Tuesday, February 14, 2012

Review Novel : Dia Tidak Berdosa


Credit to Alaf 21

salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

seperti yang aku janji kan semalam, aku nak wat review novel : Dia Tidak Berdosa Hasil Karya Puteri Andalas Terbitan Alaf 21..

aku kan seperti yang korang sedia maklum, paling suka membaca novel dan novel berbentuk islamik nie adalah yang pertama aku baca.. dan hasilnya aku boleh bagi 2 bintang daripada 5 bintang.. bukan sebab aku tak suka perkara2 yang islamik tapi kali nie Puteri Andalas terlalu "lemah" untuk jalan ceritanya.. 

sebahagian permulaan aku skip sebab terlalu bosan dengan cara penyampaian beliau.. untuk makluman semua, ini adalah pendapat peribadi aku.. jadi sekiranya korang yang telah membaca novel nie tak sama pendapat dengan aku, aku mintak maaf banyak2.. sebabnya pendapat kita adalah berbeza.. 

aku teragak nak membeli novel nie apabila aku terbaca di dalam majalah terbitan Alaf 21.. aku lupa sama ada majalah Nur ata Dara.Com.. yang pasti aku tertarik membacanya dan aku macam biasa ar kan akan tanya pada tempat yang aku selalu beli iaitu Shidah @ My Biz Santai Shop.. dan shidah masih ada stock untuk novel tersebut..

apa laie dengan terujanya aku membuat pembayaran (termasuk 4 buah novel yang lain) dan bila sampai awal tahun arie tu.. aku dengan terujanya membaca tapi... kecewa sangat2 sebab Puteri Andalas bukan seperti yang aku harapkan.. :(

citer tu sangat bosan hingga aku skip dan terlalu lama aku ambik masa untuk menghabiskan 640 helaian muka surat tu.. terasa macam tebal sangat2.. walhal kalo nak ikutkan setakat 600++ muka surat tu dalam 2 hari dah langsai.. nie dekat 2 minggu aku nak langsaikan.. =.="

so, mari korang semua baca sinopsis nya yang boleh membuatkan korang teruja nak membaca citer nie.. ^^

Kehidupan Kay atau Nur Khalidah penuh ranjau, onak dan duri. Sarat pula dengan dugaan tanpa henti. Bermula dengan memilih agama Islam sebagai pegangan diri, dia terus-terusan diuji, disisih daripada keluarga angkat yang dikasihi dan mengasihi. Namun… dia tetap gigih. Jatuh, bangun dan berdiri memegang teguh pada agama, kesetiaannya kepada Khalid Adlin, suami yang dihormati, kasih kepada zuriat kurniaan-NYA, Intan Rahayu yang diasuh berbudi pekerti tinggi. Namun… kesetiaan Kay diragui. Kay mati ketika mempertahankan agama dan maruah diri. Meninggalkan suami dan anaknya mendepani pembongkaran rahsia kematiannya yang penuh misteri dan tragedi.

amacam?? teruja tak?? teruja kan?? jadi kalo korang nak buktikan pada aku yang korang nya pendapat tak sama ngan aku, apa laie, grab ar novel nie.. tak nyesal pun beli kalo tak best, at least kita penah membacanya dan boleh wat koleksi peribadi... ^^

so.. jumpa laie esok untuk review yang lain pulak.. :)








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

1 comment:

Unknown said...

saya pun sedang baca novel ni skrg.. hmm.. novel ni tak berat sangat pada saya.. ok je.. tapi bila bab kay dah mati.. saya jadi teruja nak habiskan.. walaupun dah boleh agak endingnya.. pada bab awal, saya macam awak gak.. ada skip sikit.. hehe..

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)