Showing posts with label mood. Show all posts
Showing posts with label mood. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Review Filem : SAM 2012


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

hehee.. arie nie aku nak preview pasal filem tahun lepas.. tahun nie baru dapat tengok citer tu... =.="
tak kesah ar kan yang penting aku dapat tengok.. ^^


filem pasal SAM atau Saya Amat Mencintaimu.. arahan anak teruna Dato' Yusof Haslam.. tapi bukan Mr Ensem Shamsul Yusof tapi adik beliau iaitu Shafiq Yusof.. alah, budak nie penah popular sebagai pengarah paling muda masa dia mengarahkan filem SAM nie dan SAM adalah buah tangan pertama beliau sebagai pengarah.. ^^


hah.. tu ar rupanya pengarah muda yang berbakat tu.. kenapa aku cakap dia berbakat?? sebab nya filem SAM nie memang bagus pada pandangan aku..

sebab nya, jalan citer nie tak sama macam jalan citer citer yang sedia ada di pawagam atau di kaca kaca tv.. jika musim tu citer seram, maka sepanjang waktu seram manjang.. kalau tak seram sangat, seram suam suam kuku pun jadi lah kan, asal kan seram katanya.. 

berbalik pada filem SAM nie, sebenarnya ianya filem thriller romantic.. memang korang akan rasa sweet sangat bila tengok antara SAM (Shaheizy Sam) dan LISA (Lisa Surihani).. babak dorang memang romantic giler ar.. dan macam biasa ar kan, kalau Abang Sam kita berlakon mana ada tak terselit komedi nya kan?? ^^

dan citer nie mula menjadi suspen dan terkejut terkejut bila Lisa di culik oleh someone yang tak tahu dan Sam pun berada di tempat yang sama.. dan mula lah pergaduhan, pergelutan dan what so ever..
yang menjadi best nya bila kita sangka kan "orang ini" yang menculik tapi sebenarnya "orang itu" yang melakukan nya..
kenapa aku menggunakan perkataan "orang ini" dan "orang itu"?? sebabnya korang kena tengok sendiri citer nie.. ^^
jalan citer yang tak bosan.. penceritaan yang menarik.. dialog yang ok.. menbuatkan jalan citer untuk filem SAM nie amat menarik.. 

jadi bagi aku yang kurang nak tengok citer citer melayu yang sama aje, filem nie memang lain daripada yang lain.. amat amat amat berpuas hati.. 9* untuk filem nie.. yang tak cukup 10*, aku asyik terkejut manjang... :p
dan pada Shafiq Yusof, harap harap ada lah buah tangan yang baru untuk filem.. setahu aku dia mengarahkan drama bersiri KL Gangster.. 

ps : Kemana Tumpahnya Kuah Jika Tidak Ke Nasi Kan?? Bapak Mereka Pengarah Dan Anak Anak Teruna Beliau Juga Menjadi Pengarah Yang Berjaya.. Melangkaui Batas Filem DI Malaysia Nie.. Syabas!! ^^


*credit gambar kat en google*




Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, November 30, 2012

Jejalan Dengan En Suami & Membernya.. ^^



Ombak Kek Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan..
entry tanpa coretan cuma paparan gambar aje.. ^^


masjid kat Kota Baharu Kelantan



nie adalah family member En Suami



Kota Darul Naim, Kelantan



Masjid di Daerah Besut, Terengganu



kami jumpa nama kampung nie sewaktu ke Felcra Keruak, Terengganu



Nie lah pasangan Mat Yu & wife dia



Ambik gambar kenangan ngan pengantin



camar yang pulang



Pantai di Besut



Pantai di Besut Laie



Taman Tamadun Islam, Terengganu



Masjid Kristal, Terengganu



Antara monumen yang terdapat di Taman Tamadun Islam, Terengganu



Icity Terengganu



Masjid Terapung, Terengganu



En Suami yang suka ber-posing



Kami yang suka ber-posing.. :p








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, October 9, 2012

Akur Janji _-_ Wanie & Edie


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Alhamdulillah... ^^

arie nie, tak mau celoteh panjang2 just nak share ngan korang lagu yang aku rasa cam best aje.. :D

aku selalu dengar lagu nie kat radio tapi aku tak tau sape yang nyanyi.. so arie tu aku pun gie ar try searching kek internet sape yang nyanyi.. rupa2nya penyanyinya wanie & edie (tapi sampai skang aku masih clueless sape dorang nie) =.="

apa pun, aku suka.. lirik lagu nie cam bermakna aje.. ^^
alrite, meh kita dengar sesama eik.. ^^

yang kat bawah nie aku sertakan liriknya... :)
kredit pada : Lirik Lagu.me
Video kredit pada : Youtube.com
Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Tak pernah ku merasa
Bahagia begini
Di sisimu
Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu
Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu
Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan
Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Ku percaya
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, September 27, 2012

Malang Tak Berbau~


Salam n eellooppp semua..
korang apa khabar?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

minggu lalu sangat malang buat aku... bilanya Cik Pesona aku berlanggar dengan kereta Mercedes old school... :(
punya ar cuak.. sampaikan mengeletar seluruh badan.. nak2 tak ada siapa yang sudi nak membantu.. aku hanya dengan My Mak aje sewaktu kejadian.. call orang sana tak senang, call orang sini pun tak senang.. nak mintak tolong bukan nak mintak duit pun... =.="

dah ar, adik ngan adik ipar aku pun tak ada, en suami pun tak ada, My Ayah pun keje.. aduhai.. terasa macam sangat di sisihkan... so nak tak nak terpaksa lah aku ngan My Mak pandu perlahan2 ke balai polis Lukut tapi laie sedey, balai polis Lukut tak boleh terima report.. dorang tolak pulak ke Balai Polis Port Dickson..

apa ar salahnya ambik aje report, dah ar seb baik aku tak semput, kalau semput laie parah.. tak ada sape yang nak pandu kereta aku... 

tapi Alhamdulillah... seb baik tak ada yang cedera.. cuma skang nie aku tak ada kete nak poie keje.. nak guna kete My Ayah, kete dia automatik.. sorry to say aku agak tak selesa memandu kereta auto nie.. sebabnya aku dari mula dapat lesen, hanya menggunakan kete manual aje.. jadi dalam minggu nie My Ayah tak keje jadi boleh ar poie keje tumpang dia.. :)

betul ar kata orang tua2 "Malang tu tak berbau".. :)
so drive carefully.. skang menjadi iktibar buat aku supaya jangan "cucuk" kete depan laie.. =)

laie satu menjawap soklan Kak Sha a.k.a  Miss Cheryna, kemana aku menghilang sebelum nie.. sebenarnya en lappy aku masuk ward.. kata orang yang betulkan tu lappy aku tak boleh nak repair.. maka aku pun men-survey lappy baru.. malangnya, bila My Ayah antar ke edai yang tak berapa nak terkenal kek area somban nie, boleh ar plak di betulkan dan hancus sudah harapan nak dapat lappy baru... :(

tapi aku suka lappy lama aku nie sebabnya, tahan lasak dan banyak gambar2 My Baby 550 ado kek dalam nie.. :)

selain tu masa tukan nak pose, bila time Ramadhan aku memang tak dan nak update teratak.. keje kat Butik Elyna, banyak bebenar... :)
bila dah raya, tau aje ar kan.. skang dah ada 2 family makanya kena ar adil nak ke family sebelah mertua dan sebelah aku.. raya ke 4 en suami pun dah mula keje.. :)

ok ar, aku nak poie siapkan apa yang patut sebelum lunch hour.. sebelum tu macam biasa nie ada gambar kucing angkat My Lil Sis : Dak Ontot.. ^^


owh sebelum aku terlupa, sesapa yang suka atau sedang mencari long skirt ala2 princess yang kembang2 bagai, boleh ar jengah2 di Butik Elyna.. harga berbaloi dengan kualiti materialnya.. kerana kami hanya memastikan kepuasan pelanggan kami sebab kami pun pelanggan jugak.. ^^


ada macam2 warna yang boleh korang pilih... :)
boleh jengah di website kami atau like di fanpage kami di facebook.. :)

website : Butik Elyna







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, April 24, 2012

Dugaan Itu Amat Indah Jika Kita Ikhlas Menghadapinya~

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan~
aku?? tah ar susah nak di ungkapkan keadaan aku skang nie..

kalo nak di katakan ok memang tak ok tapi nak di katakan tak ok, ok ar plak rsanya..
tah ar.. dugaan datang sekali lagi.. dalam berdebar2 menantikan hari bahagia yang bakal menjelma tak lama laie, dugaan ini membuatkan aku cukup tercabar.. 

tercabar dengan emosi aku.. tercabar dengan bagaimna aku nak handle dugaan ini.. bila malam, tagisan dah menjadi seperti sahabat baik aku.. mungkin dengan tagisan dapat membuatkan aku tabah serta kuat untuk menghadapi dugaan yang melanda.. hanya dengan menagis aje membuatkan aku mampu terlena walaupun cuma seketika aje...

menantikan sesuatu yang aku sendiri tak pasti amat amat pedih dan sakit.. seksa.. bila mengenangkan dugaan ini, aku hanya mampu pasrah dan berserah pada Ilahi moga di berikan aku kekuatan yang sekucupnya.. moga di berikan aku petunjuk untuk aku menghadapi dugaan yang di berikan-Nya..
moga di berikan aku kekuatan untuk aku menghadapi segala kemungkinan yang terjadi.. 

Ya Allah.. hanya pada-Mu aku berserah atas segalanya.. aku berpegang pada kata "Ada Hikmah Di Setiap Kejadian Yang Berlaku" dan kerana kata2 itulah, aku masih mampu bertahan hingga ke hari ini.. dengan kata2 itulah jua aku masih mampu untuk memaniskan muka melayan setiap kerenah customers.. walhal dalam hati aku berperang dengan segala bagai emosi.. berperang dengan segalanya..
aku pasrah tapi bukan mengalah..

tido malam ku tiada lagi selenyak yang biasa.. 
menantikan ketibaan hari siang amat menyeksakan diri ini..
menantikan apa jua keputusan amat memeritkan..

Ya Allah, hanya padamu aku bermohon semoga di Kau tabahkan hatiku untuk menghadapi dugaan yang diberikan olehMu padaku kali ini.. semoga aku mampu untuk bertahan hingga ke akhirnya dan aku tak ingin kecundang di pertengahan.. Amin~

ps : Dugaan Itu Amat Indah Jika Kita Ikhlas Menghadapinya~




Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, April 2, 2012

Melangkah Selangkah Lagi... :)

salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^^

lama sudah aku tak mencoretkan apa2 di teratak buruk aku nie.. dah ar buruk, bertambah2 buruknya... :p
bukan apa, skang nie sangat busy.. majlis pun kalo di campur tolak bahagi darab lebih kurang 8 minggu laie.. walau apa pun, alhamdulillah hampir 80% persediaan telah di selesaikan.. terima kasih banyak2 pada My Mak & My Ayah.. ^^

sekurang-kurangnya antara senarai di bawah nie dah settle... :)

- tempat akad nikah / tarikh - set
- tempat majlis / tarikh - set
- tema akad nikah / tema majlis sanding - set
- photography - hampir nak set (sebab belum bayar laie kat Kamil dari Applemint Studio Photography member adik aku)
- mak andam / pelamin - set
- hantaran - set
- baju nikah - set (tapi belum siap laie) :p
- baju bersanding - belum set
- bunga telur - set
- perabot - belum set
- kad jemputan - set (masih dalam proses)
- senarai jemputan - set

hehe.. rasanya itu aje ar kot.. apa pun hampir kesemuanya aku selesaikan sendiri dengan bantuan keluarga aku.. :)
penat sangat tapi bila di pikir2 kan balik best gak sebabnya berbaloi menguruskan sendiri... ^^

di sebabka majlis nie aku naik sekali dengan My Lil Sis, so terasa sedikit meriah.. harap2 segalanya berjalan dengan lancar.. AMIN~

dan yang penting persediaan mental dan fizikal tu perlu untuk melangkah ke alam baru.. semoga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat kami.. ^^

sangat manis bila perhubungan di restui oleh kedua-dua belah pihak dan amat bermakna sekali.. :)

ps : Lama Tak Menulis Membuatkan Otakku Menjadi Tepu~ =.="







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, January 30, 2012

Chubby vs Slim... :)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

agak lama aku tak menciretkan apa2 pun kat teratak yang sedia buruk nie.. aduhai teratak, so sorry eik.. sejak2 lappy kena tahan kek ward nie, semuanya tergendala.. =.="
tak pe ar at least aku da masa tuk keje2 aku.. tak de ar aku asyik ngadap lappy aje... =)

kalo korang tengok measuring tape kat atas tu sure korang tau topik apa yang aku nak celoteh kali nie.. pastinya tentang diet ataupun pasal obes.. :)
kalo korang masih ingat aku pernah menulis pasal nie di sini.. dan kali nie aku nak bagi pandangan peribadi aku sendiri.. andai ada yang terasa aku mohon maaf banyak2.. negara kita demokrasi dan bebas untuk menyuarakan pendapat masing2 asalkan tak menyentuh sensetiviti agama ataupun perkauman.. betul tak?? betul~~ :p

sebenarnya, aku nak bagi pendapat aku mengenai wanita2 yang chubby (aku pun chubby gak) yang telah di transformasi kan menjadi slim river (aku gak yang tak kurus2).. :)
bukan nak cakap aku jeles sebab dorang nie dari chubby boleh jadi slim.. tapi aku terkilan.. kenapa aku terkilan?? aku terkilan dengan cara mereka..

sewaktu mereka chubby mereka menutup aurat dan apabila mereka dah slim, aurat di buka.. tudung memula labuh, kemudian M size, kemudian S size, and then pakai anak tudung aje dan akhirnya.... tudung hilang di kepala dan di gantikan dengan rambut yang macam kaler air paip berkarat.. sedih kan?? sangat sedih~~~ tapi........ itulah hakikatnya..

aku bercakap, berdasarkan pemerhatian aku sendiri.. baik dari segi face to face mahupun daripada keratan2 akhbar mahupun majalah2 iklan2 daripada pusat2 pelangsingan
badan..

kenapa kan, sewaktu badan kita gemuk, chubby tak cantik kononnya tu kita menjaga aurat kita tapi bila dah di berikan kesempatan untuk "merasa" manjadi kurus, kita lupa kan pemakaian kita yang menutup aurat tu?? bukan nak cakap aku alim atau warak nak cakap pasal menutup aurat.. aku sendiri pun tak sempurna.. cuma macam aku cakap tadi aku TERKILAN aje.. 

masa gemuk atau chubby, nak cari baju kalo tak longgar tak sah.. tapi bila dah kurus, kalo tak ketak tak sah.. dah tak mau longgar2 katanya nampak gemuk.. abis masa korang pakai baju yang longgar2 sewaktu korang gemuk tu, korang tak nampak ke korang makin gemuk?? 

bagi aku, walau kita gemuk atau chubby macam mana sekali pun, kalo kita menjaga kebersihan diri, pakaian kita sentiasa kemas dan bersih kita tetap menarik dan cantik di pandang tambah2 laie dengan akhlak yang molek.. makin molek kita di pandang.. :)

tak semestinya kita nak kena pakai baju yang dedah sana sini atau nak tayang sana sini baru nampak cantik.. kalau yang bertudung, masih boleh bergaya asalkan gaya tersebut kena dengan kita yang chubby nie.. sometimes, ada fesyen yang memang di reka khas tuk mereka2 yang chubby nie.. dan sila jangan nak cuba sesuatu yang tak sesuai dengan keadaan fizikal kita.. nanti kita akan nampak lebih lebih lebih weird.. :)

sebagai contoh, ada yang chubby sesuai utuk pakai jubah kaftan tapi ada sesetengah chubby yang tak sesuai.. tapi bagi pendapat aku sendiri, orang yang chubby nie tak berapa sesuai dengan kaftan.. chubby lebih sesuai dengan kurung2 modern yang tak terlalu heavy dengan manik atau sulaman.. :)

dan.. bila kita berdiet dan kita berjaya mencapai tahap kekurusan yang kita nak tu, please lah jangan kita sesekali memandang rendah mereka2 yang chubby nie.. sepatutnya kita tidak memperlekehkan mereka, memulaukan mereka dan sebagainya.. :)

ok lah.. aku out dulu.. lenkali boleh sambung kalo ada idea nak merepek meraban laie.. ^^

ps : Takziah Buat Keluarga En Tunang Atas Pemergiaan Ayahda Saudara Beliau Ke Pangkuan Ilahi Pada 29 Januari 2012.. Semoga Roh Beliau Di Tempatkan Di Samping Mereka2 Yang Beriman... AMIN~
AL - FATIHAH~~~









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, January 22, 2012

Mari Becuti... Yahooooooooo... :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

lamanya tak update my lovely teratak buruk nie kan?? akhir sekali 16 haribulan arie tu.. now dah nak masuk ujung bulan dekat.. :)

busy?? tak ar kot.. just no mood aje nak meluahkan apa yang aku rasa... apa pun, insya Allah, kelak aku akan rajin update eik.. dan 24hb nie aku nak ke kelate.. shopping + holiday + quality time with family... ^^

len kali jumpa laie eik.. insya Allah.. :)

ps : Penat Menaruh Harapan Bila harapan Itu Setengah Aje... =(








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, January 16, 2012

Home Party Beauty Di Allson Kelana Seremban.. Meh Join... ^^

Salam n eelloopp korang~
apa khabar?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^^

lamanya tak menulis kat teratak buruk aku nie.. busy lor.. aku ada event pada 29hb nie.. bukan event aku tapi event Butik Elyna yang sudi nak men-join-kan dirinya ngan Mida R Butique.. so lets check it out the details of the event...  ^^

Tajuknya : Home Party Beauty
Anjuran : Mida R Butique
Tempat : Allson Kelana, Seremban (Meranti 2)
Tarikh : 29hb januari 2012
Bayaran : Rm 60 aje.. :p
Acara2 nya :
- Cara pemakaian shawl
- Teknik solekan
- Woman Sharing Session
- Dll... 

sooooo... apa laie, meh ar join tuk tambah2 kan ilmu yang ada.. mana tau boleh di guna pakai di lain kali.. betul tak?? dan jangan lupa untuk membeli barangan Butik Elyna di Booth yang telah di sediakan oleh pihak penganjur.. ^^

dan... kalau korang nak, boleh gak usha2 fan page Butik Elyna atau blogspot Butik Elyna untuk melihat stocks terbaru daipada kami.. :)
 
Kurung Modern X-CLUSIVE :)
harga berpatutan dengan kualiti material nya... ^^










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, January 3, 2012

Permulaan Yang Baik Pada Tahun 2012... ^^


Kredit Gambar kat aku sendiri

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

tahun 2012 telah memasuki hari yang ke 3 dan permulaan tahun yang menarik apabila memanjakan diri ngan membaca novel yang menjadi kegilaan aku.. :)

makanya hampir setahun aku menantikan novel2 yang aku order daripada My Biz Santai Shop tempat selalu aku membeli belah novel2 melayu... ^^
(kenapa setahun?? sebab aku order ujung minggu tahun lepas, pagi tadi en posmen antar.. kan dah tahun baru?? :p)

ok lah.. aku nak sambung baca dulu.. novel yang nak mula ialah novel AWAK SUKA SAYA TAK? oleh Melur Jelita dan aku terpengaruh baca novel nie di sebabkan review novel nie oleh AKAK Azyma Abu Bakar a.k.a Kak Azz... :) 

ps : Permulaan Yang Baik Untuk Tahun Baru Yang Insya Allah Akan Baik Gak.. ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tiada Tajuk..

walaupun tahu yang penantian itu suatu yang amat menyeksakan
namun kita tetap jua menanti..
tetap jua menyeksa perasaan..

walaupun rancangan yang kita rancangakan tergendala
namun mulut masih lagi menuturkan semanis senyuman
walhal di dalam hati tiada siapa yang tahu akan kecewaan yang di rasakan..

walaupun mulut menuturkan 1000 kali kemaafan
belum tentu hati ikhlas apabila menuturkannya..

walaupun hati berat untuk menyatakan nya
namun lancar lidah melisankan alasan..

walaupun air mata bergenang di kolam mata
namun hanya hati yang di landa banjir kesedihan..

walaupun mulut terkunci untuk berbicara
namun tangan pantas mencoretkan apa yang di rasakan di sini..

aku tahu masa kamu adalah emas
aku tahu keluarga kamu amat penting
aku tahu apa yang kamu lakukan untuk cuba menjadi yang terbaik
walau untuk siapa jua

tapi aku jua punya perasaan
aku bukan sengaja ingin merajuk
aku bukan sengaja untuk menagis
aku bukan sengaja untuk berkecil hati
aku bukan sengaja untuk tidak memahami siatuasi kamu

tapi... hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya hatiku
hanya Tuhan yang tahu betapa remuknya perasaanku
hanya Tuhan yang tahu betapa sendunya hatiku
hanya Tuhan yang tahu betapa kecewanya diriku ini..

dan hanya yang kamu tahu aku sedang tersenyum
yang kamu tahu aku sedang tertawa
yang kamu tahu aku sedang menyenangkan hati kamu..

biarkan lah..
usah di pujuk rajuk ku..
biarkan lah..
biarkanlah masa yang menyembuhkan luka ini..
biarkanlah parut kepedihan ini menjadi sesamar bayangan kesedihan..

aku cuma seorang insan biasa yang hanya mampu untuk bersabar..
dan sehingga kesabaran ku lenyap bersama sama jasadku kelak...

ps : No Reason To Cry Like A Child....  










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, January 1, 2012

1st Entry Di Awal Tahun 2012

selamat menyambut tahun baru 2012 buat semua pembaca teratak Numb Gurl'z nie.. :) dan insya Allah tahun ini akan lebih baik buat kalian serta buat aku gak.. Kerana tahun ini akan berlangsung 3 majlis besar di dalam keluarga aku sendiri dan 2 majlis besar di dalam keluarga sedara mara ku pula.. Di harapkan jua nendaku yang sedang berada di dalam hospital kini akan kembali semuh seperti sedia kala.. Kami semua mendoakan agar nenda cepat2 sembuh dan kuatkan semangat untuk melawan penyakit tersebut.. Insya Allah..

Kepada En Tunang, tahun nie akan menjadi lebih makna uat kita.. Insya Allah.. Semoga apa yang kita rancangkan akan menjadi dengan lancarnya dan semoga di berkati.. Dan tahun nie gak kita telah bersama2 selama 2 tahun.. Thank you so much abg.. Bahagia ngan apa yang kita ada skang dan semoga kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kita.. Insya Allah.. ILYSM~

Ok ar, buat sementara waktu nie tiada peng-update-pan kerana lappy aku sakit semula.. Nak kena masuk wad ar nampaknya dan nak kena kuar duit laie ar nie... :(

Nnti bila2 aku ada free, aku nulis laie eik.. Salam sayang buat semua pembaca teratak aku nie.. (macam ar ramai sangat yang nak baca teratak aku) :)



Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, December 22, 2011

Jangan Berduka.. Ikhlaskan Hati Menerima Segala Ketentuan-Nya.. :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadan yang menyenangkan.. ^^

lama tak mencoretkan apa2 yang panjang kat teratak buruk aku nie.. no mood and my hand still need a "rest".. =.="

ok ar nie antara lagu yang paling aku suka suatu ketika dahulu (ayat.. tak boleh blah):p
konon2 masa muda remaja ar kan.. masa tu aku paling minat lat lagu2 My Chemical Romance nie.. lagu yang paling aku tak boleh lupa, I Don't Love You.. lagu tu ar yang menaikkan semangat aku suatu ketika dulu.. tapi itu citer lamaaaaa... so tiada dendam mahupun sakit atie atau apa aje.. ^^

masing dah bahagia ngan kehidupan masing2.. dia ngan wife dia dan aku dengan En.Cinta a.k.a En.Tunang aku.. dan insya Allah tahun depan aku akan jadi MRS.Cinta lak.. :D
jadi bagi sape2 yang pernah gagal dalam bercinta tu, aku nasihatkan korang jangan ar terlalu mengharap pada bekas kekasih kita tu.. tak ada gunanya pun.. sebab aku dulu pun pernah mengalaminya dan pernah berharap macam tu gak.. tapi bila aku pikir pikir balik, apa yang aku lakukan suatu masa dulu tu hanyalah perbuatan SIA SIA dan BODOH.. 

korang sedey2, nages2 bagai nak tercabut biji mata.. tapi bekas kekasih korang HAPPY dan dah siap ada penganti laie.. apa tak bodoh namanya tu?? bodohkan?? kita mengharap bagai nak mampus kat dia, dia bagai nak rak happy ngan kekasih baru.. WTF!!

aku akui, sebelum nie memang aku bodoh.. aku degil.. aku hanya pentingkan diri aku sendiri.. sanggup tutup pintu hati aku untuk orang lain demi mengharapkan yang lama.. sanggup mengecewakan insan lain sebab tak boleh terima kenyataan.. sanggup deactivated FB semata2 tak nak tengok muka bekas kekasih.. apa gilernya aku masa tu pun aku tak tau ar.. =.="

dan apabila aku nekad melupakan bekas kekasih aku bila tau dia dah ada penganti tapi dia tak mau bagitau sebab nak jaga hati aku.. buat apa aku nak rebutkan seorang lelaki yang terang terang dah tak mau kat aku laie kan?? makanya terjadi lah kenekadtan aku meng-activated FB (hingga sanggup buat My Big Sis Prince Adnil kecewa tahap gaban ngan aku).. dan bila aku pergi bercuti ke Bandung Indonesia.. kat sana aku nekad melupakan segalanya.. terima seredha yang mungkin atas ketentuan Ilahi dan sewaktu aku menaiki kapal terbang untuk pulang ke tanah air, aku cakap kat diri aku sendiri "Aku Redha Ngan Apa Yang Terjadi..Kenangan, Kau Tinggal Di Sini Dan Jangan Sesekali Kau Datang Kepadaku Semula.. Ya Allah, Aku Berharap Dan Aku Terima Segalanya Dengan Seikhlas Hatiku"

dan... alhamdulillah... aku BERJAYA.. aku happy dengan kehidupan aku.. aku happy ngan kerja2 yang aku lakukan.. aku happy dengan segala2nya tapi hati aku KOSONG sebenarnya.. :)

sehinggalah aku jumpa semula ngan En.Cinta.. dan alhamdulillah.. En.Cinta berjaya membuatkan diri aku happy seperti mana dulu.. bukan happy yang pura2 tapi benar2 happy.. aku bahagia mengenali beliau.. :)

akhirnya.. selepas menyulam kasih selama 1 tahun, kami di tunangkan atas restu kedua2 belah pihak.. ^^
insya Allah bakal di satukan kelak..  :)
(I LOVE YOU ABG~) :)
itulah kehidupan, ianya ibarat seperti drama.. kita pengarah, kita penulis skripnya , kita jua pelakonnya.. kita yang membawa bagaimana jalan cerita kehidupan kita.. kita kita rasakan dengan berharap pada yang dah tak sudi tu sebagai suatu perkara yang indah, buatlah.. tapi sebenarnya perkara itu adalah perkara paling bodoh yang kita pertahankan.. :)

percayalah cakap aku, segala apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.. kita hilang sesorang yang kita paling sayang tapi kita akan di pertemukan dengan sesorang yang bakal sayang kita lebih daripada kita sayang dia.. :)

nasihat aku, bagi yang tengah sedey2 putus cinta tu.. tak payah ar sedey sangat.. jangan jadi pendendam.. ikhlaskan hati kita untuk terima segalanya dan Insya Allah, Allah akan berikan ganjaran yang terbaik buat hambanya yang sabar dan ikhlas menerima ketentuan qada' dan qadar Nya.. :)

ps : Jangan Sedey2.. Meh Layan Lagu Teenagers Nie.. ^^



credit : youtube.com






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, December 20, 2011

My Droplets Collections.. ^^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

sepatutnya aku kena rest kan tangan kanan aku nie selama 2 minggu.. rest kat sini bermakna aku kena rehatkan tangan aku nie daripada membuat kerja2 berat.. termasuklah menaip yang perlu di kurangkan.. :)

tapi di sebabkan aku tertarik melihat titisan air pagi tadi, aku terpaksa membuat tak tau aje perintah Sang Doktor.. :p
maka ini adalah hasilnya.. hasil kerja pertama kali menangkap gambar titisan air.. walaupun hasilnya kurang memuaskan, tapi aku amat2 berpuas hati sebabnya hasil pertama dan aku akan cuba sedaya upaya menghasilkan gambar titisan air yang lebih baik daripada yang pertama kemudian hari kelak... :)

gambar2 yang lain nie aku tak bubuh laie kat album fb aku.. just kat sini aje.. tenet lembab nak upload pun lembab gak.. penat menunggu... =.="

ps : Hujung Minggu Nie Ada Plan.. ^^


Represent My Tear Drop~


Abstract Droplet 


Droplets Of Water.. Fresh After Heavy Raining Last Night.. :)








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, December 18, 2011

Smile... :)




Sometimes You Have To Smile,
Pretend Everything's OK,
Hold Back The Tears,
And
Just Walk Away...








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, December 12, 2011

Azam Tahun Baru?? =)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^^

semakin hari, semakin hampir kita pada penghujung tahun 2011.. bila tahun berganti tahun, maka azam pun ada kembali berlegar2 di kepala kita.. "apakah azam korang tahun nie??" soalan paling femes di tanyakan bila menjelang tahun baru.. tapi pernah tak korang di tanyakan soalan macam nie "tercapai ke azam yang korang buat tahun lepas??" :)
ada tak?? aku rasa tak ada kan?? mesti semua akan tanya apa azam baru di tahun baru.. ^^

bagi aku lak, azam aku tak pernah berubah dari tahun lepas2 hingga akan datang.. "Memperbaiki Diri Untuk Lebih Baik Di Masa Akan Datang.." itulah azam aku dari dulu laie.. kenapa aku tak pernah ubahnya?? sebabnya aku inginkan yang terbaik untuk diri aku sendiri dari tahun ke tahun.. ^^

sebenarnya semakin kita meningkat usia kita, semakin kita perlu memperbaiki diri sendiri.. semakin tegar kita nak memperbaikinya semakin kita dapati yang kita nie masih di takuk yang sama aje pada setiap tahun.. :)

pernah tak korang bertanya pada diri sendiri, apa pencapaian korang sepanjang tahun yang boleh di banggakan oleh diri sendiri?? :)
so.. mulai skang cuba tanya pada diri korang sendiri, apakah pencapaian korang sepanjang tahun 2011 dan cuba korang senaraikan satu persatu.. try tengok berapa banyak yang korang dah capai... ^^

atau ada yang tak tercapai lebih banyak daripada yang tercapai?? atau ada yang pencapaian itu cuba untuk di rasakan oleh orang lain tapi dalam diri sendiri NOTHING?? :)
bak kata pepatah "Tepuk Dada Tanya Selera" ^^

so.. apa laie yang nak di pikirkan "apakah azam baru di tahun baru", tapi pikirkan apakah pencapaian yang telah di capai sepanjang tahun... ^^

ps : Hanya Senyuman~ :)


Black And White Orchid With Grain Effects
(Tajuk Ala2 Nama Masakan Master Chef) :p







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan 10122011

Moon: Lunar Eclipse

Salam n eelloop semua~
korang apa khabar?? aku doakan bebaik aje... ^^

Alhamdulillah.. Semalam  kita semua dapat melihat salah satu kebesaran Allah S.W.T.. gerhana bulan atau Lunar Eclipse untuk tahun 2011.. insya Allah 2 tahun akan datang, jika di berikan kesempatan kita akan sama2 dapat melihatnya sekali laie... :)

tu aje nak update.. sebenarnya skang nie ngah busy nak sediakan stocks untuk End Year Sales Butik Elyna.. jadinya masa untuk ber-blog-ing, untuk ber-facebook-ing akan di kurang buat seketika waktu.. ^^

Have A Nice weekend.. ^^

ps : Laie Sebulan Lebih Aje Majlis Pertunangan Adik Aku.. Pastu Busy Ngan Majlis AKu Pulak.. Insya Allah.. Agar Semuanya Di Permudahkan Buat Kami... :)
Nah, Layan Lagu Gerhana Di Hatiku... :p
Total Eclipse Of The Heart.. ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, December 8, 2011

Ketulusan Hati -_- Anuar Zain


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

ooppsss~ sorry entry arie nie aku nak terjiwang sikit boleh tak?? boleh ar kan?? bukan selalu aku menjiwangkan diri aku... =')
ok ar, sebenarnya dalam banyak2 lagu ANUAR ZAIN aku paling suka lagu nie aje.. sebabnya sore dia bukan macam sore anuar zain walaupun hakikatnya anuar zain yang nyanyi... :p

sebenarnya lagu nie na tuku kat En Cinta a.k.a En Tunang.. semoga suka ar menerimanya eik bang... ^^
(advance birthday taun depan nya eik bang) =')

meh nyanyi sama2 ngan ANUAR ZAIN yang bukan macam sore ANUAR ZAIN.. (ada pening??) :p

sorry lirik tak ada sebab aku malas nak copy paste lirik tu.. korang ikut aje ar eik nyanyi.. :)



ps : I LOVE U... <3







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, November 30, 2011

Maafkan Segalanya.. :(

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. 

sebenarnya aku dari semalam hingga ke arie nie tak berapa nak sihat.. nak cakap demam tak plak, nak cakap tak demam, badan rasa demam.. panas, mata mula kuyu semacam.. =.="

huhuh.. apa sebab pun aku tak tau.. atau sebab aku terlalu rasa bersalah pada "Orang Itu" sehinggakan semalam semalaman aku nagis bagai nak rak tuk meredakan rasa sesal di hati??

munkin gak ar aku rasa, asyik janji nak berubah aje tapi makin teruk laqk rasanya.. keras betul hati aku semalam hingga kan sms mohon maaf "Orang Itu" pun aku pandang sepi aje.. tapi bila dah sampai umah, terus masuk bilik air.. bawah pancuran air terus nagis2 bagai nak rak nyesal.. sebabnya atie nie terasa ngan sikap aku.. naluri aku tak pernah silap dalam membuat telahan apa yang aku hadapi.. 

hanya yang aku pohon, aku mohon maaf banyak2 sekiranya sikap aku nie sangat ar membuatkan "Orang Itu" terasa hati ngan aku.. aku cuba bukan tak cuba tapi cepat benar sensetif nya perasaan aku nie.. 

ok ar, sambung baca novel PASSION (3rd Series From FALLEN NOVEL), asyik sangkut manjang sebab mood takde nak ngabiskan~ =.="


Hasil Tembakan Aku Sewaktu Bunga Orkid Nie Berkembang DI Suatu Masa Dahulu.. ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)