Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Review Novel : Love You Mr Arrogant By Aliesha Kirana



As salam n eelloopp semua~ 
korang apa khabar?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

alrite, semalam aku dah dapat novel novel yang aku order daripada My Biz Santai Shop.. tempat biasa aku dok beli novel secara online.. ^^

aku beli 6 buah novel, baru dapat 4 novel dan masih menantikan 2 novel yang lain.. dan aku macam biasa akan baca sampai lebam ar kan, tak kan nak tunggu tunggu lagi.. dan novel pilihan pertama aku ialah Love You Mr Arrogant hasil nukilan Aliesha Kirana dan di terbitkan oleh Karya Seni..

sebenarnya aku dah baca sebahagian novel nie di penulisan2u, maka, aku sanggup beli sebab nak tau apa kesudahan citer nie..
now, meh aku review sikit pasal novel nie dalam versi mata empat aku pulak eik.. ^^

sebelum tu aku bagi sinopsis sikit :

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...
dan review aku :

bagi aku, citer nie macam citer citer cintan cintun yang lain.. ada perempuan yang dengki dan ada lelaki yang mencintai heroin nya.. jalan citer sangat sempoi, mudah di fahami dan bahasa yang di gunakan pun sempoi aje.. ada ayat ayat yang boleh buat korang gelak sesorang..
ada bahagian yang korang terasa macam nak mengalirkan air mata tapi belum sempat korang mengalirkan air mata, terus keluar ayat ayat sempoi yang bakal buat korang gelak.. jadi bagi aku, agak spoil sikit ar sebab kita tengah feeling feeling sedih tetiba tak jadi pulak.. =.="
satu lagi, jalan cerita yang aku rasakan sangat mudah nak di fahami dan kita dah tau dah kesudahan nya bagaimana.. tapi dalam masa yang sama kita macam tak nak berhenti walaupun nseketika pun sebab nak tahu apa kesudahan nya.. :)
kita akan rasa sangat romantik bila hero nya Irham cuba untuk meluahkan perasaan sayang pada isteri nya sendiri iaitu Zaara.. ini di sebab kan Irham menikahi Zaara di sebabkan untuk mengelakkan Irhan Holding di wasiatkan kepada sepupu beliau iaitu Hardy.. selain mengelakkan dirinya di paksa merima cinta Sherry iaitu anak sahabat baik Mama Irham..
bila bergelar suami isteri, mereka masing masing ego untuk menluahkan isi hati.. dan mula di sini lah beberapa bab yang agak lucu dan sedih serta agak meluat dengan kerenah Sherry serta ibu mertua Zaara yang sedaya upaya untuk memisahkan Irham dan Zaara..
dan, apabila sesuatu yang terjadi kepada Irham dan pada Zaara, baru masing masing yakin yang mereka memang telah di takdirkan untuk bersama..

apa yang terjadi pada Zaara?? apa kes Irham?? korang kena baca sendiri..  :)
satu yang aku tak berapa nak berkenan dengan citer nie ialah,
apabila Irham menjentik dahi Zaara dan mengatakan Zaara lembab dan Zaara ketuk kepala Irham dengan kad jemputan.. aku rasa agak keterlaluan kot.. walau bergurau macam mana sekali pun, sanggup ke korang ketuk kepala suami korang dan apa perasaan korang bila suami jentik dahi korang??
dan aku berikan 9 bintang dari 10.. keep it up to Aliesha Kirana untuk nukilan seterusnya.. :)
ps : credit sinopsis kat MPH CLICK, credit gambar kat aku sendiri :)









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, January 29, 2013

Hadiah Birthday Yang tak di Sangka (Part 1)


 credit gambar kat aku sendiri

salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

alrite.. aku tau dah lama tak update teratak buruk aku nie.. =.="

dan yang buat aku tersemangat nak update ialah....
bila kak Azz tag aku mengenai blog aku di ulas di fanpage Puan Melur Jelita..:)

hehhe.. bukan nya apa, ingat tak dulu aku pernah menulis review novel beliau?? tak ingat?? tak pe boleh click kat sini.. 

dan apabila kak Azz tag kat aku.. apa yang aku rasa?? "mau pengsan lor" sebab nya penulis pujaan hati sudi menjengah ke teratak buruk aku nie dan sudi share ngan peminat peminat beliau serta peminat peminat ILUS.. mau tak pengsan?? ^^

dan masa aku baca semalam, sempat ar kan aku poyo kat En Suami pasal benda nie..dan haruslah aku katakan yang aku memang poyo semalam.. ^^

En Suami pun tak tau nak cakap apa bila tengok aku poyo sangat dengan kisah nie.. ^^

nak buat camne kan, dah isteri dia memang gilakan novel.. haruslah terima dengan keredhaan akan kepoyoan aku... ^^

so.. tak mau citer pepanjang.. apa apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada kak Azz sebab sudi tag kat aku dan pada Puan Melur Jelita, thanks a lot sebab sudi singgah ke teratak buruk aku nie.. ^^

jumpa laie di masa akan datang bila aku nak menulis laie... ^^


ps : Speechless, Love It, 






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, November 29, 2012

Review : I LOVE YOU STUPID by MELUR JELITA



Kredit Gambar Kat Aku Sendiri

Salam n eellloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

sangat lama rasanya aku tak mengemas teratak buruk aku yang memang dah sedia buruk nie.. banyak perkara nak share tapi aku seakan akan "mati" bila aku mula nak mula menaip.. =.="

jadi malam nie aku nak share ngan korang pasal novel yang sedang laris bak pisang goreng di waktu musim kemarau.. :)
novel nie En Suami aku yang belikan sewaktu kami bercuti ke Pantai Timur minggu lepas dan genap 1 minggu aku telah khatam novel nie.. (tu pun jimat2 baca) :p

apa yang aku boleh katakan pasal novel I LOVE YOU STUPID! atau lebih di kenali sebagai ILUS nie adalah....

ini merupakan novel yang terbaik..!! aku nak ucapkan tahniah buat penulis novel nie iaitu Puan Melur Jelita.. hasil tangan beliau sangat ar aku kagum.. jika dulu aku kagum dengan penulisan Ahadiat Akasha atau Liana Afiera Malik, sekarang Melur Jelita telah aku senaraikan sebagai penulis yang wajib ada dalam senarai novel novel yang terbaik.. :)

sebelum aku tulis review aku, meh kita baca dulu sinopsis ILUS :

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”
-credit to here-
mula mula aku baca novel Puan Melur Jelita adalah Awak Suka Saya Tak? atau ASST.. jalan cerita ILUS sangat sempoi.. bila tiba bab lawak kita akan sama ketawa terbahak bahak seperti membaca majalah lawak walhal membaca novel.. :)
bila time sedih, kita dapat merasakan betapa sedihnya watak tersebut.. ibarat kita yang berada di dalam jalan cerita itu.. walaupun aku tak menitiskan air mata tapi perasaan sedih, sayu, pilu tetap menjalar dalam diri kita secara semulajadi.. 
aku terasa betapa egonya Iris dan Firman dalam menyuarakan perasaan masing masing dan sanggup merana merindu antara satu dengan yang lain.. aku terasa betapi sedihnya Aidan apabila menerima kenyataan bahawa Iris tidak mencintainya walhal mereka ibarat belangkas selama bertahun tahun.. aku merasakan betapa bertuahnya Lara, Farina, Violet a.k.a The Divas kerana mempunyai hubungan setia kawan yang sangat kukuh.. bagaimana Fatimah & Mai Tuan serta Matt yang begitu menjaga batas batas pergaulan antara mereka..
dan sampai sekarang, aku masih lagi terbawa bawa akan jalan cerita ILUS.. masih terbayang bayang di mata setiap baris ayat yang di susun sangat sempoi dan indah tetapi mempunyai makna yang tersirat dan tersurat..
so.. apa lagi, jika korang masih tercari cari novel yang terbaik, carilah ILUS atau ASST.. korang tak akan menyesal dengan harga yang korang bayar untuk memdapatkan sebuah novel yang terbaik..
aku nak ucapkan terima kasih buat Kak Azz sebab telah "meracun" aku untuk memiliki ILUS.. =)






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, February 14, 2012

Review Novel : Dia Tidak Berdosa


Credit to Alaf 21

salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

seperti yang aku janji kan semalam, aku nak wat review novel : Dia Tidak Berdosa Hasil Karya Puteri Andalas Terbitan Alaf 21..

aku kan seperti yang korang sedia maklum, paling suka membaca novel dan novel berbentuk islamik nie adalah yang pertama aku baca.. dan hasilnya aku boleh bagi 2 bintang daripada 5 bintang.. bukan sebab aku tak suka perkara2 yang islamik tapi kali nie Puteri Andalas terlalu "lemah" untuk jalan ceritanya.. 

sebahagian permulaan aku skip sebab terlalu bosan dengan cara penyampaian beliau.. untuk makluman semua, ini adalah pendapat peribadi aku.. jadi sekiranya korang yang telah membaca novel nie tak sama pendapat dengan aku, aku mintak maaf banyak2.. sebabnya pendapat kita adalah berbeza.. 

aku teragak nak membeli novel nie apabila aku terbaca di dalam majalah terbitan Alaf 21.. aku lupa sama ada majalah Nur ata Dara.Com.. yang pasti aku tertarik membacanya dan aku macam biasa ar kan akan tanya pada tempat yang aku selalu beli iaitu Shidah @ My Biz Santai Shop.. dan shidah masih ada stock untuk novel tersebut..

apa laie dengan terujanya aku membuat pembayaran (termasuk 4 buah novel yang lain) dan bila sampai awal tahun arie tu.. aku dengan terujanya membaca tapi... kecewa sangat2 sebab Puteri Andalas bukan seperti yang aku harapkan.. :(

citer tu sangat bosan hingga aku skip dan terlalu lama aku ambik masa untuk menghabiskan 640 helaian muka surat tu.. terasa macam tebal sangat2.. walhal kalo nak ikutkan setakat 600++ muka surat tu dalam 2 hari dah langsai.. nie dekat 2 minggu aku nak langsaikan.. =.="

so, mari korang semua baca sinopsis nya yang boleh membuatkan korang teruja nak membaca citer nie.. ^^

Kehidupan Kay atau Nur Khalidah penuh ranjau, onak dan duri. Sarat pula dengan dugaan tanpa henti. Bermula dengan memilih agama Islam sebagai pegangan diri, dia terus-terusan diuji, disisih daripada keluarga angkat yang dikasihi dan mengasihi. Namun… dia tetap gigih. Jatuh, bangun dan berdiri memegang teguh pada agama, kesetiaannya kepada Khalid Adlin, suami yang dihormati, kasih kepada zuriat kurniaan-NYA, Intan Rahayu yang diasuh berbudi pekerti tinggi. Namun… kesetiaan Kay diragui. Kay mati ketika mempertahankan agama dan maruah diri. Meninggalkan suami dan anaknya mendepani pembongkaran rahsia kematiannya yang penuh misteri dan tragedi.

amacam?? teruja tak?? teruja kan?? jadi kalo korang nak buktikan pada aku yang korang nya pendapat tak sama ngan aku, apa laie, grab ar novel nie.. tak nyesal pun beli kalo tak best, at least kita penah membacanya dan boleh wat koleksi peribadi... ^^

so.. jumpa laie esok untuk review yang lain pulak.. :)








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, September 9, 2011

Permaian Tradisional.. (Ilham Daripada Status FB Memberku A'an) ^^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang baik2 aje.. ^^

arie nie aku nak citer pasal permainan tradisional.. sebab apa tetiba aku nak citer pasal nie?? sebabnya semalam aku terbaca status member sekolah rendah aku nie mengenai permainan tradisional nie.. status dia berbunyi macam nie 
baru tau rupenye Konda Kondi permainan internasional seperti yang ada di Korea...klu masuk senarai Olimpik bole fight nih"

so... tetiba lak aku teringat kat permainan tradisional masa zaman kanak2 rebina dulu kala.. agaknya, zaman kanak2 skang nie ada tak men permainan macam kita dedulu eik?? :)
dorang kan skang zaman IT, men games PC, PSP, PS2, apa laie eik?? tah ar macam2 skang kemudahan yang boleh dorang guna nak men games.. tak macam kita dulu.. kalo nak men Batu Seremban, nak gi cari batu yang agak bulat2.. nak lak cari 5 biji atau 7 biji.. sebab ada men Batu Seremban 5 dan Batu Seremban 7.. yang 7 biji tu senang.. ulang aje men smpai abis kecuali "grip" atau tangan tersentuh batu2 yang len.. ^^
kalo batu 5 nie lak, setiap langkah berbeza2.. makin tinggi, makin agak sukar nak main.. ^^

pastu kalo nak men galah adang atau galah panjang lak, kena lukis garisan.. kena cari geng yang nak main.. kalo aku tak silap ada nama "anak keladi" kot, sape yang jadi "anak keladi" nie kalo sentuh macam mana pun tak mati.. tapi tak boleh nak tamatkan game selagi "Si Ibu" dan "anak2" yang lain selamat tiba.. :)

nak men ketingting atau teng teng.. ada teng teng yang yang kat hujung kepala tu ada bentuk semi bulatan.. yang kena belakangkan bulatan tuk balik buah.. ^^
ada gak "teng teng coklat".. :)

apa laie eik games yang popular sewaktu kita zaman kecik2 dedulu?? "polis sentri" atau "police and thief", main "lompat getah".. masa tu smua sibuk nak beli getah nak buat panjang2 senang nak lompat.. ^^

aku ingat laie men "nama negeri" tu.. kat tempat lain aku tak tau ar plak korang panggil apa.. yang kena pilih satu huruf, then kena tulis nama, negeri, buah, benda,binatang, akhir sekali markah.. markah berdasarkan kalo tak sama jawapan dengan orang lain dapat 10 markah, kalo sama dapat 0.. ^^

laie men kapal terbang kertas.. men parahu kertas, lawan bola sepak kertas.. lawan pemadam getah (sampai kena amaran masa sekolah dedulu sape2 yang ada lebih daripada 1 pemadam akan di rampas) ;p

men baling selipar kat tin kosong pun best gak.. atau men bola chapping.. :)  men congkak pun best.. tapi men congkak nie macam berbeza2 peraturan lak.. ada yang men sape yang abis dulu sewaktu "menapak" akan kalah.. ada pulak yang sape banyak buah yang di "tikam" akan menang.. =.="

main wau atau layang2 pun antara yang popular zaman kanak2 dedulu.. atau men "kaki tempurung", men "konda kondi", men "gasing" (sampai skang aku tak reti men gasing) =.="
men jentik guli atau men baling guli dalam bulatan.. :)

penat dah aku pikir permainan tradisi nie.. apa kata korang lak yang citer apa yang korang penah men sewaktu zaman kanak2 dedulu.. mana tau kita boleh share permainan lak.. ^^

ps : Kembali Ke Zaman Kanak2 Kan Ke Best?? ^^ 


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, September 8, 2011

Kegilaan Aku Terhadap Novel Semakin Meruncing... ^^



Salam n eellopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. masih dalam bulan Syawal dan masih laie banyak orang yang membuat rumah terbuka.. ^^

ok ar sebenarnya aku nak citer pasal KEGILAAN aku.. meaning kat sini bukan nya aku gila, atau gila meroyan atau sebagainya.. tapi kegilaan aku terhadap buku.. bukan bermakna kalo baca buku boleh gila.. tu memang gilanya penyataan tuk mengelak kan korang membaca.. ^^

ye ar, macam korang kan ada kegilaan atau hobi yang sangat2 korang gemar lakukan.. ada yang gila memasak, ada yang gila kan aktiviti lasak, ada yang gilakan modified kete mahupun moto, ada yang gila mengumpulkan paper bag dr pelbagai jenis kedai sama ada luar mahupun dalam negara, ada yang suka atau gila kan sesuatu yang pelik2.. tapi aku harap tak ada ar yang gila nak kumpul bf atau gf.. ^^

ada orang kata, membaca nie macam ibarat membazir.. sebab nya sekali dah baca buku tu, kita akan simpan.. tapi bagi aku, ianya suatu pelaburan yang menguntungkan.. nak tau kenapa?? sebabnya, bila kita membeli sesuatu bahan bacaan terutamanya novel atau pun buku2 ilmiah atau majalah2.. jangan di buang.. kita simpan.. buat koleksi.. macam dulu aku suka kumpul majalah Jenaka Rama.. skang mana ada kuar laie majalah tersebut?? kan ke retro?? ^^
aku kumpul majalah Ujang, mungkin skang pun ada ujang tapi Ujang skang ngan Ujang yang lama amat berbeza sekali aku baca.. macam dah tak ada "kimia" atau tarikan nak membuatkan aku gelak bila membaca.. :(

aku kumpul novel2.. bahasa melayu mahupun bahasa inggeris.. dan aku ada novel Lagenda Budak Setan yang 2nd edition.. skang novel tu cover dah lain.. ^^
macam tu gak novel2 lama yang skang agak sukar nak jumpa.. kecuali kita gi beli kat website2 2nd hand atau kdai2 yang menjual barangan2 terpakai.. ^^

aku pun gilerkan camera.. tapi aku bukan giler bergambar.. aku suka mengambil gambar.. suka mengabadikan gambar2 atau tempat2 yang pernah aku jejaki.. aku pun pelik camne dorang yang suka cam-whore nie kan?? ambik gambar2 ala2 cute then upload.. kalo aku memang xjd ar.. =)
tapi tak boleh nak cakap kan, tukan kegilaan atau kegemaran dorang.. ^^

apa pun jangan ar pulak ada yang kegemaran melampaui batas2 kemanusiaan.. :)
berpada2 gak walaupun macam aku nie ngah teruja mengusha novel2 yang ada di blog My Biz Santai Shop a.k.a Shida
 tempat aku selalu order buku2.. ^^  
dan Books For Charity a.k.a Kak Ida mata aku sangat2 rambang.. walhal aku ada laie 4 buah buku yang "masih dara" belum aku sentuh laie.. =.="

ps : Laie Tinggal 17 Hari Sebelum My 2nd Phase.. Aduhai.. Sangat2 Berdebar2... ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, November 26, 2010

Bunga Oh Bunga... ^.^








Semua Gambar Kredit Kat Aku... ^.^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berbahagia di arie jumaat nie... :)

ok ar semalam aku berjalan2 dan aku terjumpa blog Seri Orkid.. memang menarik orkid2 yang Puan Empunya Blog tu.. dan masa usha2 tu aku terjumpa orkid yang macam aku tepek kat atas tu.. tapi gmbar kat atas tu pokok orkid mak aku.. :)

mak aku paling minat bunga orkid.. sejak dia muda belia laie (menurut arwah atok aku) hingga ar skang.. pokok orkid aje kat umah tu dah berpasu2.. tak terkira banyaknya.. 

macam2 nama tapi yang aku paling ingat Dancing Lady.. hehehe.. bunyi macam anggun aje kan bunga nie?? memang pun.. sangat cantik.. ^.^
laie satu yang mak aku tanam sampai skang tak berbunga2 ialah pokok orkid harimau.. :)
org kata pokok nie RAJA ORKID aku pun xtau ar pulak.. sebabnya aku lebih gemarkan bunga mawar terutamanya mawar kaler putih... ^.^

ok ar, tak mau citer panjang2 lebar di hari jumaat nie.. kalo korang suka bunga orkid, g ar terjah blog akak fzi nie.. tengok ar macam2 orkid yang dia ada... :)

salam hujung minggu buat kalian~ ^.^

ps : Semoga Kamu Selamat Sampai Ke Destinasi Percutian Kamu, Abg.. Selamat Pergi, Selamat Meng-enjoy-kan Diri Dan Selamat Pulang Kelak... ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, November 21, 2010

Sangat Happy

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? salam ahad tuk korang... :)

ok ar tak mau citer pepanjang laie.. semalam adalah arie yang sangat epy buat aku.. nak tau ngape?? sebabnya aku kuar out thing ngan My Big Sis Prince Adnil... wah.. sangat epy bila kita mula mempelajari serba sedikit mengenai penggunaan My Baby 550d.. :)

bila kita tau bagaimana nak handle gadjet tersebut yg sebelum nie aku men taram aje... =)
dan secara tak langsung, memperkenal kan En.Cinta kepada My Big Sis... :">
owh~ lupa pulak, dan kami telah membuli En.Cinta tuk menjadi model "bidan terjun" kami.. ^.^

ok ar, insya Allah esok aku akan upload gambar2 out thing yang berjaya aku rakam kan selama 3 jam kami ber out thing di Taman Tasik Seremban... :)
(semua gambar kecuali gambar En.Cinta yang menjadi model bidan terjun tak dapat di siarkan kerana aku tidak mendapat hak keizinan tuk menyiarkannya) ^.^

ps : Andai Arie2 Happy Macam Nie Kan Alangkah Bagus Nya... ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, August 7, 2010

Review Novel : Rindu Tak Terucap.. :)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? harap2 semoga korang akan sentiasa sihat2 sokmo... :)

ok... novel review again... :)
kali nie novel yang menjadi pilihan (cehwah) adalah :

Tajuk : Rindu Tak Terucap
Penulis : Nurhayati Ishak
Bilangan Muka Surat : 760 Helai
Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd (CESB)
Harga : RM 32.90
Sinopsis :

"Ku gagahi kaki ini... walaupun langkahku kian payah"
Indahnya sang bunga pasti layu jua akhirnya. Indahnya cinta kekal hingga ke hujung nyawa. Saat cinta mula berbunga, hati yg layu menjadi ceria.

WA AINI- Terima kasih cinta, utk segalanya kerana mengajarku erti bahagia. Kau berikanku lagi kesempatan utk kusemai cebisan kasihku.
Namun cinta jua membuat aku dihimpit rasa bersalah dan kesal yg sukar difahami oleh sesiapa. Saat cintaku terpaksa dilukai dan dikhianati. Hati yg luka berdarah.. biar kutanggung sendiri.

HAIQAL - Sayang.. tak terucap rinduku padamu. Kau ibart bayang-bayang indah yg sentiasa menemaniku. Tanpamu aku kehilangan arah. Sepi yg tiada penghujungnya... meambah lara di hatiku. SAyang... hadirmu jua membuka ruang-ruang kosong di hatiku walaupun kau tercipta bukan utkku. Namun kutemui jua cinta yg abadi.

WA AIMIN - Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang utkku bersama dgnnya. Nkmat cinta yg KAU anugerahkan tidak ternilai harganya.
Ain... Abg amat menyayangimu. Andai diberi peluang sekali lagi, akan kubahagiakan dirimu selamanya.


Review Aku Pulak :

 aku suka akan watak Wa Aini.. seorang gadis yang tabah dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang anak angkat bagi kuarga En Ainul Jamal serta isterinya Puan Salwa.. walaupun hanya dia, ibubapa serta abang sulung mereka sahaja yang megetahui akan status Aini sebagai anak angkat, kasih sayang mereka tak pernah berbelah bagi terhadap Aini.. hinggakan anak2 kandung pasangan ini merasa tak berpuas hati tapi mereka tak pernah menyisihkan Aini kerana bagi mereka, Aini adalah adik kandung mereka.. kasih sayang itu setara..

watak Haiqal pun aku suka.. lelaki cina yang memeluk Islam.. lelaki cina yang sentiasa menjadi bayang2 Aini.. walau kemana Aini pergi pun, Haiqal atau Ah Kuang akan ada di situ.. ibarat seperti telah di jodohkan antara mereka.. :)

kisah cinta yang tak dapat di satu kan kerana ada perkara yang terjadi... kalo nak tau apa, korang kena baca sendiri ar... citer nie memang best... dalam 10 bintang aku bagi 9 bintang... :) 
memang tak menyesal korang melabur tuk membeli novel nie... :)

ps : Doakan Aku Tuk Arie Ini Eik... ^_^
Aku Perlukan Sokongan Teman2 Ku Serta Insan2 Yang Aku Sayang... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, March 17, 2010

Aku Semisteri Sang Ular~


salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua? sihat?? kalo tak sihat baik2 ar g jumpa En Doktor.. itu bagi yang sakit betul2 sakit.. kalo yang ngah sakit sebab cinta lak, g ar jumpa Doktor Love... :)
sure ar cepat aje baiknya... :)

ok ar, bukan nak citer pasal cinta.. aku hanya nak share pasal kegemaran aku aje nie... :)
sebelum tu aku mohon maaf andai gambar tepekan aku kali nie memeranjatkat korang semua.. by the way, cantik tak gambar ular tu??

cantikkan?? aku tak pernah laie jumpa ular yang secantik macam kat atas tu.. kaler kuning dan putih tu, betul2 wat ular tu nampak amat menarik sekali... ada yang setuju dengan pendapat aku?? :)

aku paling suka akan ular.. bagi aku ular lebih nampak comey berbanding ngan haiwan2 yang lain.. mungkin korang pelik dan menyatakan aku giler.. tapi itu adalah hakikatnya.. :)
Mr E n Mr P pun cakap benda yang sama.. My Sp plaka dah paham sangat kegemaran aku yang satu nie.. so dia xde komen apa2... :p

dulu, ular yang pertama menarik perhatian aku adalah ular albino pyton nie.. aku pun xtau ar ngape aku boleh terjatuh atie pada ular jenis nie.. aku tengok cantik sangat.. pas tu, aku terjatuh atie lak ngan ular King Cobra.. yang ini lak, aku tengok amat bergaya tika dia mengembangkan kepalanya.. dan apabila dia menguncupkan kepala nya, nampak begitu comey dan manja sangat2.. :)

aku pernah cerita pasal minat aku ini pada seorang kakak senior aku.. dia kata aku semisteri ular.. aku punya perangai yang seakan2 dengan ular terutamanya ular King Cobra.. nak tahu apa katanya??

P.A : tapi sifat ko ader sket2 ular





LP Lum: apa?
LP Lum: belit2 ke?
LP Lum: :p


P.A : bukan

P.A : berdendam  n marah



bila aku pikir2 semula, betul gak kot aku nie seakan2 ular.. aku memang seorang yang pendendam.. aku pun  seorang yang baran.. tapi baran aku dah tak ade dah.. :p

thanx to My Sp sebab menyedarkan aku... :p

so...adakah aku kena tukar minat aku pada haiwan eksotik ini kepada haiwan2 yang lebih cumel seperti kucing, tupai dan sebagainya?? 
aku rasa tak sanggup aku nak tipu diri sendiri sekali lagi hanya kerana aku perlu berubah menjadi seorang bukan pendendam..

sama jugak ar, aku tak suka akan kaler pink.. bagi aku, pink ini amat lembut dan ayu bagi sesape yang menggunakannya... aku?? aku tak sesuai dengan term tersebut.. aku bukan seorang yang ayu mahupun yang lembut tuk.. kalo aku ayu dan lembut, sure aku tak suka akan ular.. ;p

apa pun, aku memang tak dapat nak ubah minat aku yang ini.. pada bakal suami (bakal suami??) aku kelak, harap memahami akan minat aku yang pelik ini.. sila berikan sokongan moral anda buat isteri anda yang pelik bin ajaib ini... :p

bye2 dan sila hayati akan gambar ular Albino Pyton ini... :)








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, November 23, 2009

MereNung maSa dEpaN... :)



akum... n elloopp smua... :)
aku kmbali menulis smbil mencuri2 masa keje... :)

hehehe... semlm msa aku chating ngan my SP, dia ada mention psl tajuk entry aku nie.. iaitu MERENUNG MASA DEPAN.. :)
mmg ar kalo org lain tgk aje ayt 2, msti igt aku nie ska berkhayal kn?? tp bg aku merenung masa depan ialah merenung kmbali sape diri aku sbnrnya.. merenung apa msalah yg aku hadapi skang, dlu n akn dtg..
merenung apakah nsibku dlu n skang ada berubah n merenung sikap2 aku... :)

msa mlm aku, byk aku habiskan ngan aktiviti nie.. kekdg aku leka hnggakan nak ke pg.. :)
dr dlu smpai ar skang aktiviti nie mmg aku xdpt nak tnggalkan.. aku trlalu gemar akn merenung nie.. :)

nak2 biler time2 ujan.. wahduh... begitu tenang sekali rsanya.. rsa mcm smua beban yg aku tnggung ilang ikut air2 ujan yg turun mncurah2 2...

n semlm, aku lakukannya sekali lg pas aku men game kat fb n chating wif my SP, my bez buddy Mr Dude n my fren Mr Fadz @ Mr Notty.. :)
aku renungkan, ngape aku jd cukup kecewa ngan dri aku pd mnggu lps.. aku pkir punya pikir... renung punya renung... akhirnya aku tau gak apa sbbnya..

nak tau apa sbbnya?? xyah ar... biar ar jd rahsia aku aje.. ;p

then aku pun trpikir lak psl sum1 nie.. adakah apa yg aku wat selama nie kat dia, dia hrgai?? apa yg aku wat kat dia, adakah dia phm?? apa yg aku wat kat dia, adakah dia tau sbabnya?? apa yg aku wat kat dia, adakah aku yg berslah??

dan jwapan2 tuk soklan2 aku hnye trbiar aje mcm 2.. aku xtau apakah jwapan yg pling sesuai tuk smua solan2 aku td.. aku buntu.. aku binggung.. aku begang.. aku sdh.. aku kecewa..

dan aku truskan renungan aku pd mlm td hingga ar akhirnya aku ambik kptusan yg aku rsakan amat ar xsesuai lngsung ngan prinsip idup aku slma nie.. iaitu...
"AKU BIARKAN DIKAU DENGAN SGALA2NYA.. DIKAU YG MULAKAN.."
aku xmo trlibat sma lg ngan apa jua wlaupun aku tau aku xmmpu nak hindari drimu dlm idupku..
"MAAFKAN AKU..."

aku dah nak out n aku akn kmbali sekali lg nnti... :)
pd teman blogger, aku dah jenguk separuh page2 anda n aku akn kmbali menjeguk kalian nnti eik... :)

ps: Kemanakah perginya perasaan yg aku simpan selama ini?? :(

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, September 28, 2009

ObSesS kaH anDa??? ^-^

elloppp n akum... :)

ahaks~ kali nie aku nak share psl obsess.. adakah anda jua obsess?? aku ambik tjuk nie sbb sejak 2 menjak nie aku asyik dgr lgu Obsession (kalo aku xclap ar) dr Mariah Carey.. tp aku bknnye nak citer psl C Mariah nie.. Sbbnya aku bkn ar "dlm" music dia.. kalo nak bndingkn, baik aku plih Beyonce... tp kalo nak ikutkn baik aku plih Nenek Tina Tunner... laie bez sore dia kalo nak d bndingkn ngan Mariah Carey nie... :)

k ar, brbalik pd topic kite (ceh wah).. aku ada bca Remix (tp aku lpa bln blernye kuaran) psl obsess nie... ada yg obsess psl kasut ar, obsess msk prtandingan ar, obsess pd kecntikan ar, obsess pd kegemukkan n so on...

kalo aku lak, aku hnye obsess pd 3 bnda aje yg mmg dr dlu smpai skang xmmpu aku nak bndung lg..

1) pd high heels
- aku dlu, kalo tkat pkai ksut, aku ska sandal aje.. tp skang nie aku obsess pd high heels.. kalo dlu aku hnye blh pkai takat 2" aje tp skang aku dah pkai 3" n sometimes aku pkai 4".. n aku pling xtahan tgk heels nie... kalo g kdai kasut, bnda yg aku cri dlu ialah heels... xbli pn xpe aslkn dpt tgk.. :))

2)pd novels n mjalah
-kalo blh aku nak tdo dlm kdai bku nie... smua bku aku nak bca n bli... mak aku kta kalo ar aku kumpulkn smua mjalah2 n novel2 aku, blh bkak mini library! ;p
n aku lak, tiap2 bln aku akn spent around rm50 tuk bli mjalah sj! n kalo msuk kdai buku lak, pling tidak 1 buah bku aku akn bli..(2pn kalo bku 2 mnarik atie aku ar) ;p
n now aku ngah obsess pd novel Twilight Saga.. 4 novel dlm 1 box.. pueh atie aku!! (sbbnye aku dah lma cri bku nie) :)

3) Coklat
-mmmmmm....mmg bez kalo dpt mkn coklat nie btl x? ;p
aku nie obsess kalo bnda2 yg brasaskn coklat nie.. apa aje yg brasaskn coklat nie mmg aku xblh nak tahan pnye... :)
nie trmsuk ar ice cream coklat, puding coklat n mcm2 lg.. :)

ookkk ar... aku nak chow dlu... nak smbung bca New Moon aku... :)
bye2...
c ya... :)
Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)