As salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~
alrite, semalam aku dah dapat novel novel yang aku order daripada My Biz Santai Shop.. tempat biasa aku dok beli novel secara online.. ^^
aku beli 6 buah novel, baru dapat 4 novel dan masih menantikan 2 novel yang lain.. dan aku macam biasa akan baca sampai lebam ar kan, tak kan nak tunggu tunggu lagi.. dan novel pilihan pertama aku ialah Love You Mr Arrogant hasil nukilan Aliesha Kirana dan di terbitkan oleh Karya Seni..
sebenarnya aku dah baca sebahagian novel nie di penulisan2u, maka, aku sanggup beli sebab nak tau apa kesudahan citer nie..
now, meh aku review sikit pasal novel nie dalam versi mata empat aku pulak eik.. ^^
sebelum tu aku bagi sinopsis sikit :
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...
dan review aku :
bagi aku, citer nie macam citer citer cintan cintun yang lain.. ada perempuan yang dengki dan ada lelaki yang mencintai heroin nya.. jalan citer sangat sempoi, mudah di fahami dan bahasa yang di gunakan pun sempoi aje.. ada ayat ayat yang boleh buat korang gelak sesorang..
ada bahagian yang korang terasa macam nak mengalirkan air mata tapi belum sempat korang mengalirkan air mata, terus keluar ayat ayat sempoi yang bakal buat korang gelak.. jadi bagi aku, agak spoil sikit ar sebab kita tengah feeling feeling sedih tetiba tak jadi pulak.. =.="
satu lagi, jalan cerita yang aku rasakan sangat mudah nak di fahami dan kita dah tau dah kesudahan nya bagaimana.. tapi dalam masa yang sama kita macam tak nak berhenti walaupun nseketika pun sebab nak tahu apa kesudahan nya.. :)
kita akan rasa sangat romantik bila hero nya Irham cuba untuk meluahkan perasaan sayang pada isteri nya sendiri iaitu Zaara.. ini di sebab kan Irham menikahi Zaara di sebabkan untuk mengelakkan Irhan Holding di wasiatkan kepada sepupu beliau iaitu Hardy.. selain mengelakkan dirinya di paksa merima cinta Sherry iaitu anak sahabat baik Mama Irham..
bila bergelar suami isteri, mereka masing masing ego untuk menluahkan isi hati.. dan mula di sini lah beberapa bab yang agak lucu dan sedih serta agak meluat dengan kerenah Sherry serta ibu mertua Zaara yang sedaya upaya untuk memisahkan Irham dan Zaara..
dan, apabila sesuatu yang terjadi kepada Irham dan pada Zaara, baru masing masing yakin yang mereka memang telah di takdirkan untuk bersama..
apa yang terjadi pada Zaara?? apa kes Irham?? korang kena baca sendiri.. :)
apa yang terjadi pada Zaara?? apa kes Irham?? korang kena baca sendiri.. :)
satu yang aku tak berapa nak berkenan dengan citer nie ialah,
apabila Irham menjentik dahi Zaara dan mengatakan Zaara lembab dan Zaara ketuk kepala Irham dengan kad jemputan.. aku rasa agak keterlaluan kot.. walau bergurau macam mana sekali pun, sanggup ke korang ketuk kepala suami korang dan apa perasaan korang bila suami jentik dahi korang??
dan aku berikan 9 bintang dari 10.. keep it up to Aliesha Kirana untuk nukilan seterusnya.. :)
ps : credit sinopsis kat MPH CLICK, credit gambar kat aku sendiri :)
1 comment:
Berapa harga novel ni jka bli online akk...
Post a Comment