Friday, December 31, 2010

Review Novel : Baju Pengantin Mak Andam





" Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul? "

ok ar.. tu sinopsis novel yang aku rembat kat Cik Shidah.. :)

tajuk nya : Baju Pengantin Mak Andam
Bilangan Muka Surat : 540 helai
Harga : rm 18 tapi kalo beli ngan Cik Shidah ada less 10%... :)
Penulisnya : areila sahimi

Salam n eeelloopp korang semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)
Jumaat sudah dan Jumaat ini adalah Jumaat yang terakhir bagi Tahun 2010.. :)
dan tau ar korang sedang enak2 bercuti umum kan?? ^.^
tahniah buat pasukan Harimau Malaya yang menang dalam Piala Suzuki Rabu Lepas... :)

dan rabu lepas jua aku berjaya tamatkan novel kat atas tu... ^.^

Review Aku :

hehhee.. ok ar.. jalan citer pun tak berapa berat dan pusing2..

ayat sempoi2.. boleh wat aku gelak sendirian berhad membaca.. :)

tak terlalu banyak bab2 flash back.. ada pun just 2 atau 3 perenggan aje.. ^.^

watak2 pun tak terlalu banyak sangat.. hanya ada 5 atau 6 watak aje.. jadi tak de ar terasa buhsan kan?? :)

aku bagi 10 bintang tuk novel nie... ^.^

ps : Aku Suka Bila Aku Membaca Nove Tanpa Henti Terlalu Lama... ^.^









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, December 30, 2010

Tudung "On" "Off"... :)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

sebenarnya aku nak citer sikit mengenai pemakaian tudung.. bukan nak cakap aku nie alim ke apa ke.. sebabnya aku sendiri pun sedar akan diri aku yang cara pemakaian aku sendiri tak mengukut kehendak islamiah.. :)

tapi aku nak citer pasal mereka2 yang memakai tudung "on" dan "off".. meaning kat sini ialah.. jap bertudung jap open hair.. kang tengok dah bertudung semula... bak kata pepatah, ikut dan dia aje nak pakai... :)

sebabnya aku ada kenalan yang sedemikian gak.. datang keje pakai tudung.. abis keje abis ar tudung... :p
bagi aku ar, andai tak ikhlas dan tak sampai seru laie nak bertudung, better jangan ar.. buat malu aje bila jap "on" jap "off" tudung tu..
laie pun buat dosa aje mereka2 yang duk mengata awak tu.. betul tak?? =)

kalo takat nak pakai semata2 teman sekerja memakai tudung atau ikut trend.. bek tak yah ar.. laie satu aku tengok kaum2 ibu yang veteren nie.. pun sama gak.. jap "on" jap "off".. minggu nie dia mai, pakai tudung tak beringat.. berbelit sana sini.. minggu depan dia mai bukan aje tudung ilang, ngan "kain" baju dia pun ilang gak.. (seksi wooo ngalahkan anak2 dara) :p

siap buat rambut.. kaler2 laie.. apa kes?? bukan ke sepatutnya kaum2 ibu nie menunjukkan cra yang betul tuk anak2 muda seperti kami nie?? bukannnya nak ajar benda2 yang tak molek.. 

ada pulak yang aku tengok skang trend pakai baju sleeveless tapi pakai tudung.. apa kes dar?? nak kata biol, elok lak aku tengok.. 
ada lak pakai baju sejarang2 nya, tapi pakai tudung litup.. tudung bidang 60".. siap belit2 bagai.. aduhai cik kak wei... 

aku pernah kena tnya ngan salah seorang teman bukan muslim mengenai cara pemakaian tudung nie.. aku sendiri mcm aku cakap tadi ar, aku sendiri pun tak pakai ngan cra yang betul tapi aku belum biol laie ar nak pakai tudung ngan baju sleeveless.. takat pakai t-shirt lengan pendek tu masih ok laie.. :))

dia tnya aku :  "lynda, kalo tak silap I lah kan, orang Islam kena guna tudung yang tutup dada dan punggung kan??"
aku : "yup.."
dia : " but y I tengok budak2 perempuan Islam skang tak pakai macam tu ye?? U pun pakai tudung jugak.. but still tak tutup dada and punggung"
aku K.E.L.U ko... tak tau nak jawab apa dar.. ngan muka malu nya kena tegur ngan non-muslim psal nie.. terasa muka aku tebal.. lebih tebal daripada dinding kedai aku nie hah.. =)

dan hingga ar skang soklan budak tu aku tak jawab... ;p
kang aku silap jawab kang naya lak aku di katakan pembawa ajaran sesat.. rsanya bek diamkan diri.. :)

so.. korang ape pendapat korang mengenai isu nie.. dan seriously aku tak tujukan kat mna2 eik atau pada sape eik.. just dari pemerhatian aku sendiri aje.. mana2 yang terasa, aku mohon maaf ok... :)

ps : Pernah Terlintas Di Hatiku Ini Tuk Menggunakan Niqab.. :)
Insya Allah Andai Telah Tertulis Yang Aku Akan Menggunakannya.. Aku Redha... ^.^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)