salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)
hehehe.. semalam aku bersama2 ngan en suami pulang ke kampung untuk melakukan aktiviti menangkap ikan bersama2 ngan family en suami.. :)
walaupun hasil tangkapan tak berapa nak besar, tapi nampaknya matlamat tercapai.. semua orang pun gembira bila meredah lumpur untuk menangkap ikan yang bersembunyi di dalam lumpur.. ^^
bagi aku, nie adalah pengalaman pertama aku tengok.. dah 29tahun aku hidup.. sangat "bandar" rupanya aku nie.. =.="
1st time tengok dorang tangkap ikan guna tangan, 1st time tengok dorang meredah lumpur tanpa sebarang pengalas kaki.. perghhh... boleh tahan gak dorang nie dalam otak aku.. :)
tak takut kena sengat ngan ikan sembilang ke?? tak takut kaki kena benda2 tajam ke??
tapi Alhamdulillah nampaknya kaki mereka semua terselamat daripada sebarang kecederaan... ^^

en suami dan sepupunya sedang meredah lumpur..

Sedang "Aim" ikan yang bakal menjadi mangsa tangkapan en suami... =)

Hasil tangkapan mereka.. ^^

ikan sembilang afrika..

lepas penat meredah lumpur, kita hilangkan dahaga dengan air kelapa muda... fresh from the tree gitu... =)





