tak pernah buat pinjaman pelajaran daripada mana2 pihak termasuklah MARA, PTPTN atau mana2 sekalipun.. sepatutnya golongan macam kami nie yang patut marah sebab kami bayar cukai sama macam korang tapi kami TIDAK layak untuk membuat pinjaman.. adilkah??
memang tak adil tapi bila kami pikirkan, ianya baik sebab kalau kami layak membuat pinjaman bagaimana pula dengan rakan2 kami yang sepatutnya layak menerima pinjaman tapi tak dapat pinjaman??
dan.. bila pinjaman di berikan, korang "SAKAN" berbelanja.. sepatutnya pinjaman itu di dahulukan dengan apa yang lebih penting.. bukan dengan bangganya menukar handphone atau membeli pakaian yang berjenama..
dan sekali laie apabila telah tamat pengajian, seharusnya lah korang membayar balik apa yang korang dah pakai.. jika korang tak bayar balik, bagaimana dengan generasi yang akan datang yang ingin meminjam??
aku bukan nak kutuk bangsa aku sendiri.. tapi aku perhatikan melayu cukup suka di bantu oleh pihak kerajaan.. semua benda nak di "suap"kan..
nak buka perniagaan buat pinjaman TEKUN, MARA dan sebagainya.. bila dah dapat duit pinjaman beli dulu kereta mewah dah tinggal duit pinjaman sekadar "cukup makan" baru nak beli barangan perniagaan.. aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku.. dan aku tegaskan kat sini, bukan semua melayu yang macam aku cakapkan nie...hanya segelintir aje.. :)
nak belajar, di berikan duit pinjaman.. jika korang buka mata korang, berapa ramai anak2 melayu mencari kerja PART TIME ketika belajar di IPTA/S?? kenapa?? alasan yang di berikan, duit pinjaman tak cukup..
bila dah di beri pinjam, di suruh bayar balik tak nak.. nak buat mogok kat Dataran Merdeka nun.. konon2nya, bila buat mogok amcam tu, kerajaan mansuh lah PTPTN.. korang pun senang hati ar kan, tak payah bayar satu sen pun duit pinjaman.. tapi korang tak pikir pasal generasi masa depan..
apa korang nak tengok ke generasi masa depan a.k.a anak2 korang jadi mat rempit?? jadi kuli bawahan?? ada tak korang terpikir?? aku rasa korang tak pikir pun.. kalau korang terpikir, 100% aku sure korang tak akan buat benda bodoh macam tu..
jadi, cuba lah pikir2 kan sebelum buat sesuatu tindakan.. letakkan diri korang yang suka bonar mogok2 tak tentu hala tu pada nasib generasi masa depan.. korang tak payah ar nak ikut orang2 yang berada tu.. dorang ada duit.. boleh aje hantar anak2 dorang ke overseas tuk belajar.. yang korang apa kes?? hah.. jadilah mat rempit sedunia.. merempit sana sini tanpa hala tuju.. korang kan suka??
so... Allah bagi akal pikiran tuk diguna pakai.. bukan tuk men redah bodoh aje.. :)
ambik cermin, cermin cerminkan diri tu dulu ok?? ^^
ps : Cuba Jadi Manusia Yang Reti Bersyukur.. Kerana Tidak Semua Orang Layak Seperti Kamu.. ^^
Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^