Showing posts with label frenship. Show all posts
Showing posts with label frenship. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Review Novel : Love You Mr Arrogant By Aliesha Kirana



As salam n eelloopp semua~ 
korang apa khabar?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

alrite, semalam aku dah dapat novel novel yang aku order daripada My Biz Santai Shop.. tempat biasa aku dok beli novel secara online.. ^^

aku beli 6 buah novel, baru dapat 4 novel dan masih menantikan 2 novel yang lain.. dan aku macam biasa akan baca sampai lebam ar kan, tak kan nak tunggu tunggu lagi.. dan novel pilihan pertama aku ialah Love You Mr Arrogant hasil nukilan Aliesha Kirana dan di terbitkan oleh Karya Seni..

sebenarnya aku dah baca sebahagian novel nie di penulisan2u, maka, aku sanggup beli sebab nak tau apa kesudahan citer nie..
now, meh aku review sikit pasal novel nie dalam versi mata empat aku pulak eik.. ^^

sebelum tu aku bagi sinopsis sikit :

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...
dan review aku :

bagi aku, citer nie macam citer citer cintan cintun yang lain.. ada perempuan yang dengki dan ada lelaki yang mencintai heroin nya.. jalan citer sangat sempoi, mudah di fahami dan bahasa yang di gunakan pun sempoi aje.. ada ayat ayat yang boleh buat korang gelak sesorang..
ada bahagian yang korang terasa macam nak mengalirkan air mata tapi belum sempat korang mengalirkan air mata, terus keluar ayat ayat sempoi yang bakal buat korang gelak.. jadi bagi aku, agak spoil sikit ar sebab kita tengah feeling feeling sedih tetiba tak jadi pulak.. =.="
satu lagi, jalan cerita yang aku rasakan sangat mudah nak di fahami dan kita dah tau dah kesudahan nya bagaimana.. tapi dalam masa yang sama kita macam tak nak berhenti walaupun nseketika pun sebab nak tahu apa kesudahan nya.. :)
kita akan rasa sangat romantik bila hero nya Irham cuba untuk meluahkan perasaan sayang pada isteri nya sendiri iaitu Zaara.. ini di sebab kan Irham menikahi Zaara di sebabkan untuk mengelakkan Irhan Holding di wasiatkan kepada sepupu beliau iaitu Hardy.. selain mengelakkan dirinya di paksa merima cinta Sherry iaitu anak sahabat baik Mama Irham..
bila bergelar suami isteri, mereka masing masing ego untuk menluahkan isi hati.. dan mula di sini lah beberapa bab yang agak lucu dan sedih serta agak meluat dengan kerenah Sherry serta ibu mertua Zaara yang sedaya upaya untuk memisahkan Irham dan Zaara..
dan, apabila sesuatu yang terjadi kepada Irham dan pada Zaara, baru masing masing yakin yang mereka memang telah di takdirkan untuk bersama..

apa yang terjadi pada Zaara?? apa kes Irham?? korang kena baca sendiri..  :)
satu yang aku tak berapa nak berkenan dengan citer nie ialah,
apabila Irham menjentik dahi Zaara dan mengatakan Zaara lembab dan Zaara ketuk kepala Irham dengan kad jemputan.. aku rasa agak keterlaluan kot.. walau bergurau macam mana sekali pun, sanggup ke korang ketuk kepala suami korang dan apa perasaan korang bila suami jentik dahi korang??
dan aku berikan 9 bintang dari 10.. keep it up to Aliesha Kirana untuk nukilan seterusnya.. :)
ps : credit sinopsis kat MPH CLICK, credit gambar kat aku sendiri :)









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, March 8, 2013

Promotions Perfumes Dan Pure Marine Collagen Oleh SweetGarden BeautyHouse .. ^^


Photo: Mon Jasmin Noir Bvlgari for women

75 ml

MAIN ACCORDS
white floral
sweet
musky
nutty
floral

RM 50

Photo: ps: feel free to untag =)

Woman Donna Karan for women

100 ml

MAIN ACCORDS
woody
aromatic
balmy
green
powdery
earthy

RM 55


Salam n eelloopp korang semua~

sempena sambutan hari wanita sedunia nie, SGBH Perfumes House mengadakan diskaun 10% untuk pembelian minyak wangi Sephora Dubai For Her..

promosi nie hanya untuk satu hari sahaja.. 080313
order boleh di buat mulai sekarang sehingga 10:00 malam karang,
dan pembayaran akhir adalah pada pukul 11:00 malam..

penghantaran boleh di buat pada esoknya iatu pada hari Sabtu 090313
atau boleh COD di Butik Elyna mulai hari Ahad 100313..

al-maklum ar, Butik Elyna tu kan ke agent bagi SGBH Perfumes House.. 
jadi lewat ar aku terima daripada owner nya.. :D

owh~ sebelum aku lupa, Sweetgarden BeautyHouse pun ada menjual PMC.. apa tu PMC??
PMC iailah PURE MARINE COLLAGEN yang di hasilkan daripada rumpai laut yang di datangkan khas dari Samporna Sabah..

korang boleh beli 100gm dengan harga RM 20 untuk PMC yang berwarna PURPLE
dan RM 17 untuk 100gm bagi PMC warna PUTIH/KUNING
korang boleh tengok kat SGBH Pure Marine Collagen.. yang nie Butik Elyna tak tolong jual kan.. korang boleh direct ngan owner nya.. ;)


yang nie dah siap masak


yang nie yang mentah.. yang mentah nie lah korang kena masak macam masak agar agar biasa sampai ar dia jadi macam yang kat atas tu..

aku dah try, best bila campur ngan madu.. kalau korang nak direct minum pun boleh, kalau tahan bau laut tu ar.. kalo tak, boleh bubuh daun pandan masa memasak nya.. ^^

ps : Macam Macam Perniagaan Skang Nie.. Yang Penting Halal Dan Ikhlas Bila Berniaga.. In Sya Allah, Akan Di Berkati Oleh-Nya..^^









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, February 9, 2013

Review Filem : SAM 2012


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

hehee.. arie nie aku nak preview pasal filem tahun lepas.. tahun nie baru dapat tengok citer tu... =.="
tak kesah ar kan yang penting aku dapat tengok.. ^^


filem pasal SAM atau Saya Amat Mencintaimu.. arahan anak teruna Dato' Yusof Haslam.. tapi bukan Mr Ensem Shamsul Yusof tapi adik beliau iaitu Shafiq Yusof.. alah, budak nie penah popular sebagai pengarah paling muda masa dia mengarahkan filem SAM nie dan SAM adalah buah tangan pertama beliau sebagai pengarah.. ^^


hah.. tu ar rupanya pengarah muda yang berbakat tu.. kenapa aku cakap dia berbakat?? sebab nya filem SAM nie memang bagus pada pandangan aku..

sebab nya, jalan citer nie tak sama macam jalan citer citer yang sedia ada di pawagam atau di kaca kaca tv.. jika musim tu citer seram, maka sepanjang waktu seram manjang.. kalau tak seram sangat, seram suam suam kuku pun jadi lah kan, asal kan seram katanya.. 

berbalik pada filem SAM nie, sebenarnya ianya filem thriller romantic.. memang korang akan rasa sweet sangat bila tengok antara SAM (Shaheizy Sam) dan LISA (Lisa Surihani).. babak dorang memang romantic giler ar.. dan macam biasa ar kan, kalau Abang Sam kita berlakon mana ada tak terselit komedi nya kan?? ^^

dan citer nie mula menjadi suspen dan terkejut terkejut bila Lisa di culik oleh someone yang tak tahu dan Sam pun berada di tempat yang sama.. dan mula lah pergaduhan, pergelutan dan what so ever..
yang menjadi best nya bila kita sangka kan "orang ini" yang menculik tapi sebenarnya "orang itu" yang melakukan nya..
kenapa aku menggunakan perkataan "orang ini" dan "orang itu"?? sebabnya korang kena tengok sendiri citer nie.. ^^
jalan citer yang tak bosan.. penceritaan yang menarik.. dialog yang ok.. menbuatkan jalan citer untuk filem SAM nie amat menarik.. 

jadi bagi aku yang kurang nak tengok citer citer melayu yang sama aje, filem nie memang lain daripada yang lain.. amat amat amat berpuas hati.. 9* untuk filem nie.. yang tak cukup 10*, aku asyik terkejut manjang... :p
dan pada Shafiq Yusof, harap harap ada lah buah tangan yang baru untuk filem.. setahu aku dia mengarahkan drama bersiri KL Gangster.. 

ps : Kemana Tumpahnya Kuah Jika Tidak Ke Nasi Kan?? Bapak Mereka Pengarah Dan Anak Anak Teruna Beliau Juga Menjadi Pengarah Yang Berjaya.. Melangkaui Batas Filem DI Malaysia Nie.. Syabas!! ^^


*credit gambar kat en google*




Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, February 5, 2013

Quality Time With My Mr Hubby

Credit to : MR Youtube
Title : Bila Orang Dah Benci By Saleem
Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~
hehehe.. lama tak menulis.. terasa cam janggal lak.. POYO aje aku nie... ^^
ok ar, just nak share ngan korang yang aku poie ke Cameron Highland bersempena sambutan aku bertukar usia ke angka 30 taun.. tua sudah aku nie bah~ =.="
poie ngan En Suami.. sambil sambil tu member En Suami pun join gak sebab wife dia pun satu tarikh ngan aku birthdaynya.. yang membezakan kami ialah taun aje... ^^
so, pusing pusing Cameron selama 3 hari 2 malam dan kami menginap di Century Pine Resort.. hotelnya best ar.. mautakbestkalodahpricerm250++ :)
best sangat walaupun dah banyak kali poie ke Cameron dan kali terakhir poie seminggu pas aku sah menjadi isteri En Suami... ^^
meh ar aku share sikit gambar gambar sekitar aku di Cameron Highland.. ^^



trademark Cameron Highland Strawberry.. ^^


daun parsley

 
buah anggur.. tapi masak tak sekata...


buah anggur tak masak laie


En Suami makan honey comb.. ^^
sedap tapi susah nak hancur... 


bergambar kenangan ngan member En Suami.. kami pernah trip sesama sewaktu ke Pantai Timur taun lopeh.. ^^


EN Suami feeling feeling cam kumbang yang di keliling dek bunga... ^^


tak tau bunga nie apa nama.. macam orchid tapi kaler nya scary you... 


deretan kekwa.. 


bunga peberet den.. bunga ros a.k.a mawar tapi paling aku suka warna putih.. malangnya kat Taman Agro Mardi tu aku tak jumpa ros putih... 


Sun flower.. sentiasa mengadap ke arah matahari terbit... ^^


buah epal hijau


orchid hutan yang cantik


Us.. thanks for the best present.. I Love You So Much Abang... <3>

ps : kalau korang nak beli perfumes Sephora Dubai atau Reject, boleh lah visit this Online Shoppe
Sweet Garden Beauty House





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, January 9, 2013

Victoria's Secret refreshing Body Mist In D' House


salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

hehehe.. jap timbul, jap hilang.. :p
bukan apa banyak keje nak di buek.. :D

alrite2, nak promote Victoria's Secret refreshing body mist from SweetGarden BeautyHouse.. :)

stocks terbaru yang dorang bagi kat Butik Elyna, ada 9 bau yang sangat2 harum dan manis..

antaranya adalah :


Amber Romance


Island Waters


Sweet Temptation


Love Spell dan lain lain bau..

harga yang dia jual RM 60 termasuk postage, dan harga yang aku jual kat Butik Elyna, adalah sama gak.. RM 60 tapi tak ada postage.. :)

so grab ar selagi stocks masih ada..

antara lain bauan nya :

- Secret Crush
- Pretty In Pink
- Love Spell Midnight
- Passionate Kisses
- Almost Nude

dan jika korang direct ngan SweetGarden BeautyHouse maybe dorang ada special price.. ^^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, December 5, 2012

Review : Minyak Wangi Sephora Dubai


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

alrite, kali nie aku just nak share pasal perfume..
korang sure tau dan pakai perfume kan?? ;p

bukan apa, skang di Butik Elyna ada menjual perfume.. bukan pihak butik yang punya tetapi kami membantu seorang laie yang bakal menjadi usahawan melayu.. :)

memula aku tengok minyak wangi yang budak nie hantar macam original.. dalam otak aku camne nak jual kalau dah ori?? ada ke orang nak beli bila price nya ratus ratus?? 
sekali aku tengok harganya baru RM50, RM55, paling mahal pun RM60.. lor.. awat lak murah??

sekali dia terangkan kat aku yang dia jual tu SEPHORA DUBAI PERFUME..
apa tu SEPHORA DUBAI PERFUME??

1) Kotak, botol dan cara pembungkusan luar dan dalam adalah sama 100% kecuali material yg digunakan berlainan sediikit.
2) Ia sebenarnya dibungkus dan di botolkan di DUBAI tetapi pati asal perfume ini datang dari negara asal, cuma dikurangkan pati dan alkoholnya apabila dibotolkan. Oleh itu bau nya tetap sama.
3) 90% original. 10% lagi kandungan dan material yg digunakan berbeza.
4) tahan 6-8 jam bergantung pada si pemakai
5) Sebenarnya ketahanan bau minyak wangi bergantung kepada suhu badan, ada yang lama dan ada yang kurang oleh itu pemakaian individu adalah,berbeza
6) kualiti SEPHORA PERFUME (GRED 3A) INI tidak sama dengan yang dijual dipasar malam RM10-RM40.
so.. korang tau ar kan apa tu SEPHORA DUBAI PERFUME.. kalau korang nak tengok lebih banyak perfumenya, like ar facebook budak nie..
atau ke blog mereka 

meh ar kita usha usha beberapa perfume yang dia jual.. 



MIDNIGHT FANTASY BY BRITNEY SPEARS
dia jual RM 50


PURE POISON BY DIOR
RM 55


DKNY EAUS SO INTENSE BY DONNA KARAN
RM 55


RED FERRARI FOR MEN 
RM 60


DESIRE BY DUNHILL
RM 55

so apa laie, meh ar jengah jengah.. do support orang melayu kita.. ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, November 29, 2012

Review : I LOVE YOU STUPID by MELUR JELITA



Kredit Gambar Kat Aku Sendiri

Salam n eellloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

sangat lama rasanya aku tak mengemas teratak buruk aku yang memang dah sedia buruk nie.. banyak perkara nak share tapi aku seakan akan "mati" bila aku mula nak mula menaip.. =.="

jadi malam nie aku nak share ngan korang pasal novel yang sedang laris bak pisang goreng di waktu musim kemarau.. :)
novel nie En Suami aku yang belikan sewaktu kami bercuti ke Pantai Timur minggu lepas dan genap 1 minggu aku telah khatam novel nie.. (tu pun jimat2 baca) :p

apa yang aku boleh katakan pasal novel I LOVE YOU STUPID! atau lebih di kenali sebagai ILUS nie adalah....

ini merupakan novel yang terbaik..!! aku nak ucapkan tahniah buat penulis novel nie iaitu Puan Melur Jelita.. hasil tangan beliau sangat ar aku kagum.. jika dulu aku kagum dengan penulisan Ahadiat Akasha atau Liana Afiera Malik, sekarang Melur Jelita telah aku senaraikan sebagai penulis yang wajib ada dalam senarai novel novel yang terbaik.. :)

sebelum aku tulis review aku, meh kita baca dulu sinopsis ILUS :

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”
-credit to here-
mula mula aku baca novel Puan Melur Jelita adalah Awak Suka Saya Tak? atau ASST.. jalan cerita ILUS sangat sempoi.. bila tiba bab lawak kita akan sama ketawa terbahak bahak seperti membaca majalah lawak walhal membaca novel.. :)
bila time sedih, kita dapat merasakan betapa sedihnya watak tersebut.. ibarat kita yang berada di dalam jalan cerita itu.. walaupun aku tak menitiskan air mata tapi perasaan sedih, sayu, pilu tetap menjalar dalam diri kita secara semulajadi.. 
aku terasa betapa egonya Iris dan Firman dalam menyuarakan perasaan masing masing dan sanggup merana merindu antara satu dengan yang lain.. aku terasa betapi sedihnya Aidan apabila menerima kenyataan bahawa Iris tidak mencintainya walhal mereka ibarat belangkas selama bertahun tahun.. aku merasakan betapa bertuahnya Lara, Farina, Violet a.k.a The Divas kerana mempunyai hubungan setia kawan yang sangat kukuh.. bagaimana Fatimah & Mai Tuan serta Matt yang begitu menjaga batas batas pergaulan antara mereka..
dan sampai sekarang, aku masih lagi terbawa bawa akan jalan cerita ILUS.. masih terbayang bayang di mata setiap baris ayat yang di susun sangat sempoi dan indah tetapi mempunyai makna yang tersirat dan tersurat..
so.. apa lagi, jika korang masih tercari cari novel yang terbaik, carilah ILUS atau ASST.. korang tak akan menyesal dengan harga yang korang bayar untuk memdapatkan sebuah novel yang terbaik..
aku nak ucapkan terima kasih buat Kak Azz sebab telah "meracun" aku untuk memiliki ILUS.. =)






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, October 9, 2012

Meh Join NUFFNANGX... :)



kredit pada en google

salam n eelloopp semua~

hehehe.. tetiba terajin lak nak meng-update teratak buruk aku nie.. :)

takde ar, sebenarnya aku baru aje mendaftar dengan NUFFNANGX.. sama gak macam NUFFNANG yang dulu tu.. cumanya, kalau aku tak silap nuffnangx nie boleh korang download kat smartphone korang..
maka jika ada blog yang menjadi kegemaran korang dan korang tak mau melepaskan peluang nak tau dorang update yang terkini boleh lah guna nie..
bagi yang guna android, korang boleh search kat play store.. taip nuffnangx dan intall macam biasa.. ^^


kalao nak guna lappy atau pc pun boleh.. taip gak nuffnangx dan login guna id nuffnang korang atau guna id facebook atau email korang... :)

nuffnangx jga memberikan peluang korang berinteraksi dengan blogger kegemaran korang.. :)
jika korang dah join nuffnangx, follow ar mizfantasy eik.. :)
boleh kita merapatkan hubungan sesama kita.. ^^


muka depan www.nuffnangx.com
meh ar kita sama2 memeriahkan nuffnangx.. :)







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, October 8, 2012

Simple & Perfect Design By Awadah Design : 100% Custom Made Scarf



Imani Collections :

(Code Mengikut Susun Atur Gambar Di Atas)

Imani 04 - Red & Pink
Imani 03 - Green Turquoise & Lime Green
Imani 01 - Baby Pink & Purple
Imani 05 - Purple & Turquoise 
Imani 02 - Baby Pink & Baby Yellow
Imani 06 - Orange
Imani 09 - Baby Pink & Purple
Imani 07 - Baby Purple & Dark Grey
Imani 08 - Green Turquoise

Material : Lycra Cotton

Price : RM 55 Per set

Apa Yang Istemewanya Awadah Design Nie??

1 - Ianya adalah 100% CUSTOM MADE..

2 - Stocks serta design nya adalah LIMITED..

3 - Yang penting ianya tak sama dengan mana2 jenama tudung yang lain..

4 - Harganya setanding dengan KUALITI..

5 - Haruslah kita ramai2 support anak bangsa sendiri.. ;p

apa2 pun sebabnya, sejak Butik Elyna menjadi agent sah bagi Awadah Design nie, feed back daripada customer kami adalah sangat memuaskan.. bagi pihak Butik Elyna, kami memang menghargai apa jua feed back daripada customers.. so apa laie yang nak di tunggu kan?? try sekali beli, Insya Allah korang pasti akan berpuas hati... ^^

ok lah, jika korang berminat dengan koleksi Awadah Design nie, korang boleh LIKE fan page Awadah Design di Facebook.. ada macam2 laie koleksi yang ada di sana.. (AWADAH DESIGN)

atau, sekiranya nak beli melalui Butik Elyna pun boleh.. jangan risau kami tidak mengambil sebarang komisyen daripada pihak Awadah Design.. jika korang beli terus dengan Awadah Design, mungkin ada less kot.. al maklum ar, korang terus deal ngan owner.. ^^

Fan Page Butik Elyna : https://www.facebook.com/butikelyna

ps : Membantu Ushawanita Yang Baru Nak Maju.. Jika Kita Sebagai Melayu Tak Bantu Sesama Melayu, Siapa Yang Nak Bantu Memajukan Bangsa Melayu Kita Sendiri?? :D






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, January 31, 2012

Katy Perry _-_ The One That Got Away


Credit At Youtube.com

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? selasa sudah... aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. AMIN~

arie nie tak mau celoteh pepanjang.. dengar aje lagu Katy Perry nie eik.. :)

ps : Hargailah Insan2 Yang Tersayang Sebelum Terlewat... ^^










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, January 30, 2012

Chubby vs Slim... :)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

agak lama aku tak menciretkan apa2 pun kat teratak yang sedia buruk nie.. aduhai teratak, so sorry eik.. sejak2 lappy kena tahan kek ward nie, semuanya tergendala.. =.="
tak pe ar at least aku da masa tuk keje2 aku.. tak de ar aku asyik ngadap lappy aje... =)

kalo korang tengok measuring tape kat atas tu sure korang tau topik apa yang aku nak celoteh kali nie.. pastinya tentang diet ataupun pasal obes.. :)
kalo korang masih ingat aku pernah menulis pasal nie di sini.. dan kali nie aku nak bagi pandangan peribadi aku sendiri.. andai ada yang terasa aku mohon maaf banyak2.. negara kita demokrasi dan bebas untuk menyuarakan pendapat masing2 asalkan tak menyentuh sensetiviti agama ataupun perkauman.. betul tak?? betul~~ :p

sebenarnya, aku nak bagi pendapat aku mengenai wanita2 yang chubby (aku pun chubby gak) yang telah di transformasi kan menjadi slim river (aku gak yang tak kurus2).. :)
bukan nak cakap aku jeles sebab dorang nie dari chubby boleh jadi slim.. tapi aku terkilan.. kenapa aku terkilan?? aku terkilan dengan cara mereka..

sewaktu mereka chubby mereka menutup aurat dan apabila mereka dah slim, aurat di buka.. tudung memula labuh, kemudian M size, kemudian S size, and then pakai anak tudung aje dan akhirnya.... tudung hilang di kepala dan di gantikan dengan rambut yang macam kaler air paip berkarat.. sedih kan?? sangat sedih~~~ tapi........ itulah hakikatnya..

aku bercakap, berdasarkan pemerhatian aku sendiri.. baik dari segi face to face mahupun daripada keratan2 akhbar mahupun majalah2 iklan2 daripada pusat2 pelangsingan
badan..

kenapa kan, sewaktu badan kita gemuk, chubby tak cantik kononnya tu kita menjaga aurat kita tapi bila dah di berikan kesempatan untuk "merasa" manjadi kurus, kita lupa kan pemakaian kita yang menutup aurat tu?? bukan nak cakap aku alim atau warak nak cakap pasal menutup aurat.. aku sendiri pun tak sempurna.. cuma macam aku cakap tadi aku TERKILAN aje.. 

masa gemuk atau chubby, nak cari baju kalo tak longgar tak sah.. tapi bila dah kurus, kalo tak ketak tak sah.. dah tak mau longgar2 katanya nampak gemuk.. abis masa korang pakai baju yang longgar2 sewaktu korang gemuk tu, korang tak nampak ke korang makin gemuk?? 

bagi aku, walau kita gemuk atau chubby macam mana sekali pun, kalo kita menjaga kebersihan diri, pakaian kita sentiasa kemas dan bersih kita tetap menarik dan cantik di pandang tambah2 laie dengan akhlak yang molek.. makin molek kita di pandang.. :)

tak semestinya kita nak kena pakai baju yang dedah sana sini atau nak tayang sana sini baru nampak cantik.. kalau yang bertudung, masih boleh bergaya asalkan gaya tersebut kena dengan kita yang chubby nie.. sometimes, ada fesyen yang memang di reka khas tuk mereka2 yang chubby nie.. dan sila jangan nak cuba sesuatu yang tak sesuai dengan keadaan fizikal kita.. nanti kita akan nampak lebih lebih lebih weird.. :)

sebagai contoh, ada yang chubby sesuai utuk pakai jubah kaftan tapi ada sesetengah chubby yang tak sesuai.. tapi bagi pendapat aku sendiri, orang yang chubby nie tak berapa sesuai dengan kaftan.. chubby lebih sesuai dengan kurung2 modern yang tak terlalu heavy dengan manik atau sulaman.. :)

dan.. bila kita berdiet dan kita berjaya mencapai tahap kekurusan yang kita nak tu, please lah jangan kita sesekali memandang rendah mereka2 yang chubby nie.. sepatutnya kita tidak memperlekehkan mereka, memulaukan mereka dan sebagainya.. :)

ok lah.. aku out dulu.. lenkali boleh sambung kalo ada idea nak merepek meraban laie.. ^^

ps : Takziah Buat Keluarga En Tunang Atas Pemergiaan Ayahda Saudara Beliau Ke Pangkuan Ilahi Pada 29 Januari 2012.. Semoga Roh Beliau Di Tempatkan Di Samping Mereka2 Yang Beriman... AMIN~
AL - FATIHAH~~~









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, January 16, 2012

Home Party Beauty Di Allson Kelana Seremban.. Meh Join... ^^

Salam n eelloopp korang~
apa khabar?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^^

lamanya tak menulis kat teratak buruk aku nie.. busy lor.. aku ada event pada 29hb nie.. bukan event aku tapi event Butik Elyna yang sudi nak men-join-kan dirinya ngan Mida R Butique.. so lets check it out the details of the event...  ^^

Tajuknya : Home Party Beauty
Anjuran : Mida R Butique
Tempat : Allson Kelana, Seremban (Meranti 2)
Tarikh : 29hb januari 2012
Bayaran : Rm 60 aje.. :p
Acara2 nya :
- Cara pemakaian shawl
- Teknik solekan
- Woman Sharing Session
- Dll... 

sooooo... apa laie, meh ar join tuk tambah2 kan ilmu yang ada.. mana tau boleh di guna pakai di lain kali.. betul tak?? dan jangan lupa untuk membeli barangan Butik Elyna di Booth yang telah di sediakan oleh pihak penganjur.. ^^

dan... kalau korang nak, boleh gak usha2 fan page Butik Elyna atau blogspot Butik Elyna untuk melihat stocks terbaru daipada kami.. :)
 
Kurung Modern X-CLUSIVE :)
harga berpatutan dengan kualiti material nya... ^^










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)