Friday, November 25, 2011

Susah Atau Senang Terpulang Pada Diri Sendiri... ^^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? Jumaat Penghulu Segala Hari.. Alhamdulillah kita masih di berikan kesempatan untuk bernafas di bumi yang usang ini.. :)

lama gak aku tak menjengah mana2 teratak yang aku "follow" dan yang "follow" aku semula...baca sambil meninggalkan jejak.. bukan tak sudi nak komen ataupun sombong, cuma aku hanya ada mood untuk membaca apa yang kalian coretkan.. mohon maaf..

tah ar skang nie banyak benda nak kena pikir.. jika semuanya telah di persetujui, maka lebih kurang 7 bulan aje laie untuk aku tinggalkan status CIK dan beralih ke status PUAN.. adakah aku bersedia??

tah ar, kekadang aku rasakan aku cukup bersedia.. 100% daripada segi mental mahupun fizikal.. tapi kekadang aku rasakan "mampu ke aku nak pikul tanggungjawab yang besar nie??" =.="

adakah aku akan "menjadi" orang lain apabila aku telah berkeluarga esok?? atau adakah aku masih mampu untuk lakukan apa yang aku suka lakukan sewaktu aku masih bujang?? semuanya kena ubah, betul tak?? aku rasa betul.. sebabnya jika masih bujang, apa jua mak dan ayah kita yang sediakan, tapi bila dah berkahwin, pastinya semuanya kita kena lakukan sendiri..

kalo dulu lepas subuh masih boleh lelapkan mata bangun hingga lewat sikit tapi bila dah bersuami, takkan nak tido balik?? sape nak buat sarapan?? sape nak basuh baju, sidai baju dan sedia kan pakaian suami yang nak pergi bekerja kan?? tak kan nak sediakan sendiri?? nanti tak pasal2 dia cakap "Apa guna kawen kalo masih kena sediakan semuanya sendiri??" :p

aku penah tanya mak aku camne dia boleh uruskan segalanya.. uruskan rumah tangga dengan baik sekali.. menyediakan makanan yang enak2 untuk kami sekuarga.. dan jawapan yang aku terima "Memula memang susah tapi lama kelamaan ianya akan menjadi mudah.. jika sehari kita tak buat, rasa macam tak lengkap arie tu" :)
susah gak kan nak kawen nie... :p

ps : Next Year My Lil Sis.. Dah Besar My Lil Sis... ^^

pss : Jangan Lupa Usha & Like Roses Korean Style Untuk Trend Terkini Daripada Korea.. Harga Termasuk Kos Penghantaran.. ^^


Dan Jangan Lupa Gak Usha Butik Elyna Untuk Baju2 Kurung Modern Dan Kurung Pahang Yang Terkini.. :)



Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

1 comment:

Lady ZubaidaH said...

Salam,
Tahniah!Wishing u all the best babeh:)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)