Tuesday, January 18, 2011

kenangan aku dan kamu..

Salam n eelloopp semua~
aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan..
aku masih laie dalam mood sedey di atas kehilanggan seorang sahabat merangkap kakak yang telah pergi jauh meninggalkan aku... entry ini 


masih laie tak ada mood untuk bekerja.. walaupun  aku tau ramai yang mengatakan bahawa yang dah pergi tetap akan pergi dan kita yang masih hidup ini perlu teruskan xtvt harian seperti biasa..


tapi.. aku tak dapat terima hakikat yang beliau begitu cepat meninggalkan aku.. yang membuatkan aku sedey sangat2 apabila dia berjanji tuk turun ke seremban 29hb nie.. 


air mata nie macam dah tak boleh nak tertahan bila tiap kali aku terkenang akan beliau.. aku kesal sebab terlepas pandang akan entry beliau 3 minggu lepas.. pautannya.. selalunya aku akan komen setiap kali aku baca entry beliau.. tapi tah ar.. 


dia cakap dia rindu akan arwah mak dia.. aku selalu cakap "kalo rindu, akak sedekahkan al-fatihah".. rupa2 nya kerinduan beliau terhadap arwah ibunya merupakan petanda yang dia akan menjejaki arwah ibunya di sana..


semalam sewaktu aku bertemu dengan Her Sis, aku sedey2 sangat bila Her Sis citerkan yang beliau dah siap sediakan semua pakaian Her Sis tuk ke pejabat, bekalan air, dah siap cuci baju, rumah dah di kemas.. susun atur yang berlainan apabila ruang rumah tersebut telah di kosongkan.. segala barangan yang beliau ada, telah di packed di dalam paper bag yang akan di agihkan kepada family nya dan teman2..


kali ini berbeza kerana setiap kali Her Sis out station beliau akan join sama tapi kali nie beliau tak nak join.. katanya nak duduk kat umah aje.. rupa2nya, sepanjang Her Sis out station beliau telah mengemas rumah dan seperti beliau sedar yang beliau akan pergi meninggalkan semua..


aku kenal beliau sewaktu study kat KNKP (Kolej Negeri Kuala Pilah).. beliau adalah senior aku.. kami rapat kerana kami berkongsi minat yang sama iaitu novel serta kami berkongsi Nama yang sama iaitu LYNDA..


dan kami semakin rapat apabila beliau "meracun" aku dalam bidang kegemaran aku iaitu bidang photography.. :)
aku masih ingat laie kata2 beliau sewaktu aku membeli My Baby 550d, "caya ar.. bila mau turun KL?? boleh den ajar ko.."


aku pun tak pernah missed menge-tagged gambar2 yang aku "tembak" tuk beliau komen.. memang beliau garang dan cakap lepas bila bercakap.. tapi dalam pada itu, setiap apa yang beliau cakap adalah nasihat yang tersirat..
skang segalanya hanya kenangan.. kenangan yang tak dapat aku lupakan sampai bebila pun..


aku masih ingat reaksi wajah beliau sewaktu betemu dengan En.Cinta sewaktu pertama kali kami out thing di Seremban.. dia menyakat aku, menyakat En.Cinta.. :)
dia mudah mesra dengan siapa jua.. musuh?? tah ar, aku rasa beliau tak ada musuh.. kalo ada pun mungkin lebih kepada pesaingan tuk mendapatkan job aje..


aku masih ingat segala nasihat beliau mengenai kes aku dulu.. sewaktu aku terlalu down kerana putus cinta ngan My Sp.. dia banyak memberikan aku nasihat selain daripada My Best Buddy Mr.Dude..


dia gak yang berikan aku nasihat mengenai aku dengan En.Cinta sewaktu aku mohon pandangan nya mengenai En.Cinta..


skang aku dah kehilangan seorang sahabat merangkap kakak yang amat aku sayang.. aku akan merindui akan gelaknya, akan "poyo"nya beliau sewaktu menyakat aku.. akan ayat2 sakat beliau, nasihat2 beliau.. dan segalanya tentang beliau...


akak, den akan rindukan akak.. terima kasih sebab akak pernah hadir dalam hidup2 den.. pernah menjadi sahabat serta kakak yang baik.. terima kasih atas segala nasihat akak pada den selama nie bai dr segi personal mahupun mengenai photog.. terima kasih akak sebab menaikan semula semangat den yang pernah luluh dulu.. walaupun den terkilan kerana den tak dapat nak tatap wajah akak buat kali terakhir, tapi den redha akan pemergian akak.. den terkilan gak sebab akak tak dapat melihat hari bahagia den nanti.. kan akak dah janji nak tengok den bersanding? nak datang ke cnie ajar den pasal photog laie.. nak ajak den g ulum yam tangkap gambar air jd macam silk?? 


akak, semoga roh akak akan tenang kat sna.. nantikan kedatangan kami pula.. semoga kita akan bertemu laie tuk pertemuan yang abadi.. selamat jalan kak.. semoga perjalanan kamu di mudahkan oleh Allah.. aku akan sentiasa berdoa tuk kamu kak.. aku akan rindu akan kamu.. rindu sangat2... :(


Al-Fatihah buat kamu kak........


ps : Aku Akan Berkabung Selama 1 Bulan.. harap maaf.. aku tak akan jejak ke teratak kalian dan tiada peng-update-tan selama sebulan ini.. bermula tarikh ini..

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, January 17, 2011

Pemergian Mu Tanpa di Duga... Al-Fatihah...

Salam n elloopp semua~
aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yg menyenangkan...


hidup dan mati, jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah S.W.T
hari ini kita bersama..
esok kita berpisah..


hari ini kita ketawa bersama..
esok kita meratapi pemergianmu..


kamu akan kami rindui..
kamu akan kami sentiasa ingat dalam ingatan kami..
kamu sentiasa berada dekat dengan kami walaupun kamu telah jauh tnggalkan kami..
kamu akan sentiasa segar bersama2 dengan kenangan2 kami..


akak,
tak ku sangka kamu akan pergi tinggalkan aku sebegini cepat..
tak ku sangka yang sikap kamu merupakan tnda yang kamu akan pergi..
tak ku sangka yang diam kamu rupa2 nya akan terus diam buat selamanya..


akak,
kamu terlalu baik..
kamu seorang sahabat yg baik..
kamu seorang kakak yang baik..


akak,
bersemadilah kamu di sana dengan tenang..
semoga roh kamu akan di cucuri rahmat..
nantikan kami di sana untuk kita bertemu..
pertemuan yang kekal abadi..


salam takziah buat kuarga Arwah Nor Haslinda Jaafar di atas pemergian beliau yang kembali ke pangkuan Pencipta-Nya..
pemergian mengejut dan tanpa di duga ini.. 



Photo yang terakhir aku snap sewaktu out thing ku bersamanya, Kak Hamidah Serta En.Cinta..

Kami Akan Merindui Kamu Kak..
Semoga Rohmu Tenang Di Sana.. (06 June 1981 - 17 January 2011)

My Big Sis Prince Adnil ataupun Nor Haslinda Jaafar..

Ps : Ini Entry Sebelum Mengenai Kehilanggan Beliau...

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, January 14, 2011

My Big Sis Missing In Action!!



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

tapi aku dalam keadaan yang tak senang pun.. buzy manjang.. chatting aje kejenya.. layan komik aje ghomannya.. =)

sebenarnya aku nak citer psl My Big Sis Prince Adnil yang M.I.A.. Missing In Action!!
aku tak tau apa kena ngan dia.. tetba menyepikan diri.. semua org cari dia.. aku pun cri dia.. fb tak bergerak, phone dia tutup, msg tak reply, ym kelam.. aduhai.. kak kemna kamu pergi??

apa kena nie kak tetba menyepikan diri drpd kami semua?? apa salah kami?? mcm2 soklan bermain dlm pikiran aku nie.. tp satu pun aku tak dpt nak jwb sebabnya aku tak tau kat mna nak dptkan jawapannya..

last sekali aku dpt berita yg dia tak bape nak sihat..
nak call tnya dia off hp dia.. aduhai...

kalo dia ada bca nie, please ar kak bgtau kemana akak menghilangkan diri.. semua org rindukan akak..

ps : Aku Pun Rindukan Akak Gak..  





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, January 13, 2011

Bumi Cinta - Novel Terbaru Yang Aku Dapat... ^.^


Kredit Kat Aku Sendiri... :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

hehehe... pada sesape yang pernah membaca novel Ketika Cinta Bertasbih, Ayat2 Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Di Atas Sajadah Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra, dan karya terbaru beliau ialah BUMI CINTA.. :)

buku nie aku baru aje beli daripada blogshop novel yg aku selalu beli iaitu My Biz Santai Shop iatu Cik Shidah.. :)

dah banyak novel aku beli ngan dia.. layanan bagus.. pendek kata tip top ar layanan yg di berikan..:)
walaupun aku beli yg second hand book(s), tapi kualiti buku tu tak nampak seperti yang second pun.. purata kualitinya dalam 8-10 mcm tu.. :)

aku pernah beli sebuah novel second ngan sebuah blog nie, katanya 9/10 kualiti(letak gambar buku baru).. bila aku dpt, amat kecewa.. rsanya 6/10 aje kot.. ngan ada contengan, ngan kulit buku yg agak kurang memuaskan walaupun kesemua helaian muka suratnya cukup.. dan itu ar 1st time and the last time aku beli ngan blog tersebut... :)

ok ar, aku nak sambung membaca.. bukan novel nie yang aku nak baca, novel nie kemudian sebab aku ada laie 2 buah novel yang masih K.I.V tuk aku langsaikan.. ^.^

apa pun, thanx Shidah... memang puas hati... ^.^

ps : Membaca Jambatan Ilmu.. Rajin Membaca Banyak Pengetahuan.. ^.^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, January 12, 2011


Title : Putus
By : Melda Ahmad
Taken From : You Tube 

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat?? aku doakan moga2 korang semua sihat2 sokmo... :)

hehehe.. sebenarnya lagu nie dah lama kot.. dan aku pernah share ngan korang psal lagu nie kalo aku tak silap ar.. :)

aku paste lirik kat sini ar eik... :)

Aku duduk sendirian dikamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yg lain,
tergamakmu merobek hatiku.
Tapi setelah kau pegi aku
mendapat lebih baik darimu,
dia hargai aku,
dia sayangi aku
lebih daripadamu,
aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lagi bersamamu,
namun pastinyar nanti kau akan sedari,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku….



kredit kat : Malay Park.com

aku suka sebabnya rsanya lirik nie kena ngan aku... =)
sangat tak perasan sebelum nie.. pas dah dngr byk2 kali sebb adik aku paling suka ulang2 lagu nie, terasa ar pulak seperti mengena ngan jiwa... :)

apa pun, korang layan aje ar eik... =)

ps : PuTus.. ^.^











Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, January 11, 2011

Aku Bengang.. Macam Tajuk Lagu Artis Yang Dah Semakin Suam Kuku Itu Pulak... ^.^


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri.. :)

Salam n eelloopp semua~
selamat arie selasa... aku doakan moga2 korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

hehehe... tak atu apa nak cakap.. sebab semlam mood aku memang DOWN gila2... tapi jap aje.. tak sampai 2 jam pun.. =)

mna aku tak down?? aku hangin ngan satu admin kat satu group nie.. aduhai.. punya ar POYO dan cakap tak serupa bkin.. aku tau ar aku newbie dalam dunia photography nie.. tapi sekurang2nya, berilah aku peluang nak tnjukkan bakat aku..

mungkin aku tak setaraf ngan photog2 yang dah glamer.. tapi apa salahnya memberi peluang kepada "anak2" sprti aku nie meluahkan perasaan melalui gambar?? nie tak, smua yang dia kekalkan dalam tu smua yg dah memang tahap PRO.. yang newbie semua di deletenya.. apa kes??

kalo macam tu bek tak yah cakap yg group tu tuk peminat2 photography meluahkan hasil nukilan mereka baik yang dah pro mahupun yg newbie.. bek cakap khas nukilan dr mereka2 yang memang dah pro shj..

ok ar aku mlas dah nak meluahkan apa yg terbuku kat dalam atie aku nie.. bek aku ambik gmbr, tepek kat fb atau kat teratak kesayangan aku nie.. tupun katanya Fb akan di tutp pd bulan march nie.. :)
apa kah korang semua akan beralih kepada Twitter atau ke Friendster atau My Space seperti zaman2 old skool dulu?? =) 


My Orange Cattleya
ps : Lebih Baik Menghargai Apa Yang Ada Di Depan Mata Sebelum Terlewat Tuk Menghargainya Kelak... ^.^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, January 10, 2011

Bunny With Love... :)


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri... :)

Salam n eelloopp semua~
aku doakan moga semua dalam keadaan yang menyenangkan... ^.^

sorry ar lama dah tak mengemaskinikan teratak buruk aku yang memang sedia buruk nie... aku skang ngah mempulun membaca komik.. nie semua sebab penangan Owner Jangan Bukak Blogspot a.k.a Dak Azuan Daud yang telah menge-share-kan link anime kat entry beliau arie tu... aduhai... sangat penat aku mencari baru skang ketemu jua.. :)

thanx ya zuan.. ^.^

ok ar.. mau sambung pembacaan dan petang sikit aku jengah2 teratak kalian pulak ok... ^.^

ps : Membaca Komik Lebih Baik Daripada Aku Asyik Ngadap Fb Manjang.. ^.^









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, January 7, 2011

Sayang Semua~


Kredit kat Aku Sendiri... :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? Salam Jumaat.. Penghulu segala hari.. Semoga Korang Berada Di Dalam Keadaan Yang Menyenangkan.. Amin~

hehehe... sebenarnya asyik post citer tentang cinta aje kan aku nie sejak awal taun baru  nie kan?? heheh.. bukannya apa... dalam atie ada taman... =)
(sangat tak boleh blah statement aku)

bukannya apa lor.. aku nak tumpang kebahagiaan My Best Buddy Mr.Dude ngan pasangan dia yang bakal melangsungkan majlis pertunangan next month.. wah... dalam senyap senyap eik dude?? :)

hehehe.. aku tau aku antara insan yang pertama mengetahuinya.. sangat sangat epy... :)
epy sebab My Best Buddy nie tak lama laie bakal menjadi suami orang and then bakal menjadi bapak budak pulak... wah.. pastu aku dah nak dpt "anak buah" baru... =)

aku pulak?? hehehe.. aku lambat laie.. insya Allah... andai dah smpai keseruannya.. aku akan sambut seruan tersebut.. :)
laiepun rsanya banyak laie perkara yang perlu di selesaikan sebelum melangkah ke alam berumahtangga nie.. :)

ok lah... pada sape2 yang ngah menjalin hubungan tu, jagalah bebaik ok.. bagi yang nak melangkah setapak laie dalam perhubungan, Alhamdulillah dan tahniah... bagi yang dah berumahtangga (baru mahupun lama) semoga bahtera perkahwinan kalian akan sentiasa stabil aje walaupun di landa badai yang maha ganas sekalipun.. :)
tak lupa jua bagi yang masih SOLO.. tak semestinya semua dah ada pasangan korang pun seperti terdesak gak nak ada pasangan.. pilih ar yang mana benar2 sayang akan diri korang.. yang benar2 dapat menerima siapa diri korang.. jangan hanya tangkap muat aje ok.. semoga korang akan mendapat pasangan yang benar2 ikhlas dengan korang... =)

ps : Kejiwangan Kemelampauan~ ^.^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, January 6, 2011

Tuhan Beri Aku Cinta


Title : Tuhan Beri Aku Cinta (Ost : Ketika Cinta Bertasbih)
By : Ayusitha 
Taken From : You Tube 

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga morang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

aku just nak share lagu nie aje.. aku tau sure korang dah tau lagu nie lama dah.. tapi aku baru aje tau.. sangat ketinggalan nmpaknya aku nie... :p

tapi novel Ketika Cinta Bertasbih (Episode 1 & Episode 2) aku dah khatam 4 kali dah... :)
lagunya pulak aku ketinggalan.. ye ar setahu aku Melly Feat Amee aje yang menyanyikan lagu Tema untuk Filem tersebut... :D

apa pun layan ar eik lagu nie... :)
kalo nak karok sma2 ngan Ayushita korang boleh ar guna lirik yang aku sediakan kat bawah nie :

Walau aku senyum bukan berarti 
Aku selalu bahagia dalam hari 
Ada yang tak ada di hati ini 
Di jiwa ini 
Hampa... 

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
Mungkin akan ada cerita cinta 
Namun ada saja cobaan hidup 
Seakan aku hina 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Untuk temaniku dalam sepi 
Tangkap aku dalam terangMu 
Biarkan lah aku punya cinta 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Aku juga berhak bahagia 
Berikan restu dan halalMu 
Tuhan beri aku cinta... 

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
Mungkin akan ada cerita cinta 
Namun ada saja cobaan hidup 
Seakan aku hina 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Untuk temaniku dalam sepi 
Tangkap aku dalam terangMu 
Biarkan lah aku punya cinta 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Aku juga berhak bahagia 
Berikan restu dan halalMu 
Tuhan beri aku cinta...

Lirik Ini Di Kreditkan Kepada  : Lyrics Freak.com :)


Ps : Alhamdulillah.. Aku Telah Di Berikan Cinta Oleh Allah.. Bukan Sahaja Cinta Kepada Sang Kekasihku, Tapi Jua Cintaku Kepada Keluargaku, Teman2ku, Sahabatku Serta Cinta Yang Paling Agong Cinta Aku Kepada Penciptaku.. ^.^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, January 5, 2011

Reasons I In Love With U... ^.^

Im  With U.. 
















U Always Make Me ..















Never Make Me 



















Make Me Like  










Make Me  When U Said That U Missing Me..










When U  And  Me







And I Wanna To Say That....

Kredit Gambar Kat Sini Dan Yang Lain2 Adalah Di Kreditkan Kepada En.Google.Com 







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, January 3, 2011

Good And Evil... :)



Salam n eelloopp semua~
aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

just pendek aje update nie..
aku suka akan ayat2 mak aku td... 

Walau Baik Macam Mana Pun Kita, Tak Ada Yang Nak Pandang Akan Kebaikan Kita.. Tapi Hanya Keburukan Kita Aje Yang Mereka Perhatikan

so... apa pendapat korang mengenai perkara nie?? penatkan nak menjaga atie orang len sedangkan tiada siapa yang nak jaga atie kita.. hanya kita yang berusaha membuatkan orang lain seboleh senang akan sikap kita tapi orang lain tak pernah terpikir pun nak berusaha membuatkan kita senang dengan sikap mereka.. 

itu lah dunia.. itulah kehidupan.. itulah segala2nya... :)


ps : Baik Menjaga Hati Insan Yang Benar2 Ikhlas Menjaga Hati Kita.. ^.^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, January 2, 2011

Desperate Mencari C.I.N.T.A Ke?? ^.^


Title : Jangan Lupakan
By : Nidji 
Taken From : You Tube 

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)
masih dalam mood taun baru?? hehehe.. biasa ar kan?? mood taun baru tu selalunya panjang aje... ^.^

entry taun baru nie aku just nak share ngan korang mengenai lagu nie.. ye aku tau lagu nie dah lama dah.. tapi aku suka.. sebabnya ada ceritera di sebalik lagu nie.. ceritera apa?? biarlah berlalu aje eik.. skang pun dah bahagia ngan kehadiran En.Cinta.. apa yang nak di ingatkan laie mengenai perkara yang lepas betul tak?? :)

kepada oarang yang akutaksebutnamanyaitu semoga berbahagia eik awak.. ^.^
kang bila dah smapai keseruan tuk menjamu nasi minyak, sila2 ar layangkan kad anda pada saya.. insya Allah ada kelapangan akan saya datang.. andai tidak, just ucapan aje ar.. :)

ok lah eik.. jangan menoleh kebelakang semula.. jadikan lah pengajaran setiap yang terjadi.. yang akan mematangkan kita setanding peningkatan usia kita.. ^.^
dah tua aku.. bulan nie gak bulan yang best buat aku.. =)

pandanglah kehadapan kerana perjalanan kehidupan kita masih jauh laie ke depan.. bukan kita tak perlu menoleh kebelakang, perlu cuma jangan ar selalu sangat.. nanti di katakan mundur.. tak up2date... =)

laie satu, bagi yang ngah putus cinta terutamanya "budak2 yang tak bape nak cukup umor" nie, tak usah ar nak menonggeng sangat dik wei.. perjalanan hidup kamu tu masih jauh laie.. tak kan ar desperate sangat nak ada pakwe bila teman2 sekuliah dah ada pakwe?? cuba ar pikir2kan tentang pengorbanan mak bapak awak tu.. penat lelah mak bapak mencari rezeki demi nak berikan pelajaran yang terbaik buat kamu.. tapi apa yang kamu buat?? "demi cinta pelajaran aku terabai.." "aku tak boleh nak study tanpa dia di sisi.." "skang aku kena study sorang2.."

mohon pertolongan ar dik wei.. sepatutnya kamu tunjukkan yang kamu tu boleh berjaya walaupun kena study sorang2, walaupun dia tak ada kat sisi nak study sama2.. pikirkan lah pengorbanan mak bapak macam yang aku cakap tadi..

dorang antar korang ke kolej matrik, ke uniersiti, ke ipts, ke poli hanya nak melihat anak2 mereka berjaya.. bukannya nak tengok anak2 mereka terabai pelajaran hanya semata2 PUTUS CINTA!! *emo lak aku* =)

jangan cakap aku tak pernah putus cinta.. aku tau SAKIT putus cinta.. tapi mesti kuat.. aku dulu pun tak kuat tapi aku kena berlatih jadi kuat.. seb baik masa aku putus tu dah abis study.. :p
tapi seingat aku masa aku study pun penah gak kot 2 atau 3 kali putus, tapi aku masih mampu nak study ngan jawab exam.. masih kekal akunya pointer.. Alhamdulillah... ^.^

kepada yang terasa, mohon maaf ok.. akak just tak mahu kamu terabai hanya kerana putus cinta.. kamu baru bape taun aje dik.. kalo dah desperate sangat nak ada pakwe, bawak2 lah bersabar hingga dah keje sok.. tak yah ar desperate sangat.. member ada, aku pun kena ada gak.. kang kena bahan ngan member sebab katanya tak laku.. =)

apa pun, pikir2kan lah ok.. ^.^

ps : Cinta Tu Boleh Di Cari Andai Telah Di Tulis Kita Akan Bertemu Dengan Cinta Kita Pada Bila Dan Pada Usia Mana.. Kita Tak Perlulah Nak Terdesak Sangat Mencari Cinta.. ^.^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, January 1, 2011

Selamat Menyambut 2011 :)


Title : Final Countdown
By : Europe 
Taken From : You Tube 

Salam n eelloopp semua~
just nak wish 

"Selamat Menyambut Tahun Baru 2011"

"Semoga Pencapaian Tahun Ini Akan Di Kekalkan Di Tahun Depan Dan Semoga Kegagalan Dalam Tahun Ini Akan Di Jadikan Pengajaran Tuk Tahun Depan... "

Salam Sayang Tuk Korang Semua~

Big Hug >:D<

Ps : Tahun 2011.. Umor Pun Dah Meningkat.. Sudah Mau Masuk 30-an.. Terasa Sangat Tua... =) 







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)