Friday, November 4, 2011

Ombak Rindu

Salam n eelloopp semua~
korang apa kahabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

OMBAK RINDU.. kalau korang peminat setia novel, korang pasti tau akan citer nie.. aku sendiri pun pernah membaca buku nie walaupun aku tak memiliki novel nie dan aku pasti pasnie akan ramai yang mencari novel karya Fauziah Ashaari nie kembali.. :)
(aku pun nak gak kalo jumpa sebab aku tak suka tengok movie yang di adaptasi daripada novel)

Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu? Credit pada Anizyn Blogspot

Alrite yang kat atas nun adalah sinopsis filem/novel tersebut.. so.. ada yang tertarik nak tengok?? :)
aku tetap gak tak tertarik pun nak gie tengok walaupun dalam tu ada pelakon2 yang aku gemar dorang berlakon macam Aaron Aziz, Bront Palarae, Lisa Surihani.. :)
tetap nak novel gak.. ;p
sama macam suatu masa dulu "hot" ngan drama Nora Elena dari novel Kasih Yang Suci hasil karya Meen Zulaikha.. semua berebut menonton drama tersebut, beli novel sampaikan berkali2 di ulang cetak.. tapi aku beli bila dah sejuk, sebabnya mudah nak dapat.. tak payah nak order2 kat MPH atau Popular atau kat mana2 online shop.. :)


hehhee.. terpesong sudah, ok ar aku suka lagu tema Ombak Rindu nie nyanyian Hafiz dan Adira AF.. dua2 pun budak2 AF gak.. =.="
aku dengar pagi semalam ar kat Astro Ria.. bukak2 aje terus kuar lagu tu.. aduhai, cam best aje lirik ngan melodi lagu tu.. :)


so.. di sebabkan aku suka akan lagu tu, aku cari kat Youtube.com OST Ombak Rindu nie.. kat bawah nie, Unofficial MV Ombak Rindu.. yang official aku tak jumpa lak.. :p
so layan aje ar eik.. ^^




kredit MV pada Youtube.com

nie bagi sape yang nak download mp3 lagu nie.. klik kat SINI 
pastu meh kita sama2 nyanyi...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Kredit Lirik Kat 1liriklagu.com.. ^^

ps : Novel Laie.. Pasti Ada Yang Tak Mau Bagi Aku Masuk MPH & Popular Nie Kang... :p








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, November 1, 2011

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. tutup citer pasal bola.. dah 2 entries aku citer pasal kemenangan pasukan Sang Rusa yang menang Piala Malaysia 2011.. ^^

itu adalah antara kenangan yang akan tersemat dan menjadi sejarah.. berbalik citer pasal kenangan nie, aku sangat2 pasti yang korang semua pasti ada kenangan manis, pahit masin, tawau, payau dan segala2 rasa ar kan?? ada?? jangan ar ckp takde.. nampak bonar nipunya... :D

macam aku, antara kenagan manis aku dapat genggam diploma dalam bidang IT.. aku dapat menjalankan perniagaan aku sendiri,aku dapat My Baby 550, My En Cinta, My En Tunang dan mengenali ramai kawan2 yang sangat2 sporting... :D

kenangan pahit dalm hidup aku bila cintatakkesampaianyangputusditengahjalan :p
apa pun sebenarnya memula menjadi kenangan pahit, lelama ianya menjadi kenangan indah lak.. nak2 sejak2 aku dah jd tunangan orang nie.. semuanya dah kena buang jauh2... ^^

dan kehilangan My Late Big Sis Prince Adnil... kehilangan beliau hingga kini amat aku rasai.. walaupun beliau bukanlah kakak kandung aku, tapi aku dah anggap beliau macam kakak aku sendiri.. apa jua masalah yang menimpa aku, akan aku rujuk pada dia selain family dan My Best Buddy Mr Dude (masa nie belum ada laie istilah En Cinta)..


dan berita pemergian beliau amat2 mengejutkan aku.. amat2 membuatkan aku tergamam.. dan satu yang aku ingin katakan yang kami semua tak pernah lupakan arwah.. doa kami sentiasa buat arwah walaupun arwah sekarang berada di alam sana.. Al-Fatihah buat arwah~


dan nie adalah lagu kegemaran aku tapi aku kena "basuh" ngan arwah bila aku katakan aku minat kat lagu nie.. dan lagu nie pun pernah menjadi antara lagu background teratak buruk aku nie.. now, ianya menjadi kenangan dan bila aku dengar aje lagu nie, secara automatic air mata aku tak dapat nak tahan2 dah.. laju aje mengalirnya.. ngalahkan air terjun... =.="



Kredit Pada Youtube.com

ps : Kenangan Itu Sangat2 Bermakna~











Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)