Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Sabtu Yang Penuh Ngan Gambar2.. :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

arie nie di sebabkan aku nak tengok persembahan.. boleh rujuk entry ini untuk mengetahuinya, maka aku just nak share ngan korang gambar2 aje.. ^^


Lumut~
walaupun takde macro lens, tapi hasilnya ok ar kan?? :p


nie pulak bunga orkid.. percubaan pertama nak gelap kan background konon2 nya.. tapi macam tak berhasil aje.. :(


Yang nie bunga yang aku snap closed up.. bunga nie bunga air sebenarnya.. aku ambik di kolam ikan ayh aku... :p


Yang nie, percubaan kedua untuk gelapkan background.. walaupun hasilnya masih belum memuaskan tapi aku berpuas hati sebabnya hampir nak menjadi.. :)
dan aku jadikan gambar profile aku kat FB.. ^^

ok ar.. esok2 aku sambung laie eik... :)

ps : Mood Menembak Aku Telah Kembali Di Sebabkan Suntikan Semangat Lightroom Dan Photoshop.. ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, October 20, 2011

Kamek Ke Sarawak Last Part

Salam n eelloopp semua~
alrite2 sambung part terakhir dalam episod Kamek Ke Sarawak.. Part 1, Part 2, Part 3 dn now the last part.. :)

macam biasa ar kan, hari akhir akan di gunakan sebagai hari untuk mengabiskan duit.. shopping time..tapi aku tak ada ar nak ber shopping bagai sebabnya aku tak suka bershopping selain shopping NOVEL.. :p

memula kami di bawa ke kilang membuat kek lapis yang terkenal di Sarawak iaitu Dayang Salha Kek Lapis.. kat sini di jual 2 jenis kek lapis.. 1 kek lapis menggunakan mentega dan satu laie menggunakan 100% butter.. for sure ar kan yang butter sangat2 sedap.. dan harganya lebih sikit daripada yang mentega.. tapi best wei.. :)

dan kat sini kalo beli RM100 ke atas akan di berikan 1 kek lapis percuma.. :)
di sediakan jugak tester untuk korang rasa sebelum membuat pilihan membeli.. kalo bagi aku, nak aje aku beli semua sekali... :p

kami memilih untuk membeli mna2 yang tersedap... dan aku pun ada membeli kek asli sarawak iaitu Kek Hati Pari.. :)
kek nie menggunakan prune dan kismis hitam.. rasanya masam2 manis dan amat2 sedap.. kalo korang beli memang tak menyesal.. :)

lepas memborong kek, kami ke kilang membuat pasu pulak.. :)
owh~ kat sini memang kesukaan mak aku.. dan aku pun membeli 2 buah pasu.. satu untuk aku punya dan satu laie aku bagi kat Mama En.Tunang aku.. :p

kat sini gak aku membeli TERBALOI sejenis jajan yang di perbuat daripada sagu rumbia.. ada macam2 perasa tapi tour guide kami kata, better beli yang original punya sebab itu baru asli rsa terbaloi.. :)

dah penat tengok2 pasu sambil2 makan terbaloi, kami terus ke restaurant untuk makan tengah hari.. :)
pas kenyang kita mulakan bershoping laie.. kali nie ke Main Bazaar.. kat sini korang boleh tawar menawar tapi jangan sampai melampau ar kan.. :)
ada jual lada hitam, lada putih secara borong.. ada jual t-shirt2 kenangan, ada jual cenderamata2 dan macam2 laie ar.. :)

pukul 4.45 petang, tour guide kami menghantar kami ke Kuching Internasional Airport untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur.. maka berakhir sudah perjalanan percutian aku ngan family ke Kuching Sarawak.. ^^

kat bawah nie ada sikit gambar2.. ^^

 

Cat Statue At China Town


Cat Statue Kat Bandar Kuching


Sungai Sarawak Dan Penambang Nya


Astana


Dewan Undangan Negeri Sarawak


Dalam Fairy Cave


Dalam Wind Cave
 

ps : Next Year Planning.. Chinese New Year Kelantan, May Hanoi.. ^^ 








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, October 19, 2011

Kamek Ke Sarawak Part 3


Kredit Kat aku sendiri

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Rabu sudah.. jap aje dah nak seminggu kan?? pejam celik pejam celik dah dekat ujung bulan.. pejam celik pejam celik laie, dah ujung taun.. aiyok.. sudah nak masuk taun baru.. :)

ok ar, tak mau ar citer pasal taun baru.. nak sambung citer gie jejalan makan angin berholiday ngan family aku ke Kuching Sarawak.. korang boleh ar baca Part 1, Part 2, skang masuk Part 3 bermakna hari yang ke 3 di Bumi Kenyalang.. ^^

pagi2 laie dalam kul 8.30 pagi our tour guide dah sampai tuk bawa kami ke Semengoh Wild life Rehabilitation Centre.. ppeerrgghh nama kemain... kat sini di tempatkan Orang Utan yang sama macam Sepilok kat Sabah nun.. dan kali nie, menurut tour guide kami, kami semua yang datang nie amat2 lah bertuah kerana dapat tengok secara live Orang Utan paling besar atau Domain Male yang bernama Ritchie.. umur orang utan yang tua nie 30 taun dan menurut pihak ranger, jika Ritchie nie kuar makan, semua orang2 utan yang lain tak akan keluar selagi Ritchie nie tak balik ke sarangnya.. eksen kan?? =.="

kami pun apa laie ambik ar gambar Ritchie nie dengan syarat jarak anda dengan orang utan yang berada di kawasan nie adalah 6 kaki.. kalo ada yang sedang bergayut2 kat kat atas pokok tu, jangan ar cuba2 nak dekat sebabnya orang utan nie suka kencingkan apa2 aje yang lalu kat bawah dorang nie bergayut.. :)

orang2 utan kat sini di beri makan 2 kali sehari.. pagi pada pukul 9 pg - 10 pg dan pada waktu petang.. dan ada bayaran masuk di kenakan.. aku lupa bape kena bayar.. nanti kalo aku dapat info, aku update kat sini eik... :)

lepas penat tengok orang2 utan nie, kami meneruskan perjalanan ke Annah Rais Long House Bidayuh.. yang nie masuk RM 8 satu orang.. kat sini, kawasan nya agak luas.. jadinya agak berbaloi ar ngan price yang di kenakan.. boleh berjalan2, boleh masuk ke Panggah atau Head House tempat penyimpanan kepala2 musuh yang telah di potong oleh pahlawan2 Bidayuh pada zaman dahulu dan tengkorak2 nie masih kekal macam asal.. cuma kaler dah jadi hitam sebab nya dorang akan salai kepala2 nie dulu sebelum di simpan.. bagi yang ak kuat semangat, di nasihatkan jangan masuk.. kang terperanjat lak.. :)

dah puas pusing2 kat rumah panjang bidayuh nie, mula lah perjalanan ke Bau untuk ke 3 tempat laie.. sebelum tu kami singgah makan tengah hari di Sapi Corner.. boleh tahan mahal gak rege makanan kat Sapi Corner nie.. service pun agak lambat.. =.="

dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke Blue Lake atau Tasik Biru.. tapi bila sampai aje kat tasik tu, aku tengok tasik tu kaler hijau bukan biru.. camne boleh cakap biru aku pun tak tau ar.. :)

tasik nie sebenarnya adalah bekas lombong emas.. dan sebahagian dah di berhentikan hanya sebahagian aje masih ada di lombong.. suasana kat sini memang cantik, tenang aje.. boleh ar tertido kalo duduk2 kat sini... ^^

kita teruskan ke Wind Cave ataupun Gua Angin.. di kenakan bayaran RM3 untuk seorang dan jika korang nak sewa lampu suluh kena laie bayaran RM3 untuk setiap unit lampu suluh..kalo korang ada lampu suluh sendiri, better bawak ar sebabnya gua nie sangat2 gelap dan licin dan lampu suluh yang di sewakan tu, nak suluh lubang hidung pun kelam2 aje.. =.="
sangat2 tak berbaloi..dan bagi aku, jika di berikan pilihan, aku tak nak ke gua nie laie.. sangat2 panas, bau najis kelawar dan bila berjalan dalam gelap dan licin (licin sebab najis elawar bercampur ngan air) kita tak boleh nak berpegang pada pemengan laluan yang di sediakan sebab terlalu banyak najis kelawar.. kena ar pakai lapu suluh dan jalan perlahan2.. memang tak berbaloi.. dan aku tak suggest pun korang ke sini.. kang menyesal tak sudah korang..

dah penat masuk gua busuk, kami terus ke gua cantik iaitu Fairy Cave atau Gua Pari Pari.. hah kat sini, korang kena mendaki anak2 tangga yang di sediakan setinggi umah pangsa 5 atau 6 tingkat.. dan kat sini aku tak boleh nak citer lelebih sebab aku tak panjat hanya adik, ayah dan tour guide kami aje.. aku dan mak tinggal kat bawah.. :)

tiada bayaran masuk di kenakan dan kawasan nie sangat2 sayang tidak di jaga dengan sempurna.. :(

selepas menantikan hampir 1 jam 30 minit dorang dalam gua, kami pun pulang semula ke hotel untuk membersihkan diri dan rest.. malam hanya aktiviti berjalan2 di sekitar bandar kuching menikmati keindahan bandar kuching.. :)

esok sambung part akhir.. tapi part akhir cuma jalan2 abiskan duit aje.. shopping ar.. :)
ps : Lain Kali Nak Ke Miri Pula.. Ke Mulu.. ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, October 18, 2011

Kamek Ke Sarawak Part 2


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri :)

Salam n eelloopp semua~ 
korang apa khabar?? ada sihat?? ^^
mudah mudahan sihat2 selalu... 

nie nak sambung citer yang semalam.. Kamek Ke Sarawak Part 1.. ^^
lepas penat berjalan , kami singgah ke Chinese Museum.. kat sini di citerkan bagaimana kaum Cina yang berasal dari China datang merantau ke Sarawak demi mencari rezeki.. ada 2 versi bahasa yang di sediakan.. bahasa Mandarin dan English.. korang boleh menonton di dalam bilik menonton yang ala2 macam kopitiam.. :)

kat sini ada di pamerkan semua perkara yang melibatkan kaum cina.. dari segi pemakaian, alatan makanan, alatan menulis dan macam2 laie... :)

pada hari ke 2, kami bertolak ke Santubong iaitu ke Kampung Budaya Sarawak.. kat sini, di kenakan bayaran sebanyak RM60 untuk setiap orang.. tapi berbaloi baloi.. sebabnya kat sini kita akan melihat 6 buah  rumah suku kaum yang terbesar di sarawak nie.. :)
bagaimana keadaan rumah setiap kaum nie hampir sama tapi tetap ada keistimewaan masing.. dan di sini gak korang akan dapat "passport" kaler hijau.. korang akan di "stamp" kan di setiap buah rumah.. makanya terdapat 6 stamp yang mewakili 6 buah rumah yang berbeza.. :)

kat sini pun ada persembahan kebudayaan.. kalo korang tak sempat nak pusing keseluruhan rumah2 nie, selepas persembahan korang boleh sambung semula pusing2.. sebabnya persembahan nie pukul 11.30 pagi sekali dan petang sekali laie.. :)

selepas ke kampung budaya, kami terus ke Muzium Kucing (Cat Museum).. di sini di pamerkan segalanya mengenai kucing.. :)
apa sahaja mengenai haiwan ini, serta keluarga kucing termasuk lah harimau dan singa.. ^^

selepas tu, kami di bawa ke Astana iaitu bangunan kerajaan.. bersebelah dengan bangunan dewan undangan negeri sarawak.. dan di kawasan ini ada taman orkid.. agak besar jugak dan bermacam2 orkid di tanam di sini.. :)

penat berpusing di taman orkid, kami singgah di sebuah kedai makan untuk menikmati "roti kawen" dan air kopi.. ^^
"roti kawen" nie aku pernah makan sewaktu di Sabah dulu.. tapi roti di sarawak nie tak berapa nyaman kata orang sarawak.. (nyaman=best)

dah kenyang, mulakan perjalanan semula.. kami singgah ke Muzium Kuching.. ini baru muzium yang sebenarnya muzium negeri sarawak.. ada 2 tingkat dan di pamerkan mengikut haiwan2, alatan2 modern, alatan2 suku2 kaum dan macam2 laie.. kata muzium kan?? ^^

di dalam kasawan muzium nie ada 2 buah laie muzium iaitu Art Museum dan satu laie Nature Muzium.. muzium kesenian masuk adalah percuma.. dan masa aku masuk tu, sedang di pamerkan mengenai manik.. macam2 manik yang dorang pamerkan.. selain daripada manik2, ada gak hasil seni anak2 watan seperti kraf tangan, seni lukisan, seni bina klasik, seni ukiran dan seni kraf barangan terbuang.. sangat2 kreatif.. :)

yang muzium nature atau semulajadi tu di kenakan bayaran masuk sebanyak RM4 untuk satu orang.. tapi kami tak sempat nak masuk sebabnya muzium2 nie tutup ada pukul 4.30 petang.. satu laie, muzium kuching nie ada 2 yang di pisahkan oleh jalan raya.. maknanya, ada old wings and new wings.. yang new wings tu ada muzium islam tapi sedang dalam renovation.. :)

dah penat berjalan2, kami pulang semula ke hotel untuk berehat sebelum memulakan aktiviti waktu malam.. :)
malam, pada mulanya hujan turun dengan lebat sekali.. tapi bila dah berhenti kami keluar makan di kawasan hotel.. kat sini banyak kedai2 makanan yang menawarkan harga yang berpatutan.. dan salah satunya warung Uncle Lim yang menjual segala jenis mee.. Uncle Lim nie mualaf yang berkahwin dengan orang tempatan dan ianya HALAL.. :)
antara yang best bagi tekak aku nie mee cendawan beliau.. best... ^^
sebabnya kesemua mee beliau adalah 100% home made oleh beliau sendiri.. gerai nie di buka dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 6 petang.. :)
selesai aktiviti hari ke 2.. esok sambung hari ke 3 lak eik... ^^
ps : Satu Malaysia Dah Pusing... ^^




Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, October 17, 2011

Kamek Ke Sarawak Part 1


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri... :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? Monday Blues Ke korang?? :)
heheh... apa pun jangan2 blues ok.. jalankan kerja ngan berhemah... ^^

Akhirnya aku dapat gak gambar Cats Statue aku sendiri.. yeah.. dulu aku hanya tengok kat tenet aje.. now aku dah ada gambar aku sendiri.. :)
seperti yang korang sedia maklum bahawasanya aku telah kembali daripada bercuti ke Sarawak.. :)

alrite, kami menaiki kapal terbang pada pukul 8.20 pagi dan sampai kat Kuching International Airport pada kul 10.30 pagi.. lepas mendaftar ngan pihak imigresen Malaysia, cepat2 gi ambik luggage.. terus kuar airport tuk mencari pihak hotel yang datang menjemput kami.. :)

terus ke hotel, check in rest sebentar.. then trus keluar makan tengah hari di Planet Sambal.. kat cnie smuanya pedas2... :)
so... bila time makan mcm nie, aku pun apa laie.. sure ar kan nak try masakan tradisi masyarakat sarawak kan?? so aku nampak ar yang di bawah nie... :)


Nie ar yang aku makan... UMAI.. ^^

umai nie lebih kurang cam kerabu ar kat semenanjung nie.. rasanya masam masam pedas.. masa kat kedai nie hanya ada 3 jenis umai aje.. iaitu umai ikan, umai sotong, dan umai udang.. yang tak ada umai obor2 sebabnya ia bergantung pada musim.. jadi aku try ar umai sotong.. best sgt2.. pedasnya menyengat.. smpai aku yang tahan pedas nie pun mengalirkan air mata kepedasan... =))
last2 nak ilang pedas, order dadih.. :p

pas makan, kami meneruskan perjalanan pusing2 bandar Kuching.. memula kami singgah ke The Hills kat snie ar tempatnya sape2 yang nak menginap di Pullman Hotel Kuching.. :)
5 bintang nya hotel nie.. so rege pun berbintang2 ar kan... :D
kat the hills nie tak ada benda pun, banyak kedai yang masih kosong.. pastu kami pun meneruskan perjalanan mencari Cats statue yang terkenal tu.. rupa2nya berdepan dengan hotel Grand Margherita Hotel dan berdekatan ngan Water Front aje.. :)

pas ambik gambar ngan kucing2 batu tu, kami terus ke Kuching Water Front.. menyusur sungai sarawak tengah2 hari buta... seb baik banyak pokok2 walaupun berbahang.. :)
kat sini ada di sediakan perahu penambang tuk ke kampung seberang yang terletak di dalam kawasan Petra Jaya.. kadar tambang bermula dari 30 sen hingga rm 1.. ke kampung seberang nie blh aje kalo nak naik kete.. tapi jauh ar sebab berpusing.. ^^
nak menyusuri sungai pun boleh gak.. naik cruise.. rege rm19 untuk dewsa.. kanak2 aku lupa sudah bape... :)
ok ar, sambung esok lak eik... ^^
ps : Taun Depan Ke Hanoi Pulak.. :)


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, September 9, 2011

Permaian Tradisional.. (Ilham Daripada Status FB Memberku A'an) ^^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang baik2 aje.. ^^

arie nie aku nak citer pasal permainan tradisional.. sebab apa tetiba aku nak citer pasal nie?? sebabnya semalam aku terbaca status member sekolah rendah aku nie mengenai permainan tradisional nie.. status dia berbunyi macam nie 
baru tau rupenye Konda Kondi permainan internasional seperti yang ada di Korea...klu masuk senarai Olimpik bole fight nih"

so... tetiba lak aku teringat kat permainan tradisional masa zaman kanak2 rebina dulu kala.. agaknya, zaman kanak2 skang nie ada tak men permainan macam kita dedulu eik?? :)
dorang kan skang zaman IT, men games PC, PSP, PS2, apa laie eik?? tah ar macam2 skang kemudahan yang boleh dorang guna nak men games.. tak macam kita dulu.. kalo nak men Batu Seremban, nak gi cari batu yang agak bulat2.. nak lak cari 5 biji atau 7 biji.. sebab ada men Batu Seremban 5 dan Batu Seremban 7.. yang 7 biji tu senang.. ulang aje men smpai abis kecuali "grip" atau tangan tersentuh batu2 yang len.. ^^
kalo batu 5 nie lak, setiap langkah berbeza2.. makin tinggi, makin agak sukar nak main.. ^^

pastu kalo nak men galah adang atau galah panjang lak, kena lukis garisan.. kena cari geng yang nak main.. kalo aku tak silap ada nama "anak keladi" kot, sape yang jadi "anak keladi" nie kalo sentuh macam mana pun tak mati.. tapi tak boleh nak tamatkan game selagi "Si Ibu" dan "anak2" yang lain selamat tiba.. :)

nak men ketingting atau teng teng.. ada teng teng yang yang kat hujung kepala tu ada bentuk semi bulatan.. yang kena belakangkan bulatan tuk balik buah.. ^^
ada gak "teng teng coklat".. :)

apa laie eik games yang popular sewaktu kita zaman kecik2 dedulu?? "polis sentri" atau "police and thief", main "lompat getah".. masa tu smua sibuk nak beli getah nak buat panjang2 senang nak lompat.. ^^

aku ingat laie men "nama negeri" tu.. kat tempat lain aku tak tau ar plak korang panggil apa.. yang kena pilih satu huruf, then kena tulis nama, negeri, buah, benda,binatang, akhir sekali markah.. markah berdasarkan kalo tak sama jawapan dengan orang lain dapat 10 markah, kalo sama dapat 0.. ^^

laie men kapal terbang kertas.. men parahu kertas, lawan bola sepak kertas.. lawan pemadam getah (sampai kena amaran masa sekolah dedulu sape2 yang ada lebih daripada 1 pemadam akan di rampas) ;p

men baling selipar kat tin kosong pun best gak.. atau men bola chapping.. :)  men congkak pun best.. tapi men congkak nie macam berbeza2 peraturan lak.. ada yang men sape yang abis dulu sewaktu "menapak" akan kalah.. ada pulak yang sape banyak buah yang di "tikam" akan menang.. =.="

main wau atau layang2 pun antara yang popular zaman kanak2 dedulu.. atau men "kaki tempurung", men "konda kondi", men "gasing" (sampai skang aku tak reti men gasing) =.="
men jentik guli atau men baling guli dalam bulatan.. :)

penat dah aku pikir permainan tradisi nie.. apa kata korang lak yang citer apa yang korang penah men sewaktu zaman kanak2 dedulu.. mana tau kita boleh share permainan lak.. ^^

ps : Kembali Ke Zaman Kanak2 Kan Ke Best?? ^^ 


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, October 8, 2010

Eminem - Love the Way You Lie ft Rihanna Parody: Key of Awesome #27


Taken From : You Tube 

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar??
harap korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

update lewat ar pulak arie jumaat nie.. bukan byak keje tapi kemalasanyangbermaharajalela.. ^.^

just nak share ngan korang video yang aku jumpa sewaktu berpusing2 kat youtube tadi.. :)
nie semua miming nie.. lebih kurang macam Teacher Shidah.. :)
tapi yang nie lebih advance skit sbb dorg edit video tu.. nampak macam pro sikit ar... :))

apa pun, layan aje ar eik... :)
selamat berhujung minggu wat semua~ 

ps : Ujung Minggu Yang Mendamaikan Kelak~





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, October 7, 2010

Movie In Minute : Facebook


Taken From : You Tube 
By : NigaHiga 

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyihatkan... :)

hehehe... aku malas nak cakap atau komen apa2.. korang layan ar sendiri video kat atas nie.. mungkin kena ngan diri korang... :)
bagi aku, ada benarnya apa yg nigahiga nie cakap dalam video dia nie.. :p

ps : Ada Yang Tak Gemar Dinding Fb Nya Di Conteng2 Dengan Iklan2 Atau Aplikasi Yang Merepek2.. ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, October 6, 2010

Sharing Is Caring :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

aku just nak share apa yang aku dapat daripada email My Best Buddy Mr.Dude.. :)

Maxis free Internet Opera Mini Setting 
1) Download and install  Opera Mini. 
2) Dial *100# and you will see a listed menu. 
3) Select no.7 (Internet&Settings) > Select no.3 (prepaid broadband) > Select no.4 (service switching) >Select no.2 (Switch to Prepaid Broadband) > Select no.1 (Proceed) 
4) You will receive a confirmation sms. 
5) Change your APN from “unet” into “bbnet”. For Nokia phone, this setting will be in “Settings> Connectivity>Destinations>Access Points”. 
6) DONE!!! FREE INTERNET!!!!

So..enjoy ar eik.. try ar... :)

ps : Kemungkinan Skang Aku Berada Di Puncak .. ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, July 31, 2010

Aku Dapat Award... ^_^



Salam n eelloopp semua~
korang pekhabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang amat menyenangkan... sabtu sudah... yeah.. ujung minggu.. masa tuk berliburan... tapi minggu nie aku kena keje walaupun En.Cinta aku ada di sini... :(

ok2... tak mo sedey2... (wat pe nak sedey2??) :p
aku dapat award sekali laie.. award nie di bagi oleh Dak Miera.. Amacih eik dik... :)
tapi sebelum tu aku kena jawab soklan2 nya... (sekali laie sesi menjawab soklan) ^_^

Soklan pertama : DI MANAKAH ANDA SELALU BERBLOGWALKING??
jawapan pertama : kat semua blog2 yang aku jadi follower dan yang menjadi follower aku serta yang sudi2 singgah kat teratak buruk aku nie.. :)

Soklan kedua : KENAPA ANDA SUKA SANGAT BERBLOGWALKING??
Jawapan kedua : sebab aku suka membaca.. jadi aku suka membaca entries orang lain.. aku boleh dapat maklumat secara tak sengaja dan yang penting sebab aku suka berjalan... ^_^

Soklan ketiga : APA YANG ANDA DAPAT KALAU BERBLOGWALKING??
Jawapan ketiga : aku dapat maklumat dan secara khususnya aku mendapat kepuasan dengan membaca... :)

Soklan keempat : BAGAIMANAKAH PERASAAN ORANG YANG DI BLOGWALKING OLEH ANDA??
Jawapan keempat : rasa epy kot.. sebab aku pun rasa epy bila orang singgah kat teratak buruk aku nie... :)

Soklan kelima : TAG 5 RAKAN ANDA DISINI :
Jawapan kelima : aku tag kat semua yang singgah kat teratak buruk aku nie.. sape2 yang singgah sila ar ambik award tu dan jawap ar soklan2 tersebut... :)

ps : Tag Untuk Suka2 Sambil2 Tu Kita Boleh Tambahkan Kenalan Antara Sesama Blogger... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, July 29, 2010

Aku Di Tag.. :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? ok2.. aku dah lama tak update blog aku nie.. then aku kena tagged oleh Cik Marilyn... EDC TAG.. aku pun tak pasti ar sama ada tajuk tagged tu edc... hentam aje ar eik... :p


syarat2nya :
- mesti menggunakan huruf pertama blog dari blog anda.. ingat eik, huruf pertama bukan ke dua atau pun yang lain.. PERTAMA aje.. :)


- Jawapan tak boleh di ulang.. agak sukar, sebab aku suka mengulang jawapan sewaktu aku exam dulu... :p


2 aje syarat nya... skang kita beralih pada soklan dan jawapannya pulak eik... :)


S1 : NAMA ANDA


da-da... nie nama kawan aku yang bagi kat aku.. :)


S2 : PERKATAAN 4 HURUF


dadu... 


S3 : NAMA BUDAK LELAKI


daniel... anak kawan mak aku


S4 : NAMA BUDAK PEREMPUAN


darina... adik kembar daniel..


S5: PEKERJAAN


direct selling.. dulu aku suka jual Avon... :p


S6 : WARNA


dark purple..


S7 : SESUATU YANG DI PAKAI


duit... :)


S8 : MAKANAN


durian....


S9 : SESUATU YANG DI JUMPAI DI TANDAS (APA PUNYA SOKLAN DAR...) :P


daki... kalo tandas tu kotor tak bercuci... :p


S10 : TEMPAT


dusun... :)


S11 : ALASAN BILA LEWAT


demam... =))


S12 : SESUATU YG ANDA JERITKAN


damn!!


S13 : TAJUK FILEM


dunia baru the movie... aku tgk byk kali citer nie... :))


S14 : MINUMAN


darah... khas tuk vampire aje... :))


S15 : KUMPULAN MUSIC


daughtry.. u rock!!! :)


S16 : HAIWAN


dragon...


S17 : NAMA JALAN 


dato' bandar tunggal.. alamat tempat aku keje... :)


S18 : NAMA JENIS KERETA


daihatsu.. :)


S19 : NAMA BAKAL DI TAG


aku tag kat semua ar eik..
tapi aku nak tengok jawapan daripada :


- Kak Azz
- Miss Miera
- Miss Intan


ps : Aku Penat.................... ^_^
En.Cinta Aku Rindu Sama Kamu Lor...





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, April 11, 2010

Yang Mana Satu Pilihan Korang?? ^_^

Kredit Gambar Kat Diri Sendiri

Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua??
aku sentiasa doakan moga korang berada dalam keadaan yang amat membahagiakan.. :)
hari ini ahad.. apa aktiviti korang?? ada yang nak spend quality time ngan family.. ada yang nak spend ngan teman2 n ada gak yang nak kuar dting pada ujung minggu macam nie.. :)
jeles kah anda LP Lum?? huhuhu... kali ini hati dan mulut aku serentak memberikan jawapan yang sama iaitu "TAK ADA MAKNANYA AKU NAK JELES" :p

ok2.. ahad tak mo gaduh2, kecik2 atie.. just simple entry.. sempoi2.. :)
(ngalahkan sebelum nie asyik wat entry yang berat2 aje) :p

ok2.. (sekali lagi) :)
aku nak tanya pendapat korang ar.. masa kita study kat sekolah dulu, kita selalu di ajar mengenai kata ganti diri dalam subjek Bahasa Melayu kan??
so.. korang suka menggunakan kata ganti diri yang macam  mana?? maksudnya yang selesa ngan percakapan ar.. tak dek ar rasa macam "kaku" aje... :p

bagi pendapat aku, aku lebih suka memilih kata ganti "AKU + KAU" dengan kawan2 yang rapat dan yang dah lama kenal.. aku rasa kan macam serasi dan yak kekok langsung..
rasa macam sempoi aje dan tak ade ar macam nak cakap ngan orang asing kan?? :p

kalo ngan teman2 yang baru aku kenal aku akan gunakan "SAYA + AWAK".. tapi kalo teman2 tu dah menjadi teman yang sempoi, aku guna ar balik "AKU + KAU"... :)
(tak semengah betul aku nie)

kalo ngan family aku, means parents n adik aku, aku selesa ngan perkataan "Akak"... :)
kalo ngan My Sp dan sedara mara aku, aku  guna "Orang"... :p
(memang ar aku nie orang kan?? tak akan alien lak) :)

ngan bangsa asing, maksudnya ngan kaum lain, aku lebih prefer " I + U "...
dan aku tak pernah mengantikan diri aku dengan nama aku... :p
contohnya " lynda nak makan ar rasanya"
eeuuww~
geli rasanya tekak aku...
tapi kalo dah memang dia biasa menyebutnya, kita tak akan rasa macam nak kuar muntah ijo.. nie bagi yang tak biasa dan tetiba terasa nak mengedik menggunakan..

nak2 kalo kaum ADAM yang tetiba lak mengedikkan diri mereka menggunakan.. lagi aku tak boleh nak tahan... serasa tang tu gak ar nak muntah... :p 
Owh~ Please ar.. jangan sesekali buat aku kuarkan isi perut aku setiap kali menggunakannya.. 
sebenarnya kita boleh dapat tahu, orang tu selalu menggunakannya ataupun baru2 nak menceburkan diri.. :p

so.. bagi korang semua bagaimana?? yang mana satu pilihan korang yang membuatkan korang selesa menggunakannya dan orang yang mendengar pun tak terasa nak kuar isi perut... :p
have a nice weekend everybody... :)

ps : Teramat Selesa Menggunakan AKU + KAU.. :p





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)