Tuesday, April 24, 2012

Dugaan Itu Amat Indah Jika Kita Ikhlas Menghadapinya~

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan~
aku?? tah ar susah nak di ungkapkan keadaan aku skang nie..

kalo nak di katakan ok memang tak ok tapi nak di katakan tak ok, ok ar plak rsanya..
tah ar.. dugaan datang sekali lagi.. dalam berdebar2 menantikan hari bahagia yang bakal menjelma tak lama laie, dugaan ini membuatkan aku cukup tercabar.. 

tercabar dengan emosi aku.. tercabar dengan bagaimna aku nak handle dugaan ini.. bila malam, tagisan dah menjadi seperti sahabat baik aku.. mungkin dengan tagisan dapat membuatkan aku tabah serta kuat untuk menghadapi dugaan yang melanda.. hanya dengan menagis aje membuatkan aku mampu terlena walaupun cuma seketika aje...

menantikan sesuatu yang aku sendiri tak pasti amat amat pedih dan sakit.. seksa.. bila mengenangkan dugaan ini, aku hanya mampu pasrah dan berserah pada Ilahi moga di berikan aku kekuatan yang sekucupnya.. moga di berikan aku petunjuk untuk aku menghadapi dugaan yang di berikan-Nya..
moga di berikan aku kekuatan untuk aku menghadapi segala kemungkinan yang terjadi.. 

Ya Allah.. hanya pada-Mu aku berserah atas segalanya.. aku berpegang pada kata "Ada Hikmah Di Setiap Kejadian Yang Berlaku" dan kerana kata2 itulah, aku masih mampu bertahan hingga ke hari ini.. dengan kata2 itulah jua aku masih mampu untuk memaniskan muka melayan setiap kerenah customers.. walhal dalam hati aku berperang dengan segala bagai emosi.. berperang dengan segalanya..
aku pasrah tapi bukan mengalah..

tido malam ku tiada lagi selenyak yang biasa.. 
menantikan ketibaan hari siang amat menyeksakan diri ini..
menantikan apa jua keputusan amat memeritkan..

Ya Allah, hanya padamu aku bermohon semoga di Kau tabahkan hatiku untuk menghadapi dugaan yang diberikan olehMu padaku kali ini.. semoga aku mampu untuk bertahan hingga ke akhirnya dan aku tak ingin kecundang di pertengahan.. Amin~

ps : Dugaan Itu Amat Indah Jika Kita Ikhlas Menghadapinya~




Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, April 17, 2012

Sesal Mendua By Klangit


salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^^

apa pun, dah lama tak kemaskini teratak buruk aku.. :(
cian dia aku abaikan.. bukan sengaja cuma banyak benda yang perlu aku lakukan dan sambil2 tu hanya tinggal lebih kurang 52 hari aje laie sebelum My Big Day... :)

dan Alhamdulillah semuanya telah hampir 90% siap.. dan segalanya seperti yang di rancangkan... ^^

ps : Akan Menjadi Puan Pulak Tak Lama Laie... :">









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, April 5, 2012

Perkenalan --> Berkawan --> Bercinta --> Bertunang --> Nikah --> Umpama Mimpi Dalam Mimpi.. ^^



Salam n eelloopp semua~ 
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

semakin hari semakin dekat dengan My Big Day.. sebenarnya OUR Big Day.. :)
ye ar, dah aku dengan adik aku naik sekali.. :p

makin berdebar2, makin terasa "bahang" nya.. selalu aje bermain dalam pikiran aku.. adakah aku telah bersedia menjadi seorang suri rumah walaupun bukan sepenuh masa.. :D
adakah aku telah bersedia melangkah ke alam yang akan "memperjudikan" hidup aku?? 

bila di pikir, alahai cam tak caya yang aku akan berkahwin tak lama laie.. berkahwin dengan insan yang aku sayang.. :)
yup, insan yang banyak membantu aku untuk mengharungi perit kesakitan kisah semalam.. dan dia adalah kisah sekarang dan masa depan aku.. insan yang berjaya membuatkan aku seperti budak2 remaja baru pertama kali jatuh cinta dan mengenali apakah erti sayang, kasih, rindu dan cinta.. :)

alhamdulillah sepanjang 2 tahun bersama ngan dia, aku amat bahagia.. bahagia dalam erti kata seamat2 nya.. dia mengajar aku segalanya.. :)

dan dia jua telah membuatkan hidup aku berwarna warni macam kaler bunga api.. ^^
dan di atas sebab2 itulah, aku dengan ikhlas serta rela hati menerima siapa dia dan ingin bersama2 nya untuk mengharungi suka dan duka hingga ke akhir hayat.. insya Allah.. :)

sebab itulah, aku bersedia menjadi suri hidup dia.. mengambil keputusan menerima lamaran dia setelah genap 1 tahun kami mengenali hati budi masing2.. :)
lamaran yang tak formal pun.. just lamaran dalam sms "sudi tak menjadi isteri abg??" dan sewaktu aku membaca sms tersebut, dalam hati aku cakap "biar bonar budak nie??" dan "biar bonar budak nie" telah menjadi kenyataan... :)

alhamdulillah kedua2 belah family merestui dan pada 080612 ini kami bakal di nikahkan.. :)
terima kasih atas apa yang telah di lakukan.. ILOVEYOUSOMUCHABG~

ps : Entry Jiwang2.. :p








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, April 2, 2012

Melangkah Selangkah Lagi... :)

salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^^

lama sudah aku tak mencoretkan apa2 di teratak buruk aku nie.. dah ar buruk, bertambah2 buruknya... :p
bukan apa, skang nie sangat busy.. majlis pun kalo di campur tolak bahagi darab lebih kurang 8 minggu laie.. walau apa pun, alhamdulillah hampir 80% persediaan telah di selesaikan.. terima kasih banyak2 pada My Mak & My Ayah.. ^^

sekurang-kurangnya antara senarai di bawah nie dah settle... :)

- tempat akad nikah / tarikh - set
- tempat majlis / tarikh - set
- tema akad nikah / tema majlis sanding - set
- photography - hampir nak set (sebab belum bayar laie kat Kamil dari Applemint Studio Photography member adik aku)
- mak andam / pelamin - set
- hantaran - set
- baju nikah - set (tapi belum siap laie) :p
- baju bersanding - belum set
- bunga telur - set
- perabot - belum set
- kad jemputan - set (masih dalam proses)
- senarai jemputan - set

hehe.. rasanya itu aje ar kot.. apa pun hampir kesemuanya aku selesaikan sendiri dengan bantuan keluarga aku.. :)
penat sangat tapi bila di pikir2 kan balik best gak sebabnya berbaloi menguruskan sendiri... ^^

di sebabka majlis nie aku naik sekali dengan My Lil Sis, so terasa sedikit meriah.. harap2 segalanya berjalan dengan lancar.. AMIN~

dan yang penting persediaan mental dan fizikal tu perlu untuk melangkah ke alam baru.. semoga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat kami.. ^^

sangat manis bila perhubungan di restui oleh kedua-dua belah pihak dan amat bermakna sekali.. :)

ps : Lama Tak Menulis Membuatkan Otakku Menjadi Tepu~ =.="







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)