Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Review Novel : Awak Suka Saya Tak??


salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

alrite, arie nie aku nak review novel : Awak Suka Saya Tak?? sebelum nie aku teruja nak beli novel ni bila aku baca review daripada Kak Azz.. :)
dan.. aku apa laie, memang teruja sakan ar kan?? dan macam semalam aku cakap, aku tetap beli dekat Shidah @ My Biz Santai Shop.. :)

dan, aku pun mula lah membaca novel nie bila aku dah abis membaca novel paling bosan yang aku baca.. sila rujuk kat entry semalam.. =.="

aku sebenarnya dah tak sanggup nak meletak kan tahap keterujaan aku tinggi sangat.. takut kecewa.. jadinya, bila aku mula membaca, aku dah start tak boleh nak berhenti.. aku rasakan kalo aku berhenti macam tak best aje.. bila nak stop aje terasa macam " apa jadi lepas nie eik??" maka sambung semula.. dan benda tu berulang2 hingga ar tamat novel tu.. :)

jalan cerita sempoi terasa macam bukan baca novel aje.. ada part sedih, kita pun turut sedih walaupun control air mata.. :p
part lucu, aku gelak sendiri macam orang mereng aje... novel yang tebal 1000++ helaian tu macam nipis aje sebab best kan?? :)
dan dalam 2 hari setengah aku langsai membaca novel tu.. dan aku tanpa teragak2 aku promote kat member2 aku yang kaki giler novel macam aku gak.. :)

walaupun harganya agak tinggi Rm 35 (aku beli ar) tapi berbaloi sangat.. :)
cerita yang seakan2 islamik tapi cara penyampaian nya berbeza.. lucu, sedih, tegas dan ego.. semuanya bergabung menjadi satu dan itulah istimewa nya AWAK SUKA SAYA TAK? :)

meh baca sinopsis nya pulak.. ^^

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha











Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, February 14, 2012

Review Novel : Dia Tidak Berdosa


Credit to Alaf 21

salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

seperti yang aku janji kan semalam, aku nak wat review novel : Dia Tidak Berdosa Hasil Karya Puteri Andalas Terbitan Alaf 21..

aku kan seperti yang korang sedia maklum, paling suka membaca novel dan novel berbentuk islamik nie adalah yang pertama aku baca.. dan hasilnya aku boleh bagi 2 bintang daripada 5 bintang.. bukan sebab aku tak suka perkara2 yang islamik tapi kali nie Puteri Andalas terlalu "lemah" untuk jalan ceritanya.. 

sebahagian permulaan aku skip sebab terlalu bosan dengan cara penyampaian beliau.. untuk makluman semua, ini adalah pendapat peribadi aku.. jadi sekiranya korang yang telah membaca novel nie tak sama pendapat dengan aku, aku mintak maaf banyak2.. sebabnya pendapat kita adalah berbeza.. 

aku teragak nak membeli novel nie apabila aku terbaca di dalam majalah terbitan Alaf 21.. aku lupa sama ada majalah Nur ata Dara.Com.. yang pasti aku tertarik membacanya dan aku macam biasa ar kan akan tanya pada tempat yang aku selalu beli iaitu Shidah @ My Biz Santai Shop.. dan shidah masih ada stock untuk novel tersebut..

apa laie dengan terujanya aku membuat pembayaran (termasuk 4 buah novel yang lain) dan bila sampai awal tahun arie tu.. aku dengan terujanya membaca tapi... kecewa sangat2 sebab Puteri Andalas bukan seperti yang aku harapkan.. :(

citer tu sangat bosan hingga aku skip dan terlalu lama aku ambik masa untuk menghabiskan 640 helaian muka surat tu.. terasa macam tebal sangat2.. walhal kalo nak ikutkan setakat 600++ muka surat tu dalam 2 hari dah langsai.. nie dekat 2 minggu aku nak langsaikan.. =.="

so, mari korang semua baca sinopsis nya yang boleh membuatkan korang teruja nak membaca citer nie.. ^^

Kehidupan Kay atau Nur Khalidah penuh ranjau, onak dan duri. Sarat pula dengan dugaan tanpa henti. Bermula dengan memilih agama Islam sebagai pegangan diri, dia terus-terusan diuji, disisih daripada keluarga angkat yang dikasihi dan mengasihi. Namun… dia tetap gigih. Jatuh, bangun dan berdiri memegang teguh pada agama, kesetiaannya kepada Khalid Adlin, suami yang dihormati, kasih kepada zuriat kurniaan-NYA, Intan Rahayu yang diasuh berbudi pekerti tinggi. Namun… kesetiaan Kay diragui. Kay mati ketika mempertahankan agama dan maruah diri. Meninggalkan suami dan anaknya mendepani pembongkaran rahsia kematiannya yang penuh misteri dan tragedi.

amacam?? teruja tak?? teruja kan?? jadi kalo korang nak buktikan pada aku yang korang nya pendapat tak sama ngan aku, apa laie, grab ar novel nie.. tak nyesal pun beli kalo tak best, at least kita penah membacanya dan boleh wat koleksi peribadi... ^^

so.. jumpa laie esok untuk review yang lain pulak.. :)








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, December 30, 2011

Review Filem : Ombak Rindu Yang Sendu Aku Menontonnya~

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan koga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

Jumaat sudah.. sekejap aje seminggu berlalu dan dalam minggu nie pelbagai dugaan datang.. aku REDHA~
redha apabila mendapat berita mengenai nendaku yang di masukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada petang selasa kerana mengalami sesak nafas dan peparu berair.. dan sehingga entry ini ku tulis, beliau masih berada di dalam wad dan sedang menantikan rawatan susulan oleh pihak hospital..
apa jua yang terjadi, aku doakan moga nendaku akan kembali pulih seperti sediakala.. AMIN~

lupakan citer nendaku yang sedang sakit.. kembali kepada tajuk entry aku kali nie.. 


REVIEW FILEM: OMBAK RINDU YANG SENDU AKU MENONTONNYA~

semalam aku menonton filem pecah panggung yang di katakan mengutip berjuta2 RM sepanjang di tayangkan iaitu OMBAK RINDU.. dan kesenduan aku menontonnya adalah bukan sebab munasabab yang filem itu sangat sedey ok... aku sendu sebab filem itu amat mengecewakan aku~ :(

kalo tak silap aku pernah menulis mengenainya dulu di sini.. sewaktu itu konon2 aku sangat TERUJA nak menonton antara filem yang di adaptasikan dari novel kegemaran ramai nie.. 

dan apabila semalam aku menontonnya di sini, aku sangat KECEWA ngan filem tersebut.. nyesal tak sudah rasanya tunggu lama2 sebab nak buffing tak mau tersekat2 tapi apa yang aku dapat?? 

aku tak tau di mana silapnya filem tersebut atau aku ke yang tak ada perasaan?? aku banyak baca tentang review member2 aku yang dah menonton filem nie.. ramai yang cakap sampai nages2 bila kuar panggung.. sampaikan tengok banyak2 kali pun tetap gak nages2..

aku puas ar ulang tayang filem nie semalam.. hampeh sungguh.. langsung aku tak ada feel dan langsung tak ada walau setitis pun air mata aku kuar.. benar2 ar aku nie tak ada perasaan~
apa sebab pun aku tak tau, nak cakap jalan citer nya tak bagus?? pelakon2 nya tak best?? tak HOT?? atau cara penyampaian yang tak menarik?? tah ar.. tapi lakonan MAYA KARIN memang macam tak kena aje.. (sebenarnya mana2 filem pun lakonan dia sama aje) =.="

bagi pendapat peribadi aku sendiri, naskah Ombak Rindu nie amat2 menarik.. aku tak tau ar bagi orang lain, tapi bagi aku ianya sebuah naskah yang menarik.. tak terlalu complicated sangat ngan jalan ceritanya.. tapi malangnya.. filem yang di adaptasi sangat2 kecewa~

bukan sekali aku menonton filem nie, berulang kali dan berulang kali jua aku cuba untuk menyelam kesedihan IZZAH, atau MILA mahupun HARIZ.. berulang kali aku cuba mencari di bahagian mana yang boleh membuatkan aku terasa dengan lakonan mereka2 ini walaupun untuk sedetik cuma.. berulang kali aku cuba menyelam jalan ceritanya, mencuba meletakkan diri aku di dalam watak2 tersebut tapi malangnya tiada apa yang mampu aku rasakan.. tiada apa yang mampu untuk aku banggakan..

jika kita mendengar Original Sound Track (OST) filem nie, kita dapat merasa apa kesedihan yang ingin di sampaikan.. tapi bila dah menonton filem nie, jangan terlalu berharap pada kepuasan yang kita impikan... =)

thanx to Mr Papanda Rajin yang share link kat FB semalam.. seb baik tak bazir duit aku gie beli VCD atau DVD tak kira ar yang original atau yang pirate pun.. ^.^

ps : Kenapa Tidak Mengambil 100% Penceritaan Dan Mengapa Perlu Di Ubah Suai?? =.="










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, December 28, 2011

Review Novel : 7 Hari Mencintaiku


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

alrite.. aku nak citer mengenai novel yang paling best aku baca.. novel tu ialah 7 HARI MENCINTAIKU.. :)

nape aku cakap citer nie best??
sebabnya... jalan citer yang tak bosan.. maknanya, bila start korang baca dari muka surat yang pertama sehingga muka surat yang ke 1049.. korang tak akan nak berhenti pun.. :)

aku banyak baca novel2 sejak kebelakangan nie, tapi novel yang ini memang syok giler membacanya.. tak menyesal pun aku beli novel nie.. :0

jalan citer yang menarik, perkembangan watak2 sangat2 best, ada pengajaran.. kita akan mengikut watak2 yang di suakan.. kekadang kita akan rasa "menyampah" dengan watak utamanya Mia Adriana.. kita akan "marah" dengan sikap Mak Leha.. kita akan rasa nak tampar2 aje mulut Syakila.. dan kita akan berangan dengan "kesabaran" Khuzairi.. :)

honestly, pengarang novel nie memang superb.. kekdang kita akan ketawa sendiri dengan olahan dialog2 yang ada.. kita akan menjadi sebahagian daripada jalan ceritanya.. :)

jadi.. aku memang syorkan korang membeli dan membaca novel nie.. memula kita akan menyampah tahap gaban dengan Mia Adriana tapi akhirnya, kita akan sedih dengan keadaan beliau..

keruntuhan rumah tangga, manusia2 bertuhankan duit hingga sanggup melacurkan anak sendiri, sanggup menjual maruah anak mereka demi kepentinggan sendiri..

so.. aku malas nak tulis panjang2.. korang boleh baca sinopsisnya kat bawah nie.. :)

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"


Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.


Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.


Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?


Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. 

aku beli kat tempat selalu aku borong novel.. My Biz Santai Shop.. ^^

ps : Menantikan 4 Buah Novel Yang Bakal Tiba.. ^^








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, December 21, 2011

Review Fan Page Al-Rafilah Design... 100% Custom Made Hijab


Paisley 14

Size : Potongan Square 

PRICE: RM29

Material: Crumple Chiffon


Paisley 17

Size : Potongan Square 

PRICE: RM29

Material: Crumple Chiffon


Qaisara - 08

Purple - Baby Blue - Purple - Baby Blue

Material : Made by imported high quality cotton Lycra

RM42 (not include inner)


Qaisara - 02

Lime Green - Fuschia Pink - Lime Green - Fuschia Pink

Material : Made by imported high quality cotton Lycra

RM42 (not include inner)


Alwani-04 Dark Grey - Light Yellow - Shocking Pink 

Material : Made by imported high quality cotton Lycra

RM42 (not include inner)


Alwani-02 Fuschia Pink - Turqoiuse Green - Light Yellow

Material : Made by imported high quality cotton Lycra

RM42 (not include inner)


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

just nak promote this fan page.. Al-Rafilah Design.. :)
menjual macam2 jenis hijab yang 100% custome made.. ^^

meh ar usha2 dan jangan lupa like their page ok.. ^^

ps : Jangan Lupa Gak Ke Fan Page  Butik Elyna Dan Roses Korean Style Untuk Lebih Pilihan... ^^










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, August 12, 2011

Review : Website Dan Blog Masakan Kegemaran Aku... ^^




Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan dalam menjalani ibadah pose yang ke 12.. wah.. sangat rajin plak aku meng-update teratak buruk aku nie.. sementara aku free dan rajin... ^^

ok ar.. kalo semalam kita bercerita tentang Lagu Raya arie nie mau share ngan korang mengenai blog2 atau website2 recepi yang aku suka jengah2.. ^^

kalo sebut My Resipi.. sure korang semua dah tau kan?? ada yang tak tau?? nak kena ketuk nie.. =))

aku dulu suka bonar masuk ke website nie cari2 geledah2 resipi yang di tayangkan.. kot upany macam best dan senang aku buat, aku salin.. kot upa best tapi susah atau leceh nak cari bahan2 nya aku skip... :) (semua benda nak senang) :p

pastu masa aku google ngan Pokcik Google, aku terserempak pulak blog TTM a.k.a Topsy Turvy Mum.. tapi aku suka jadi silent reader aje.. ^^
aku suka masuk blog TTM nie sebab cara pengayaan bahasa yang dia gunakan sangat sempoi dan kekadang aku pun boleh gelak sendiri walhal baca blog masakan bukannya blog lawak pun... ^^

pastu aku suka gak masuk ke blog Kak Nor Secubit Garam.. dari dia menggunakan blogspot hinggalah skang dia dah ada domain sendiri.. :)
akak nie orang Terengganu dan aku suka masuk ke blog akak nie sebabnya, resipi2 dia memang tertip cara2 serta susunan bahan2 dia.. aku pernah gak buat resipi daripada blog Kak Nor nie.. rujuk sini untuk tengok resipi yang aku try... ^^

pastu aku suka gak masuk blog Dari Dapur Kecil Cik Azz.. dan aku pun pernah gak try resipi akak nie..rujuk sini untuik tengok resipinya.. ^^

dan kalo aku sebut Tiffin Biru korang kenal tak?? sure korang tak kenal kan.. tapi kalo aku sebut Dapur Tanpa Sempadan - Che Mat Gebu 100% korang kenal akan beliau.. betul tak?? kalo tak betul sebenarnya korang tak mau ngaku... ^^
kalo masuk DTS nie, selalu aje kecur liur aku di buatnya.. masakan dalam DTS nie memang best2 walaupun simple2 aje.. adakah mungkin pengaruh gambar?? ^^

dan akhir sekali aku suka jengah ke website Laura In The Kitchen kalo nak terasa menjamu mata ngan masakan barat dan cupcakes yang cantik2 dan best2... ^^

aku pernah singgah ke Kurniaanmu untuk resepi ayam penyet.. ^^
pernah singgah ke Ha Sue untuk resipi Cheese Straw serta Kek Lumut Sarawak..
dan semalam ada singgah ke blog Juwita Fariz untuk resepi Murtabak Sardine Cream Cracker.. 

dan akhir sekali aku pernah singgah ke blog From Intan Kitchen untuk resipi Apam Belang.. ^^


ps : Nak Kumpul Banyak2 Recipe... ^^ 







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, July 31, 2011

Review : Custom Made Scarf (Anak Tudung Cotton Spandex Bercorak) ^^







Salam n eelloopp semua~
Salam hujung minggu.. korang sihat?? harap2 sihat esok insya Allah kita semua yang beragama Islam akan mula berpuasa... ^^

so.. sempena nak pose nie.. tetiba lak aku nak review mengenai anak tudung nie.. kalo dulu aku pernah wat entry ini.. skang aku nak wat yang ini pulak.. ^^

ok nama anak tudung nie ANAK TUDUNG PRINCESS.. menggunakan kain COTTON SPANDEX yang sangat2 lembut dan sangat2 selesa di pakai.. sejuk dan menyerap peluh.. memberikan rambut korang bernafas walaupun bertudung.. =)

laie pun, anak tudung nie panjang dan boleh tutup sanggul korang yang tinggi atau yang rendah.. jadi sanggul korang tak ada ar senang terburai.. :)
laie pun ianya akan nampak lebih kemas bila di pakai dengan selendang yang cantik menarik the boom.. =)
ala-ala Hanna Tajima pun boleh gak.. ^^

ok ar, kalo korang berminat, boleh ar buat tempahan kat Cik Princess Lara.. dengarnya ada promotion.. :)
atau korang boleh click banner Cik Princess Lara yang ada kat side bar blog aku nie.. :) 
dan harga untuk setiap anak tudung nie cuma RM 15 aje... ini tak termasuk postage ok.. ^^

ps : Jangan Lupa Melawat Butik Elyna Dan House Of Shawlz Gak.. =)







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, July 30, 2011

Review Novel : Fallen By Lauren Kate



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

arie nie terajin lak nak wat review novel.. rasanya dah lama kot aku tak wat apa2 review sama ada filem mahupun novel.. =.="
ok lah.. dulu aku pernah citer yang aku beli novel Fallen nie pada entry ini dan arie tu aku pun ada citer pasal Fallen kat entry ini.. nampaknya terlalu banyak Fallen yang aku dah sebutkan.. =)

so.. arie nie aku nak wat review pasal citer Fallen nie ar.. yang aku berjaya tamatkan 2 hari lepas.. aku tau aku beli dah lama tapi masa tu aku tak boleh baca buku nie sebabnya aku masih ada novel yang belum di baca.. kena ikut giliran ma.. ^^


bagi aku ar, aku suka citer2 macam nie.. dalam kategori Fantasy.. macam novel Twilight Saga.. :)
kalo dalam Twilight Saga, gadis manusia bercinta dengan Vampire tapi dalam Fallen gadis manusia bercinta dengan Angle.. =)

siapa sangka yang gadis manusia nie dah bercinta ngan Angle nie berabad2.. tapi mereka akan terpisah kerana gadis manusia ini akan meninggal dunia.. dan setiap 17 tahun mereka akan berjumpa semula.. dan Si Gadis Manusia ini akan kembali bercinta ngan Anglenya.. gadis yang sama eik.. lebih kurang seperti kelahiran semula ar.. tiap kali dia lahir semula, si gadis ini akan bertemu, bercinta ngan Anglenya.. sweet aje kan?? ;p

walau mcm mna si Angle nie mengelak pun, Si Gadis ini pasti akan dapat jumpa gak Anglenya.. ^^ 
dan sehinggalah tiba giliran Lucinda Price.. sejak dari kecil laie dia seperti di hantui oleh bayang2 hitam sehinggakan dia di bawa oleh orang tuanya untuk berjumpa dengan doktor pakar sakit jiwa.. 

dan pada suatu hari, sesuatu telah terjadi di sekolah lama beliau.. beliau di hantar ke sekolah pemulihan iaitu Sword And Cross.. dan di situlah dia bertemu dengan Anglenya semula iaitu Daniel Grigori.. dan berbagai2 cara Daniel menghalang untuk bercinta semula dengan Lucinda.. tapi.. akhirnya mereka tetap bersama gak.. ^^

dan dalam buku nie gak Lucinda mengetahui akan Daniel, Gabrielle Givens, Arriane Alter, Roland Spark dan Cameron Briel adalah Angle tapi hanya Cameron Briel aje Angle jahat.. :)

apa pun, korang baca ar dulu baru tau macam mana kesudahan nya.. ^^
kat bawah nie aku bagi sinopsis yang aku ambik kat website rasmi Fallen iaitu : Fallen Books... :) 
What if the person you were meant to be with could never be yours? 17-year-old Lucinda falls in love with a gorgeous, intelligent boy, Daniel, at her new school, the grim, foreboding Sword & Cross . . . only to find out that Daniel is a fallen angel, and that they have spent lifetimes finding and losing one another as good & evil forces plot to keep them apart.
ps : Menantikan Kesinabungan Fallen iaitu Torment Dan Passion.., ^^ 






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, December 31, 2010

Review Novel : Baju Pengantin Mak Andam





" Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul? "

ok ar.. tu sinopsis novel yang aku rembat kat Cik Shidah.. :)

tajuk nya : Baju Pengantin Mak Andam
Bilangan Muka Surat : 540 helai
Harga : rm 18 tapi kalo beli ngan Cik Shidah ada less 10%... :)
Penulisnya : areila sahimi

Salam n eeelloopp korang semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)
Jumaat sudah dan Jumaat ini adalah Jumaat yang terakhir bagi Tahun 2010.. :)
dan tau ar korang sedang enak2 bercuti umum kan?? ^.^
tahniah buat pasukan Harimau Malaya yang menang dalam Piala Suzuki Rabu Lepas... :)

dan rabu lepas jua aku berjaya tamatkan novel kat atas tu... ^.^

Review Aku :

hehhee.. ok ar.. jalan citer pun tak berapa berat dan pusing2..

ayat sempoi2.. boleh wat aku gelak sendirian berhad membaca.. :)

tak terlalu banyak bab2 flash back.. ada pun just 2 atau 3 perenggan aje.. ^.^

watak2 pun tak terlalu banyak sangat.. hanya ada 5 atau 6 watak aje.. jadi tak de ar terasa buhsan kan?? :)

aku bagi 10 bintang tuk novel nie... ^.^

ps : Aku Suka Bila Aku Membaca Nove Tanpa Henti Terlalu Lama... ^.^









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, November 10, 2010

Review Game Part 2 :- Department 42;The Mystery Of The Nine



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^.^

hehehe... review game laie ok... ^.^
nie ar game yang aku telah langsaikan semalam.. so far not bad.. memang best ar.. :)

nak cari barangan yang di senaraikan pun agak merumitkan sebabnya.. barangan yang nak di cari akan di letakkan di tempat yang seakan akan warna barangan yang di cari.. contohnya kalo nak cari hirisan buah oren, kawasan yang kena lebih di berikan perhatian adalah kawasan yang ada kaler oren... :)



Antara Mini Game Yang Aku Stuck Selama 2 Jam... :(
Ngape aku tak perasan akan kaitan benda2 tu memula.... *sigh*

ok ar eik.. bagi aku aku suka akan game nie.. secara keseluruhan aku bagi 5 bintang... :)
5 bintang tuk music, 5 bintang tuk sound effect, 5 bintang tuk grafik yang cun dan 5 bintang tuk storyline... ^.^

kalo korang terasa nak cuba try test game nie, korang boleh ar download kat SINI secara PERCUMA aje... ^.^

alright.. mau berundur tuk ke game seterusnya... ^.^ 


ps : Tangan Ku Sudah "Kejang" Sebab Asyik Klik Aje Men Game... =)


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, November 3, 2010

Review Games~ :)


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakn moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkang... :)

hehehe... korang sure kenal kan gambar yang aku tepek kat atas tu?? sape2 yang memang kaki games memang kenal.. :)

sebenarnya aku nak citer pasal games.. aku paling minat main games HIDDEN OBJECT.. ^.^
sangat2 mencabar minda dan pale otak.. nak2 kalo yang women's murder club nie paling best.. nak tau pasal apa?? pasal ianya ala ala CSI.. ^.^

korang akan cuba selesaikan setiap stage ngan bertukar2 watak.. ada yang kena selesaikan di dalam lab, ada yang kena lakukan dengan berfikir secara kreatif dan kritis.. :p


ok.. nie games yang baru aje aku langsaikan malam semalam.. Letters From Nowhere.. games yang nie laie mencabar.. sebabnya, objects yang ingin korang cari mempunyai clue yang mempunyai 2 maksud..
contohnya : opened can - kalo kita pkir semestinya kita mencari tin yang telah di buka kan?? tapi sebenarnya object yang kita nak cari adalah can opener.. :)



hah.. nie ar game paling hancus penah aku men.. dah ar masa nak download tu ambik masa dekat 1 hari.. tapi men tak sampai 3 jam dan abis..
dah tu macam hampeh aje.. 

ok ar, kalo korang nak download games, guna ar link nie... Warez-bb.. ^.^

ps : Aku Mau Sambung Men Game.. =)

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, August 7, 2010

Review Novel : Rindu Tak Terucap.. :)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? harap2 semoga korang akan sentiasa sihat2 sokmo... :)

ok... novel review again... :)
kali nie novel yang menjadi pilihan (cehwah) adalah :

Tajuk : Rindu Tak Terucap
Penulis : Nurhayati Ishak
Bilangan Muka Surat : 760 Helai
Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd (CESB)
Harga : RM 32.90
Sinopsis :

"Ku gagahi kaki ini... walaupun langkahku kian payah"
Indahnya sang bunga pasti layu jua akhirnya. Indahnya cinta kekal hingga ke hujung nyawa. Saat cinta mula berbunga, hati yg layu menjadi ceria.

WA AINI- Terima kasih cinta, utk segalanya kerana mengajarku erti bahagia. Kau berikanku lagi kesempatan utk kusemai cebisan kasihku.
Namun cinta jua membuat aku dihimpit rasa bersalah dan kesal yg sukar difahami oleh sesiapa. Saat cintaku terpaksa dilukai dan dikhianati. Hati yg luka berdarah.. biar kutanggung sendiri.

HAIQAL - Sayang.. tak terucap rinduku padamu. Kau ibart bayang-bayang indah yg sentiasa menemaniku. Tanpamu aku kehilangan arah. Sepi yg tiada penghujungnya... meambah lara di hatiku. SAyang... hadirmu jua membuka ruang-ruang kosong di hatiku walaupun kau tercipta bukan utkku. Namun kutemui jua cinta yg abadi.

WA AIMIN - Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang utkku bersama dgnnya. Nkmat cinta yg KAU anugerahkan tidak ternilai harganya.
Ain... Abg amat menyayangimu. Andai diberi peluang sekali lagi, akan kubahagiakan dirimu selamanya.


Review Aku Pulak :

 aku suka akan watak Wa Aini.. seorang gadis yang tabah dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang anak angkat bagi kuarga En Ainul Jamal serta isterinya Puan Salwa.. walaupun hanya dia, ibubapa serta abang sulung mereka sahaja yang megetahui akan status Aini sebagai anak angkat, kasih sayang mereka tak pernah berbelah bagi terhadap Aini.. hinggakan anak2 kandung pasangan ini merasa tak berpuas hati tapi mereka tak pernah menyisihkan Aini kerana bagi mereka, Aini adalah adik kandung mereka.. kasih sayang itu setara..

watak Haiqal pun aku suka.. lelaki cina yang memeluk Islam.. lelaki cina yang sentiasa menjadi bayang2 Aini.. walau kemana Aini pergi pun, Haiqal atau Ah Kuang akan ada di situ.. ibarat seperti telah di jodohkan antara mereka.. :)

kisah cinta yang tak dapat di satu kan kerana ada perkara yang terjadi... kalo nak tau apa, korang kena baca sendiri ar... citer nie memang best... dalam 10 bintang aku bagi 9 bintang... :) 
memang tak menyesal korang melabur tuk membeli novel nie... :)

ps : Doakan Aku Tuk Arie Ini Eik... ^_^
Aku Perlukan Sokongan Teman2 Ku Serta Insan2 Yang Aku Sayang... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, August 3, 2010

Review Novel : Cinderella Cinta.. :)


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyihatkan dan menyenangkan.. :)

ok kali nie mau review novel Cinderella Cinta yang telah selamat aku langsaikan pada minggu lepas.. dalam busy2 pun, aku sempat gak melayan novel nie... :p

Tajuk : Cinderella Cinta
Penulis : John Norafizan
Bilangan Muka Surat : 488 Helai
Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd (CESB)
Harga : RM 23.90
Sinopsis :

    Demi Tuhan aku cuma mahu mendapatkan kembali cintaku yang telah lama hilang. aku cuma mahu melihat sayangku walau buat kali terakhir. aku tidak mahu apa-apa lagi kecuali hakikat bahawa kasih kita akan bertaut kembali. jangan tinggalkan aku dalqam rindu yang tak bertepian ini. benarkan aku hilang di dalam keabadian cintamu dan restu yang membahagiakan kita selamanya.
    Jika kau pergi, maka aku tidak dapat bernafas di dalam dunia yang kejam ini. aku tidak akan mampu mengharunggi hari demi hariyang menyakitkan ini. hanya cintamu yang menjadikan aku tegar. hanya engkau yang membuatkan mentariku berputar di atas paksinya. hanya engkau...

Review Aku Pulak :

   Aku suka akan kesungguhan watak utamanya iaitu Lara Mia.. gadis melayu yang berdarah kacukan melayu dan tinggal di Britain.. menjadi sukarewati Mercy Manchester.. semangat kentalnya dalam emngahrunggi hari2 yang di anggap "derita" kerana di tinggalkan Sang Kekasihnya iaitu Edri dan menghadapi tuntutan kasih sayang daripada temannya sewaktu kecik dahulu iaitu Victor Adam.. sanggup ke Pakistan kerana mendapat tahu yang Edri kesana.. sanggup menutup hati dan jiwanya demi Edri walaupun pada hal dia tau yang dia tak akan bertemu Edri di sana.. 
    tapi, di sana menanti pelbagai dugaan dan cubaan.. bagaimana dia bertemu dengan insan2 yang berhati kejam dan bagaimana dia bertemu semangatnya iaitu Fatimah, seorang wanita yang bersifat keibuan.. 
    yang aku tak suka, memula jalan citernya asyik berkisarkan mengenai cinta Lara Mia yang tak kesampaian.. yang menderita mengenangkan Edri yang tinggalkannya 3tahun yang lalu.. so.. jalan citer agak bosan bagi aku ar.. bila masuk plot di Pakistan, aku gemarkannya.. semakin seronok untuk di baca.. hinggakan nak tinggalkan sebaris ayat pun akan rasa tak best.. ^_^
    aku suka watak Lara Mia.. semangat juang nya memang boleh di buat contoh tapi bukan semangat juang terhadap kekasihnya Edri.. semangat juang mempertahankan hak wanita yang di tindas di Pakistan.. bagaimana dia bertungkus lumus mengadakan kelas tuk kanak2 perempuan dan kanak2 lelaki tuk mendapatkan pendidikan setaraf dengan mereka2 yang tinggal di kawasan bandar.. :)
    so... kalo korang nak tau bagaimana kesudahannya, korang boleh ar baca sendiri.. adakah Lara Mia akan terima Victor Adam ataupun dia akan kembali kepada Sang Arjunanya iaitu Edri yang entah kemana menghilangnya?? ataupun dia akan tetap dengan pendiriannya bahawa atie hanya di miliki oleh Edri aje dan tak mau bukak atienya untuk insan lain?? :)

kalo nak bagi bintang, daripada 10 bintang, aku berikan 8 bintang.. 
dan sekarang aku ngah bertungkus lumus mengabiskan novel ini 


citer nie pun bagus gak.. dah lepas setengah buku aku abiskan.. rasa macam tak nak stop pulak.. tapi aku terpaksa stop sebab byk keje... :(

ps : Rindu Yang Tak Terucap.. Amat Payah Menahan Rindu Itu..Tapi Amat Manis Bila Rindu Itu Terurai Kelak... ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)