Tuesday, October 18, 2011

Kamek Ke Sarawak Part 2


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri :)

Salam n eelloopp semua~ 
korang apa khabar?? ada sihat?? ^^
mudah mudahan sihat2 selalu... 

nie nak sambung citer yang semalam.. Kamek Ke Sarawak Part 1.. ^^
lepas penat berjalan , kami singgah ke Chinese Museum.. kat sini di citerkan bagaimana kaum Cina yang berasal dari China datang merantau ke Sarawak demi mencari rezeki.. ada 2 versi bahasa yang di sediakan.. bahasa Mandarin dan English.. korang boleh menonton di dalam bilik menonton yang ala2 macam kopitiam.. :)

kat sini ada di pamerkan semua perkara yang melibatkan kaum cina.. dari segi pemakaian, alatan makanan, alatan menulis dan macam2 laie... :)

pada hari ke 2, kami bertolak ke Santubong iaitu ke Kampung Budaya Sarawak.. kat sini, di kenakan bayaran sebanyak RM60 untuk setiap orang.. tapi berbaloi baloi.. sebabnya kat sini kita akan melihat 6 buah  rumah suku kaum yang terbesar di sarawak nie.. :)
bagaimana keadaan rumah setiap kaum nie hampir sama tapi tetap ada keistimewaan masing.. dan di sini gak korang akan dapat "passport" kaler hijau.. korang akan di "stamp" kan di setiap buah rumah.. makanya terdapat 6 stamp yang mewakili 6 buah rumah yang berbeza.. :)

kat sini pun ada persembahan kebudayaan.. kalo korang tak sempat nak pusing keseluruhan rumah2 nie, selepas persembahan korang boleh sambung semula pusing2.. sebabnya persembahan nie pukul 11.30 pagi sekali dan petang sekali laie.. :)

selepas ke kampung budaya, kami terus ke Muzium Kucing (Cat Museum).. di sini di pamerkan segalanya mengenai kucing.. :)
apa sahaja mengenai haiwan ini, serta keluarga kucing termasuk lah harimau dan singa.. ^^

selepas tu, kami di bawa ke Astana iaitu bangunan kerajaan.. bersebelah dengan bangunan dewan undangan negeri sarawak.. dan di kawasan ini ada taman orkid.. agak besar jugak dan bermacam2 orkid di tanam di sini.. :)

penat berpusing di taman orkid, kami singgah di sebuah kedai makan untuk menikmati "roti kawen" dan air kopi.. ^^
"roti kawen" nie aku pernah makan sewaktu di Sabah dulu.. tapi roti di sarawak nie tak berapa nyaman kata orang sarawak.. (nyaman=best)

dah kenyang, mulakan perjalanan semula.. kami singgah ke Muzium Kuching.. ini baru muzium yang sebenarnya muzium negeri sarawak.. ada 2 tingkat dan di pamerkan mengikut haiwan2, alatan2 modern, alatan2 suku2 kaum dan macam2 laie.. kata muzium kan?? ^^

di dalam kasawan muzium nie ada 2 buah laie muzium iaitu Art Museum dan satu laie Nature Muzium.. muzium kesenian masuk adalah percuma.. dan masa aku masuk tu, sedang di pamerkan mengenai manik.. macam2 manik yang dorang pamerkan.. selain daripada manik2, ada gak hasil seni anak2 watan seperti kraf tangan, seni lukisan, seni bina klasik, seni ukiran dan seni kraf barangan terbuang.. sangat2 kreatif.. :)

yang muzium nature atau semulajadi tu di kenakan bayaran masuk sebanyak RM4 untuk satu orang.. tapi kami tak sempat nak masuk sebabnya muzium2 nie tutup ada pukul 4.30 petang.. satu laie, muzium kuching nie ada 2 yang di pisahkan oleh jalan raya.. maknanya, ada old wings and new wings.. yang new wings tu ada muzium islam tapi sedang dalam renovation.. :)

dah penat berjalan2, kami pulang semula ke hotel untuk berehat sebelum memulakan aktiviti waktu malam.. :)
malam, pada mulanya hujan turun dengan lebat sekali.. tapi bila dah berhenti kami keluar makan di kawasan hotel.. kat sini banyak kedai2 makanan yang menawarkan harga yang berpatutan.. dan salah satunya warung Uncle Lim yang menjual segala jenis mee.. Uncle Lim nie mualaf yang berkahwin dengan orang tempatan dan ianya HALAL.. :)
antara yang best bagi tekak aku nie mee cendawan beliau.. best... ^^
sebabnya kesemua mee beliau adalah 100% home made oleh beliau sendiri.. gerai nie di buka dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 6 petang.. :)
selesai aktiviti hari ke 2.. esok sambung hari ke 3 lak eik... ^^
ps : Satu Malaysia Dah Pusing... ^^




Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

No comments:

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)