Friday, November 11, 2011

Apabila SI Tangan Kayu Membuat : Kuih Kaswi Tepung Gandum.. ^^


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri

Salam n eelloopp semua~ 
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan pada hari Jumaat ini... ^^
esok Sabtu, aku off day.. mau ke kenduri walimatulurus teman sekolah menengah aku dulu kat Spring Hill Port Dickson.. :)

hehehe.. ini adalah entry edisi "APABILA SI TANGAN KAYU MEMBUAT :..." dan kali nie aku telah ngan berjayanya membuat KUIH KASWI TEPUNG GANDUM kegemaran My Ayah.. ^^

selalunya My Mak aje yang buat, tapi kali nie aku sendiri yang buat menggunakan resepi yang aku dapat daripada Che Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan dan aku terserempak kat teratak Sis Izah Daut.. macam lembut aje.. so aku gabungkan 2-2 resepi sebabnya yang kat Sis Izah Daut, beliau tak gunakan tepung beras yang Che Mat Gebu ada guna tepung beras.. :)

meh kita check the recipe... ^^

Bahan2 Untuk Buat Sirapnya :

6 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
beberappa helai daun pandan (tapi semlm aku tak bubuh, sebab dah malam sangat nak kuar gie ambik daun pandan) ^^

Cara Buatnya :

Semua bahan2 di masak hingga larut kemudian di sejukkan..

Bahan2 Untuk Tepungnya :

1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu/ubi/jagung
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh kapur makan di cairkan (OPTIONAL)

kelapa muda parut di gaul bersama2 ngan sedikit garam untuk di gaulkan pada kuih sebelum di hidangkan..

Cara2 Buatnya :

1. Panaskan kukusan

2. Ratakan sedikit dengan minyak pada loyang/acuan (aku tak buatpun.. Alhamdulillah tak melekat langsung)

3. Bancuh kesemua bahan (sirap dan tepung) hingga rata dan jangan berketul2.. kemudian tapiskan dan tuang ke dalam loyang/acuan

4. Kukus selama 30 minit dan balut penutup kukus untuk mengelakkan air wap jatuh di atas kuih

5. Biarkan sejuk dan potong serta hidangkan bersama2 dengan kalapa muda parut bergaram tadi.. ^^

ps : Selamat Mencuba.. Kuih Nie Lembut Tapi Dalam Masa Yang Sama Kenyal2.. ^^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

2 comments:

Yasminhamid said...

nampak sedap tu... akak pun suka sangat kuih ni.. tapi tak rajin nak buat.. hihii..

Cik Azz said...

Ehemm...

Sejak jadi tunang orang ni rajin pulak masak2 ehh... Bagus3.. Teruskan belajar masak.. :P

Akak lak dah givap nak masak muffin.. Hari tu buat boleh pulak dia bantat.. Padahal dah pernah buat dah before tu... huhuhu...

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)