Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Review Filem : SAM 2012


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

hehee.. arie nie aku nak preview pasal filem tahun lepas.. tahun nie baru dapat tengok citer tu... =.="
tak kesah ar kan yang penting aku dapat tengok.. ^^


filem pasal SAM atau Saya Amat Mencintaimu.. arahan anak teruna Dato' Yusof Haslam.. tapi bukan Mr Ensem Shamsul Yusof tapi adik beliau iaitu Shafiq Yusof.. alah, budak nie penah popular sebagai pengarah paling muda masa dia mengarahkan filem SAM nie dan SAM adalah buah tangan pertama beliau sebagai pengarah.. ^^


hah.. tu ar rupanya pengarah muda yang berbakat tu.. kenapa aku cakap dia berbakat?? sebab nya filem SAM nie memang bagus pada pandangan aku..

sebab nya, jalan citer nie tak sama macam jalan citer citer yang sedia ada di pawagam atau di kaca kaca tv.. jika musim tu citer seram, maka sepanjang waktu seram manjang.. kalau tak seram sangat, seram suam suam kuku pun jadi lah kan, asal kan seram katanya.. 

berbalik pada filem SAM nie, sebenarnya ianya filem thriller romantic.. memang korang akan rasa sweet sangat bila tengok antara SAM (Shaheizy Sam) dan LISA (Lisa Surihani).. babak dorang memang romantic giler ar.. dan macam biasa ar kan, kalau Abang Sam kita berlakon mana ada tak terselit komedi nya kan?? ^^

dan citer nie mula menjadi suspen dan terkejut terkejut bila Lisa di culik oleh someone yang tak tahu dan Sam pun berada di tempat yang sama.. dan mula lah pergaduhan, pergelutan dan what so ever..
yang menjadi best nya bila kita sangka kan "orang ini" yang menculik tapi sebenarnya "orang itu" yang melakukan nya..
kenapa aku menggunakan perkataan "orang ini" dan "orang itu"?? sebabnya korang kena tengok sendiri citer nie.. ^^
jalan citer yang tak bosan.. penceritaan yang menarik.. dialog yang ok.. menbuatkan jalan citer untuk filem SAM nie amat menarik.. 

jadi bagi aku yang kurang nak tengok citer citer melayu yang sama aje, filem nie memang lain daripada yang lain.. amat amat amat berpuas hati.. 9* untuk filem nie.. yang tak cukup 10*, aku asyik terkejut manjang... :p
dan pada Shafiq Yusof, harap harap ada lah buah tangan yang baru untuk filem.. setahu aku dia mengarahkan drama bersiri KL Gangster.. 

ps : Kemana Tumpahnya Kuah Jika Tidak Ke Nasi Kan?? Bapak Mereka Pengarah Dan Anak Anak Teruna Beliau Juga Menjadi Pengarah Yang Berjaya.. Melangkaui Batas Filem DI Malaysia Nie.. Syabas!! ^^


*credit gambar kat en google*




Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, December 30, 2011

Review Filem : Ombak Rindu Yang Sendu Aku Menontonnya~

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan koga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

Jumaat sudah.. sekejap aje seminggu berlalu dan dalam minggu nie pelbagai dugaan datang.. aku REDHA~
redha apabila mendapat berita mengenai nendaku yang di masukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada petang selasa kerana mengalami sesak nafas dan peparu berair.. dan sehingga entry ini ku tulis, beliau masih berada di dalam wad dan sedang menantikan rawatan susulan oleh pihak hospital..
apa jua yang terjadi, aku doakan moga nendaku akan kembali pulih seperti sediakala.. AMIN~

lupakan citer nendaku yang sedang sakit.. kembali kepada tajuk entry aku kali nie.. 


REVIEW FILEM: OMBAK RINDU YANG SENDU AKU MENONTONNYA~

semalam aku menonton filem pecah panggung yang di katakan mengutip berjuta2 RM sepanjang di tayangkan iaitu OMBAK RINDU.. dan kesenduan aku menontonnya adalah bukan sebab munasabab yang filem itu sangat sedey ok... aku sendu sebab filem itu amat mengecewakan aku~ :(

kalo tak silap aku pernah menulis mengenainya dulu di sini.. sewaktu itu konon2 aku sangat TERUJA nak menonton antara filem yang di adaptasikan dari novel kegemaran ramai nie.. 

dan apabila semalam aku menontonnya di sini, aku sangat KECEWA ngan filem tersebut.. nyesal tak sudah rasanya tunggu lama2 sebab nak buffing tak mau tersekat2 tapi apa yang aku dapat?? 

aku tak tau di mana silapnya filem tersebut atau aku ke yang tak ada perasaan?? aku banyak baca tentang review member2 aku yang dah menonton filem nie.. ramai yang cakap sampai nages2 bila kuar panggung.. sampaikan tengok banyak2 kali pun tetap gak nages2..

aku puas ar ulang tayang filem nie semalam.. hampeh sungguh.. langsung aku tak ada feel dan langsung tak ada walau setitis pun air mata aku kuar.. benar2 ar aku nie tak ada perasaan~
apa sebab pun aku tak tau, nak cakap jalan citer nya tak bagus?? pelakon2 nya tak best?? tak HOT?? atau cara penyampaian yang tak menarik?? tah ar.. tapi lakonan MAYA KARIN memang macam tak kena aje.. (sebenarnya mana2 filem pun lakonan dia sama aje) =.="

bagi pendapat peribadi aku sendiri, naskah Ombak Rindu nie amat2 menarik.. aku tak tau ar bagi orang lain, tapi bagi aku ianya sebuah naskah yang menarik.. tak terlalu complicated sangat ngan jalan ceritanya.. tapi malangnya.. filem yang di adaptasi sangat2 kecewa~

bukan sekali aku menonton filem nie, berulang kali dan berulang kali jua aku cuba untuk menyelam kesedihan IZZAH, atau MILA mahupun HARIZ.. berulang kali aku cuba mencari di bahagian mana yang boleh membuatkan aku terasa dengan lakonan mereka2 ini walaupun untuk sedetik cuma.. berulang kali aku cuba menyelam jalan ceritanya, mencuba meletakkan diri aku di dalam watak2 tersebut tapi malangnya tiada apa yang mampu aku rasakan.. tiada apa yang mampu untuk aku banggakan..

jika kita mendengar Original Sound Track (OST) filem nie, kita dapat merasa apa kesedihan yang ingin di sampaikan.. tapi bila dah menonton filem nie, jangan terlalu berharap pada kepuasan yang kita impikan... =)

thanx to Mr Papanda Rajin yang share link kat FB semalam.. seb baik tak bazir duit aku gie beli VCD atau DVD tak kira ar yang original atau yang pirate pun.. ^.^

ps : Kenapa Tidak Mengambil 100% Penceritaan Dan Mengapa Perlu Di Ubah Suai?? =.="










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, November 4, 2011

Ombak Rindu

Salam n eelloopp semua~
korang apa kahabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

OMBAK RINDU.. kalau korang peminat setia novel, korang pasti tau akan citer nie.. aku sendiri pun pernah membaca buku nie walaupun aku tak memiliki novel nie dan aku pasti pasnie akan ramai yang mencari novel karya Fauziah Ashaari nie kembali.. :)
(aku pun nak gak kalo jumpa sebab aku tak suka tengok movie yang di adaptasi daripada novel)

Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu? Credit pada Anizyn Blogspot

Alrite yang kat atas nun adalah sinopsis filem/novel tersebut.. so.. ada yang tertarik nak tengok?? :)
aku tetap gak tak tertarik pun nak gie tengok walaupun dalam tu ada pelakon2 yang aku gemar dorang berlakon macam Aaron Aziz, Bront Palarae, Lisa Surihani.. :)
tetap nak novel gak.. ;p
sama macam suatu masa dulu "hot" ngan drama Nora Elena dari novel Kasih Yang Suci hasil karya Meen Zulaikha.. semua berebut menonton drama tersebut, beli novel sampaikan berkali2 di ulang cetak.. tapi aku beli bila dah sejuk, sebabnya mudah nak dapat.. tak payah nak order2 kat MPH atau Popular atau kat mana2 online shop.. :)


hehhee.. terpesong sudah, ok ar aku suka lagu tema Ombak Rindu nie nyanyian Hafiz dan Adira AF.. dua2 pun budak2 AF gak.. =.="
aku dengar pagi semalam ar kat Astro Ria.. bukak2 aje terus kuar lagu tu.. aduhai, cam best aje lirik ngan melodi lagu tu.. :)


so.. di sebabkan aku suka akan lagu tu, aku cari kat Youtube.com OST Ombak Rindu nie.. kat bawah nie, Unofficial MV Ombak Rindu.. yang official aku tak jumpa lak.. :p
so layan aje ar eik.. ^^




kredit MV pada Youtube.com

nie bagi sape yang nak download mp3 lagu nie.. klik kat SINI 
pastu meh kita sama2 nyanyi...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Kredit Lirik Kat 1liriklagu.com.. ^^

ps : Novel Laie.. Pasti Ada Yang Tak Mau Bagi Aku Masuk MPH & Popular Nie Kang... :p








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, July 12, 2010

Liburan Yang Penat Tapi Amat Seronok Sekali... ^_^


Kredit MV kat En.youtube.com.. Lagu Saleem _-_ Wanitaku


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? hehehe... lewat update sebab baru dapat bukak blogspot nie hah... :)
semalam tak sempat nak update apa2 sebab terlalu penat mengliburkan diri ngan En.Cinta di Pesta Buku Jusco Seremban 2.. :)


nak kata best, tah ar.. bagi aku memang tak best.. kebanyakkan bahan ilmiah yang lebih kepada pelajar2 IPT mahupun pelajar sekolah.. tujuan nak cari novel.. tapi tak ada sebabnya yang banyak di jual novel daripada Alaf 21 aje.. aku agak cerewet dalam membeli novel.. aku hanya membaca novel keluaran Creative Enterprise Sdn Bhd aje.. 


akhirnya aku dapat 2 buah novel tapi beli kat MPH.. :p
Cinta Pertama nukilan Haslinda Ismail dan Cinderella Cinta nukilan John Norafizan.. :)
aku senaraikan 5 buah novel tapi dapat 2 aje.. ok ar tu kan?? at least aku dapat gak.. :p


sebelum tu, aku ngan En.Cinta g tengok movie citer Zoo.. huhuhu... sedey nya aku tengok citer nie.. tak tau ar ngape.. bukan Zoo nie citer sedey.. citer lawak.. tapi aku sedey sebab RUGI tengok.. jalan citer ok ar.. bagi sape2 yang minat kat kumpulan senario, ok ar.. tapi bagi aku yang tak minat, citer tu jadi macam ngantuk.. lisa suruhani pun ada berlakon dalam citer nie, dia nya lakonan kali amat kecewakan aku... kalo nak bg bintang, dari 5 bintang, aku hanya boleh bagi 2 bintang aje... sedey kan?? macam mana kita nak support filem melayu kalo macam nie gayanya?? 


then kami nak g mam McD (itu En.Cinta paling gemar makan McD) :)
tapi hanya tapau then gi makan kat City Park Seremban 2 di sebabkan teramat ramai orang yang duk makan kat McD tu.. tak ada tempat nak duduk.. yang dah abis makan pulak, masih mahu berbual sedangkan mereka melihat ramai laie orang yang ngah beratur nak mencari tempat.. kesian pada mereka2 yang membawa anak2 kecik..


lepas kami makan a.k.a ala2 berkelah kat City Park nun, kami gi lak karok.. ahaks~ ini En.Cinta memang gemar bernyanyi upanya... layankan aje ar... then dia nyanyi lagu yang kat ats tu.. hehehe.. terasa jiwang lak... ^_^


dan bila aku dengar aje lagu tu, secara automatik aku akan minda aku akan mengimbas semula "peristiwa" itu... :">
malu seh.. kerana 1st time dapat lagu dan di nyanyikan secara live oleh orang yang tersayang... huhuh... teramat terharu di waktu itu~


then dah penat dia berkarok, kami pun balik dan singgah kat Taman Tasik Seremban nie hah.. mengenang semula peristiwa 19hb yang lepas.. jalan2 sebab arie tu tak sempat nak jalan2.. tengok lanskap yang cantik, tengok ramai orang ber-jongging, ber-tai chi, bersenam hanya ber-poco poco aje tak ada... :p


kul 6.30 petang sampai kedai, dan dia pun balik ke umah dia semula ngan menaiki komuter.. aku pulak, teruskan keje sampai ar malam... penat tak boleh nak cakap.. tapi amat gembira... :)


so, tak tahu bila akan dapat berliburan seperti ini laie, sebab pasnie aku dah tak ada cuti hingga selepas raya.. cuti raya pulak iaitu 18hb hingga 20hb Ogos 2010, aku dan family akan bercuti ke Pulau Langkawi.. Dak Miera, sila nantikan kedatagan akak ke sana eik.. kalo ada rezeki boleh jumpa n boleh bawak akak pusing, ronda2 kat pantai Langkawi itu... :)


ok ar eik.. aku mau gi lunch jap.. perut ini sudah berkeroncong.. aku jumpa kalian esok... :)


ps : Thanx Ya~ Sayang Kamu.. Rindu Akan Kamu~





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, March 2, 2010

Review Niyang Rapik... :) Aku Yang Tertinggal...

Salam n eelloopp semua~
apa khbar n apa citer korang?? :)
hehehe... arie nie aku nak citer psl xtvt aku pd arie Sabtu yang lepas..
hehehe... nak citer pngalaman aku tgk citer Niyang Rapik.. :)

ok ar nie lebih kurang macam review filem nie ar eik.. tapi dari sudut pandangan aku.. pandangan orang lain aku xkira ar plak.. sebab aku xsempat nak tanya penonton yang xpenuh panggung 2... :)
alah biasa ar kan filem melayu mana ada yang nak layan.. tapi aku xtau ar kalo masa memula citer nie kuar kat pawagam dulu.. sebab nya aku tengok pun dah lewat... :p

so.. berbalik pada pandangan aku mengenai citer nie.. sewaktu member aku En E mengajak aku tengok citer nie, dalam pikiran aku hanya 1 iaitu SERAM seperti mana dalam drama bersiri dulu kat TV3..

sebaik citer bermula, adegan seram 2 ada.. tapi xlama.. bak kata orang, adengan seram 2 xdapat nak bertahan lama dengan penonton.. dan bila 4 sekawan nie iaitu Helmi (Kamal Adli), Saiful (Zed Zaidi), Amir (Awal Ashaari) dan Zizan (Shaheizy Sam) kembali ke Kampung Niyang Rapik untuk memulangkan semula gambit yang telah di curi oleh arwah Zack (Fizz Fairuz), berbagai adengan seram dah lucu wujud.. mereka bertemu kembali Laila (Liyana Jasmay) yang sebenarnya telah mati.. sebab apa dia mati, korang kena ar tengok sendiri.. :p

banyak adengan2 seram dalam citer nie tapi cepat sangat di "potong" oleh adengan2 lucu.. Shaheizy Sam, memang lawak dalam citer 2.. seakan2 nerd tapi "kecoh" sangat2.. Zed Zaidi, dalam 2, memang macho.. mungkin dia sebagai ketua dalam kumpulan 4 sahabat 2.. Awal Ashaari lak, aku tengok ok2 aje.. yang Kamal Adli lak, aku tengok ok ar.. aku xpernah tengok dia berlakon sebelum nie.. n seriously aku xpenah kenal dia siapa n bila masa dia jadi artis.. :)
Liyana Jasmay lak, xusah nak pertikaikan ar.. dia memang superb ar kalo berlakon.. sejak dari kecik sampai ar dah bosar nie.. :)

yang lain2 pun not bad.. macam Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khas, Dian P.Ramlee n sebagainya.. :)

bagi pengarah Ahmad Idham, gud job walaupun aku hampa ngan anggapan pertama aku.. :(
tapi ada gak budak2 nie yang menjerit sebab terperanjat.. aku lak, xde perasaan langsung.. :))

ok ar kalo korang nak baca sinopsis Niyang Rapik kat Sini.. :)

so.. aku pun dah nak wat keje balik... korang layan ar citer aku nie.. ;p
aku jengah umah2 korang petang2 sikit ok... ;)
bye2...

ps : Mr E seorang yang pemalu rupanya.. tak ku sangka lak... :p







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)