Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~
hehee.. arie nie aku nak preview pasal filem tahun lepas.. tahun nie baru dapat tengok citer tu... =.="
tak kesah ar kan yang penting aku dapat tengok.. ^^
filem pasal SAM atau Saya Amat Mencintaimu.. arahan anak teruna Dato' Yusof Haslam.. tapi bukan Mr Ensem Shamsul Yusof tapi adik beliau iaitu Shafiq Yusof.. alah, budak nie penah popular sebagai pengarah paling muda masa dia mengarahkan filem SAM nie dan SAM adalah buah tangan pertama beliau sebagai pengarah.. ^^
hah.. tu ar rupanya pengarah muda yang berbakat tu.. kenapa aku cakap dia berbakat?? sebab nya filem SAM nie memang bagus pada pandangan aku..
sebab nya, jalan citer nie tak sama macam jalan citer citer yang sedia ada di pawagam atau di kaca kaca tv.. jika musim tu citer seram, maka sepanjang waktu seram manjang.. kalau tak seram sangat, seram suam suam kuku pun jadi lah kan, asal kan seram katanya..
berbalik pada filem SAM nie, sebenarnya ianya filem thriller romantic.. memang korang akan rasa sweet sangat bila tengok antara SAM (Shaheizy Sam) dan LISA (Lisa Surihani).. babak dorang memang romantic giler ar.. dan macam biasa ar kan, kalau Abang Sam kita berlakon mana ada tak terselit komedi nya kan?? ^^
dan citer nie mula menjadi suspen dan terkejut terkejut bila Lisa di culik oleh someone yang tak tahu dan Sam pun berada di tempat yang sama.. dan mula lah pergaduhan, pergelutan dan what so ever..
yang menjadi best nya bila kita sangka kan "orang ini" yang menculik tapi sebenarnya "orang itu" yang melakukan nya..
kenapa aku menggunakan perkataan "orang ini" dan "orang itu"?? sebabnya korang kena tengok sendiri citer nie.. ^^
jalan citer yang tak bosan.. penceritaan yang menarik.. dialog yang ok.. menbuatkan jalan citer untuk filem SAM nie amat menarik..
jadi bagi aku yang kurang nak tengok citer citer melayu yang sama aje, filem nie memang lain daripada yang lain.. amat amat amat berpuas hati.. 9* untuk filem nie.. yang tak cukup 10*, aku asyik terkejut manjang... :p
dan pada Shafiq Yusof, harap harap ada lah buah tangan yang baru untuk filem.. setahu aku dia mengarahkan drama bersiri KL Gangster..
ps : Kemana Tumpahnya Kuah Jika Tidak Ke Nasi Kan?? Bapak Mereka Pengarah Dan Anak Anak Teruna Beliau Juga Menjadi Pengarah Yang Berjaya.. Melangkaui Batas Filem DI Malaysia Nie.. Syabas!! ^^
*credit gambar kat en google*
Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^