Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)
agak lama aku tak menciretkan apa2 pun kat teratak yang sedia buruk nie.. aduhai teratak, so sorry eik.. sejak2 lappy kena tahan kek ward nie, semuanya tergendala.. =.="
tak pe ar at least aku da masa tuk keje2 aku.. tak de ar aku asyik ngadap lappy aje... =)
kalo korang tengok measuring tape kat atas tu sure korang tau topik apa yang aku nak celoteh kali nie.. pastinya tentang diet ataupun pasal obes.. :)
kalo korang masih ingat aku pernah menulis pasal nie di sini.. dan kali nie aku nak bagi pandangan peribadi aku sendiri.. andai ada yang terasa aku mohon maaf banyak2.. negara kita demokrasi dan bebas untuk menyuarakan pendapat masing2 asalkan tak menyentuh sensetiviti agama ataupun perkauman.. betul tak?? betul~~ :p
sebenarnya, aku nak bagi pendapat aku mengenai wanita2 yang chubby (aku pun chubby gak) yang telah di transformasi kan menjadi slim river (aku gak yang tak kurus2).. :)
bukan nak cakap aku jeles sebab dorang nie dari chubby boleh jadi slim.. tapi aku terkilan.. kenapa aku terkilan?? aku terkilan dengan cara mereka..
sewaktu mereka chubby mereka menutup aurat dan apabila mereka dah slim, aurat di buka.. tudung memula labuh, kemudian M size, kemudian S size, and then pakai anak tudung aje dan akhirnya.... tudung hilang di kepala dan di gantikan dengan rambut yang macam kaler air paip berkarat.. sedih kan?? sangat sedih~~~ tapi........ itulah hakikatnya..
aku bercakap, berdasarkan pemerhatian aku sendiri.. baik dari segi face to face mahupun daripada keratan2 akhbar mahupun majalah2 iklan2 daripada pusat2 pelangsingan
badan..
kenapa kan, sewaktu badan kita gemuk, chubby tak cantik kononnya tu kita menjaga aurat kita tapi bila dah di berikan kesempatan untuk "merasa" manjadi kurus, kita lupa kan pemakaian kita yang menutup aurat tu?? bukan nak cakap aku alim atau warak nak cakap pasal menutup aurat.. aku sendiri pun tak sempurna.. cuma macam aku cakap tadi aku TERKILAN aje..
masa gemuk atau chubby, nak cari baju kalo tak longgar tak sah.. tapi bila dah kurus, kalo tak ketak tak sah.. dah tak mau longgar2 katanya nampak gemuk.. abis masa korang pakai baju yang longgar2 sewaktu korang gemuk tu, korang tak nampak ke korang makin gemuk??
bagi aku, walau kita gemuk atau chubby macam mana sekali pun, kalo kita menjaga kebersihan diri, pakaian kita sentiasa kemas dan bersih kita tetap menarik dan cantik di pandang tambah2 laie dengan akhlak yang molek.. makin molek kita di pandang.. :)
tak semestinya kita nak kena pakai baju yang dedah sana sini atau nak tayang sana sini baru nampak cantik.. kalau yang bertudung, masih boleh bergaya asalkan gaya tersebut kena dengan kita yang chubby nie.. sometimes, ada fesyen yang memang di reka khas tuk mereka2 yang chubby nie.. dan sila jangan nak cuba sesuatu yang tak sesuai dengan keadaan fizikal kita.. nanti kita akan nampak lebih lebih lebih weird.. :)
sebagai contoh, ada yang chubby sesuai utuk pakai jubah kaftan tapi ada sesetengah chubby yang tak sesuai.. tapi bagi pendapat aku sendiri, orang yang chubby nie tak berapa sesuai dengan kaftan.. chubby lebih sesuai dengan kurung2 modern yang tak terlalu heavy dengan manik atau sulaman.. :)
dan.. bila kita berdiet dan kita berjaya mencapai tahap kekurusan yang kita nak tu, please lah jangan kita sesekali memandang rendah mereka2 yang chubby nie.. sepatutnya kita tidak memperlekehkan mereka, memulaukan mereka dan sebagainya.. :)
ok lah.. aku out dulu.. lenkali boleh sambung kalo ada idea nak merepek meraban laie.. ^^
ps : Takziah Buat Keluarga En Tunang Atas Pemergiaan Ayahda Saudara Beliau Ke Pangkuan Ilahi Pada 29 Januari 2012.. Semoga Roh Beliau Di Tempatkan Di Samping Mereka2 Yang Beriman... AMIN~
AL - FATIHAH~~~
No comments:
Post a Comment