Showing posts with label entry khas. Show all posts
Showing posts with label entry khas. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Hadiah Birthday Yang tak di Sangka (Part 1)


 credit gambar kat aku sendiri

salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

alrite.. aku tau dah lama tak update teratak buruk aku nie.. =.="

dan yang buat aku tersemangat nak update ialah....
bila kak Azz tag aku mengenai blog aku di ulas di fanpage Puan Melur Jelita..:)

hehhe.. bukan nya apa, ingat tak dulu aku pernah menulis review novel beliau?? tak ingat?? tak pe boleh click kat sini.. 

dan apabila kak Azz tag kat aku.. apa yang aku rasa?? "mau pengsan lor" sebab nya penulis pujaan hati sudi menjengah ke teratak buruk aku nie dan sudi share ngan peminat peminat beliau serta peminat peminat ILUS.. mau tak pengsan?? ^^

dan masa aku baca semalam, sempat ar kan aku poyo kat En Suami pasal benda nie..dan haruslah aku katakan yang aku memang poyo semalam.. ^^

En Suami pun tak tau nak cakap apa bila tengok aku poyo sangat dengan kisah nie.. ^^

nak buat camne kan, dah isteri dia memang gilakan novel.. haruslah terima dengan keredhaan akan kepoyoan aku... ^^

so.. tak mau citer pepanjang.. apa apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada kak Azz sebab sudi tag kat aku dan pada Puan Melur Jelita, thanks a lot sebab sudi singgah ke teratak buruk aku nie.. ^^

jumpa laie di masa akan datang bila aku nak menulis laie... ^^


ps : Speechless, Love It, 






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, October 8, 2012

Simple & Perfect Design By Awadah Design : 100% Custom Made Scarf



Imani Collections :

(Code Mengikut Susun Atur Gambar Di Atas)

Imani 04 - Red & Pink
Imani 03 - Green Turquoise & Lime Green
Imani 01 - Baby Pink & Purple
Imani 05 - Purple & Turquoise 
Imani 02 - Baby Pink & Baby Yellow
Imani 06 - Orange
Imani 09 - Baby Pink & Purple
Imani 07 - Baby Purple & Dark Grey
Imani 08 - Green Turquoise

Material : Lycra Cotton

Price : RM 55 Per set

Apa Yang Istemewanya Awadah Design Nie??

1 - Ianya adalah 100% CUSTOM MADE..

2 - Stocks serta design nya adalah LIMITED..

3 - Yang penting ianya tak sama dengan mana2 jenama tudung yang lain..

4 - Harganya setanding dengan KUALITI..

5 - Haruslah kita ramai2 support anak bangsa sendiri.. ;p

apa2 pun sebabnya, sejak Butik Elyna menjadi agent sah bagi Awadah Design nie, feed back daripada customer kami adalah sangat memuaskan.. bagi pihak Butik Elyna, kami memang menghargai apa jua feed back daripada customers.. so apa laie yang nak di tunggu kan?? try sekali beli, Insya Allah korang pasti akan berpuas hati... ^^

ok lah, jika korang berminat dengan koleksi Awadah Design nie, korang boleh LIKE fan page Awadah Design di Facebook.. ada macam2 laie koleksi yang ada di sana.. (AWADAH DESIGN)

atau, sekiranya nak beli melalui Butik Elyna pun boleh.. jangan risau kami tidak mengambil sebarang komisyen daripada pihak Awadah Design.. jika korang beli terus dengan Awadah Design, mungkin ada less kot.. al maklum ar, korang terus deal ngan owner.. ^^

Fan Page Butik Elyna : https://www.facebook.com/butikelyna

ps : Membantu Ushawanita Yang Baru Nak Maju.. Jika Kita Sebagai Melayu Tak Bantu Sesama Melayu, Siapa Yang Nak Bantu Memajukan Bangsa Melayu Kita Sendiri?? :D






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^



Genap 4 bulan aku bergelar seorang isteri kepada Safarul Anuar..
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancarnya walaupun hanya dating hujung minggu aje.. :D
Aku berdoa semoga jodoh kami di panjangkan hingga ke akhir hayat...

Mencintaimu Setiap Saat.. 
Lagu Kat Bawah Nie Khas Buat En Suami Yang Tersayang... :)









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, February 20, 2012

Apabila Si Oren Dan Green Apple Bersatu... ^^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... Amin~

semalam 19022012 adalah atrikh keramat buat My Lil Sis.. Sebabnya...... dia dah bergelar tunangan orang.. Alhamdulillah...
thanks buat semua sanak saudara yang menjayakan majlis tersebut.. tak lupa gak buat My En Tunang yang sama2 bertungkus lumus semalam... ^^
ok lah, esok2 aku cuba try test tuk update citer pasal tunang adik aku eik.. :)

Dan aku nak ucapkan......
"SELAMAT BERTUNANG BUAT ADIK KU YANG TERSAYANG HALINA AB HALIM DAN PASANGAN NYA MUHAMMAD AIMAN B MOHD GHAUS"

ps : Laie 4 Bulan Untuk Majlis Aku Pula.. ^^ 









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, January 1, 2012

1st Entry Di Awal Tahun 2012

selamat menyambut tahun baru 2012 buat semua pembaca teratak Numb Gurl'z nie.. :) dan insya Allah tahun ini akan lebih baik buat kalian serta buat aku gak.. Kerana tahun ini akan berlangsung 3 majlis besar di dalam keluarga aku sendiri dan 2 majlis besar di dalam keluarga sedara mara ku pula.. Di harapkan jua nendaku yang sedang berada di dalam hospital kini akan kembali semuh seperti sedia kala.. Kami semua mendoakan agar nenda cepat2 sembuh dan kuatkan semangat untuk melawan penyakit tersebut.. Insya Allah..

Kepada En Tunang, tahun nie akan menjadi lebih makna uat kita.. Insya Allah.. Semoga apa yang kita rancangkan akan menjadi dengan lancarnya dan semoga di berkati.. Dan tahun nie gak kita telah bersama2 selama 2 tahun.. Thank you so much abg.. Bahagia ngan apa yang kita ada skang dan semoga kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kita.. Insya Allah.. ILYSM~

Ok ar, buat sementara waktu nie tiada peng-update-pan kerana lappy aku sakit semula.. Nak kena masuk wad ar nampaknya dan nak kena kuar duit laie ar nie... :(

Nnti bila2 aku ada free, aku nulis laie eik.. Salam sayang buat semua pembaca teratak aku nie.. (macam ar ramai sangat yang nak baca teratak aku) :)



Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, September 11, 2011

Tolong Ar... Aku Menyampah Tahap Gaban!!

Mohon Kerja Sama Rakan2 Yang Bergelar "BLOGGERS".. Mohon ar jangan create events
tuk org len baca entries korang.. sgt2 MENYAMPAH.. kalo create events untuk jemputan
 majlis2 atau nak bgtau somethings yang berguna tak pe ar.. nie create events suh "like"
 fanpage ar, suh baca entry ar and watsoever.. please ar eik kot ye pun nak traffic tinggi
 mencanak2, bukan mcm nie caranya.. boleh membuatkan org2 yg di invited tu menyampah tau.. =.="




Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, August 13, 2011

Entry Khas : Budi Bahasa Budaya Kita.. ^^




Salam n eelloopp semua~
korang apa kahabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Alhamdulillah.. Arie nie dah masuk 13 ramadhan bermakna telah 13 arie kita semua menjalani ibadah pose ngan jayanya.. ^^

aku just nak share pendapat aku aje.. sebabnya aku tengok skang nie macam makin kurang orang2 yang mengamalkan budi bahasa.. makin tak ada budi bahasa dah aku tengok.. 

apa silapnya kempen kerajaan kita mengenai amalan budi bahasa di kalangan masyarakat setempat eik?? nak kata kurang promosi, aku rasa banyak di promosikan.. kat media2 elektronik mahupun media cetak.. so.. di manakah silapnya??

bagi pendapat aku ar, smuanya terletak pada diri sendiri.. cara didikan di rumah.. cara berkomonikasi ngan ahli kuarga adalah elemen yang amat penting bagi menjayakan kempen nie.. sebabnya pendidikan bermula dari rumah.. jika didikan yang pertama itu cemerlang, maka tidak mustahil ianya akan menjadi sangat cemerlang bila di bawa keluar daripada komuniti keluarga..

kekadang cara ibu bapa berkomunikasi ngan anak2 pun memainkan peranan yang penting.. bagaimana anak2 nak menggunakan bahasa yang cantik sekiranya ibu bapa sendiri tidak menggunakan bahasa yang cantik??

aku pernah terjumpa sekeluarga yang mak dan bapaknya bila marahkan anak2 di "babi2"kan, di "bangang2"kan dan sebagainya yang menggunakan perkataan yang tak sepatutnya seorang ibu dan bapa menggunakan nya pada anak2 mereka yang masih hijau lagi.. dan jangan terperanjat esok jika anak2 yang masih hijau tersebut membesar dengan perkataan2 yang sedemikian.. kerana ianya menjadi santapan telinga serta naluri anak2 sejak kecil hingga lah mereka meningkat dewasa..

aku pasti akan ada di kalangan korang yang mengatakan macam nie "alah, bila anak2 yang masih hijau tu membesar, dorang boleh pikir mana yang baik dan mana yang buruk".. memang betul, aku setuju sangat ngan pendapat tu, tapi kan, kalo dah sejak kecil di sogok ngan benda2 atau perkataan yang "busuk", ianya dah jadi sebati dalam diri.. dah jadi kebiasaan buat anak2 hijau nie.. sebagai contoh, korang sejak kecil di beri makan tempoyak,petai, jering dan sebagai.. sampai korang dah godang pun korang akan makan gak kan?? sebabnya... korang dah sebati.. lidah dan tekak korang dah sebati ngan rasa tempoyak, jering, petai dan lain..

cuba ibaratkan daripada kecil korang tak di biasakan atau tak pernah di beri makan benda2 macam tu, adakah bila korang dah besar korang akan makan?? aku jamin 100% yang korang tak akan makan sebabnya korang tak biasa.. so.. benda nie sama ar ngan menggunakan perkataan "busuk" pada anak2 mahupun depan anak2.. :)

anak2 tersebut akan membesar dan akan menjadikan cara ajaran ibu bapa mereka untuk mendidik generasi hijau yang baru dan ianya akan berterusan hinggalah ke generasi hijau yang bakal menjelang kelak.. cuba korang bayangkan betapa teruknya generasi Malaysia sekiranya semua rakyat Malaysia nie biadap tanpa budi bahasa?? adakah pelancong2 akan datang ke negara kita??

oleh yang demikian, kita seharusnya memupuk amalan budi bahasa di kalangan kanak2 terutamanya kerana merekalah yang akan membawa ajaran kita di kemudian hari kelak.. :)



 Credit You Tube

cuba elakkan menggunakan bahasa yang "busuk" di depan kanak2 atau pada kanak2.. gunakanlah bahasa yang indah2 aje.. ^^

ps : Budi Bahasa Amalan Kita.. Jadi Amalkan Lah Sekarang... ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, July 23, 2011

Entry Khas : Kebajikan Yang DI Salah Guna Pakai... ^^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? ada sihat?? atau tak sihat?? ^^
tak sihat poie ar g jumpa doc ok.. =)

sabtu menjelma kembali.. ada apa ngan arie sabtu?? ada yg kuar dating (nope), ada yang kuar ngan family (nope) , ada yang duk umah santai2 (nope) atau ada yang keje (yes).. ^^

sebenarnya aku nak share mengenai Kebajikan yang di lakukan dengan secara menipu.. tak elok kan bunyinya?? tapi itu adalah hakikatnya skang nie.. menggunakan nama KEBAJIKAN demi kepentingan diri sendiri.. macam aku pun pernah terkena dulu.. mana ar aku tau yang dia penipu.. menggunakan kanak2 kecil sebagai umpan kesian pada mangsa.. :(

macam kat Seremban Parade nie pun, bermacam2 badan kebajikan (kononnya ar) yang datang memohon derma tuk sesebuah organisasi.. derma pulak di tentukan oleh Si Peminta Derma.. paling kurang kena bagi RM5.. dah tu yang datang semuanya tuk organisasi kat Ipoh, Perak.. awatnya, kat Perak semua rakyatnya tak ada berhati perut ke?? sampai ke Negeri Sembilan nie hah nak meminta derma seperti peminta sedekah??

berbalik pada cerita tadi, masa tu ada ar jiran kedai aku nie yang berbangsa Cina menderma kat organisasi Ipoh, Perak nie.. katanya tuk masyarakat mereka yang pekak dan bisu.. yang boss kedai sebelah aku nie memang baik orangnya.. dia pun bagi ar derma RM50.. dan dia di berikan resit (maca resit pembelian pulak).. kat resit tu tertera alamat serta no phone organisasi tersebut.. aku pun gi ar kepoh2 tnya Aunty tu "boleh caya ke Aunty?" Aunty tu pun ngan muka confident dia menjawab "Lynda, tak baik buruk sangka dengan orang yang ingin membuat kebajikan" dalam atie aku "gasak ko ar Aunty"
tapi kan, mungkin dia duk kat kdai dia, dia terpikir apa yang aku cakap.. dia pun call ar no phone organisasi yang di berikan derma tadi.. korang nak tau no phone tu terus sambung ke mna?? ke KILANG BISKUT!! apakah??

maknanya Aunty tu dah kena tipu ar ngan orang bisu pekak tadi.. melayang RM50.. aku tengok Aunty tu termenung aje sebabnya mungkin dia terkilan ngan sikap mereka2 yang memperdayakan orang cacat nie tuk kepentingan diri sendiri.. 

dulu, heboh mengenai cerita Al-Mansor yang bertapak di Port Dickson.. organisasi yang bertopengkan kelas agama islam tetapi sebenarnya memperdayakan kanak2 fakir miskin serta kanak2 yatim piatu..

mengerahkan mereka menjual ayat2 suci Al-Quran atas alasan salah satu subjek perniagaan yang di ajar di situ.. yang menjadi masalahnya, mereka menyuruh kanak2 ini menjual bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah malam.. apakah itu semua?? menurut orang ramai, bukan setakat dalam kawasan Negeri Sembilan aje, ada yang sampai ke kawasan Selangor.. 

aku kekadang terpikir gak, nape eik sanggup menipu demi mengaut keuntungan?? sanggup menggunakan kanak2 serta warga OKU tuk kesenangan yang maha singkat??
tak kesian ke kat dorang?? ingat dorang tak ada perasaan ke?? :(

sebagai MANUSIA yang mempunyai PERASAAN, cubalah kita sama2 renungkan...

ps : Ke Shah Alam Menghantar Adik Kesayangan Ke Majlis Yang Di Anjurkan Oleh Pihak TM... ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, July 15, 2011

Ucapan Khas Buat Semua~ ^^


sumber gambar aku sendiri... ^^

salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? ada sihat?? kalo tak sihat better g jumpa doctor... bukan jumpa doctor cinta macam adik adik sepupu aku nie selalu cakap... :p

ok ar.. semalam tangan nie gatal2 click2 kat stat blogspot.. tengok2, ramai tegok blog aku nie... =))
tu stats minggu lopeh eik.. bukan arie2 nya.. =.="

yang aku sangat2 tak paham ialah... adakah negara2 selain Malaysia tanah air ku nie baca blog aku atau masuk ke blog aku... aku fully dalam bahasa melayu dan ada ar kekadang terselit satu dua words dalam bahasa omputeh... :)

kok dr INDONESIA ok ar laie.. dorang boleh paham.. nie yg dr negara2 luar nie.. apa ke hal nya?? pelik2...  :)

apa pun di kesempatan ini aku nak ucapkan............

TERIMA KASIH
THANK YOU शुक्रिया 谢谢 நன்றி ありがとう Danke شكرا 감사합니다




ps : Semua Tu Aku Mintak Tolong Kat Cik Google Translator... ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, June 19, 2011

19 Jun - Tarikh Yang Membawa 1001 Peristiwa Dalam Kehidupan Aku... ^^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^^

arie nie Ahad bersamaan dengan 19hb Jun 2011.. setiap taun tarikh nie akan membawa makna yang besar dalam hidup aku.. :)

selain daripada sambutan hari bapa (sepatutnya arie2 pun hari bapa dan hari ibu, bukan setaun sekali) :p
19hb Jun gak membawa satu sinar baru dalam kehidupan aku apabila secara rasminya aku dan En.Cinta declared.. :)

apa pun, entry nie 2 dalam 1.. aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA BUAT AYAHDA YANG TERSAYANG IAITU EN.ABDUL HALIM B.ABDULLAH.. akak sayang ayah... :)
Serta tak ketinggalan semua bapa2 dan bakal2 yang bergelar bapa di seluruh Planet Bumi nie.. :)

ps : Taun Nie Taun Yang Bermakna Buat Keluarga Omar B. Jumaat.. Menerima 2 Cucu Menantu Dan Seorang Bakal Menantu Cucu.. ^^,



Love U Abang~








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, March 23, 2011

Entry Khas : SIla Berikan Bantuan Anda.. Bukan Paksaan Jika Anda Tak Ingin...

Salam n eelloopp semua~
korang pe khabar?? aku doakan moga korang semua dalam keadaan yang menyenangkan... :)

semalam, jalan2 ke blog.. aku tertarik pada satu entry nie.. Sila Rujuk Entry Nie 
kesian kan kat mereka2 yang terbiar nie?? 

apa kata kalo kita sama2 membantu Kucing Terbiar & Anjing Terbiar.. tak semestinya tolong daripada segi kewangan.. dari segi sokongan pun ok gak kan?? ^.^

ok ar, apa2 hal korang boleh contact admin (salah sorang nya ialah DAK TEDI)..
 Kucing Terbiar & Anjing Terbiar tuk keterangan lanjut mengenai apa yang boleh korang bantu.. at least kalo kita menderma RM10 pun ok gak.. kalo 10 orang dah RM100.. ^.^

dapat gak tambah2 dana yang mereka ngah kutip skang nie... :)

ps : Bantulah Mereka Tuk Hidup Lebih Selesa... :)







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, December 19, 2010

Selamat Pengantin Baru Buat Teman2 Ku...Lin Dan A'an... ^.^


Title : Selamat Pengantin Baru From Film Madu Tiga (1964)
By : Seniwati Saloma
Taken From : You Tube 

Salam n eelloopp korang semua~
aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

ok ar, ini adalah autopublish.. sbbnya aku skang ngah berada di Bangi tuk mengahadiri Majlis Kenduri Kahwin Kawan Lama Aku Sewaktu Bersekolah Di SDASA (Sek.Men.Dato.Hj.Abdul Samad)

Kepada Temanku yang kembar nama ngan aku
Puan HASLINDA  dan Suaminya, Serta tak Lupa jua buat seorang laie teman sekolah aku sewaktu kecik2 dulu 
MUHAMMAD FARHAN dan Isterinya yang telah selamat di ijab kabulkan pada Jumaat lepas..

Semoga Kalian Semua Berbahagia dan Semoga Jodoh Kalian Hingga Ke Akhir Hayat..  

ps : Bila Ar Pulak Turn Aku?? :p
(sangat Ga.t.aL) ^.^








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, December 7, 2010

Entry Khas : Kanak2 Tuk Di Sayang.. Bukan Tuk Di Dera...



Salam n eelloopp korang semua~
apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

arie nie selasa sudah... :)
7 hb Desember 2010.. betapa cepatnya masa berlalu?? sekejap aje dah ujung tahu 2010 dan sekejap aje dah masuk tahun 2011.. sangat2 cepat.. pejam celik, pejam celik dua tahun seperti yang di janji kan akan menjelma.. Insya Allah~ doakan ar eik... :)

aku bukan nak citer pasal 2 tahun itu.. aku nak citer pasal kempen yang berlangsung di Fb arie tu.. kempen mencegah keganasan keatas kanak2.. :)

yup2.. semakin arie kita dengar semakin ramai kanak2 yang terbiar.. kanak yang terbuang, kanak2 yang di dera dan sebagainya,.. sape yang ada Fb sure tau mengenai kanak2 yang di dera oleh pembantu rumahnya sewaktu pembantu rumah tersebut memandikan kanak2 tu.. huhuhu... amat amat amat KEJAM!! kalo dah tak mau keje, bek ar berenti aje.. jangan seksa kanak2 yang tak berdosa tu.. ZALIM sangat2!! apa perasaan mereka?? aku pernah menulis mengenai perkara ini.. 

kenapa kanak2 yang menjadi mangsa?? mereka tak bersalah apa2 pun.. walaupun mereka nakal, tapi bukan cara sedemikian mengajar mereka.. macam aku pun tak gemar akan kanak2 tapi aku tak pernah lak nak mendera dorang.. setakat pukul tu ada ar, atau cubit.. tapi kalo dah sampai kes di klasifikasikan sebagai kes penderaan tak tergamak aku...

ada gak kanak2 yang di dera bukan aje fizikal mereka.. malahan mental mereka di dera dan yang lebih menyedihkan penderaan seksual terhadap mereka nie.. korang yang mendera secara seksual kat kanak2 nie memang giler.. apa salah ar budak2 tu hingga korang ternafsu kat dorang?? 

yang sangat2 hiba apabila yang melakukan penderaan seksual itu adalah ahli keluarga kanak2 tersebut.. demn~
korang tak terpikir ke, yang budak tu adalah amanah Allah pada korang?? korang tak terpikir ke budak itu adalah sambungan zuriat warisan korang?? korang tak terpikir ke yang budak itu adalah darah daging korang?? kenapa tergamak korang lakukan sedemikian pada mereka??

ok ar.. tak mau berleter panjang2.. korang pikirkan ar.. bak kata kempen di Fb arie tu..
Change your profile picture to a cartoon from your childhood and invite your friends to do the same. Until Monday (Dec 6), there should be no human faces on facebook but an invasion of memories. This is for violence againts children...
dan aku telah memilih kartun kegemaran aku iaitu DORAEMON.. yup.. banyak kenangan mengenai doraemon nie.. :)


ps : Apa Pula Kartun Kegemaran Korang?? ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, November 30, 2010

Entry Khas : Thanx To Dak Intan

Salam n eelloopp korang..

hehehe.. arie aku terajin meng-update teratak usang aku.. =)

ok ar.. sebenarnya aku nak wat entry khas tuk :
Dak Intan di atas entry tutorial blockquote dia... ^.^
Kalo korang nak tutorial blockquote atau tutorial yang len, korang klik aje ar eik nama Dak Intan nie... :) 
senang aje.. tak pening2 pun pale... :) 

ps : Nak Mencari Tutorial Laie Dan Sangat Epy Atas Kunjungan Itu Serta Parcel My Baby 550 ^.^ 


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, November 14, 2010

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Cayang~ ^.^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang amat menyenangkan... :)
hari ini ahad bersamaan ngan 14hb November 2010.. :)
apa yang istimewanya arie nie??

sure korang pasti yang aku nak citer pasal sambutan ulang tahun kelahiran... :)
sape punya?? En.Cinta ar yang punya... ^.^

ok ar, di kesempatan ini, aku nak wish 

-Selamat Ulang Tahun Kelahiran Abg~
- Semoga Abg Di Panjangkan Umur..
- Di Murahkan Rezeki..
- Di Kurniakan Kesihatan Yang Baik~
- Semoga Apa Yang Abg Lakukan Di Berkati Oleh-Nya..
- Sentiasa Epy2 Sokmo~
- Sentiasa Epy Ngan Insan2 Yang Abg Sayang... :)



Pandangan Atas..


Pandangan Tepi.. ^.^



taun nie adalah taun pertama kita sambut bestday abg bersama.. semoga abg suka adiah yang org bagi tu.. :)
adiah aku tempah kat Kak Shu.. Nie lak Fb Kedai Mereka.. Nie Lak Fb Owernya, Kak Shu.. :)
ps : Selamat Ulang Tahun Kelahiran Cayang~ ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, June 20, 2010

Selamat Menyambut Hari Bapa... :)


Salam n eelloopp semua~
hehehe... just simple entry tuk sape2 yang bergelar atau pun bakal bergelar
AYAH, ABAH, DADDY, BUYA,BAPAK, APAK dan segala panggilan
dalam dunia nie tapi merujuk pada sorang aje insan yang bermakna dalam
hidup kita sebagai anak.. :)

SELAMAT HARI BAPA

TO OUR LOVELY, AYAH
MR. ABDUL HALIM LUM

from us ur lovely daughters
Lynda n Elyna Lum.. :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, June 13, 2010

Kepada Sesiapa Yang Berminat... :)


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? sihat?? ahad.. aku half day arie nie, masuk keje peang kang sebab pagi nak ke kenduri kawen anak customer aku di Taman Tuanku Jaafar Senawang... :)

ok, tak mahu citer pepanjang.. kepada sape2 yang berminat dalam photography, dan berbakat serta berminat nak sertai pertandingan nie, korang boleh ar rujuk pada link yang ada di bawah gambar tu.. :)

tajuknya " OUR CHILDREN, OUR FUTURE" :)
so apa laie, enter aje ar contest tu.. mana ar tau kot2 koranga da rezeki, boleh ar menang... :)

korang boleh baca terma dan syarat2 penyertaan kat link tu gak.. :)

kredit pada teman aku Bro Bob sebab sudi meng-share ngan aku pasal contest nie.. :)

ps : Aku Tak Ada Masa Nak Masuk... :( 





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, June 12, 2010

Entry Khas : SMS FOR GAZA, CONDEMN ISRAEL, HELP THE PALESTINIANS


Salam n eelloopp semua~
just simple entry from Lp Lum...

ok tadi aku ada baca kat blog otai kita iaitu Bro Ben Ashaari mengenai
kempen yang sedang di jalankan oleh pihak Aman Malaysia iaitu
SMS FOR GAZA : 
CONDEMN ISRAEL
HELP THE PALESTINIANS 

benda mudah aje.. yang penting keikhlasan hati kita untuk
membantu saudara2 kita di sana..

hanya type Gaza dan hantar ke 32928
hanya rm0.50 sen aje akan dicaj..
tak de nak dicaj sampai korang kering kredit..

so apa lagi?? hulurkan ar bantuan pada saudara2 kita yang memerlukannya..

ps : Hulurkan Bantuan Pada Yang Lebih Merlukan..
Mungkin Mereka Yang Kita Bantu Tak Akan Dapat Bantu Kita Andai Kita Ada Masalah
Tapi Mereka Akan Sentiasa Mendoakan Kita Yang Ikhlas Membantu..





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, June 11, 2010

Kebaikan Dan Keburukkan Ber-Facebook-ing... :)


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua dalam keadaan yang amat menyenangkan.. dah arie jumaat.. satu minggu telah berlalu.. hujung minggu telah tiba.. ada yang nak melancong dengan family ke?? atau ada jemputan ke rumah2 pengantin.. al maklum ar, skang kan ke musim cuti sekolah dan musim mendapat kad2 undangan yang perlu di penuhi permintaan nya... :)

ok2 aku tak mau citer pasal kenduri kawen atau pasal cuti2 nie.. aku just nak share ngan korang mengenai FACEBOOK.. aku cukup tahu sape yang tak kenal ngan Facebook atau kata singatnya FB.. ada yang tak kenal?? kalo tak kenal maka korang boleh ar melayari En Google ataupun Pn Yahoo tuk ke laman web rasmi Facebook tu eik... :p

sebenarnya aku nak citer ataupun bagi pendapat aku mengenai kebaikan dan keburukan ber-facebook-ing nie.. jangan kita hanya pandang dari satu sudut aje.. cuba kita teliti akan pro and con.. daripada sudut yang negatif ke pada sudut yang lebih positif.. bukan hanya memandang pada sebelah aje... :)

ok, apa yang buruknya ber-facebook-ing nie?? banyak~
antaranya kita lalai dengan aplikasi2 yang di sediakan.. games, dan macam2 laie ar aplikasi yang kekadang aku rasa amat mengarut.. tapi kalo tuk keseronokkan ok ar kot.. :p

ada kes yang aku dengar, sepasang suami isteri bercerai hanya kerana sang suami bertemu semula dengan kekasih hatinya.. menjalinkan semula hubungan yang konon2 nya terbengkalai di tengah jalan.. tapi lupa yang hubungan itu adalah kisah silam.. anak2 dan isteri sekarang ini adalah kisah sekarang.. tapi sanggup sang suami tersebut menceraikan sang isterinya hanya kerana ingin meneruskan kembali jalinan perhubungan yang tergendala dulu.. apakah itu??

ada jua yang aku dengar, sang isteri mengabaikan tanggungjawab hanya kerana terlalu asyik melayan teman2 maya ini.. kau beri komen itu, aku jawab dengan komen ini, kang si polan pulak membalas komen tersebut.. sampai bila mau habis?? :)

ok itu antara keburukan ber-facebook-ing.. skang kita lihat pulak kebaikan ber-facebook-ing nie.. antaranya.. kita dapat bertemu semula dengan teman2 lama kita.. teman2 yang dah lama terputus hubungannya.. macam aku sendiri, aku bertemu kembali dengan teman2 sekolah rendah aku yang dah lama aku tak jumpa dan ilang terus.. tapi dengan ber-facebook-ing, aku bertemu semula dengan mereka.. :)

laie, bagi mereka2 yang menjalankan perniagaan on-line ataupun cakap melayunya perniagaan dalam talian, dengan ber-facebook-ing, mereka boleh mengembangkan perniagaan mereka.. mereka boleh mem-promote barangan jualan mereka.. mana ar tau kan, dalam sepuluh yang di tagged gambar tu, ada 2 tau 3 orang yang berkenan dan akan terus membeli.. :)

pendek kata ar, facebook nie bukannya 100% buruk atau negatif.. ada gak yang positif serta kebaikannya.. kita yang menjadi pengguna nie perlu lah bertindak dengan bijak.. andai kita buat perkara yang buruk dengan ber-facebook, maka akan jadi negatif ar.. dan andai kita melakukan perkara2 yang baik, akan jadi positif ar facebook tu.. semuanya terletak di tangan kita.. tepuk dada tanya selera kita.. ke arah mana kita nak tuju.. :)

- kredit idea pada teman sekolej aku Cik In -
(dia masih single laie kalo sape2 yang berkenan) :p

ps : Dengan Facebook Gak Ar Aku Bertemu Dengan En.Cinta Aku... ^^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, June 4, 2010

Entry Khas Buat Our Lovely Ayah... :)


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? heheh.. aku doakan moga korang semua dalam keadaan yang amat sihat2 dan ceria2 sokmo.. :)

ok, arie nie masih dalam mood entry khas tuk Our Lovely Ayah.. Mr. Lum yang turn 50++ pada arie nie.. :)

Kepada Our Lovely Ayah,

Ayah,
Kami anak2 ayah ingin mengucapkan..
- selamat menyambut hari lahir yang ke 50++
- semoga ayah di panjangkan umo
- di murahkan rezeki
- selalu di berkati oleh Allah S.W.T
- semoga ayah di kurniakan kesihatan yang baik
- sentiasa epy di samping kami anak2 ayah yang nakal2 dan isteri ayah
- KAMI BANGGA MENJADI ANAK2 AYAH.. :)
- AYAH ADALAH YANG TERBAIK BUAT KAMI SEMUA..

hehehe.. itu aje ar.. :p
adiah akan kami post kemudian sebab ayah tak ada kat sini.. :)

ps : Ayah Aku Dah Masuk 50 taun ++ Dah.. Tapi Tetap Maintain Ensem.. :) 





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)