Tuesday, January 3, 2012

Tiada Tajuk..

walaupun tahu yang penantian itu suatu yang amat menyeksakan
namun kita tetap jua menanti..
tetap jua menyeksa perasaan..

walaupun rancangan yang kita rancangakan tergendala
namun mulut masih lagi menuturkan semanis senyuman
walhal di dalam hati tiada siapa yang tahu akan kecewaan yang di rasakan..

walaupun mulut menuturkan 1000 kali kemaafan
belum tentu hati ikhlas apabila menuturkannya..

walaupun hati berat untuk menyatakan nya
namun lancar lidah melisankan alasan..

walaupun air mata bergenang di kolam mata
namun hanya hati yang di landa banjir kesedihan..

walaupun mulut terkunci untuk berbicara
namun tangan pantas mencoretkan apa yang di rasakan di sini..

aku tahu masa kamu adalah emas
aku tahu keluarga kamu amat penting
aku tahu apa yang kamu lakukan untuk cuba menjadi yang terbaik
walau untuk siapa jua

tapi aku jua punya perasaan
aku bukan sengaja ingin merajuk
aku bukan sengaja untuk menagis
aku bukan sengaja untuk berkecil hati
aku bukan sengaja untuk tidak memahami siatuasi kamu

tapi... hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya hatiku
hanya Tuhan yang tahu betapa remuknya perasaanku
hanya Tuhan yang tahu betapa sendunya hatiku
hanya Tuhan yang tahu betapa kecewanya diriku ini..

dan hanya yang kamu tahu aku sedang tersenyum
yang kamu tahu aku sedang tertawa
yang kamu tahu aku sedang menyenangkan hati kamu..

biarkan lah..
usah di pujuk rajuk ku..
biarkan lah..
biarkanlah masa yang menyembuhkan luka ini..
biarkanlah parut kepedihan ini menjadi sesamar bayangan kesedihan..

aku cuma seorang insan biasa yang hanya mampu untuk bersabar..
dan sehingga kesabaran ku lenyap bersama sama jasadku kelak...

ps : No Reason To Cry Like A Child....  










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, January 1, 2012

1st Entry Di Awal Tahun 2012

selamat menyambut tahun baru 2012 buat semua pembaca teratak Numb Gurl'z nie.. :) dan insya Allah tahun ini akan lebih baik buat kalian serta buat aku gak.. Kerana tahun ini akan berlangsung 3 majlis besar di dalam keluarga aku sendiri dan 2 majlis besar di dalam keluarga sedara mara ku pula.. Di harapkan jua nendaku yang sedang berada di dalam hospital kini akan kembali semuh seperti sedia kala.. Kami semua mendoakan agar nenda cepat2 sembuh dan kuatkan semangat untuk melawan penyakit tersebut.. Insya Allah..

Kepada En Tunang, tahun nie akan menjadi lebih makna uat kita.. Insya Allah.. Semoga apa yang kita rancangkan akan menjadi dengan lancarnya dan semoga di berkati.. Dan tahun nie gak kita telah bersama2 selama 2 tahun.. Thank you so much abg.. Bahagia ngan apa yang kita ada skang dan semoga kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kita.. Insya Allah.. ILYSM~

Ok ar, buat sementara waktu nie tiada peng-update-pan kerana lappy aku sakit semula.. Nak kena masuk wad ar nampaknya dan nak kena kuar duit laie ar nie... :(

Nnti bila2 aku ada free, aku nulis laie eik.. Salam sayang buat semua pembaca teratak aku nie.. (macam ar ramai sangat yang nak baca teratak aku) :)



Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)