Thursday, March 10, 2011

Holiday Ke Vietnam Part 2 - DELTA MEKONG

Salam n eelloopp korang semua??
aku doakan moga bahagia aje...
skang kita sambung perjalanan kita ke DELTA MEKONG..

jika ke sini, kita perlu ar ambik tour.. tour agencies banyak kat HCM City nie.. hanya yang perlu korang pastikan rege yang mereka tawarkan.. kalo susah sangat tanya aje pada pihak hotel tempat korang menginap.. mereka ada menyediakan tour mengikut tour agency yang bekerjasama dengan pihak hotel..

macam kami, di sebabkan kami menginap di Liberty 3 Hotel, maka kami mengikut tour yang mereka tawarkan.. aku tengok kat sini hanya ada beberapa pakej aje.. lebih kurang 4 pakej yang di sediakan oleh semua tour agency.. 

ada pakej sepenuh hari ke DELTA MEKONG, ada pakej sepenuh hari ke CU CHI TUNNEL, ada pakej separuh hari ke CU CHI TUNNEL dan pakej separuh hari PUSING BANDAR HO CHIN MING.. rege dalam around USD11 - USD 8 bergantung pada pakej mana yang korang ambik.. kalo yang 1 arie tu, di sediakan lunch sekali.. macam kami bawak bekal roti.. :p

menyusuri Delta Mekong nie, kami di bawa ke 4 buah pulau2 yang berdekatan.. antaranya UNICORN ISLAND.. kat Unicorn Island nie, kita akan melihat perkampungan yang telah di tinggalkan.. kalo ada pun cuma warga emas aje kerana kebanyakkan anak2 muda telah kuar bekerja atau berpindah ke HCM City tuk mencari kerja.. maka kawasan kampung nie di jadikan sebagai tempat tuk membela atau menternak lebah.. kat sini, dorang juga menghasilkan ARAK ULAR iaitu sejenis arak yang di peram bersma2 dengan ular terutamanya KING COBRA.. arak nie berfungsi seperti pil VIAGRA ar.. tuk kekuatan dalam kaum lelaki.. :p

kat sini gak, korang boleh membeli madu lebah asli tapi yang ternak punya ar bukan macam kat Malaysia yang boleh di dapati kat hutan.. di sini, korang akan di jamu dengan TEH MADU LIMAU serta sepiring pisang salai, halia sira serta kuih bepang kacang.. dan kesemuanya menggunakan madu asli.. tiada menggunakan gula tebu... :)

pas menikmati teh madu limau, kami berjalan menuju ke penambang iaitu di hujung pulau tuk menaiki sampan.. 1 sampan hanya boleh di naiki 6 orang termasuk pengayuh di hadapan serta pengayuh di belakang.. perghh.. kat sini pun boleh traffic jam gak tau, berlaga antara satu dengan yang len.. dan peringatan yang di berikan adalah.. jangan masukkan jari anda ke dalam air di sepanjang perjalanan jika anda tak mahu kehilanggan jari jemari anda... :p
sure korang tau apa yang menghuni di dasar sungai itu kan?? :D

yang menjadi pengayuh pun warga2 tua.. cian aku tengok nenek ngan atok yang membawa sampan kami.. mereka di bayar RM 4 tuk sekali trip yang di bahagikan 2 orang.. dan mereka hanya bekerja dari pukul 8 pagi hingga pukul 1 sahaja.. kesian kan??

selepas bersampan bersama2 nenek ngan atok pengayuh kami nek semula bot tuk ke pulau yang ke dua.. sorry aku tak tau nama pulau nie.. yang aku tau, pulau nie menghasilkan barangan daripada kelapa.. ada candy kelapa, ada barangan kraf drpada tempurung kelapa, batang kelapa, dan sebagainya.. kat sini rege tuk kraf agak mahal.. tapi tuk candy sangat murah.. dengan hanya 50,000VD (+/- RM 7.10) tuk 5 paket percuma 1 paket.. korang boleh membeli candy kelapa pelbagai perasa.. ada original kelapa, ada kelapa dengan durian, ada kelapa dengan nanas, ada kelapa dengan kacang tanah dan sebagainya.. fresh from oven... :)

balik dari melihat pembuatan candy kelapa, kami ke pulau seterusnya tuk lunch time.. kat sini, kami mam roti yang di bawa sebagai bekal.. kat sini gak korang boleh berbasikal secara percuma (sebenarnya dan termasuk dalam rege pakej) boleh keliling kampung nie melihat bagaimana mereka melalui kehidupan harian mereka.. :)

penat berbasikal, kami nek semula bot tuk ke pulau yang terakhir.. kat sini korang akan di jamukan dengan buah-buahan tempatan vietnam seperti ciku, buah naga, nanas dan betik serta air teh kosong kurang manis.. sambil2 tu korang akan di hiburkan dengan pemuzik amatur penduduk pulau nie.. amatur pun jangan pandang sebelah mata ok, mereka dah mengasilkan kompilasi CD tuk di jual.. lebih kurang macam indie band ar dorang nie.. pas dan makan, dan dengar lagu2 korang kena ar derma seikhlas atie.. :p

jadinya pas dah mendengar kami pun pulang ar ke jeti semula.. korang boleh memilih tuk balik ke HCM City sama ada nek bas mahupun nek speed boat.. tapi speed boat rege len eik.. USD12/person kalo xmo, balik nek bas aje.. sbb bas pun dah di bayar... :p
tapi kami blik nek speed boat sebab en tourist kami memberikan special rege tuk kami... :)

kalo nek speed boat nie pengalamannya len sikit berbanding ngan nek bus.. sebabnya korang akan mengalami pengalaman yang best.. boleh tengok kampung2 air dorang, boleh tengok stesen minyak tuk kapal2, boleh tengok tempat parking khas tuk kapal ataupun boat2, ada kawasan yang tak boleh di labuhkan sauhnya, ada kawasan yang hanya takat 3oometer aje boleh labuhkan sauh.. ada kawasan tak boleh parking.. :)

dan sepanjang perjalanan korang akan tempuh satu kawasan yang sangat2 BUSUK keadaanya.. iaitu perkampungan setinggan air dorang.. kat sini dorang sesuka hati membuang sampah sarap ke dalam sungai hinggakan sungai tersebut di kenali sebagai BLACK WATER RIVER.. memang hitam sungguh.. tak lalu sungguh kalo korang tengok...

pas dah sampai ke pelabuhan Saigon atau pelabuhan HCM City, kami nek bas tuk kembali ke hotel.. :)
malam tu kami kuar semula tuk g mam serta tapau roti tuk sarapan esok.. dalam perjalanan pulang sempat aku merembat 2 buah novel Inggeris 2nd hand yang berkondisi sangat baik.. dah ar murah 2 buah buku dengan rege RM 28.. dah ar tebal2 murah2 lak walaupun 2nd... :)


Boats Di Jeti...


Lebah2 Di Unicorn Island


Minum Teh Madu Limau Di Unicorn Island


Halia Sira, Pisang Salai, Bepang Kacang Yang 100% Menggunakan Madu Lebah


Arak Ular Tuk Kesihatan Lelaki... Ada Yang Berani Nak Cuba?? ^.^


Nek Sampan Di Unicorn Island Menuju Muara...


Island Yang Ke-2  Perkampungan Kelapa... :)


Kilang Wat Coconut Candy 


Meh Makan Buah-buahan Segar.. Fresh Dari Ladang... ^.^


Sambil Minum Teh Kurang Manis..


Kita Berhibur Dengan Alunan Lagu2 Serta Muzik Tradisional Kumpulan Pemuzik Amatur... :)

ok ar esok aku sambung citer ke CU CHI TUNNEL lak eik... :)

ps : Sayangilah Sungai Kita... ^.^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

3 comments:

Cik Azz said...

Ishhh... Geli je la arak ular tu... eiii....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ajak la kita org sekali..

Unknown said...

kak azz : geli tp cumel... :)

brutalsolo : meh2.. next year eik... :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)