Thursday, March 28, 2013

Review Novel : Suamjiku En Perfect 10! By



As Salam n eelloopp semua~
korang apa khabr?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

jika sebelum nie aku buat review pasal novel Love You Mr Arrogant, kali nie aku nak review pasal SUAMIKU ENCIK PERFECT 10! By Syamnuriezmil..

sebelum tu meh kita baca sinopsis nya :

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” –Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

review aku pulak :

jalan cerita : boleh layan hanya nak akhir akhir tu macam berulang dan buat aku dah hampir nak fed up nak habiskan.. =.="
walaubagaimanapun, sekejap aje terasa fed up nya.. :)

cerita bermula ketika Zarief Danial dan Aleeya Azmeen secara tidak sengaja di dalam kapal terbang sewaktu di London.. dan bagaimana Zarief membantu Aleeya iaitu mangsa rogol menyamar menjadi suami nya selama seminggu..
kita akan di hidangkan bagaimana cara mereka menyamar sebagai suami isteri walhal mereka baru aje jumpa.. ada adegan lucu yang boleh buat kita ketawa, ada adengan sedih yang membuatkan kita merasai akan kesedihan Aleeya dan Zarief..
apabila cinta mula berputik, berbagai dugaan datang.. dan aku rasa macam aku nak ketuk aje kepala Aleeya sebab suka sangat buat keputusan bedasarkan kedegilan.. :)
dan apabila munculnya Syed Muzaffar serta Azura keadaan bertambah tambah happening.. :)

jalan cerita sempoi.. aku suka macam nie sebab aku tak suka yang terlalu complicated sangat nak pikir pikir bagai.. lucu, sedih menjadi lumrah sesebuah kehidupan.. 
terasa nak mencari suami se-perfect Zarief Danial.. setia kawan ibarat Khyra dan Ameer Zarief.. setia kekasih seperti Amran kepada Azura.. sedegil Aleeya tapi dalam hatinya mementingkan orang lain berbanding dirinya sendiri..
apa pun aku bagi 9 bintang untuk novel nie.. tak rugi korang beli.. dalam tu kita akan sedar bahawa kita magsa rogol sebenarnya memerlukan sokongan masyarakat bukan hinaan.. masih ada lagi lelaki yang sudi menerima mangsa mangsa rogol seperti Aleeya cuma bilangan nya adalah limited edition.. ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, March 22, 2013

Review Novel : Love You Mr Arrogant By Aliesha Kirana



As salam n eelloopp semua~ 
korang apa khabar?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

alrite, semalam aku dah dapat novel novel yang aku order daripada My Biz Santai Shop.. tempat biasa aku dok beli novel secara online.. ^^

aku beli 6 buah novel, baru dapat 4 novel dan masih menantikan 2 novel yang lain.. dan aku macam biasa akan baca sampai lebam ar kan, tak kan nak tunggu tunggu lagi.. dan novel pilihan pertama aku ialah Love You Mr Arrogant hasil nukilan Aliesha Kirana dan di terbitkan oleh Karya Seni..

sebenarnya aku dah baca sebahagian novel nie di penulisan2u, maka, aku sanggup beli sebab nak tau apa kesudahan citer nie..
now, meh aku review sikit pasal novel nie dalam versi mata empat aku pulak eik.. ^^

sebelum tu aku bagi sinopsis sikit :

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...
dan review aku :

bagi aku, citer nie macam citer citer cintan cintun yang lain.. ada perempuan yang dengki dan ada lelaki yang mencintai heroin nya.. jalan citer sangat sempoi, mudah di fahami dan bahasa yang di gunakan pun sempoi aje.. ada ayat ayat yang boleh buat korang gelak sesorang..
ada bahagian yang korang terasa macam nak mengalirkan air mata tapi belum sempat korang mengalirkan air mata, terus keluar ayat ayat sempoi yang bakal buat korang gelak.. jadi bagi aku, agak spoil sikit ar sebab kita tengah feeling feeling sedih tetiba tak jadi pulak.. =.="
satu lagi, jalan cerita yang aku rasakan sangat mudah nak di fahami dan kita dah tau dah kesudahan nya bagaimana.. tapi dalam masa yang sama kita macam tak nak berhenti walaupun nseketika pun sebab nak tahu apa kesudahan nya.. :)
kita akan rasa sangat romantik bila hero nya Irham cuba untuk meluahkan perasaan sayang pada isteri nya sendiri iaitu Zaara.. ini di sebab kan Irham menikahi Zaara di sebabkan untuk mengelakkan Irhan Holding di wasiatkan kepada sepupu beliau iaitu Hardy.. selain mengelakkan dirinya di paksa merima cinta Sherry iaitu anak sahabat baik Mama Irham..
bila bergelar suami isteri, mereka masing masing ego untuk menluahkan isi hati.. dan mula di sini lah beberapa bab yang agak lucu dan sedih serta agak meluat dengan kerenah Sherry serta ibu mertua Zaara yang sedaya upaya untuk memisahkan Irham dan Zaara..
dan, apabila sesuatu yang terjadi kepada Irham dan pada Zaara, baru masing masing yakin yang mereka memang telah di takdirkan untuk bersama..

apa yang terjadi pada Zaara?? apa kes Irham?? korang kena baca sendiri..  :)
satu yang aku tak berapa nak berkenan dengan citer nie ialah,
apabila Irham menjentik dahi Zaara dan mengatakan Zaara lembab dan Zaara ketuk kepala Irham dengan kad jemputan.. aku rasa agak keterlaluan kot.. walau bergurau macam mana sekali pun, sanggup ke korang ketuk kepala suami korang dan apa perasaan korang bila suami jentik dahi korang??
dan aku berikan 9 bintang dari 10.. keep it up to Aliesha Kirana untuk nukilan seterusnya.. :)
ps : credit sinopsis kat MPH CLICK, credit gambar kat aku sendiri :)









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, March 9, 2013

Khilaf Nya Diri Ku Ini......



credit photo at here

kekadang, kita tak tahu bila ianya bermula permasalahan..
kekadang kita tak percaya apa yang menyebabkab permasalahan..
kekadang kita cuba membutakan mata, memekak kan telinga dan membisukan mulut demi permasalahan..

kita terasa, 
dia merasa,

sama tapi tak serupa
terasa tak sama sakitnya dengan merasa
merasa tak sama peritnya dengan terasa

andai benar ianya permasalahan berpunca daripada diri kerdil ini,
mohon 10 jari kemaafan demi menjernihkan semula permasalahan..
andai bukan permasalahan berpunca daripada diri kerdil ini,
mohon 10 jari kemaafan jua demi kebaikan..

aku mengalah bukan bermakna aku akan kalah,
aku mengalah demi kasih sayang abadiku..

aku mohon kemaafan bukan bermakna aku salah,
aku memohon kemaafan demi cinta suciku..

andai benar kata naluriku,
aku mengerti kerana permasalahan itu berpunca daripada aku..
dan aku berdoa semoga kata naluriku itu silap untuk kali ini........
sesungguhnya aku telah mencuba yang terbaik untuk menjadi yang terbaik walaupun aku tahu aku bukan yang terbaik...









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, March 8, 2013

Promotions Perfumes Dan Pure Marine Collagen Oleh SweetGarden BeautyHouse .. ^^


Photo: Mon Jasmin Noir Bvlgari for women

75 ml

MAIN ACCORDS
white floral
sweet
musky
nutty
floral

RM 50

Photo: ps: feel free to untag =)

Woman Donna Karan for women

100 ml

MAIN ACCORDS
woody
aromatic
balmy
green
powdery
earthy

RM 55


Salam n eelloopp korang semua~

sempena sambutan hari wanita sedunia nie, SGBH Perfumes House mengadakan diskaun 10% untuk pembelian minyak wangi Sephora Dubai For Her..

promosi nie hanya untuk satu hari sahaja.. 080313
order boleh di buat mulai sekarang sehingga 10:00 malam karang,
dan pembayaran akhir adalah pada pukul 11:00 malam..

penghantaran boleh di buat pada esoknya iatu pada hari Sabtu 090313
atau boleh COD di Butik Elyna mulai hari Ahad 100313..

al-maklum ar, Butik Elyna tu kan ke agent bagi SGBH Perfumes House.. 
jadi lewat ar aku terima daripada owner nya.. :D

owh~ sebelum aku lupa, Sweetgarden BeautyHouse pun ada menjual PMC.. apa tu PMC??
PMC iailah PURE MARINE COLLAGEN yang di hasilkan daripada rumpai laut yang di datangkan khas dari Samporna Sabah..

korang boleh beli 100gm dengan harga RM 20 untuk PMC yang berwarna PURPLE
dan RM 17 untuk 100gm bagi PMC warna PUTIH/KUNING
korang boleh tengok kat SGBH Pure Marine Collagen.. yang nie Butik Elyna tak tolong jual kan.. korang boleh direct ngan owner nya.. ;)


yang nie dah siap masak


yang nie yang mentah.. yang mentah nie lah korang kena masak macam masak agar agar biasa sampai ar dia jadi macam yang kat atas tu..

aku dah try, best bila campur ngan madu.. kalau korang nak direct minum pun boleh, kalau tahan bau laut tu ar.. kalo tak, boleh bubuh daun pandan masa memasak nya.. ^^

ps : Macam Macam Perniagaan Skang Nie.. Yang Penting Halal Dan Ikhlas Bila Berniaga.. In Sya Allah, Akan Di Berkati Oleh-Nya..^^









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)