Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)
terasa tiada mood tuk menghupdate blog, buat keje membaca dan sebagainya.. :(
terasa kekosongan skang nie.. terasa seperti sesuatu yang telah hilang..
terasa seperti sesuatu yang tidak kena.. terasa sesuatu yang membuatkan aku rasa ZERO...
aduhai atie, apakah sebabnya??
aku puas memikirkannya.. tapi tiada jawapan yang aku temui... apabila kita terasa akan "kehilangan" baru kita sedar betapa ianya amat "berharga" walaupun ianya hanya sebutir pasir yang pada pndangan asal nya tiada membawa sebarang harga.. tapi.. sekiranya pasir yang tiada harga itu di berikan oleh seseorang yang menjadi sebahagian daripada hidup kita dan ianya telah "hilang", maka di situlah perasaan kehilangan akan menular... :)
semakin "jauh" ianya pergi meninggalkan kita, semakin terasa akan keperitan, kekesalan serta ketidakpuasan "bersama"... menjadi lumrah dunia, apa yang kita sayang biarkan ianya lepas pergi mengikut rentak kehidupan yang telah di tentukan.. rentak kaki yang agak pincang tidak akan terasa bila rentak itu sekata dengan nawaitu yang telah di tekad kan.. :)
ianya akan menjadi pincang hanya bila kita cuba mengubah atau mengikut rentak kehidupan yang bukan milik kita.. meniru sesuatu yang bukan milik kita hanya akan menambahkan beban yang yang tak mampu nak di pikul oleh bahu.. perasaan sayang itu cuma setakat SAYANG bukan lebih2 atau kurang2.. jika perasaan SAYANG itu berubah menjadi CINTA, maka itu akan teruk dan membinasakan diri serta perasaan kita..
aku bersyukur kerana rentak kehidupan aku tidak sepincang dulukala.. semakin teratur serta perasaan SAYANG itu telah bertukar menjadi CINTA serta di sulami dengan KASIH.. alangkah indahnya kehidupan ini sekiranya kita yang berhak mengaturkan segala2nya?? tapi itu MUSTAHIL, kita hanya mampu mengimpikan sesuatu yang indah.. kita hanya mampu merancang apa yang membuatkan rentak kehidupan kita indah.. tapi hanya ALLAH yang ESA menentukan segalanya.. dan apabila kita mendapat sesuatu tidak seperti yang kita impikan, hanya tanamkan dalam diri kita SESUATU YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAHNYA dan setiap kejadian adalah sesuatu ketentuan.. terima dengan hati yang tenang, redha, serta seikhlas yang mungkin... :)
suatu ketika dahulu aku amat obses dengan sebutir pasirku.. tapi skang apabila sebutir pasirku hilang, dan aku berjumpa dengan sebutir pasir yang sangat memahami aku, apa lagi yang perlu aku tunggu?? aku terima, aku jaga pasir baru ku itu sebaiknya.. walaupun kadang kala aku rasakan pasir baruku jua seperti ingin menghilangkan dirinya... :(
apa pun, hargailah apa yang ada di depan mata kita sebaik2 nya.. jangan menyesal di kemudian hari apabila ianya hilang daripada pandangan mata zahir mahupun pada mata hati.. buka mata hati kamu seluasnya.. jangan bergantung pada mata zahir kerana mata zahir mampu membuatkan kamu tertipu akan keindahan yang di pamirkan secara luaran... :)
ps : Mood = No Mood... ^.^
No comments:
Post a Comment