Tuesday, January 29, 2013

Hadiah Birthday Yang tak di Sangka (Part 1)


 credit gambar kat aku sendiri

salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

alrite.. aku tau dah lama tak update teratak buruk aku nie.. =.="

dan yang buat aku tersemangat nak update ialah....
bila kak Azz tag aku mengenai blog aku di ulas di fanpage Puan Melur Jelita..:)

hehhe.. bukan nya apa, ingat tak dulu aku pernah menulis review novel beliau?? tak ingat?? tak pe boleh click kat sini.. 

dan apabila kak Azz tag kat aku.. apa yang aku rasa?? "mau pengsan lor" sebab nya penulis pujaan hati sudi menjengah ke teratak buruk aku nie dan sudi share ngan peminat peminat beliau serta peminat peminat ILUS.. mau tak pengsan?? ^^

dan masa aku baca semalam, sempat ar kan aku poyo kat En Suami pasal benda nie..dan haruslah aku katakan yang aku memang poyo semalam.. ^^

En Suami pun tak tau nak cakap apa bila tengok aku poyo sangat dengan kisah nie.. ^^

nak buat camne kan, dah isteri dia memang gilakan novel.. haruslah terima dengan keredhaan akan kepoyoan aku... ^^

so.. tak mau citer pepanjang.. apa apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada kak Azz sebab sudi tag kat aku dan pada Puan Melur Jelita, thanks a lot sebab sudi singgah ke teratak buruk aku nie.. ^^

jumpa laie di masa akan datang bila aku nak menulis laie... ^^


ps : Speechless, Love It, 






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, January 11, 2013

Olan _-_ Hiasan


salam n eelloopp~
arie nie meh kita layan slow rock
aku dgr lagu nie masa aku poie ke umah sewa En suami aku ke Rawang nun..
terus terjatuh cinta dan hati lak kek lagu nie.. ^^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, January 9, 2013

Victoria's Secret refreshing Body Mist In D' House


salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

hehehe.. jap timbul, jap hilang.. :p
bukan apa banyak keje nak di buek.. :D

alrite2, nak promote Victoria's Secret refreshing body mist from SweetGarden BeautyHouse.. :)

stocks terbaru yang dorang bagi kat Butik Elyna, ada 9 bau yang sangat2 harum dan manis..

antaranya adalah :


Amber Romance


Island Waters


Sweet Temptation


Love Spell dan lain lain bau..

harga yang dia jual RM 60 termasuk postage, dan harga yang aku jual kat Butik Elyna, adalah sama gak.. RM 60 tapi tak ada postage.. :)

so grab ar selagi stocks masih ada..

antara lain bauan nya :

- Secret Crush
- Pretty In Pink
- Love Spell Midnight
- Passionate Kisses
- Almost Nude

dan jika korang direct ngan SweetGarden BeautyHouse maybe dorang ada special price.. ^^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, January 3, 2013

Kenangan Tahun 2012



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Amin~

entry pertama tahun 2013.. alhamdulillah masih laie mampu untuk aku mencoretkan sebuah entry pada tahun baru nie.. ^^

dan sepanjang aku hidup 30 tahun nie, tahun nie lah pertama kalinya aku "sambut tahun baru".. sambut ke?? bukan ar, sekadar menghabiskan sepanjang malam ngan En Suami.. makan makan, jejalan melihat gelagat manusia yang menyambut tahun baru dan yang best, aku tengok tembakan bunga api secara live di I-city Shah Alam bersama sama ngan En Suami.. (walaupun dah banyak kali tengok, tapi kali nie len sikit) :p

dan apa kenangan manis mahupun pahit yang dah aku perolehi sepanjang tahun 2012??

- 080612, tarikh keramat bila aku menjadi isteri yang sah kepada En Cinta..


selama 9 bulan menjadi tunangan En Cinta (250911) kami telah di satukan secara sah.. :)
dan pada 100612 majlis resepsi telah berjalan dengan lancar di Ballroom Bayu Beach Resort Port Dickson..



nie gambar sewaktu di sebelah rumah En Suami.. :)

- 190212, satu satunya adik aku telah bertunang dengan Muhammad Aiman B Mohd Ghaus.. sekaligus aku dah dapat adik lelaki pulak... :)


dan pada 090612, adik aku sah menjadi isteri orang..
dan majlis resepsi juga di adakah serentak dengan majlis resepsi aku.. ^^

dan sepanjang tahun lepas, hidup aku kembali ceria dengan kehadiran mereka mereka yang tersayang..

aku dah punya kampung walaupun kampung En Suami, aku mula menyesuaikan diri dalam kehidupan berumah tangga, bergaul dengan keluarga En Suami yang besar.. ^^

dan, Alhamdulillah, My Shop Butik Elyna semakin kukuh.. :)

dan keluarga kami menerima "ahli keluarga" yang baru iaitu Dak Apai and Dak Bunny.. ^^
2 ekor kucing yang sangat manja dan cerdik.. hanya kucing terbiar yang di tinggalkan ibu kucing di belakang rumah kami.. ^^


Dak Apai



Dak Bunny a.k.a Dak Donut sebab ekornya cam donut.. ^^



Sempena tahun baru dah berdamai.. :D

dan aku mengharapkan agar tahun ini akan membawa lebih kebaikan berbanding tahun tahun yang sudah.. Insya Allah~ ^^

dan semoga tahun ini kami di berikan rezeki yang kami nanti nantikan.. :)






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)