Tuesday, January 18, 2011

kenangan aku dan kamu..

Salam n eelloopp semua~
aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan..
aku masih laie dalam mood sedey di atas kehilanggan seorang sahabat merangkap kakak yang telah pergi jauh meninggalkan aku... entry ini 


masih laie tak ada mood untuk bekerja.. walaupun  aku tau ramai yang mengatakan bahawa yang dah pergi tetap akan pergi dan kita yang masih hidup ini perlu teruskan xtvt harian seperti biasa..


tapi.. aku tak dapat terima hakikat yang beliau begitu cepat meninggalkan aku.. yang membuatkan aku sedey sangat2 apabila dia berjanji tuk turun ke seremban 29hb nie.. 


air mata nie macam dah tak boleh nak tertahan bila tiap kali aku terkenang akan beliau.. aku kesal sebab terlepas pandang akan entry beliau 3 minggu lepas.. pautannya.. selalunya aku akan komen setiap kali aku baca entry beliau.. tapi tah ar.. 


dia cakap dia rindu akan arwah mak dia.. aku selalu cakap "kalo rindu, akak sedekahkan al-fatihah".. rupa2 nya kerinduan beliau terhadap arwah ibunya merupakan petanda yang dia akan menjejaki arwah ibunya di sana..


semalam sewaktu aku bertemu dengan Her Sis, aku sedey2 sangat bila Her Sis citerkan yang beliau dah siap sediakan semua pakaian Her Sis tuk ke pejabat, bekalan air, dah siap cuci baju, rumah dah di kemas.. susun atur yang berlainan apabila ruang rumah tersebut telah di kosongkan.. segala barangan yang beliau ada, telah di packed di dalam paper bag yang akan di agihkan kepada family nya dan teman2..


kali ini berbeza kerana setiap kali Her Sis out station beliau akan join sama tapi kali nie beliau tak nak join.. katanya nak duduk kat umah aje.. rupa2nya, sepanjang Her Sis out station beliau telah mengemas rumah dan seperti beliau sedar yang beliau akan pergi meninggalkan semua..


aku kenal beliau sewaktu study kat KNKP (Kolej Negeri Kuala Pilah).. beliau adalah senior aku.. kami rapat kerana kami berkongsi minat yang sama iaitu novel serta kami berkongsi Nama yang sama iaitu LYNDA..


dan kami semakin rapat apabila beliau "meracun" aku dalam bidang kegemaran aku iaitu bidang photography.. :)
aku masih ingat laie kata2 beliau sewaktu aku membeli My Baby 550d, "caya ar.. bila mau turun KL?? boleh den ajar ko.."


aku pun tak pernah missed menge-tagged gambar2 yang aku "tembak" tuk beliau komen.. memang beliau garang dan cakap lepas bila bercakap.. tapi dalam pada itu, setiap apa yang beliau cakap adalah nasihat yang tersirat..
skang segalanya hanya kenangan.. kenangan yang tak dapat aku lupakan sampai bebila pun..


aku masih ingat reaksi wajah beliau sewaktu betemu dengan En.Cinta sewaktu pertama kali kami out thing di Seremban.. dia menyakat aku, menyakat En.Cinta.. :)
dia mudah mesra dengan siapa jua.. musuh?? tah ar, aku rasa beliau tak ada musuh.. kalo ada pun mungkin lebih kepada pesaingan tuk mendapatkan job aje..


aku masih ingat segala nasihat beliau mengenai kes aku dulu.. sewaktu aku terlalu down kerana putus cinta ngan My Sp.. dia banyak memberikan aku nasihat selain daripada My Best Buddy Mr.Dude..


dia gak yang berikan aku nasihat mengenai aku dengan En.Cinta sewaktu aku mohon pandangan nya mengenai En.Cinta..


skang aku dah kehilangan seorang sahabat merangkap kakak yang amat aku sayang.. aku akan merindui akan gelaknya, akan "poyo"nya beliau sewaktu menyakat aku.. akan ayat2 sakat beliau, nasihat2 beliau.. dan segalanya tentang beliau...


akak, den akan rindukan akak.. terima kasih sebab akak pernah hadir dalam hidup2 den.. pernah menjadi sahabat serta kakak yang baik.. terima kasih atas segala nasihat akak pada den selama nie bai dr segi personal mahupun mengenai photog.. terima kasih akak sebab menaikan semula semangat den yang pernah luluh dulu.. walaupun den terkilan kerana den tak dapat nak tatap wajah akak buat kali terakhir, tapi den redha akan pemergian akak.. den terkilan gak sebab akak tak dapat melihat hari bahagia den nanti.. kan akak dah janji nak tengok den bersanding? nak datang ke cnie ajar den pasal photog laie.. nak ajak den g ulum yam tangkap gambar air jd macam silk?? 


akak, semoga roh akak akan tenang kat sna.. nantikan kedatangan kami pula.. semoga kita akan bertemu laie tuk pertemuan yang abadi.. selamat jalan kak.. semoga perjalanan kamu di mudahkan oleh Allah.. aku akan sentiasa berdoa tuk kamu kak.. aku akan rindu akan kamu.. rindu sangat2... :(


Al-Fatihah buat kamu kak........


ps : Aku Akan Berkabung Selama 1 Bulan.. harap maaf.. aku tak akan jejak ke teratak kalian dan tiada peng-update-tan selama sebulan ini.. bermula tarikh ini..

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)