Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~
entry pertama tahun 2013.. alhamdulillah masih laie mampu untuk aku mencoretkan sebuah entry pada tahun baru nie.. ^^
dan sepanjang aku hidup 30 tahun nie, tahun nie lah pertama kalinya aku "sambut tahun baru".. sambut ke?? bukan ar, sekadar menghabiskan sepanjang malam ngan En Suami.. makan makan, jejalan melihat gelagat manusia yang menyambut tahun baru dan yang best, aku tengok tembakan bunga api secara live di I-city Shah Alam bersama sama ngan En Suami.. (walaupun dah banyak kali tengok, tapi kali nie len sikit) :p
dan apa kenangan manis mahupun pahit yang dah aku perolehi sepanjang tahun 2012??
- 080612, tarikh keramat bila aku menjadi isteri yang sah kepada En Cinta..
selama 9 bulan menjadi tunangan En Cinta (250911) kami telah di satukan secara sah.. :)
dan pada 100612 majlis resepsi telah berjalan dengan lancar di Ballroom Bayu Beach Resort Port Dickson..
nie gambar sewaktu di sebelah rumah En Suami.. :)
- 190212, satu satunya adik aku telah bertunang dengan Muhammad Aiman B Mohd Ghaus.. sekaligus aku dah dapat adik lelaki pulak... :)
dan pada 090612, adik aku sah menjadi isteri orang..
dan majlis resepsi juga di adakah serentak dengan majlis resepsi aku.. ^^
dan sepanjang tahun lepas, hidup aku kembali ceria dengan kehadiran mereka mereka yang tersayang..
aku dah punya kampung walaupun kampung En Suami, aku mula menyesuaikan diri dalam kehidupan berumah tangga, bergaul dengan keluarga En Suami yang besar.. ^^
dan, Alhamdulillah, My Shop Butik Elyna semakin kukuh.. :)
dan keluarga kami menerima "ahli keluarga" yang baru iaitu Dak Apai and Dak Bunny.. ^^
2 ekor kucing yang sangat manja dan cerdik.. hanya kucing terbiar yang di tinggalkan ibu kucing di belakang rumah kami.. ^^
Dak Apai
Dak Bunny a.k.a Dak Donut sebab ekornya cam donut.. ^^
Sempena tahun baru dah berdamai.. :D
dan aku mengharapkan agar tahun ini akan membawa lebih kebaikan berbanding tahun tahun yang sudah.. Insya Allah~ ^^
dan semoga tahun ini kami di berikan rezeki yang kami nanti nantikan.. :)
dan semoga tahun ini kami di berikan rezeki yang kami nanti nantikan.. :)
No comments:
Post a Comment