Kredit Gambar Kat Aku Sendiri
Salam n eellloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~
sangat lama rasanya aku tak mengemas teratak buruk aku yang memang dah sedia buruk nie.. banyak perkara nak share tapi aku seakan akan "mati" bila aku mula nak mula menaip.. =.="
jadi malam nie aku nak share ngan korang pasal novel yang sedang laris bak pisang goreng di waktu musim kemarau.. :)
novel nie En Suami aku yang belikan sewaktu kami bercuti ke Pantai Timur minggu lepas dan genap 1 minggu aku telah khatam novel nie.. (tu pun jimat2 baca) :p
apa yang aku boleh katakan pasal novel I LOVE YOU STUPID! atau lebih di kenali sebagai ILUS nie adalah....
ini merupakan novel yang terbaik..!! aku nak ucapkan tahniah buat penulis novel nie iaitu Puan Melur Jelita.. hasil tangan beliau sangat ar aku kagum.. jika dulu aku kagum dengan penulisan Ahadiat Akasha atau Liana Afiera Malik, sekarang Melur Jelita telah aku senaraikan sebagai penulis yang wajib ada dalam senarai novel novel yang terbaik.. :)
sebelum aku tulis review aku, meh kita baca dulu sinopsis ILUS :
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan
Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman
“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”
-credit to here-
mula mula aku baca novel Puan Melur Jelita adalah Awak Suka Saya Tak? atau ASST.. jalan cerita ILUS sangat sempoi.. bila tiba bab lawak kita akan sama ketawa terbahak bahak seperti membaca majalah lawak walhal membaca novel.. :)
bila time sedih, kita dapat merasakan betapa sedihnya watak tersebut.. ibarat kita yang berada di dalam jalan cerita itu.. walaupun aku tak menitiskan air mata tapi perasaan sedih, sayu, pilu tetap menjalar dalam diri kita secara semulajadi..
aku terasa betapa egonya Iris dan Firman dalam menyuarakan perasaan masing masing dan sanggup merana merindu antara satu dengan yang lain.. aku terasa betapi sedihnya Aidan apabila menerima kenyataan bahawa Iris tidak mencintainya walhal mereka ibarat belangkas selama bertahun tahun.. aku merasakan betapa bertuahnya Lara, Farina, Violet a.k.a The Divas kerana mempunyai hubungan setia kawan yang sangat kukuh.. bagaimana Fatimah & Mai Tuan serta Matt yang begitu menjaga batas batas pergaulan antara mereka..
dan sampai sekarang, aku masih lagi terbawa bawa akan jalan cerita ILUS.. masih terbayang bayang di mata setiap baris ayat yang di susun sangat sempoi dan indah tetapi mempunyai makna yang tersirat dan tersurat..
so.. apa lagi, jika korang masih tercari cari novel yang terbaik, carilah ILUS atau ASST.. korang tak akan menyesal dengan harga yang korang bayar untuk memdapatkan sebuah novel yang terbaik..
aku nak ucapkan terima kasih buat Kak Azz sebab telah "meracun" aku untuk memiliki ILUS.. =)
No comments:
Post a Comment