Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Isu PTPTN


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

arie nietak mau bukak citer pasal persiapan perkahwinan aku.. just aku nak kongsi pendapat ngan korang mengenai tuntutan memansuhkan PTPTN.. :)

aku tau nie citer lama, tapi aku rasa benda nie tak ar lama mana pun kan?? still hangat laie ar.. ^^

sebenarnya aku memang tak bersetuju pun ngan pemansuhan PTPTN.. aku rasa, dengan adanya pinjaman PTPTN nie, dapatlah anak2 generasi kita yang akan datang menyambung pelajaran mereka hingga peringkat yang tertinggi.. jika di mansuhkan, apa akan jadi kelak??

korang yang membuat bantahan nie, ada pikir tak mengenai anak2 korang kelak?? paling koman pun adik2 korang yang bakal menyambung pelajaran mereka..

korang buat bantahan sebab apa?? sebab PTPTN tak realistik mengenai "bunga" yang di kenakan?? atau korang mengikut perasaan marah korang?? atau korang hanya mengikut apa yang orang lain buat??

aku bercakap bukan berpihak pada mana2 pun.. aku sendiri pun belajar menggunakan duit mak bapak aku.. Alhamdulillah.. aku tak pernah buat pinjaman pelajaran daripada mana2 pihak termasuklah MARA, PTPTN atau mana2 sekalipun.. sepatutnya golongan macam kami nie yang patut marah sebab kami bayar cukai sama macam korang tapi kami TIDAK layak untuk membuat pinjaman.. adilkah?? 

memang tak adil tapi bila kami pikirkan, ianya baik sebab kalau kami layak membuat pinjaman bagaimana pula dengan rakan2 kami yang sepatutnya layak menerima pinjaman tapi tak dapat pinjaman?? 

dan.. bila pinjaman di berikan, korang "SAKAN" berbelanja.. sepatutnya pinjaman itu di dahulukan dengan apa yang lebih penting.. bukan dengan bangganya menukar handphone atau membeli pakaian yang berjenama..

dan sekali laie apabila telah tamat pengajian, seharusnya lah korang membayar balik apa yang korang dah pakai.. jika korang tak bayar balik, bagaimana dengan generasi yang akan datang yang ingin meminjam??

aku bukan nak kutuk bangsa aku sendiri.. tapi aku perhatikan melayu cukup suka di bantu oleh pihak kerajaan.. semua benda nak di "suap"kan.. 

nak buka perniagaan buat pinjaman TEKUN, MARA dan sebagainya.. bila dah dapat duit pinjaman beli dulu kereta mewah dah tinggal duit pinjaman sekadar "cukup makan" baru nak beli barangan perniagaan.. aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku.. dan aku tegaskan kat sini, bukan semua melayu yang macam aku cakapkan nie...hanya segelintir aje.. :)

nak belajar, di berikan duit pinjaman.. jika korang buka mata korang, berapa ramai anak2 melayu mencari kerja PART TIME ketika belajar di IPTA/S?? kenapa?? alasan yang di berikan, duit pinjaman tak cukup.. 

bila dah di beri pinjam, di suruh bayar balik tak nak.. nak buat mogok kat Dataran Merdeka nun.. konon2nya, bila buat mogok amcam tu, kerajaan mansuh lah PTPTN.. korang pun senang hati ar kan, tak payah bayar satu sen pun duit pinjaman.. tapi korang tak pikir pasal generasi masa depan..

apa korang nak tengok ke generasi masa depan a.k.a anak2 korang jadi mat rempit?? jadi kuli bawahan?? ada tak korang terpikir?? aku rasa korang tak pikir pun.. kalau korang terpikir, 100% aku sure korang tak akan buat benda bodoh macam tu..

jadi, cuba lah pikir2 kan sebelum buat sesuatu tindakan.. letakkan diri korang yang suka bonar mogok2 tak tentu hala tu pada nasib generasi masa depan.. korang tak payah ar nak ikut orang2 yang berada tu.. dorang ada duit.. boleh aje hantar anak2 dorang ke overseas tuk belajar.. yang korang apa kes?? hah.. jadilah mat rempit sedunia.. merempit sana sini tanpa hala tuju.. korang kan suka??

so... Allah bagi akal pikiran tuk diguna pakai.. bukan tuk men redah bodoh aje.. :)
ambik cermin, cermin cerminkan diri tu dulu ok?? ^^

ps : Cuba Jadi Manusia Yang Reti Bersyukur.. Kerana Tidak Semua Orang Layak Seperti Kamu.. ^^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, December 7, 2011

Berhati Hati Apabila Menggunakan Tandas Awam... (Kaum Hawa)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

alrite, arie nie aku share skit mengenai tips atau pengalaman aku semalam.. :D
dan iyanya sangat penting buat KAUM HAWA.. ^^

dulu kita selalu di berikan peringatan mengenai pencabulan ataupun gangguan seksual.. kan selalu dorang cakap ada yang letak hidden camera dalam toilet, ada yang memanjat tuk rakam atau nak intai bagai kan?? 

aku nak tanya, sekiranya korang gie public toilet, ada tak korang basahkan lantai bilik kecik yang korang gunakan tu?? kalo tak ada, mulai skang better korang basahkan demi keselamatan.. :)

macam aku sendiri, selama 6 tahun lebih lurang aku di Seremban Parade nie, baru semalam aku terkena.. nasib baik amalan membasahkan lantai bilik kecik tu dah lama aku buat.. demi keselamatan.. bukan setakat toilet kat Seremban Parade aje, tapi mana2 public toilet yang aku guna.. walaupun ianya di lapangan terbang, kawasan R&R dan pasar2 raya yang mewah.. :)

memang ar toilet 1st floor tu di katakan "haunted", sebabnya aku pun pernah kena ganggu dalam situ bila guna di waktu petang atau malam.. tapi yang semalam tu bukan nya "haunted" yang haunted.. yang semalam tu haunted oleh HANTU KEPALA HITAM!!

masa aku dalam toilet tu, macam biasa aku basahkan lantai bilik kecik tu, pastu tetiba aku nampak bayang2 kepala kat lantai yang basah tu.. aku trus diamkan diri.. aku tunggu gak dalam 10 saat macam tu.. makin lama makin clear.. aku apa laie, aku terus pancut air paip yang memang aku sedia pegang.. abis basah lantai luar tu tapi yang peliknya.... tiada kesan titisan air pun.. yanga da cuma lantai yang basah tu aje..

memula aku sangka benda2 yang selalu kacau tu, tapi mak aku cakap orang sebenarnya sebab tak ada titisan air mungkin aku tersasar memancutkan air paip tu.. =.="

jadi.. moral of the story.. buat teman2 Numb Gurl'z, kalo korang menggunakan public toilet, selalu ar basahkan lantai bilik kecik yang korang gunakan.. demi keselamatan diri sendiri gak kan?? :)

ps : Layan Novel Laie... ^^


Passion From Fallen Series... ^^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, April 1, 2011

Pemakaian Tudung Zaman Sekarang.. :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

aku sebenarnya nak beri pendapat aku mengenai cara pemakian tudung zaman skang nie..
aku tau, aku bukannya alim sangat dan aku sedar yang aku sendiri pun pkai tudung tak menutup bahagian dada seperti yang di wajibkan bagi seorang muslimah..

tapi, aku just nak share pendapat aku aje.. aku pernah menulis mengenai Tudung On Off.. tapi kali nie bukan mengenai tudung On atau pun Off.. aku nak share pendapat aku mengenai fesyen bertudung skang yang di gah gah kan oleh kebanyakkan anak2 muda zaman sekarang..

bila aku jelajah blog2 perniagaan terutamanya blog2 yang menjual tudung, sure ar ada yang membuat tutorial mengenai cara pemakaian shawls atau tudung.. sometimes aku tengok cara dorang pakai tu macam orang2 mental aje.. serabai tak tentu hala.. nak2 yang mengelarkan diri mereka FASHIONISTA.. 


bukan nak kutuk ataupun apa eik, cuma pandangan daripada seorang.. mungkin orang2 mcm aku di katakan KOLOT kerana tak mengikut peredaran zaman atau fashion yang terkini dan ter-hot atau ter-in...


aku mengaku, aku memang tak memakai shawls yang ngah hot atau yang ngah in skang nie.. aku lebih selesa menggunakan tudung bawal.. tapi jangan ingat aku tak tau jenis2 tudung yang ngah hot atau in di pasaran.. :p


berbalik pada pendapat aku mengenai cara pemakaian.. kalo korang katakan pemakaian yang di uar uar kan oleh mereka2 yang mengelarkan diri mereka FASHIONISTA nie hot atau in, tp bagi aku tak langsung.. macam orang giler ada ar..


tak percaya korang boleh surf mana2 blog yang wat tutorial pemakaian shawls.. korang teliti sendiri cara pemakian dorang (terutama yang mengelarkan diri mereka FASHIONISTA).. tak kemas langsung, serabai sana sini, macam orang hilang akal..
hilang kecantikan, kehalusan, dan segalanya mengenai shawls tersebut...


pikir2 kan ar eik.. bukan nak kutuk atau apa.. cuma pndangan peribadi cuma... :)







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, December 9, 2010

Bayi ditempah RM22,000

myMetro | Bayi ditempah RM22,000
Apa Sudah Jadi Ngan Manusia Skang Nie?? Cuba Ar Pikir2 Kan... :(





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, December 5, 2010

Ada Apa Dengan Duit... :)



Salam n eelloopp semua~
selamat berhujung minggu... ^.^

apa xtvt korang arie nie?? hehehe.. sure ar skang nie musim2 perkahwinan.. maka jemputan makan nasi minyak pun bertambah2... =)

tapi aku bukan nak citer pasal kawen atau kenduri kawen mahupun pasal nasi minyak.. aku nak citer pasal DUIT ataupun KUASA DUIT.. :0

kalo sebut aje pasal duit sure korang akan terbayang2 kan rupa duit tu macam mana kan?? semua org pun tau pasal kegunaan duit baik budak kecik sekali pun.. suka akan duit... ada tak yang tak suka duit?? (mental agaknya) =)

ok ar, skang nie tanpa duit kita akan di pandang rendah... tanpa duit hidup kita seperti tak lengkap.. tanpa duit kita akan di hina.. tanpa duit kita akan di sisihkan..

tapi.....
kerana duit gak kita di bunuh / di musuhi.. kerana duit kita akan di pandang tinggi.. kerana duit kita akan hidup selesa.. kerana duit hidup kita akan porak peranda,..

dan juga....
duit tak dapat nak beli keimanan seseorang.. duit tak dapat nak beli kebahagiaan seseorang.. duit tak dapat nak beli cinta, kasih sayang.. :)

itulah KUASA DUIT yang perlu kita akui.. 
jadi korang layan ar MV lagu duit2 nie eik.. 



Tajuk Lagu : Duit Duit
Nyanyian : Kumpulan Kembara



Tajuk Lagu : Money Money
Nyanyian : Kumpulan ABBA

dan kedua - dua MV adalah di kreditkan kepada You Tube... :) 

ps : 2-2 Lagu Kegemaran Ayah Aku.. ^.^ 





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, November 29, 2010

Kenapa Sukar Nak Menghormati Lagu Negaraku...?? ^.^


Tajuk Lagu : Negaraku
Kredit Kepada : You Tube 

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

Alhamdulillah.. kita masih bernafas laie tuk meneruskan kehidupan kita ini.. meneruskan tugasan yang belum di laksanakan.. :)

aku bukan nak citer pasal tugasan.. aku nak citer mengenai sikap sesetengah WARGA NEGARA MALAYSIA.. :)
dan sebelum tu, entry nie bukan tuk mengutuk atau apa.. cuma luahan perasaan aku yang tak puas mengenai sikap rakyat kita sendiri...

kenapa eik, sesetengah daripada kita tak tahu bagaimana nak menghormati lagu kebangsaan apabila berkumandang?? aku tengok kanak2 lebih tahu menghormatinya..

aku tengok sejak aku bekerja di pasar raya nie, setiap akhir tahun akan di adakan majlis penyampaian sijil tuk kanak2 sekolah tadika mahupun pra-sekolah.. jadi, setiap kali berlangsungnya acara nie, lagu kebangsaan akan di mainkan.. sebelum tu, juruacara majlis akan meminta hadirin semua berdiri bagi menghormati lagu ini..

yang menjadi ketidak puasan hati aku ialah... sesetengah mereka ini, (bukan kanak2 sekolah) tidak tahu menghormatinya.. mereka senang2 aje berjalan sewaktu lagu ini di mainkan.. bukan ke kat sekolah dulu kita dah di ajar tuk berhenti sehingga lagu Negaraku habis di mainkan?? kenapa sewaktu bersekolah aje kita boleh laksanakan dan selepas sekolah kita abaikan?? adakah sebab sewaktu bersekolah, kita takut di denda oleh pengawas atau guru2 apabila tidak berhenti dan selepas bersekolah, tiada siapa mahu mendenda maka kita sewenang wenangnya memperlekeh lagu kebangsaan kita nie??

aku lihat, sedangkan orang2 yang berusia pun tidak menunjukkan contoh yang baik tuk anak2 generasi baru.. bagaimana nak minta generasi baru nie menghormatinya??
aku lihat sedangkan staff yang datang daripada negara gajah putih atau lebih di kenali sebagai Thailand pun pandai berdiri tegak sewaktu lagu Negaraku berkumandang.. kita yang sebagai rakyat sejati Malaysia pun tak reti nak berhenti atau berdiri tegak.. buat malu aje.. 

jadi... kita semua cuba2 ar pikirkan eik.. sampai bila kita nak jadi "kurang ajar" terhadap negara kita sendiri.. jangan pandai berkata "AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA!!" tapi tak tahu hormat akan lagu kebangsaan negara sendiri.. :)

ps : Korang Bangga Ke Menjadi Rakyat Malaysia..?? ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, October 7, 2010

Movie In Minute : Facebook


Taken From : You Tube 
By : NigaHiga 

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyihatkan... :)

hehehe... aku malas nak cakap atau komen apa2.. korang layan ar sendiri video kat atas nie.. mungkin kena ngan diri korang... :)
bagi aku, ada benarnya apa yg nigahiga nie cakap dalam video dia nie.. :p

ps : Ada Yang Tak Gemar Dinding Fb Nya Di Conteng2 Dengan Iklan2 Atau Aplikasi Yang Merepek2.. ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, April 15, 2010

1 Malaysia... :)


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? ada sihat?? semoga sihat2 sokmo,... :)
sebelum itu aku nak ucap SALAM 1 MALAYSIA wat semua... :)

walaweii.. tetiba lak bersemangat kebangsaan yang mendalam... :p
bukan apa just nak tanya pendapat korang adakah gagasan 1 Malaysia nie berjaya bagi pandangan korang... bukan nak bangkitkan apa2 di sini ok.. hanya pertanyaan pendapat sahaja.. sebabnya dalam minggu lepas, ada yang mai kedai aku tuk wat survey mengenainya.. :p

andai mengikut kefahaman aku nie, 1 Malaysia bermakna semua kaum adalah sama.. tak boleh nak gaduh2 atau apa aje.. perlu menjaga sensetiviti setiap kaum serta agama dan pegangang mereka.. kalo aku silap, sila betulkan.. ini daripada sudut pandangan kefahaman aku saje.. :)

tapi, sejak kebelakangan ini, aku lihat ada gak yang mengutuk atau mencerca kaum lain.. memanggil kaum lain dengan panggilan yang tak sepatutnya.. menghina agama lain dengan kata2 yang aku rasakan amat ar tak patut..
sory, bukan nak mengenakan sesapa ok.. ini tiada kaitan dengan yang idup ataupun yang mati mahupun mana2 kaum atau agama..

please ar jangan nak kutuk2 ataupun nak mempersendakan kaum serta agama lain.. kita kan dalam 1 malaysia.. 1 negara yang aman.. ngape perlu bangkitkan perkara2 yang boleh membuatkan negara kita menjadi kucar kacir?? kita lihat aje negara2 jiran kita, betapa dorang sentiasa dalam keadaan huru hara.. tak pernah tenteram.. tak pernah merasa sedikit pun keadaan yang aman..adakah kita yang dah berada di dalam negara yang aman damai ini ingin menjadi seperti mereka?? 

anak2 terbiar tak bersekolah.. anak2 tak berbapa beribu.. terbiar tanpa arah tujuan.. ibu bapa kehilangan anak2.. kehilangan insan2 yang tersayang.. adakah kita sanggup nak jadi macam itu?? 

abaikan ar pasal aliran politik yang kita bawa.. cuba letakkan kita dalam satu gagasan yang hanya memikirkan akan keamanan negara kita.. janganlah kita mencaci serta menghina laum lain.. 

aku tau, kalo korang lihat pada nick name aku, korang sure akan menyatakan yang aku berbangsa cina.. tapi korang silap.. aku sebenarnya seorang melayu.. ok2... aku akui yang aku bukan 100% melayu tulen.. bapa ku seorang yang berbangsa cina dan ibuku melayu jawa.. aku bangga sebabnya aku di lahirkan dalam pelbagai keturunan.. aku ada darah cina, melayu serta jawa yang mengalir dalam darah aku..

jadi, kenapa perlu kita mempersendakan kaum lain andai kita boleh bekerjasama antara satu dengan yang lain?? bukan aku sorang yang berketurunan campuran ok dalam Malaysia nie, banyak dah yang berketurunan campuran.. 

jd, aku mohon pada kalian semua, jangan ar bangkitkan isu2 perkauman atau mempersendakan agama kaum2 lain.. kita masing2 mempunyai pendirian agama masing2.. kepercayaan serta adat2 kaum kita memsaing.. sila hormat antara satu dengan yang lain.. :)
kerana kita 1 MALAYSIA.. :)

ps : Bangga Di Lahirkan Di Dalam Negara Yang Bertuah Ini... :)
Dan Dengan Bangganya Aku Menyatkan Yang Aku Bangga Menjadi Anak Malaysia... :)






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)