Showing posts with label LP. Show all posts
Showing posts with label LP. Show all posts

Monday, October 8, 2012



Genap 4 bulan aku bergelar seorang isteri kepada Safarul Anuar..
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancarnya walaupun hanya dating hujung minggu aje.. :D
Aku berdoa semoga jodoh kami di panjangkan hingga ke akhir hayat...

Mencintaimu Setiap Saat.. 
Lagu Kat Bawah Nie Khas Buat En Suami Yang Tersayang... :)









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, September 27, 2012

Malang Tak Berbau~


Salam n eellooppp semua..
korang apa khabar?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

minggu lalu sangat malang buat aku... bilanya Cik Pesona aku berlanggar dengan kereta Mercedes old school... :(
punya ar cuak.. sampaikan mengeletar seluruh badan.. nak2 tak ada siapa yang sudi nak membantu.. aku hanya dengan My Mak aje sewaktu kejadian.. call orang sana tak senang, call orang sini pun tak senang.. nak mintak tolong bukan nak mintak duit pun... =.="

dah ar, adik ngan adik ipar aku pun tak ada, en suami pun tak ada, My Ayah pun keje.. aduhai.. terasa macam sangat di sisihkan... so nak tak nak terpaksa lah aku ngan My Mak pandu perlahan2 ke balai polis Lukut tapi laie sedey, balai polis Lukut tak boleh terima report.. dorang tolak pulak ke Balai Polis Port Dickson..

apa ar salahnya ambik aje report, dah ar seb baik aku tak semput, kalau semput laie parah.. tak ada sape yang nak pandu kereta aku... 

tapi Alhamdulillah... seb baik tak ada yang cedera.. cuma skang nie aku tak ada kete nak poie keje.. nak guna kete My Ayah, kete dia automatik.. sorry to say aku agak tak selesa memandu kereta auto nie.. sebabnya aku dari mula dapat lesen, hanya menggunakan kete manual aje.. jadi dalam minggu nie My Ayah tak keje jadi boleh ar poie keje tumpang dia.. :)

betul ar kata orang tua2 "Malang tu tak berbau".. :)
so drive carefully.. skang menjadi iktibar buat aku supaya jangan "cucuk" kete depan laie.. =)

laie satu menjawap soklan Kak Sha a.k.a  Miss Cheryna, kemana aku menghilang sebelum nie.. sebenarnya en lappy aku masuk ward.. kata orang yang betulkan tu lappy aku tak boleh nak repair.. maka aku pun men-survey lappy baru.. malangnya, bila My Ayah antar ke edai yang tak berapa nak terkenal kek area somban nie, boleh ar plak di betulkan dan hancus sudah harapan nak dapat lappy baru... :(

tapi aku suka lappy lama aku nie sebabnya, tahan lasak dan banyak gambar2 My Baby 550 ado kek dalam nie.. :)

selain tu masa tukan nak pose, bila time Ramadhan aku memang tak dan nak update teratak.. keje kat Butik Elyna, banyak bebenar... :)
bila dah raya, tau aje ar kan.. skang dah ada 2 family makanya kena ar adil nak ke family sebelah mertua dan sebelah aku.. raya ke 4 en suami pun dah mula keje.. :)

ok ar, aku nak poie siapkan apa yang patut sebelum lunch hour.. sebelum tu macam biasa nie ada gambar kucing angkat My Lil Sis : Dak Ontot.. ^^


owh sebelum aku terlupa, sesapa yang suka atau sedang mencari long skirt ala2 princess yang kembang2 bagai, boleh ar jengah2 di Butik Elyna.. harga berbaloi dengan kualiti materialnya.. kerana kami hanya memastikan kepuasan pelanggan kami sebab kami pun pelanggan jugak.. ^^


ada macam2 warna yang boleh korang pilih... :)
boleh jengah di website kami atau like di fanpage kami di facebook.. :)

website : Butik Elyna







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, September 19, 2012

Entry Setelah Kehilangan Yang Tak Berapa Nak Lama... ^^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan... Amin..

hehehe... setelah agak lama tak berkemas teratak buruk aku nie.. almaklum ar lappy masuk ward dan skang dah ok maka insya Allah aku akan mengemas teratak nie macam biasa.. :)

lama tak menulis, otak pun cam beku aje.. :p
tapi masa tak boleh nak menulis, mak ai cam air terjun.. =.="

hehehe.. sebelum nak menutup bicara kali nie, aku nak ambik kesempatan untuk promote Butik Elyna.. Ada stocks terbaru daripada kami.. so sila sila lah jengah2 eik.. kalau nak dapatkan update yang terkini, apa laie LIKE aje FB : Butik Elyna... ^^

ok lah, aku rasa setakat nie aje buat entry selepas kehilangan yang lama tu... :p
apa pun cam biasa sekeping gambar membawa 1000 makna... ^^









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, July 3, 2012

Nie How Ma?? :D


salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

yes..... lama sudah aku tak berkesempatan nak mencoretkan apa2 di teratak buruk aku ini.. al-maklum ar kan sejak 2 menjak nie, keadaan semakin sibuk.. sibuk dengan memenuhi jemputan perkahwinan teman2, sibuk ngan Butik Elyna serta sibuk untuk pindah ke rumah baru di Seremban 2.. :)

insya Allah sebelum puasa kami akan berpindah.. nak merasa berdikari sebagai suami isteri.. nak gak kan rasa memasak untuk suami (walaupun tak pandai nak masak).. ;)

apa pun, aku berharap agar segalanya berjalan dengan lancar.. Amin~
mudah mudahan rezeki kami akan bertambah.. :)

ps : Tadi Macam Panjang Aje Nak Nulis, Sekali Pendek Aje Lak Ai... =.="


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, June 19, 2012

Akhirnya Kami Di Satukan... ^^ Alhamdulillah....


salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

alhamdulillah.. pada tanggal 080612 aku telah selamat di ijab kabulkan dengan Safarul Anuar Bin Mahadi a.k.a En.Cinta di Masjid Jamek Port Dickson.. :)


dan majlis persandingan telah berlangsung dengan meiahnya di Bayu Ballroom, Bayu Beach Resort Port Dickson dengan kehadiran  sahabat handai serta kaum keluarga.. :)


ribuan teima kasih aku ucapkan kepada :


- Weeding Studio 
untuk pelamin, baju malam berinai serta make up nikah, malam berinai dan persandingan.. :)


- Applemint Studio Photography 
untuk Official Photographer.. Thanks for Mr kamell, Mr firmansyah  & Mr Arif... :)


- maisarah & Along 
untuk UnOfficial Photographer... ^^


- sahabat handai yang sudi meluang kan masa bagi memeriahkan majlis kami.. :)


- kaum keluarga yang bertungkus lumus bagi memastikan majlis kami berjalan dengan lancar dan bersama2 memeriahkan majlis kami.. :)


- My Mak & My Ayah.. thanks a lot... We LOVE U so much.. kami hargai apa yang telah mak & ayah lakukan untuk kami... ^^


dan aku nak gak ucapkan terima kasih buat En.Cinta atas segala2 nya... I LOVE YOU SO MUCH ABG!!! :-*



Akhirnya.. kami di ijab kabulkan sebagai suami isteri... :)
 dan hari ini 19hb Jun 2012 genap 2 tahun kami bertemu semula.. :>





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, December 26, 2011

Seharian Di Kampung En Tunang... ^^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakam moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^


Credit Kat Aku Sendiri... ^^
gambar pokok petai di waktu petang di kala selepas kehujanan.. ^^

yup, sabtu yang lepas aku ikut En.Tunang aku balik kampung dia.. makan buah-buahan, kenal2 ngan lebih2 mesra ngan ahli kuarga bakal mentua aku.. walaupun dah kenal dah mesra tapi nie lebih mesra.. :D

sejak aku jejak kaki kat bumi Kampung Dioh tu, hujan turun ngan lebat sangat hingga ke petang.. konon2 plan nak pusing kawasan kampung dengan En.Tunang tuk snap mana2 gambar2 yang cantik2.. al-maklum ar kampung En.Tunang nie berdekatan ngan kawasan hutan dan bukit bukau.. tapi malang nya hujan turun sangat2 lebat dan segala plan tergendala.. =.="

aktiviti yang boleh di buat, duduk2 makan buah-buahan sambil bercerita.. penat bercerita.. penat makan buah, makan pulak pengat durian gula enau.. (kalo aku tak silap nama gula tu ar) :p

best gak.. sebab selalu mak aku guna gula melaka yang biasa tu aje.. atau brown sugar yang buat kek atau kuih muih aje.. yang nie gula nya len.. so ada ar rasa kelainan nya.. ^^
lepas makan pengat, hujan pun dah berhenti seketika.. tapi waktu dah petang sangat.. makanya, hanya gambar yang terhad aje yang dapat aku snap.. :)
dan.... dalam banyak2 pokok yang ada kat kawasan tu... pokok petai nie gak yang menarik di mata aku.. :)

aku pun tak tau ar nape.. tapi pokok nie memang nampak cantik.. sebab hanya pokok nie aje kot yang tinggi yang len rendah2.. aku pun tak tau ar.. tapi pokok nie memang nampak menarik.. ^^

nanti lah, jika ada keizinan tuk aku kembali ke sana semula di kala waktu yang cerah, insya Allah aku ingin keliling kampung tuk snap laie macam2 gambar.. al-maklum ar, kampung aku bukan kampung pun.. nenek sedara aku tinggal kat taman perumahan.. :)

ok ar.. aku out dulu.. insya Allah, lain kali aku tulis laie.. ^^

ps : Aku Penghitung Hari Bulan Yang Setia~ ^^


~Droplets Of Water~
nie bukan kat Dioh, nie kat umah aku kat PD.. ^^










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, November 30, 2011

Maafkan Segalanya.. :(

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. 

sebenarnya aku dari semalam hingga ke arie nie tak berapa nak sihat.. nak cakap demam tak plak, nak cakap tak demam, badan rasa demam.. panas, mata mula kuyu semacam.. =.="

huhuh.. apa sebab pun aku tak tau.. atau sebab aku terlalu rasa bersalah pada "Orang Itu" sehinggakan semalam semalaman aku nagis bagai nak rak tuk meredakan rasa sesal di hati??

munkin gak ar aku rasa, asyik janji nak berubah aje tapi makin teruk laqk rasanya.. keras betul hati aku semalam hingga kan sms mohon maaf "Orang Itu" pun aku pandang sepi aje.. tapi bila dah sampai umah, terus masuk bilik air.. bawah pancuran air terus nagis2 bagai nak rak nyesal.. sebabnya atie nie terasa ngan sikap aku.. naluri aku tak pernah silap dalam membuat telahan apa yang aku hadapi.. 

hanya yang aku pohon, aku mohon maaf banyak2 sekiranya sikap aku nie sangat ar membuatkan "Orang Itu" terasa hati ngan aku.. aku cuba bukan tak cuba tapi cepat benar sensetif nya perasaan aku nie.. 

ok ar, sambung baca novel PASSION (3rd Series From FALLEN NOVEL), asyik sangkut manjang sebab mood takde nak ngabiskan~ =.="


Hasil Tembakan Aku Sewaktu Bunga Orkid Nie Berkembang DI Suatu Masa Dahulu.. ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, November 25, 2011

Susah Atau Senang Terpulang Pada Diri Sendiri... ^^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? Jumaat Penghulu Segala Hari.. Alhamdulillah kita masih di berikan kesempatan untuk bernafas di bumi yang usang ini.. :)

lama gak aku tak menjengah mana2 teratak yang aku "follow" dan yang "follow" aku semula...baca sambil meninggalkan jejak.. bukan tak sudi nak komen ataupun sombong, cuma aku hanya ada mood untuk membaca apa yang kalian coretkan.. mohon maaf..

tah ar skang nie banyak benda nak kena pikir.. jika semuanya telah di persetujui, maka lebih kurang 7 bulan aje laie untuk aku tinggalkan status CIK dan beralih ke status PUAN.. adakah aku bersedia??

tah ar, kekadang aku rasakan aku cukup bersedia.. 100% daripada segi mental mahupun fizikal.. tapi kekadang aku rasakan "mampu ke aku nak pikul tanggungjawab yang besar nie??" =.="

adakah aku akan "menjadi" orang lain apabila aku telah berkeluarga esok?? atau adakah aku masih mampu untuk lakukan apa yang aku suka lakukan sewaktu aku masih bujang?? semuanya kena ubah, betul tak?? aku rasa betul.. sebabnya jika masih bujang, apa jua mak dan ayah kita yang sediakan, tapi bila dah berkahwin, pastinya semuanya kita kena lakukan sendiri..

kalo dulu lepas subuh masih boleh lelapkan mata bangun hingga lewat sikit tapi bila dah bersuami, takkan nak tido balik?? sape nak buat sarapan?? sape nak basuh baju, sidai baju dan sedia kan pakaian suami yang nak pergi bekerja kan?? tak kan nak sediakan sendiri?? nanti tak pasal2 dia cakap "Apa guna kawen kalo masih kena sediakan semuanya sendiri??" :p

aku penah tanya mak aku camne dia boleh uruskan segalanya.. uruskan rumah tangga dengan baik sekali.. menyediakan makanan yang enak2 untuk kami sekuarga.. dan jawapan yang aku terima "Memula memang susah tapi lama kelamaan ianya akan menjadi mudah.. jika sehari kita tak buat, rasa macam tak lengkap arie tu" :)
susah gak kan nak kawen nie... :p

ps : Next Year My Lil Sis.. Dah Besar My Lil Sis... ^^

pss : Jangan Lupa Usha & Like Roses Korean Style Untuk Trend Terkini Daripada Korea.. Harga Termasuk Kos Penghantaran.. ^^


Dan Jangan Lupa Gak Usha Butik Elyna Untuk Baju2 Kurung Modern Dan Kurung Pahang Yang Terkini.. :)



Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, October 28, 2011

Cemburu Buta Vs Cemburu Celik... ^^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan agar korang berada di dalam keadaan yang tenang dan baik2 aje... :)

lama tak update lak rasanya..hehee.. apa sebab?? sebabnya satu aje MALAS.. ahaks~ apabila vitamin "M" mula menjalar, makanya semua keje pun tak akan menjadi satu pun.. betul tak?? bek korang cakap betul.. :p

alrite, mau citer pasal CEMBURU atau cakap omputihnya JEALOUS.. :)
pernah tak korang rasa cemburu?? ada tak?? jangan cakap tak pernah.. tak kisah ar, cemburu pada kejayaan org lain atau pada kekasih atau pada adik beradik atau suami/isteri..

bagi aku cemburu nie satu penyakit yang berbahaya sekali.. nak tau pasal apa?? ye ar, kalo dah jenis cemburu nie, segalanya menjadi negatif.. cuba korang cemburu tapi salurkan pada cara yang positif.. contohnya kalo korang cemburu pada kejayaan sesorang, cuba korang usaha ngan lebih gigih laie tuk bersaing ngan cara yang positif tuk berjaya sana macam orang yang korang cemburu tadi.. tapi jangan ar plak, bila cemburu korang gie bomohkan dia plak.. tu tak molek tu.. berdosa.. jangan ar nak tambahkan dosa yang sedia ada.. :)

bagi aku plak, selama aku hidup nie, aku tak pernah rasa cemburu ngan siapa pun termasuk lah kekasih aku sendiri hinggakan teman2 aku pangil aku bodoh.. aiyok, camne nak jealous kalo aku tak dapat nak buat?? bukan boleh di buat2 perasaan jealous nie.. ^^

tapi hingga lah satu hari nie, aku terasa CEMBURU plak ngan... =.="
bad me!! tapi mungkin gak sebab tak pernah rasa maka perasaan itu bukan menjadi jealous tapi perasaan itu menjadi sedey.. :(
mood terus ke laut.. susah gak aku nak punggut balik mood dan perasaan aku yan tercicir tu.. :)

tapi Alhamdulillah.. bila aku tenang, aku cuba salurkan perasaan negatif tu ke arah yang positif plak.. aku katakan pada diri aku sendiri, aku tanya pada diri aku sendiri kenapa aku boleh rasa macam tu.. satu jawapan yang sangat pasti dan ianya berulang2 macam pita rakaman.. 

AKU SAYANG DIA. JADI AKU CEMBURU. TAPI AKU TAK PATUT CEMBURU KERANA AKU TAHU YANG DIA ADALAH HAK AKU.. dan akhirnya, aku membuat kesimpulan bahawa KEPERCAYAAN, KESETIAAN dan KETULUSAN HATI serta KEIKHLASAN HATI adalah KUNCI yang UTAMA dalam apa jua keadaan.. :)

dan aku cuba jadi seorang yang POSITIF dalam apa jua keadaan gak.. :)
bak kata Dato' Dr Fadzilah Kamsah, 
Salurkan Perasaan Yang Negatif Tersebut Kepada Yang Positif.. Jadilah Seorang Yang Positif... ^^ 
 jadi..... marilah kita bersama2 jadi seorang yang positif walau dalam keadaan apa jua.. :)


ps : Aku Bukan Yang Sempurna Tapi Aku Cuba Untuk Lakukan Yang Terbaik.. ^^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, October 2, 2011

Beringat-ingat Sebelum Terkena.. Kerana Malang Tak Berbau Pun..

Kata orang , pukau adalah untuk membuat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Ada juga dikatakan, dipukau orang yang sedang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya

Salam n eelloopp semua~ 
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Alhamdulillah.... ^^

ok ar, tentu korang tertanya2 kenapa dan mengapa aku tulis mengenai pukau kan?? bagi teman2 di FB sure dah tau citer nie.. citer yang aku kena pukau.. yup.. aku sendiri di pukau oleh warga Indonesia pada Khamis yang lepas.. :( 


terasa laie akan kefobiaan aku apabila bersendirian di tempat mencari rezeki aku nie.. tapi jika nak di ikutkan akan kefobiaan nya, sampai bila nak terus macam nie kan?? :p


di sebabkan masalah ini ar, 2 hp aku ilang.. seb baik yang ilang hp nokia yang murah aje.. yang mahal nie tak ada lak dia ambik.. tak tau ar dia tak mahu atau dia tak nampak... lappy ayah aku yang ada kat sebelah aku pun tak di ambik nya.. duit dalam beg uncang aku pun tak di usik.. mungkin sebab duit tu RM 2 aje kot... =.="
tapi wallet aku lesap.. ngan ic, ngan lesen, ngan kad atm bank... kan ke nyusahkan aku?? kot yepun nak tibai, ambik aje ar duit tu.. yang brg2 penting tu tinggalkan ar.. takde ar aku susah2 nak poie report polis, nak poie JPN, JPJ, Bank2 tuk claim brg2 aku tu... =.="

apa pun, nasihat aku kat korang... selalu ar beringat.. malang tak berbau.. jadi better korang berhati2 ngan orang2 yg ada kat sekeliling.. ^^

ps : Kenapa Nak Buat Keje Yang Mudah Tanpa Perlu Bersusah Payah?? =.="





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, September 27, 2011

My 2nd Phase (250911) ^^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

pertama kali aku nak panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana My 2nd Phase telah berjalan dengan lancarnya pada 25 hb September yang lepas.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... ^^

penat memang ar penat tapi amat seronok bila semua kaum keluarga kedua2 belah pihak bertemu.. sebabnya majlis aku nie hanya tuk majlis kekuarga aje.. :)
tiada siapa yang di jemput melainkan kaum kuarga, kenalan mak dan ayh aku, jiran2 serta kaum keluarga pihak lelaki aje.. :)

dan segalanya telah berjalan dengan lancar.. layanan daripada pihak catering iaitu Zemi Catering memang SUPERB!! :)
memang amat2 berpuas hati ngan layanan, masakan serta perhiasan yang dorang sediakan.. ramai tetamu yg hadir macam tak caya aje rege yang di kenakan ngan apa yang dorang lihat dengan mata dorang.. insya Allah, majlis besar esok pasti akan menggunakan perkhidmatan Zemi Catering gak.. ^^

yang pelamin dan make up pun memang superb!! Kak Ros From D'Ziera Bridal Boutique memang sempoi dan memang magic touch ar akak tu.. memang berubah muka aku di make upnya.. ^^
pelamin mini pun memang sempoi tapi amat2 menarik.. ramai yang puji.. memang tak sia2 aku ambik akak nie.. ^^
(nanti aku upload eik gmbar pelamin mini tu)

tak lupa gak pada mak, ayah serta adik aku yang bertungkus lumus menyiapkan barang2 hantaran termasuk gak jiran2 aku yang banyak membantu macam Mak Wa yang siap berkampung tuk tolong mak ngan adik aku siapkan.. :)

pada sedara mara aku yang tolong menyiapkan apa yang patut pada malam merewang tu.. memang best ar... walaupun tak semua berkumpul... :)
dan pada My Official Photographer Mr Bob From DNA Pixel Works, ko memang rock ar bro.. dan aku menantikan akan gambar2 yang ko ambik.. walaupun ko memang suka nyakat aku.. aku tau ar aku tak boleh nak marah2 ko kan masa tu.. dan walaupun ko sesat smpai ke Bagan Pinang kan.. tapi memang sempoi keje ngan ko.. ^^

pada My Best Buddy Mr. Dude serta tunangnya Jue kerana sudi datang dan sudi menjadi Unofficial Photographer aku.. ^^

dan tak lupa gak pada En.Cinta a.k.a En Tunang.. thanks you sooo much For Being My Sweet Lovely Heart Beat... And I Love You So Much Abg.. Insya Allah, Perjalanan kita untuk ke akhir "permainan" ini akan di berkati dan di restui oleh Ilahi.. ^^

Tak Lupa gak pada teman2 ku yang mendoakan dan mengucapkan tahniah.. thanx 
korang.. ^^


sempoi kan?? tapi tetap kekal menarik... ^^


ps : Masa Akhir Sedia Menanti... ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, August 24, 2011

WW : Countdown... ^^


Credit To My Self







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, August 2, 2011

Survey2 Itu Penting Akhir... ^^



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. pose yang ke - 2.. Alhamdulillah... ^^

dan ku panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana segala2nya setakat ini untuk My 2nd Phase berjalan dengan lancar.. ^^
dan akhirnya aku telah bertemu dengan Kak Ros (bukan Kak Ros Upin Ipin eik) yang mempunyai bridal boutique kat Ocen, Center Point Seremban.. :)

sabtu arie tu, beliau dan aku serta mak dan adik aku telah berbincang.. kedua-dua belah pihak telah bersepakat dengar harga yang telah di tawarkan oleh pihak Kak Ros a.k.a De' Ziera Bridal Boutique.. memang berbaloi2 dan berpatutan.. dan tak menyesal aku tangguhkan keputusan aku untuk hire yang lain.. =)

kalo korang berminat untuk meng-hire Kak Ros untuk majlis tunang mahupun sanding atau nikah, korang boleh ar call Kak Ros sendiri sebabnya akak nie tak ada FB mahupun blogspot.. dia akan datang secara old-skool.. bawak album.. kalo koran tak dapat jumpa ngan dia ar.. kalo korang ada masa, korang g ar sendiri ke Butik dia yang beralamat seperti di bawah nie :

De' Ziera Collections
Lot F31, Tingkat Satu, Seremban Center Point,
Jalan Dato' Siamang Gagap,
70100 Seremban, N.Sembilan
No Tel : 017 - 266 9078 (Kak Ros)

Maka dengan itu abislah entries aku "Survey2 Itu Penting".. ada part Satu dan Dua yang dulu pernah aku buat.. ^^
skang hanya nak tumpukan pada kerja semula.. ^^

so... segalanya telah selesai... hanya tunggu masanya sahaja.. lebih kurang 1 bulan setengah aje dari sekarang.. ^^
apa pun, aku tetap doakan moga segalanya akan berjalan seperti yang di rancang dan lancar sehingga ke akhir majlis kelak.. =)

ps : Seperti Tidak Sangka Aje Yang Aku Akan Bertukar Status Kelak.. =D







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, July 29, 2011

Selamat Berpuasa Buat Semua Tetamu Teratak Buruk ~ D StoRy oF nUmb GurL'z ~ a.k.a Miz Fantasy... ^^



Kredit Gambar Kat Tuan Empunya Teratak Buruk Nie.. :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

Alhamdulillah.. masih laie kita di berikan peluang untuk bertemu dengan Jumaat Penghulu Segala Hari.. dan tak lama laie kita semua terutamanya yang beragama Islam akan menunaikan tanggungjawab kita.. Berpuasa di bulan Ramadhan.. ^^

sempena nak Ramadhan nie, marilah kita sama2 membuat banyak2 amal kebajikan, kebaikan serta menginsafi apa yang telah terjadi.. rebutlah peluang yang di berikan oleh-Nya dengan bersungguh2.. jangan sambil lewa.. mungkin ini adalah Ramadhan kita yang terakhir, kita pun tak tau kan.. :(

apa pun, bersempena Ramadhan ini, aku sebagai Tuan Empunya Teratak Buruk Ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua Followers aku, buat semua yang aku follow dan buat semua pembaca teratak buruk ini bai yang ada sore mahupun yang bisu.. (silent reader ar tu) ;D

seperti taun2 yang lepas gak, bila Ramadhan aku amat jarang sekali meng-update teratak buruk aku nie.. al-maklum ar busy ngan customers yang ber-shopping-an di Butik Elyna dan juga di House Of Shawlz.. :)

dan apabila tibanya Ramadhan, maka aku cuma ada masa lebih kurang 1 bulan setengah aje untuk My 2nd Phase.. Aduhai... Bila di kenangkan, berdebar2 aje rasanya... ^^
apapun aku harapkan semoga semua akan di permudahkan.. ^^
ps : Bila Tibanya Ramadhan, Pasti Entry Ini Akan Menjadi Kenangan Aku.. =)


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday...




Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, July 14, 2011

Biarkan Lah Sang Bulan Mewakili Frasa2 Kehidupan Aku Bersama2 My Baby 550... ^^

Moon3


Nie ar gambar bulan yang pertama kali aku ambik..
tak tau mna silapnya bulan aku jd lembang mcm tu..
kena gelak oleh otai2 photog.. :(
masa tu terasa down sgt2..
hinggakan arwah My Big Sis, Prince Adnil sanggup mintak aku gmbr bulan tu tuk di edit.. silap aku sebab aku simpan dlm format JPEG bukan format RAW.. 


tapi aku tak berputus asa. aku cuba sekali lagi...dan ini adalah hasilnya... msih dalam keadaan yang tak memuaskan hati para2 otai semua..

Moon2


bulan kembang laie... :(


Moon
yang nie aku edit.. :p 


dan ini adalah bulan yang seterusnya aku snap.. masa nie My Big Sis Prince Adnil dah jadi arwah.. masa tu aku gantung My Baby 550.. tak ada semangat sungguh nak snap gambar terutamanya gambar bulan.. bulan nie ar membawa 1001 kisah suka duka aku.. seb baik bulan nie timbul sebulan sekali aje.. kalo arie2 dia timbul memang parah ar jiwa aku.. masa tu ngan air mata berlinang aku snap gambar nie.. sedih.. pilu.. bila aku menatap wajah bulan nie.. tapi aku sematkan dalam diri aku.. andai aku sayangkan arwah My Big Sis, Prince Adnil, aku kena kuatkan semangat.. dia tak nak tengok semua teman2 dia bersedih dan gantung camera hanya kerana meratapi akan kehilanggan dirinya.. maka itu ayng terhasil selepas aku kesat biji mata aku dan berlagak ala2 macho sewaktu snap gambar tu... :)


All About Moon


dan ini adalah gambar bulan separa yang aku snap..dah agak lama aku tak snap bulan.. terasa rindu tuk membulan.. apakan daya, skang PD asyik mendung aje.. Sang Rembulan pun malu2 bersembunyi di sebalik awan2 hitam.. :)


dan aku rasa ini adalah gambar bulan yang terbaik pernah aku snap.. aku bangga ngan diri aku sendiri.. walaupun aku pegang My Baby 550 sekali sekala dan apabila mood nak snap2 photo mai, tapi aku bangga sebabnya aku mampu tuk buat yang terbaik (setakat ini) dengan hanya berpandukan idea2, kritikan2 yang membina atau yang down daripada otai2 photog aku.. ^^


walaupun aku sedih akan kehilanggan My Big Sis, Prince Adnil.. kakak yang merangkap teman merangkap sifu aku dalam dunia photog nie.. aku mampu nak wat yang terbaik.. aku mampu nak buktikan yang aku jua mampu melakukan yang terbaik... ^^


Half Moon


dan kita seharusnya berdepan dengan diri sendiri.. berdepan dengan sape2 yang suka kritik kita.. sematkan dalam hati yang mereka2 yang mengkritik bukan DENGKI, ataupu JEALOUS pada kita tapi mereka sebenarnya SAYANG akan kita dan dengan cara itu mereka meluahkan rasa sayang mereka.. ^^  



FacE 2 FacE


ps : Terasa Esok Aku Nak Membulan Andai Sang Rembulan Tidak Malu2 Menonjolkan Dirinya... ^^








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, July 7, 2011

Puisi Yang Tak Berapa Nak Puitis.. Khas Tuk Insan Yang Tersayang... ^^

" Sayang,

Sesungguhnya tanpa ku duga
aku akan ketemu dengan mu..
sesungguhnya tanpa ku sangka
aku akan menerima dirimu..
sesungguhnya tanpa paksaan
aku menyintai dirimu..
sesungguhnya bukan kerana terpaksa
aku menyanggi akan diri mu..
sesungguhnya bukan mainan
aku merindui dirimu saban waktu..


Sayang,

Hadirmu bagaikan mimpi dalam jaga
hadirmu bagaikan fantasi dalam realiti
hadirmu mengajarku erti kerinduan
hadirmu mengajarku erti kasih sayang
hadirmu mengajarku erti ketabahan

Sayang,

Ketahuilah hanya dikau yang ku sayang
kerana dikau KEKASIH HATIKU... "



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? :)
aku doakan moga sihat2 sokmo.. ^^

hehehe.. amacam ada bakat jadi penulis puisi tak??
puisi tu aku karang malam tadi.. masa aku ngah merenung masa depan.. sementara tunggu En.Cinta call aku.. konon2 nak bersms bagai.. alih2 aku terlolap.. :p

apa pun mohon maaf sebab aku kejiwangan skang nie.. aduyainie.. :">
entry jiwang dah lama aku tak tulis rasanya.. (ye ke?)
so.. bagi ar peluang tuk aku mengasah bakat terpendam tuk mengarang puisi yang tak berapa nak puitis nie wat insan yang tersayang... ^^

ps : Sayang Kamu~ ^^








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, July 6, 2011

Survey2 Itu Penting... :) Part 2


Kredit Kat Pokcik Google.. :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakn moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

semalam aku tulis pasal Survey2 Itu Penting dan dalam bab tu aku tulis pasal semua butik2 pengantin yang aku survey tuk Fasa ke - 2 aku.. tapi kali nie aku nak tulis pasal survey2 bab catering.. al-maklum ar nak menyenangkan saudara mara aku.. tak mau dorang bersusah payah macam selalu.. nak bagi dorang semua datang borak2 ngan saudara mara yang len.. bukannya tak sudi cuma nak wat lain daripada yang lain aje.. :)

memula aku tnya pada sham catering.. tak ada yang sambut panggilan.. mungkin sedang ber-busy-an ngan urusan orang2 yang membuat tempahan aku.. sebab aku tengok dia tulis dalam iklan RM8.50 aje per / pax.. so.. ianya agak murah.. sebab semuanya aku nak dalam 250 pax.. ^^
malangnya pihak sham catering tak sambut.. mungkin bukan rezeki aku ngan mereka..

aku call Zek And Zek Catering pulak.. dia bagi aku RM10 per / pax.. tapi bila aku tanya pasal khemah, dia kenakan bayaran lain.. iaitu kalo nak khemah ada scallop sewanya RM250 dan kalo khemah biasa aje RM200.. jadi kalo di campurkan agak mahal.. yang nie OUT.. :)

aku ada survey catering yang tiada nama nie.. dalam RM15 per / pax.. so.. secara automaticnya dia terkeluar daripada senarai aku... ^^

yang aku survey kat PD pun lebih kurang sama aje rate price dorang.. around RM10 - RM15 per / pax.. jadi agak mahal gak sebab masing2 akan sewakan khemah secara berasingan.. :(


akhirnya.. aku terbaca mengenai Zemi Catering kat sebuah majalah iklan.. aku terus tanya tuan empunya mengenai berapa pihak dorang kenakan bayaran tuk 200 pax.. dia suh call owner Zemi Catering iaitu Puan Ani.. esoknya aku call dan dia bagi aku RM12 per /pax termasuk khemah pyramid, meja bulat, meja panjang, siap alas2 dan skirt2 bagai, lampu, kipas, pelayan, ada meja VVIP dan hiasan bunga2 pada meja serta khemah tersebut ada scallop.. aku terus tertarik.. bincang ngan parents aku.. dorg pun setuju dan pihak Zemi Catering pun dah send quotation kat aku..


hari nie wakil pihak Zemi Catering datang tuk berbincang ngan parants aku.. nampaknya jodoh kami dengan pihak Zemi Catering.. :)
korang boleh ar tengok2 cara dorang kat FB Zemi Catering.. ^^


ps : Selesai Satu Hal.. Skang Ngah Deal Yang Hal2 Len Pulak... ^^








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, July 5, 2011

Survey2 Itu Penting... :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

arie nie agak penat bila check stock tuk Butik Elyna ada stocks baru yang masuk... al-maklum ar dah nak raya.. :)
dalam pada busy2 meng-upload stocks terbaru.. tangan nie masih laie nak mendial no2 telifon butik2 pengantin sekitar seremban dan PD yang aku dpt.. :)

Butik Qaseh yang kat PD tu aku kena hold dulu.. sebab arie tu ckap dalam around RM600 tuk 1 pakej.. bila poie jumpa jd RM700 tnpa pakej yang lengkap seperti yang di nyatakan oleh pemilik Butik masa aku call.. :(

Butik Pesona Bridal pulak.. aduyai.. agak mahal pakej nya.. around RM750 - RM1500 bergantung pada jenis pelamin mini yang nak.. kalo pelamin mini tu ngah HOT IN THE MARKET regenya len.. kalo yang kita pilih tu dah agak2 suam2 kuku, regenya murah ar.. yang nie OUT

D'Ziera Bridal lak.. boleh tahan regenya.. kalo sekali semua pakej lengkap RM800 dan kalo tolak baju, RM500 gitu dia bagi.. jadi yang nie pun aku HOLD.. :)

Mahligai Kaseh aku tak dapat nak call.. asyik masuk voice message katanya luar kawasan.. kemanakah tuan empunya itu bertapa pun aku tak tau... :p

Astana Cinta lak, rege lebih kurang gak.. around RM800 macam tu.. 

Pelamin Hati masih belum antar quotation kat aku.. katanya nak send.. tapi tak ada lak aku terima laie.. jadi aku kena tunggu gak sama macam Mahligai Kaseh yang poie bertapa tu... :)

aku ada survey gak Azie Pesona Bridal & Spa kat Seremban 2.. regenya boleh tahan murah.. dia pun ada tagged gambar2 pelamin mengikut budget yang aku nak.. cantik2 gak ar.. masalahnya, aku pernah baca katanya butik nie menipu korang boleh baca citer tu kat sini.. tapikan.. aku tengok ramai aje clients dia nie.. takkan dia nak menipu sedangkan dia masih beroperasi di Seremban 2 nun.. :)

huhuhu... takat itu aje butik2 yang aku dapat.. kang nak men-survey laie.. ^^
alih2 aku make up sendiri aje.. (ngalahkan pndai) :D


ps : Butik Elyna Sedang Mengadakan Promosi Kemunculan Miss "Price Reduced".. Sila Lah Menjengah2 Tuk Mengetahui Ngan Lebih Lanjut... ^^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)