Tuesday, January 31, 2012

Katy Perry _-_ The One That Got Away


Credit At Youtube.com

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? selasa sudah... aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. AMIN~

arie nie tak mau celoteh pepanjang.. dengar aje lagu Katy Perry nie eik.. :)

ps : Hargailah Insan2 Yang Tersayang Sebelum Terlewat... ^^










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, January 30, 2012

Chubby vs Slim... :)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

agak lama aku tak menciretkan apa2 pun kat teratak yang sedia buruk nie.. aduhai teratak, so sorry eik.. sejak2 lappy kena tahan kek ward nie, semuanya tergendala.. =.="
tak pe ar at least aku da masa tuk keje2 aku.. tak de ar aku asyik ngadap lappy aje... =)

kalo korang tengok measuring tape kat atas tu sure korang tau topik apa yang aku nak celoteh kali nie.. pastinya tentang diet ataupun pasal obes.. :)
kalo korang masih ingat aku pernah menulis pasal nie di sini.. dan kali nie aku nak bagi pandangan peribadi aku sendiri.. andai ada yang terasa aku mohon maaf banyak2.. negara kita demokrasi dan bebas untuk menyuarakan pendapat masing2 asalkan tak menyentuh sensetiviti agama ataupun perkauman.. betul tak?? betul~~ :p

sebenarnya, aku nak bagi pendapat aku mengenai wanita2 yang chubby (aku pun chubby gak) yang telah di transformasi kan menjadi slim river (aku gak yang tak kurus2).. :)
bukan nak cakap aku jeles sebab dorang nie dari chubby boleh jadi slim.. tapi aku terkilan.. kenapa aku terkilan?? aku terkilan dengan cara mereka..

sewaktu mereka chubby mereka menutup aurat dan apabila mereka dah slim, aurat di buka.. tudung memula labuh, kemudian M size, kemudian S size, and then pakai anak tudung aje dan akhirnya.... tudung hilang di kepala dan di gantikan dengan rambut yang macam kaler air paip berkarat.. sedih kan?? sangat sedih~~~ tapi........ itulah hakikatnya..

aku bercakap, berdasarkan pemerhatian aku sendiri.. baik dari segi face to face mahupun daripada keratan2 akhbar mahupun majalah2 iklan2 daripada pusat2 pelangsingan
badan..

kenapa kan, sewaktu badan kita gemuk, chubby tak cantik kononnya tu kita menjaga aurat kita tapi bila dah di berikan kesempatan untuk "merasa" manjadi kurus, kita lupa kan pemakaian kita yang menutup aurat tu?? bukan nak cakap aku alim atau warak nak cakap pasal menutup aurat.. aku sendiri pun tak sempurna.. cuma macam aku cakap tadi aku TERKILAN aje.. 

masa gemuk atau chubby, nak cari baju kalo tak longgar tak sah.. tapi bila dah kurus, kalo tak ketak tak sah.. dah tak mau longgar2 katanya nampak gemuk.. abis masa korang pakai baju yang longgar2 sewaktu korang gemuk tu, korang tak nampak ke korang makin gemuk?? 

bagi aku, walau kita gemuk atau chubby macam mana sekali pun, kalo kita menjaga kebersihan diri, pakaian kita sentiasa kemas dan bersih kita tetap menarik dan cantik di pandang tambah2 laie dengan akhlak yang molek.. makin molek kita di pandang.. :)

tak semestinya kita nak kena pakai baju yang dedah sana sini atau nak tayang sana sini baru nampak cantik.. kalau yang bertudung, masih boleh bergaya asalkan gaya tersebut kena dengan kita yang chubby nie.. sometimes, ada fesyen yang memang di reka khas tuk mereka2 yang chubby nie.. dan sila jangan nak cuba sesuatu yang tak sesuai dengan keadaan fizikal kita.. nanti kita akan nampak lebih lebih lebih weird.. :)

sebagai contoh, ada yang chubby sesuai utuk pakai jubah kaftan tapi ada sesetengah chubby yang tak sesuai.. tapi bagi pendapat aku sendiri, orang yang chubby nie tak berapa sesuai dengan kaftan.. chubby lebih sesuai dengan kurung2 modern yang tak terlalu heavy dengan manik atau sulaman.. :)

dan.. bila kita berdiet dan kita berjaya mencapai tahap kekurusan yang kita nak tu, please lah jangan kita sesekali memandang rendah mereka2 yang chubby nie.. sepatutnya kita tidak memperlekehkan mereka, memulaukan mereka dan sebagainya.. :)

ok lah.. aku out dulu.. lenkali boleh sambung kalo ada idea nak merepek meraban laie.. ^^

ps : Takziah Buat Keluarga En Tunang Atas Pemergiaan Ayahda Saudara Beliau Ke Pangkuan Ilahi Pada 29 Januari 2012.. Semoga Roh Beliau Di Tempatkan Di Samping Mereka2 Yang Beriman... AMIN~
AL - FATIHAH~~~









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, January 22, 2012

Mari Becuti... Yahooooooooo... :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

lamanya tak update my lovely teratak buruk nie kan?? akhir sekali 16 haribulan arie tu.. now dah nak masuk ujung bulan dekat.. :)

busy?? tak ar kot.. just no mood aje nak meluahkan apa yang aku rasa... apa pun, insya Allah, kelak aku akan rajin update eik.. dan 24hb nie aku nak ke kelate.. shopping + holiday + quality time with family... ^^

len kali jumpa laie eik.. insya Allah.. :)

ps : Penat Menaruh Harapan Bila harapan Itu Setengah Aje... =(








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, January 16, 2012

Home Party Beauty Di Allson Kelana Seremban.. Meh Join... ^^

Salam n eelloopp korang~
apa khabar?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^^

lamanya tak menulis kat teratak buruk aku nie.. busy lor.. aku ada event pada 29hb nie.. bukan event aku tapi event Butik Elyna yang sudi nak men-join-kan dirinya ngan Mida R Butique.. so lets check it out the details of the event...  ^^

Tajuknya : Home Party Beauty
Anjuran : Mida R Butique
Tempat : Allson Kelana, Seremban (Meranti 2)
Tarikh : 29hb januari 2012
Bayaran : Rm 60 aje.. :p
Acara2 nya :
- Cara pemakaian shawl
- Teknik solekan
- Woman Sharing Session
- Dll... 

sooooo... apa laie, meh ar join tuk tambah2 kan ilmu yang ada.. mana tau boleh di guna pakai di lain kali.. betul tak?? dan jangan lupa untuk membeli barangan Butik Elyna di Booth yang telah di sediakan oleh pihak penganjur.. ^^

dan... kalau korang nak, boleh gak usha2 fan page Butik Elyna atau blogspot Butik Elyna untuk melihat stocks terbaru daipada kami.. :)
 
Kurung Modern X-CLUSIVE :)
harga berpatutan dengan kualiti material nya... ^^










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, January 3, 2012

Permulaan Yang Baik Pada Tahun 2012... ^^


Kredit Gambar kat aku sendiri

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

tahun 2012 telah memasuki hari yang ke 3 dan permulaan tahun yang menarik apabila memanjakan diri ngan membaca novel yang menjadi kegilaan aku.. :)

makanya hampir setahun aku menantikan novel2 yang aku order daripada My Biz Santai Shop tempat selalu aku membeli belah novel2 melayu... ^^
(kenapa setahun?? sebab aku order ujung minggu tahun lepas, pagi tadi en posmen antar.. kan dah tahun baru?? :p)

ok lah.. aku nak sambung baca dulu.. novel yang nak mula ialah novel AWAK SUKA SAYA TAK? oleh Melur Jelita dan aku terpengaruh baca novel nie di sebabkan review novel nie oleh AKAK Azyma Abu Bakar a.k.a Kak Azz... :) 

ps : Permulaan Yang Baik Untuk Tahun Baru Yang Insya Allah Akan Baik Gak.. ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tiada Tajuk..

walaupun tahu yang penantian itu suatu yang amat menyeksakan
namun kita tetap jua menanti..
tetap jua menyeksa perasaan..

walaupun rancangan yang kita rancangakan tergendala
namun mulut masih lagi menuturkan semanis senyuman
walhal di dalam hati tiada siapa yang tahu akan kecewaan yang di rasakan..

walaupun mulut menuturkan 1000 kali kemaafan
belum tentu hati ikhlas apabila menuturkannya..

walaupun hati berat untuk menyatakan nya
namun lancar lidah melisankan alasan..

walaupun air mata bergenang di kolam mata
namun hanya hati yang di landa banjir kesedihan..

walaupun mulut terkunci untuk berbicara
namun tangan pantas mencoretkan apa yang di rasakan di sini..

aku tahu masa kamu adalah emas
aku tahu keluarga kamu amat penting
aku tahu apa yang kamu lakukan untuk cuba menjadi yang terbaik
walau untuk siapa jua

tapi aku jua punya perasaan
aku bukan sengaja ingin merajuk
aku bukan sengaja untuk menagis
aku bukan sengaja untuk berkecil hati
aku bukan sengaja untuk tidak memahami siatuasi kamu

tapi... hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya hatiku
hanya Tuhan yang tahu betapa remuknya perasaanku
hanya Tuhan yang tahu betapa sendunya hatiku
hanya Tuhan yang tahu betapa kecewanya diriku ini..

dan hanya yang kamu tahu aku sedang tersenyum
yang kamu tahu aku sedang tertawa
yang kamu tahu aku sedang menyenangkan hati kamu..

biarkan lah..
usah di pujuk rajuk ku..
biarkan lah..
biarkanlah masa yang menyembuhkan luka ini..
biarkanlah parut kepedihan ini menjadi sesamar bayangan kesedihan..

aku cuma seorang insan biasa yang hanya mampu untuk bersabar..
dan sehingga kesabaran ku lenyap bersama sama jasadku kelak...

ps : No Reason To Cry Like A Child....  










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, January 1, 2012

1st Entry Di Awal Tahun 2012

selamat menyambut tahun baru 2012 buat semua pembaca teratak Numb Gurl'z nie.. :) dan insya Allah tahun ini akan lebih baik buat kalian serta buat aku gak.. Kerana tahun ini akan berlangsung 3 majlis besar di dalam keluarga aku sendiri dan 2 majlis besar di dalam keluarga sedara mara ku pula.. Di harapkan jua nendaku yang sedang berada di dalam hospital kini akan kembali semuh seperti sedia kala.. Kami semua mendoakan agar nenda cepat2 sembuh dan kuatkan semangat untuk melawan penyakit tersebut.. Insya Allah..

Kepada En Tunang, tahun nie akan menjadi lebih makna uat kita.. Insya Allah.. Semoga apa yang kita rancangkan akan menjadi dengan lancarnya dan semoga di berkati.. Dan tahun nie gak kita telah bersama2 selama 2 tahun.. Thank you so much abg.. Bahagia ngan apa yang kita ada skang dan semoga kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kita.. Insya Allah.. ILYSM~

Ok ar, buat sementara waktu nie tiada peng-update-pan kerana lappy aku sakit semula.. Nak kena masuk wad ar nampaknya dan nak kena kuar duit laie ar nie... :(

Nnti bila2 aku ada free, aku nulis laie eik.. Salam sayang buat semua pembaca teratak aku nie.. (macam ar ramai sangat yang nak baca teratak aku) :)



Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)