Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Quality Time With My Mr Hubby

Credit to : MR Youtube
Title : Bila Orang Dah Benci By Saleem
Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~
hehehe.. lama tak menulis.. terasa cam janggal lak.. POYO aje aku nie... ^^
ok ar, just nak share ngan korang yang aku poie ke Cameron Highland bersempena sambutan aku bertukar usia ke angka 30 taun.. tua sudah aku nie bah~ =.="
poie ngan En Suami.. sambil sambil tu member En Suami pun join gak sebab wife dia pun satu tarikh ngan aku birthdaynya.. yang membezakan kami ialah taun aje... ^^
so, pusing pusing Cameron selama 3 hari 2 malam dan kami menginap di Century Pine Resort.. hotelnya best ar.. mautakbestkalodahpricerm250++ :)
best sangat walaupun dah banyak kali poie ke Cameron dan kali terakhir poie seminggu pas aku sah menjadi isteri En Suami... ^^
meh ar aku share sikit gambar gambar sekitar aku di Cameron Highland.. ^^



trademark Cameron Highland Strawberry.. ^^


daun parsley

 
buah anggur.. tapi masak tak sekata...


buah anggur tak masak laie


En Suami makan honey comb.. ^^
sedap tapi susah nak hancur... 


bergambar kenangan ngan member En Suami.. kami pernah trip sesama sewaktu ke Pantai Timur taun lopeh.. ^^


EN Suami feeling feeling cam kumbang yang di keliling dek bunga... ^^


tak tau bunga nie apa nama.. macam orchid tapi kaler nya scary you... 


deretan kekwa.. 


bunga peberet den.. bunga ros a.k.a mawar tapi paling aku suka warna putih.. malangnya kat Taman Agro Mardi tu aku tak jumpa ros putih... 


Sun flower.. sentiasa mengadap ke arah matahari terbit... ^^


buah epal hijau


orchid hutan yang cantik


Us.. thanks for the best present.. I Love You So Much Abang... <3>

ps : kalau korang nak beli perfumes Sephora Dubai atau Reject, boleh lah visit this Online Shoppe
Sweet Garden Beauty House





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, January 3, 2013

Kenangan Tahun 2012



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

entry pertama tahun 2013.. alhamdulillah masih laie mampu untuk aku mencoretkan sebuah entry pada tahun baru nie.. ^^

dan sepanjang aku hidup 30 tahun nie, tahun nie lah pertama kalinya aku "sambut tahun baru".. sambut ke?? bukan ar, sekadar menghabiskan sepanjang malam ngan En Suami.. makan makan, jejalan melihat gelagat manusia yang menyambut tahun baru dan yang best, aku tengok tembakan bunga api secara live di I-city Shah Alam bersama sama ngan En Suami.. (walaupun dah banyak kali tengok, tapi kali nie len sikit) :p

dan apa kenangan manis mahupun pahit yang dah aku perolehi sepanjang tahun 2012??

- 080612, tarikh keramat bila aku menjadi isteri yang sah kepada En Cinta..


selama 9 bulan menjadi tunangan En Cinta (250911) kami telah di satukan secara sah.. :)
dan pada 100612 majlis resepsi telah berjalan dengan lancar di Ballroom Bayu Beach Resort Port Dickson..



nie gambar sewaktu di sebelah rumah En Suami.. :)

- 190212, satu satunya adik aku telah bertunang dengan Muhammad Aiman B Mohd Ghaus.. sekaligus aku dah dapat adik lelaki pulak... :)


dan pada 090612, adik aku sah menjadi isteri orang..
dan majlis resepsi juga di adakah serentak dengan majlis resepsi aku.. ^^

dan sepanjang tahun lepas, hidup aku kembali ceria dengan kehadiran mereka mereka yang tersayang..

aku dah punya kampung walaupun kampung En Suami, aku mula menyesuaikan diri dalam kehidupan berumah tangga, bergaul dengan keluarga En Suami yang besar.. ^^

dan, Alhamdulillah, My Shop Butik Elyna semakin kukuh.. :)

dan keluarga kami menerima "ahli keluarga" yang baru iaitu Dak Apai and Dak Bunny.. ^^
2 ekor kucing yang sangat manja dan cerdik.. hanya kucing terbiar yang di tinggalkan ibu kucing di belakang rumah kami.. ^^


Dak Apai



Dak Bunny a.k.a Dak Donut sebab ekornya cam donut.. ^^



Sempena tahun baru dah berdamai.. :D

dan aku mengharapkan agar tahun ini akan membawa lebih kebaikan berbanding tahun tahun yang sudah.. Insya Allah~ ^^

dan semoga tahun ini kami di berikan rezeki yang kami nanti nantikan.. :)






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, January 1, 2012

1st Entry Di Awal Tahun 2012

selamat menyambut tahun baru 2012 buat semua pembaca teratak Numb Gurl'z nie.. :) dan insya Allah tahun ini akan lebih baik buat kalian serta buat aku gak.. Kerana tahun ini akan berlangsung 3 majlis besar di dalam keluarga aku sendiri dan 2 majlis besar di dalam keluarga sedara mara ku pula.. Di harapkan jua nendaku yang sedang berada di dalam hospital kini akan kembali semuh seperti sedia kala.. Kami semua mendoakan agar nenda cepat2 sembuh dan kuatkan semangat untuk melawan penyakit tersebut.. Insya Allah..

Kepada En Tunang, tahun nie akan menjadi lebih makna uat kita.. Insya Allah.. Semoga apa yang kita rancangkan akan menjadi dengan lancarnya dan semoga di berkati.. Dan tahun nie gak kita telah bersama2 selama 2 tahun.. Thank you so much abg.. Bahagia ngan apa yang kita ada skang dan semoga kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kita.. Insya Allah.. ILYSM~

Ok ar, buat sementara waktu nie tiada peng-update-pan kerana lappy aku sakit semula.. Nak kena masuk wad ar nampaknya dan nak kena kuar duit laie ar nie... :(

Nnti bila2 aku ada free, aku nulis laie eik.. Salam sayang buat semua pembaca teratak aku nie.. (macam ar ramai sangat yang nak baca teratak aku) :)



Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, September 29, 2011

Slam -_- Bila Mata Mu Berkaca



Antara Kumpulan Kegemaran Aku Sewaktu Zaman Muda Remaja... ^^
aku memang giler ar ngan kumpulan Slam nie.. nak2 penyanyi dia Zamani dan aku pernah gie road show dorang kat Seremban Center Point sewaktu dorang lancarkan album serta komik dorang sendiri.. memang masa tu rasa macam mimpi aje.. dapat jumpa, gambar ngan salam ngan artis pujaan hati... =))

so, kalo tak silap aku nie lagu terakhir yang Zamani nyanyikan sewaktu dorang masih dalam kumpulan Slam sebelum dorang berpecah.. sedey gak masa baca kumpulan feberet aku nie berpecah tapi apa nak buat kan?? keputusan dorang bukan nya keputusan dorang nak ikut kata peminat.. :)

so layan aje ar eik.. Bila Mata Mu Berkaca.. nak mp3 boleh donload kat sini... ^^



ps : Layan Lagu Lama2 Pun Best Gak.. ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, June 13, 2011

Apabila Kata Telah Sepakat, Janji Telah Terikat... :)


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

Alhamdulillah.. fasa pertama telah berlangsung ngan jayanya semalam.. (120611)
penat memang penat tapi meriah.. ^^

tima kasih buat semua yang sudi membantu aku dan family dalam menjayakan majlis semalam.. :)

apa pun, masa 3 bulan amat singkat tuk membuat segala bagai persediaan.. kena banyak berkorban masa dan tenaga demi menjayakan fasa yang ke-2 kelak.. insya Allah semoga akan di permudahkan... ^^,


ps : Apabila Kata Telah Sepakat, Janji Telah Terikat... :)









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, April 20, 2011

All About Bulan... :)




Salam n eelloopp semua~
hehehe.. korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

yup.. segalanya tentang bulan.. aku amat suka akan bulan.. 

bulan itu cantik..
bulan itu menenangkan..
bulan itu menghiburkan aku..
bulan itu setia..

walaupun bulan sangat jauh beribu2 mahupun berjuta2 di atas langit, ianya tetap dekat ngan aku bila tiba kemunculannya.. :)


ps : Tribute Tuk Insan Yang Sangat Suka Kan Bulan Seperti Aku.. My Big Sis, Prince Adnil.. 








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, February 25, 2011

Tahniah........................ ^.^


Kredit Gambar Kat PokciK gOOgle 

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^.^

lama tak update teratak usang aku nie.. lama tak jengah2 teratak korang.. sedey..sedey.. rsa amat2 bersalah... :(
line tenet makin lama makin mcm hampehgas... :(
sangat sadis...

ok ar sementara tenet nie ada sedikit kelajuan yang maksimum walaupun laju sikit aje dr biasa.. aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH kepada My Sp di atas pertunangan beliau pada awal bulan MARCH nanti... tahniah tahniah tahniah... ^.^

aku epy sgt2 bila dapat tau berita nie pg tadi... sedey?? xtak de ar sedey.. aku benar2 epy sebabnya aku tau dia akan bahagia dengan pilihan nya itu... :)

aku pun ada bgtau kat En.CInta pasal nie.. dan dia pun tumpang epy gak walaupun En.CInta tak kenal sape pun My Sp tu... :)

dan bila pulak giliran aku akan tiba?? kita tunggu aje ar eik.. maybe taun nie atau taun depan atau taun laie satu... =)

apa pun.. sekali laie TAHNIAH buat My Sp iaitu WAN ABDUL KHAIDIR B MOHD ZAHAR serta pasangannya ZURA (nama betul aku tak tau..sorry) :)

pesanan wat Zura, skang telah terbukti Wak memilih awak.. jangan simpan laie perasaan tak percaya pada dia.. sila ubah sikap awak.. jangan terlalu cemburu buta tanpa sebab munasabab yang sah... ^.^

ps : Disember2011~ ^.^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, December 21, 2010

Semanis Dan Sepahit Kenangan~


Full Credit To Me... :p 







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, September 25, 2010

Adakah Aku Telah Bersedia??


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri.. :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? doa2 moga korang berada di dalam keadaan yang sihat2 aje... :)

tak mau citer pepanjang...

hanya aku ingin bertanya pada diri aku sendiri 
ADAKAH AKU TELAH BERSEDIA TUK SEGALA IMPIAN YANG AKU ANGAN2 KAN??
ADAKAH AKU BENAR2 TELAH BERSEDIA TUK MELANGKAH LEBIH JAUH LAIE??
ADAKAH AKU BENAR2 TELAH BERSEDIA TUK MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KEHIDUPAN YANG BAKAL MENJELMA INI??
ADAKAH AKU BENAR2 TELAH BERSEDIA TUK MENGHABISKAN SISA2 HIDUP AKU BERSAMA2 NGAN INSAN YANG BERGELAR SUAMI??
ADAKAH AKU BENAR2 TELAH BERSEDIA TUK MELAKSANAKAN SEGALA APA YANG DI PERINTAHKAN OLEH-NYA SEBAGAI SEORANG ISTERI??
ADAKAH AKU BENAR2 TELAH BERSEDIA TUK SEGALANYA??

JAWAPAN AKU HANYA 1...
-INSYA ALLAH AKU TELAH BERSEDIA TUK SEGALANYA- ^.^

ps : Mencari Kebahagiaan Dan Kedamaian Tuk Menghabiskan Sisa2 Perjalanan Hidup Ini Bersama2 Ngan Yang Tersayang... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, September 19, 2010

Twins~ ^.^

Kredit Gambar Kat Aku Sendiri... :p

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat2 ar hendaknya... aku sentiasa mendoakan moga2 korang berada di dalam kegembiraan... :)

Ahad dah... :)
ada yang ngah berangkat pulang ke tempat keje semula.. jalan mula ar jem bagai nak rak.. mana2 yang nak jalan jauh tu, rancang ar perjalanan korang eik.. mana yang dah terperangkap di dalam jem tu, bawak2 ar bersabar.. jangan bawak2 bertendang.. makin korang meradang dalam kete tu, makin korang akan stress ngan ke-jem-man tersebut... buat2 ar epy2 sebab terkandas dalam jem... :p

hehehe... semalam amat epy.. sebab kuar dating... (amat poyo kenyataan) 
tak de ar, just jejalan aje.. pusing2, ronda2.. makan2, minum2, citer2 dan macam2 laie ar yang di buat tuk menafaatkan peruntukkan masa yang di berikan pada aku.. :p

ngape aku letak tulisan twins kat atas tu?? hehehe... konon2 nak beranak twins macam member blogger yang nie Puan Lynna Hirman, cumel aje aku tengok anak2 kembar dia.. :p
aku just silent reader kat blog dia.. suka sangat tengok budak2 twins tu.. :)

selalu aku jumpa, kalo twins pastinya lelaki dan lelaki atau perempuan dan perempuan.. aku jarang jumpa kembar sepasang yang seiras.. kat tempat keje aku nie pun ada gak kembar.. sekali pandang memang tak dapat nak di cam kan yang mana satu kakak dan yang mana satu adik.. dua2 memang serupa.. :)

so, dalam atie nie teringin ar nak ada anak kembar.. insya Allah...
tau sukar nak dapatkan kembar kecuali dalam salasilah kuarga tu ada yang kembar.. memang mudah ar.. walaupun jalinan salasilahnya jauh.. yang penting, ianya ada keturunan kembar... :)

ok ar... dah penat berangan.. mau sambung wat keje.. pada My Lovely Lil Sis, All The Best Tuk Exam Final Esok... To My Best Buddy Mr Dude, Missing You Dude... Rasanya Semakin Jauh Dah Kita~ Rindu Sangat2 Masa Dulu2 Kita... *sigh*

ps : "Twins" Jua Merindui Kamu En.Cinta~ ^.^

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, September 2, 2010

Alhamdulillah... Ku Bersyukur Kepada-Mu Ya Allah... :)



Salam n eelloopp semua~
Ramadhan semakin hampir tuk meninggalkan kita... so, bagaimana persiapan raya taun nie buat kalian?? :)
taun nie persiapan aku sama aje ngan taun2 yang lepas.. cuma taun ini lebih bermakna berbanding taun2 yang lepas... :)

Alhamdulillah... hanya itu aje yang mampu aku lafazkan tika menerima khabar yang amat gembira kan atie aku.. khabar yang amat membuatkan aku merasa kelegaan yang teramat sangat setelah sekian lama aku simpan... :)
akhirnya segalanya terluah jua semalam... dan sekali laie aku panjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa di atas berita gembira itu... ^_^
seoanjang hari semalam aku tersenyum dan telah ku khabarkan berita itu kepada En.Cinta.. dan beliau jua menerimanya ngan atie yang senang... :)

dan semalam kami berbincang tuk perancangan seterusnya... separuh perjalanan kisah kami telah berlalu.. skarang kami memasuki fasa yang sebahagian laie.. kami sama2 berbincang tuk sama2 membantu antara satu sama yang lain.. sama ingin melaksanakan impian kami... :)

pada kamu, thanx ya atas segalanya.. insya Allah aku akan jadi yang terbaik buat kamu walaupun ku sedar tak semua insan adalah terbaik... :)
aku akan cuba menjadi pelengkap kepada kekurangan kamu..
aku akan cuba menjadi sekuat yang boleh bagi melengkapi kelemahan kamu...
dan aku jua berharap kamu jua seperti aku..
menjadi pelengkap kepada kekurangan aku..
menjadi kekuatan bagi kelemahan ku.. ^.^
sama2 kita menjaga perhubungan ini...

kepada bondaku, thanx ya mak kerana merestui perhubungan kami..
cuma restu ayahda aje yang masih dalam pertimbangan.. kerana kami masih belum cukup serba serbi tuk di persembahkan kepada ayahda tuk memohon restu.. insya Allah.. satu arie nanti kami akan mohon jua restu ayahda.. :)

ps : Bonda Ku Berpesan, Jangan Lama2.. Paling Cepat 2 Taun.. Paling Lewat 3 Taun.. Kalo Aku Ingin Aku Anjak Laie Setaun... ^.^ 





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, July 4, 2010

Lagu Dan Kenangan _-_ Purnama Merindu


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang akan berada di dalam keadaan yang amat menyihatkan, menyenangkan serta membahagiakan di samping insan2 yang korang sayang.. :)

hehehe... apa mau citer?? 
xde benda mau citer ar.. hanya nak kongsi lagu yang aku rasa semua org tau dah lagu nie... PURNAMA MERINDU by DATO' SITI NURHALIZA.. sape2 yang tak tau aku tak tau ar nak cakap apa.. :p

sebenarnya memang ar lagu lama tapi aku suka akan lagu nie.. lirik dia menarik dan yg penting lirik itu membawa 1000 makna bagi aku.. :)
kisah lama tak akan berulang kembali, kisah baru menanti aku kini dan lagu itu amat bermakna buat aku.. ianya adalah sejarah aku pada masa lalu dan kenangan aku pada masa akan datang... ^.^

"... Purnama mengambang... 
cuma berteman



Bintang berkelipan dan juga awan



Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku..."


hehehe... so korang lak macam mana, ada tak lagu yang menjadi kenangan korang?? tak kira ar kenangan sedey ataupun epy.. ataupun, bila terdengar aje lagu tersebut, korang secara tetiba teringat atau terkenang akan peristiwa atau sesorang?? meh ar share ngan aku... ^.^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, July 1, 2010

6 Bulan Yang Telah Berlalu~


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat?? :)
aku doakan moga korang semua akan sihat2 ok... :)

huhuh.. semalam merupakan arie kemalasan aku.. aku tak pernah merasa amat malas macam semalam~
nasib baik boss aku tak de.. dorg g ikea.. so aku boleh ar bermalas- malasan sampai petang kang... :p
(sekali sekala apa salahnya kan?) :p

dah masuk bulan Julai dah... dekat mau pose.. dekat dah nak raya dan tanpa aku sedar dah masuk 7 bulan kita berada dalam taun 2010.. laie 5 bulan kita akan masuk ke taun baru iaitu 2011.. cepatnya masa berlalu.. apa yang dah kita wat sepanjang 6 bulan yang lepas??
ada tak pencapaian yang boleh kita banggakan?? aku lak, tah ar.. hanya satu yang boleh aku banggakan adalah perubahan dalam kehidupan aku skang nie... :)
fasa2 yang telah menyerang aku dulu skang telah pergi dan di gantikan ngan fasa2 yang lebih baik... thanx ya n Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran yang tak pernah putus... :)

laie 10 hari aku akan turun ke K.L.. mau ke mana eik?? :p
terasa nak ke Genting tapi takut tak cukup masa tuk menghabiskan masa bersama2 ngan En.Cinta.. dalam masa yang sama terasa ingin ke Sunway pulak..  hohoh.. aku pening.. My Lil Sis N My Lil Bro pun akan ikut sama.. :)

apa pun, andai korang ada citer yang paling best terjadi pada korang sepanjang 6 bulan yang lepas, share ar ngan aku eik... :)
tak kira ar, citer sedey ataupun citer epy.. ^.^
sebab semua citer adalah kenangan tuk kita di masa akan datang... :)

ps : Jumaat Ini Ingin Ketemu Kamu Laie Sayang, Tapi Aku Tak Pasti Dapat Ketemu Ataupun Tidak~

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, May 16, 2010

Kenangan Aku : Sejarah Aku Menceburkan Diri Dalam Bidang Penulisan


Salam n eelloopp semua~
korang pe khabar?? aku doakan moga korang semua sihat2 sentiasa.. :)
16hb sudah.. tinggal beberapa hari aje lagi aku akan berangkat... :)
pagi nie, boutique aku join karnival di Taman Tuanku Jaafar Seremban... :)
tapi bukan aku yang jaga, makcik, ayah dan adik aku yang jaga...

ok2, dalam2 merenung masa depan nie, aku terkenang memula aku menceburkan diri aku dalam bidang penulisan nie.. aku memula menulis blog bila aku join FRIENDSTER.COM.. kat situ ar aku memula menulis dan mencurahkan luahan atie aku.. dan entry yang pertama aku tulis adalah entry ini... :)

tu ar nukilan pertama aku didalam bidang penulisan nie.. dan gambar kat atas tu adalah header yang aku gunakan.. me faiRy taLes ~ceRitEra Fantasi yg AKn MnJaDi reAlitI d kemuDian Hari~

kemudian bila aku mengenali BLOGSPOT.COM, aku menggunakan header ini 


cantik tak?? aku penah kena tegur ngan Dak Tedi yang mengatakan yang gambar perempuan tu macam menyeramkan aje.. :p
dan kat Blogspot aku menggunakan nama MIZ FANTASY tak seperti  kat Friendster Blog aku menggunakan nama LYNDA LUM... :)

dan entry pertama yang aku hasilkan di Blogspot ialah entry ini.. :)
dan sekarang aku lebih selesa menggunakan medium blogspot nie... 
sekarang header aku telah berubah kerana ceritera fantasi aku tak akan menjadi kenyataan.. sekarang aku selesa dengan Ada Perkara Yang Tak Mampu Tuk Di Kongsikan Secara Lisan.. :)

dan itu adalah kenangan2 aku.. mungkin suatu hari nanti bila aku telah tiada aku boleh wasiatkan blog nie kat anak2 ataupun cucu2 aku tuk sambung penulisan aku ke... :p
perasan nak ada anak2 dan cucu2.. bakal suami pun tak tercari lagi nie kan plak nak pikir pasal anak2 dan cucu2... :)
bila teringat pasal anak2 aku terkenang peristiwa itu... :)
peristiwa apa?? biar ar aku aje yang tau.. tak mampu nak share kat sini lagi.. :p


ok lah.. aku berundur dulu.. korang ada citer di sebalik penglibatan orang dalam penulisan nie tak?? kalo ada, boleh ar share2 ngan aku... :)


ps : Aku Menulis Bukan Kerana Ingin Mencari Populariti Tapi Aku Menulis Kerana Aku Ingin Meluahkan Apa Yang Terbuku Di Dalam Hati Serta  Minda Ku.. ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, May 8, 2010

Harga Sebuah Pengorbanan

"Salam My Sp~ skang dia dah tak de sebab tuk memohon
maaf pada saya, sebab saya pun dah wat salah pada dia..
maafkan saya.."
-My Sms To Him-

"Wassalam~ "My Sp".. sape tu?
maafkan aku.. kamu nie tersilap nombor..
tq..
ps : Kerana Kini Aku Adalah Aku"
- His Sms To Me -

"Fine.. n sory.. saya tersilap nombor..
tersilap pencaturan.. kamu tetap kamu..
n kamu akan mengerti suatu hari nanti
kenapa saya mati dalam hidup kamu"
-My Sms To Him-

salam n eelloopp semua~
* schedule post *

korang apa khabar?? aku doakan semoga korang semua berada di dalam keadaan yang amat menyenangkan.. mengembirakan.. :)
aku?? tah ar.. aku sihat.. aku gembira di luaran.. dalaman aku?? hanya Allah yang Maha Mengetahui~


aku menulis entry ini selepas aku terkantoi ngan mak aku malam arie tu...  kantoi apabila aku menyebut nama "dia" di hadapan mak aku.. dan kantoi apabila mak aku nampak mata aku bengkak sebab baru pas nagis..


yup, mak aku.. mak yang aku cuba sorokkan segala kesedihan atie aku akhirnya pada dia jua aku meluakannya.. aku ceritakan segala2nya pada dia.. hinggakan aku tak mampu untuk menahan semula airmataku daripada gugur di depan mak aku sendiri.. dan mak aku berkata 


"Maafkanlah diri akak, mak tahu Si Dia akan memaafkan akak nanti"
"tapi dia mula benci akak, mak"
"sayang, dia benci akak sebab mungkin hati dia tengah sakit dengan berita yang dia baru tahu.. keputusan akak tu memang membuatkan dia kecewa.. jadi, biarkan dia dengan kehidupan dia sekarang.. mak percaya, satu hari nanti dia akan mengerti segalanya.. dan dia pasti tak akan membenci akak lagi.. yang penting skang nie, akak terus doakan dia seperti selalu"
"doa akak pada dia tak pernah putus mak.. walaupun akak semakin jauh daripada dia"
"kalau macam tu, baguslah.. akak nak dia happy, tapi akak sedih2 macam nie.. akak ingat dia akan happy ke??"
"tapi akak terlalu sedih mak.. akak tak pernah rasa sedih macam nie.. walaupun kami putus dulu"
"sebabnya, akak putus dengan dia tapi masih berkawan dengan dia.. masih keluar dengan dia.. masih berkongsi segalanya dengan dia.. tapi sekarang, perkara tu dah lain.. jadi akak rasa amat sedih.. dah lah.. tak mahu nagis2 ataupun sedih2 lagi.. kalo akak nak dia happy sepertimana yang akak harapkan, jangan ar sedih2.. kalo akak sedih, dia akan sedih bukan gembira atau bahagia macam yang akak harapkan.."

*perbualan antara aku ngan mak aku*

berbalik pada dasar, apa yang aku tulis di atas tadi adalah sms aku dengan My Sp pada awal pagi 4hb May 2010.. bukan nak ungkit mahupun apa.. cuma, aku ingin menyatakan..
cuma sms itu masih berlegar2 dalam pale aku nie hingga ar skang..

ITULAH HARGA SEBUAH PENGORBANAN YANG PERLU DI BAYAR DI ATAS KEPUTUSAN AKU.. 

yup.. keputusan drastik yang aku buat atas dasar kebahagiaan insan yang amat aku sayang.. aku tak menyesal dengan keputusan yang telah aku buat kerana, 
andai kebencian dia hari ini pada aku adalah harga tuk senyuman aku kelak, aku terima..
andai kebencian dia hari ini pada aku adalah harga tuk sebuah kebahagiaan dia kelak, aku terima..
andai kebencian dia hari ini pada aku adalah harga tuk sebuah kegembiraan dia kelak, aku terima..
andai kebencian dia hari ini pada aku adalah harga sebuah pengorbanan yang perlu aku dapat kelak, aku redha~

aku tak akan menyungut atau menyesal mahupun apa jua.. kerana bagi aku kebahagiaan dia adalah keutamaan aku.. bodohkah aku?? yup.. aku memang bodoh.. bodoh kerana mempertaruhkan hubungan aku dengan dia hanya demi kebahagiaan dia.. bangangkah aku?? yup.. aku memang bangang.. bangang kerana memungkiri janji2 aku pada dia demi menjaga kebahagiaan dia.. 

katakanlah apa jua yang kalian ingin katakan pada aku.. kerana sekarang aku telah "mati".. perasaan aku telah "mati" seperti mana "matinya" Rembulan pada Pelanginya..
tak mungkin ianya akan hidup kembali.. tak mungkin ianya akan bernafas kembali.. 
tapi aku tak menolak takdir andai satu hari nanti "Rembulan" akan bernafas semula...

aku teruskan hidupku yang kosong ini..
pemergiaan Rembulan amat menyeksakan..
kebencian Pelangi amat memedihkan..

aku akan tanggung segalanya.. aku akan teruskan jua kehidupan ini.. aku akan lakukan apa yang telah di lakukan.. aku akan teruskan apa yang telah separuh jalan.. aku akan langsaikan apa yang terhutang.. dan andai aku "pergi" suatu hari nanti, aku tahu yang aku telah lakukan yang terbaik buat dia walaupun kebencian dia menjadi teman aku sepanjang hayat.. 

aku hanya mengharapkan agar suatu hari nanti dia akan mengerti apa yang telah aku lakukan ini bukan kerana aku benci pada dia, bukan kerana aku buang dia, bukan kerana aku pentingkan diri aku sendiri.. tapi DEMI DIA.. kerana sayang aku pada dia aku korbankan kebahagiaan aku, senyuman aku.. kerana kasih aku pada dia aku abaikan kegembiraan aku.. aku tak kesah kerana aku tahu ianya berbaloi kelak..

sayang, Rembulan akan sentiasa doakan Pelangiku.. Rembulan akan sentiasa berada bersama Pelangi walaupun Pelangi dah tak nak Rembulan lagi.. Pelangi sentiasa berada di dalam dunia kehidupan Rembulan dulu, sekarang dan hingga bebila.. Rembulan tak kan pernah melupakan Pelanginya.. Rembulan tak kan pernah membenci akan Pelanginya.. apa yang Rembulan harapkan agar Pelanginya akan sentiasa bahagia dia samping insan yang tersayang.. dan Rembulan mengharapkan secebis pengertian daripada Pelangi...

pada Miss E.Z, sekarang aku harap kamu akan kembali tersenyum sepertimana kamu dulu sebelum mengenali siapa aku yang sebenarnya.. jangan cari aku lagi kerana aku telah tiada kaitan dengan kamu mahupun My Sp.. aku lakukan apa yang aku rasa perlu.. aku korbankan segalanya.. hanya kerana tak mahu kamu bersedey dan demi kebahagiaan My Sp.. aku harap kamu maafkan segala keterlanjuran kata2 aku selama kita mengenali antara satu dengan yang lain.. dan tolong jangan pertikaikan perasaan aku pada My Sp lagi kerana itu adalah hak aku.. kamu tak layak untuk mempertikaikan mahupun mempersoalkan apa2.. 
kisah aku dengan My Sp adalah kisah antara kami.. kisah kamu dengan WAK adalah kisah kalian.. kamu tak boleh masuk dalam kisah kami dan aku tak boleh masuk dalam kisah kalian.. kisah kita adalah berbeza.. walaupun kita berkongsi kasih sayang insan yang sama..
dan apa yang terjadi antara kita biarlah berlalu begitu.. walaupun sedikit terguris dengan kata2 kamu, aku redha.. sekali lagi maafkan aku andai aku terkasar bahasa selama kita mengenali.. 

ps : Menangis, Meraung, segalanya aku rasa skang nie.. teramat pedih, teramat sakit, teramat derita hingga membuatkan aku terasa seperti aku ingin "kebas".. sekebas yang boleh...





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, May 6, 2010

Mungkin Nanti~


Download video clip Peterpan Mungkin Nanti


Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri



ps : Hanya Lagu Yang Mewakili Segalanya~


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)