Thursday, March 31, 2011

Bila Diri Di Tipu Hidup Hidup.. Ye Ar, Kalo Dah Mati Mana Tau Kena Tipu Pulak Kan?? :p

Kekadang sakit atie bila kita dapat tau orang yang kita percaya mengkhianati kita..
menikam diri kita dari belakang...

apa perasaan yang kita tanggung??

sakit atie.. 

sedey...  

marah.. 

geram.. 

semua tu ada dalam perasaan yang sedang di khianati..
cuba letakkan diri anda di tempat orang yang anda khianati..
apa perasaan anda??

ps : Sangat Sedey Bila Mengetahui Akan Kebenaran~ :(







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sekitar Xtvt "Menembak" Bunga Dragon Fruit... :)






Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

arie nie mau post pasal gambar bunga dragon fruit yang aku "tembak" malam semalam bersama2 mak aku.. :)

hehehe.. sebab bunga nie kembang malam aje, jadinya malam aje ar aku dapat "tembak".. nie ar 1st time aku ambik gambar bunga nie.. sebelum nie, tak dek lak terpikir nak ambik gambar.. :)

harap2 buah akan jadi.. jangan tak jd udah ar.. naya aku kena marah ngan mak aku sebab dah mengambik "kesucian" bunga nie.. =))

ok, ar, layan aje ar eik gambr2 kat atas nun.. ^.^
aku budak baru belajar menembak walaupun aku dah agak lama ada 550d... :p

ps : Bunga Nie Cantik.. Laie Cantik Kalo Yang Tukang "Tembak" Tu Orang Yang Benar2 Pro..  :)










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, March 28, 2011

Rindu kepada Teman Telah Terubat... :)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

aku masih tak sihat laie.. batuk2 masih teruk gak.. sore masih macam tu gak.. serak2.. :p
yang bestnya, aku jumpa ngan seorang kenalan lama aku..

aku rindu sangat2 kat dia.. walaupun kami agak kerap berchating di FB, tapi rindu itu tetap bertandang.. 

akhirnya, rindu itu terubat apabila dia menjengah aku tadi.. miss u so much kak.. jangan ilang2 kan diri laie tau.. ^.^

ps : Rindu Itu Sakit.. Tapi Bila Dah Terubat Ianya Sangat Manis... ^.^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, March 26, 2011

Sakit Tekak.. Hilang Sore Sudah Aku Nie Bah.... :(

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? harap2 doa2 moga kalian semua dalam keadaan yg bebaik aje... :)

aku gak yg tak baik2.. kejap demam.. kejap kang sihat.. now sore aku pun dah ilang.. :(
batuk teruk.. seb baik tak semput... :)

ramai kata makan madu campur limau nipis atau limau kesturi.. dah wat tapi masih belum sembuh gak.. aduhai... parah dan seksa..

nak serve customer pun susah.. ada customer tau aku punya sore dah kalahkan ratu rock Malaysia Ella jangan ar suh aku repeat bnda yang sama berulang kali.. tolong ar bertimbang rasa sikit.. sian kat aku tau... ^.^

ok ar.. aku sambung wat keje.. kang kena potong gaji lak.. dah ar bulan nie tak masyuk... :p
duit kena simpan Cik Lynda wei, bukan dok korek duit kat ATM... :)

ps : My Sp Dah Sah Menjadi Suami Kepada Zura Hari Ini.. :)
Tahniah Bro... ^.^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, March 25, 2011

Aku Rindukan My Best Buddy......

Aku Rindu Akan My Best Buddy Mr Dude~
mana ar ko g dude??
lama sangat kita tak berhubung...
aku tau ko busy nak kawen...
aku pun busy gak... tapi bukan nak kawen.. :p

aku tunggu ko on-line kat YM tp ko tak on gak.. asyik Off aje...
aku tulis kat dinding FB ko, ko tak reply apa2 pun..
aku msg ko tiada reply yang aku dapat.. 
nak call ko, aku tak kuasa sebab ko jarang bonar nak sambut call... :D

tah ar Dude, rindu nak chatting2 ngan ko..
nak gossip2 ngan ko..
nak citer2 macam dulu..
nak kutuk2 ko..
nak share pendapat ngan ko..
nak mintak nasihat serta pandangan dr ko..

aku akan kamu........ :(







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, March 24, 2011

Melangkah Dan Teruskan Melangkah... :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? ada sihat?? tak sihat bek gi jumpa doc.. ^.^

HIDUP INI PENUH RANJAU YANG BERLIKU..
KE KIRI KE KANAN
KE ATAS SERTA KE BAWAH
IANYA TETAP SAMA..
TAK PERNAH BERUBAH.. TIADA YANG LURUS..

SEKALI KAMU MELANGKAH.. 
TERUSKAN LANGKAH KAMU..
USAH SESEKALI BERPALING KE BELAKANG SEMULA..
USAH SESEKALI MENYESALI AKAN APA YANG TELAH TERJADI..
USAH TAKUT AKAN CABARAN YANG BAKAL KAMU HADAPI..

SEKALI KAMU MELANGKAH..
ITULAH TANDANYA KAMU TELAH BERSEDIA TUK MENERUSKAN KEHIDUPAN INI..
ITULAH TANDANYA KAMU TELAH BERSEDIA MENJADIKAN DIRI KAMU SETEGUH WAJA, SEKERAS BATU SERTA SELEMBUT SUTERA..
WALAU LEMBUT NAMUN TETAP UTUH DAN SUKAR TUK DI KOYAK KAN MENGGUNAKAN TANGAN..

JADILAH SEPERTI MAWAR.. 
CANTIK SERTA HARUM..
MEMIKAT SIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG..
NAMUN, PERLU BERHATI-HATI SUPAYA TANGAN TIDAK TERCEDERA APABILA MEMETIK KAMU..
HANYA MENGHIDU KAMU DARI JAUH... 

JANGAN JADI SEPERTI DEDALU..
MENUMPANG SERTA MENJAHANAMKAN POKOK TUMPANGAN NYA..
CANTIK TAPI BUSUK HATINYA..
HANYA INGIN MELIHAT DIRI SENDIRI YANG TEGAK BERDIRI..
MENINDAS ORANG LAIN DEMI KEPENTINGAN SENDIRI...


PS: Aku Masih Dalam Mood begong.. Sila Maafkan Entry Merepek Aku Nie Eik... ^.^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, March 23, 2011

Entry Khas : SIla Berikan Bantuan Anda.. Bukan Paksaan Jika Anda Tak Ingin...

Salam n eelloopp semua~
korang pe khabar?? aku doakan moga korang semua dalam keadaan yang menyenangkan... :)

semalam, jalan2 ke blog.. aku tertarik pada satu entry nie.. Sila Rujuk Entry Nie 
kesian kan kat mereka2 yang terbiar nie?? 

apa kata kalo kita sama2 membantu Kucing Terbiar & Anjing Terbiar.. tak semestinya tolong daripada segi kewangan.. dari segi sokongan pun ok gak kan?? ^.^

ok ar, apa2 hal korang boleh contact admin (salah sorang nya ialah DAK TEDI)..
 Kucing Terbiar & Anjing Terbiar tuk keterangan lanjut mengenai apa yang boleh korang bantu.. at least kalo kita menderma RM10 pun ok gak.. kalo 10 orang dah RM100.. ^.^

dapat gak tambah2 dana yang mereka ngah kutip skang nie... :)

ps : Bantulah Mereka Tuk Hidup Lebih Selesa... :)







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, March 22, 2011

P!nk - Perfect



tetiba terasa nak share lagu nie...
nobody PERFECT!!

tp jangan sesekali mengeji, menghina atau menjatuhkan kelemahan orang len.. jika kita berada di tempat orang yang kita keji, kita hina atau kita jatuhkan kelemahannya, apakah yg kita rasa?? sendiri mau ingat ar eik... :)








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Terasa Kehilangan Adalah Sesuatu Yang Biasa Terjadi.. ^.^




Make It Happen By Namie Amuro Feat After School 
Taken From : You Tube

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

terasa tiada mood tuk menghupdate blog, buat keje membaca dan sebagainya.. :(
terasa kekosongan skang nie.. terasa seperti sesuatu yang telah hilang..
terasa seperti sesuatu yang tidak kena.. terasa sesuatu yang membuatkan aku rasa ZERO...

aduhai atie, apakah sebabnya??
aku puas memikirkannya.. tapi tiada jawapan yang aku temui... apabila kita terasa akan "kehilangan" baru kita sedar betapa ianya amat "berharga" walaupun ianya hanya sebutir pasir yang pada pndangan asal nya tiada membawa sebarang harga.. tapi.. sekiranya pasir yang tiada harga itu di berikan oleh seseorang yang menjadi sebahagian daripada hidup kita dan ianya telah "hilang", maka di situlah perasaan kehilangan akan menular... :)

semakin "jauh" ianya pergi meninggalkan kita, semakin terasa akan keperitan, kekesalan serta ketidakpuasan "bersama"... menjadi lumrah dunia, apa yang kita sayang biarkan ianya lepas pergi mengikut rentak kehidupan yang telah di tentukan.. rentak kaki yang agak pincang tidak akan terasa bila rentak itu sekata dengan nawaitu yang telah di tekad kan.. :)

ianya akan menjadi pincang hanya bila kita cuba mengubah atau mengikut rentak kehidupan yang bukan milik kita.. meniru sesuatu yang bukan milik kita hanya akan menambahkan beban yang yang tak mampu nak di pikul oleh bahu.. perasaan sayang itu cuma setakat SAYANG bukan lebih2 atau kurang2.. jika perasaan SAYANG itu berubah menjadi CINTA, maka itu akan teruk dan membinasakan diri serta perasaan kita.. 

aku bersyukur kerana rentak kehidupan aku tidak sepincang dulukala.. semakin teratur serta perasaan SAYANG itu telah bertukar menjadi CINTA serta di sulami dengan KASIH.. alangkah indahnya kehidupan ini sekiranya kita yang berhak mengaturkan segala2nya?? tapi itu MUSTAHIL, kita hanya mampu mengimpikan sesuatu yang indah.. kita hanya mampu merancang apa yang membuatkan rentak kehidupan kita indah.. tapi hanya ALLAH yang ESA menentukan segalanya.. dan apabila kita mendapat sesuatu tidak seperti yang kita impikan, hanya tanamkan dalam diri kita SESUATU YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAHNYA dan setiap kejadian adalah sesuatu ketentuan.. terima dengan hati yang tenang, redha, serta seikhlas yang mungkin... :)

suatu ketika dahulu aku amat obses dengan sebutir pasirku.. tapi skang apabila sebutir pasirku hilang, dan aku berjumpa dengan sebutir pasir yang sangat memahami aku, apa lagi yang perlu aku tunggu?? aku terima, aku jaga pasir baru ku itu sebaiknya.. walaupun kadang kala aku rasakan pasir baruku jua seperti ingin menghilangkan dirinya... :(

apa pun, hargailah apa yang ada di depan mata kita sebaik2 nya.. jangan menyesal di kemudian hari apabila ianya hilang daripada pandangan mata zahir mahupun pada mata hati.. buka mata hati kamu seluasnya.. jangan bergantung pada mata zahir kerana mata zahir mampu membuatkan kamu tertipu akan keindahan yang di pamirkan secara luaran... :)

ps : Mood = No Mood... ^.^








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, March 21, 2011

Hasil Liburan : Walaupun Pada Mulanya Dukacita... ^.^


My Own Miniature MAS Flight.. 
*credit To En.Cinta*

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

hehehe.. semlam bercadang nak ke Putra Jaya demi melaksanakan impian tuk melihat HOT AIR BALLOONS.. pergi bersama2 ngan En.Cinta dengan penuh bersemangat waja.. tapi amat mendukacitakan hati apabila tiba aje di Putra Jaya, hujan turun dengan amat lebatnya... :(

hanya sempat skodeng booths yang ada aje.. pastu cepat2 berlari ke kereta sebelum ujan semakin lebat... :(

akhirnya kami sepakat ke Alamanda Putra Jaya bagi mengabiskan quality time bersama2... sambil2 mata aku mencari2 barangan idaman kalbu iaitu novel... :)
hinggakan En.Cinta kata kat aku "Kali Nie Bape Banyak Nak Beli??" bila aku tunjuk senarai novel yang aku nak beli.. terus dia cakap "sikitnya??" dalam nada memerli... :/

hehehe.. sebenarnya aku nak beli 4 buah novel aje.. tupun banyak ke?? :p
cari punya cari, MPH Alamanda upanya under upgrading.. hnya kat ruang legar aje.. dah ar ramai bonar umat manusia di situ.. nafas aku pun tersesak serta ketenagan aku tuk mencari novel2 aku pun terencat.. last2 tgk ujan masih tak berenti dan tak ada pun menunjukkan tanda2 mau berenti maka dengan berbesar atie pulang semula ke Somban.. dalam pada tu, pujuk En.Cinta gi JJ Sbn Two pulak sebb kat situ ada MPH... :p

pas makan, aku pun mula ar operasi mencari novel2 tersebut dan akhirnya...


Fallen


Tempted By The Night


New Novel From Cecelia Ahern - Girl In The Mirror

dan masa aku ke Vietnam arie tu, aku telah berjaya merembat 2 buah novel


The Learning Curve


The Best Of Time

*tp 2-2 pun aku blm start baca.. sebab aku ada 2 buah novel melayu aku belum baca.. sangat tamak... * :p

ps : Aku Ngah Migraine Skang.. Sape2 Tau Ubat Tuk Migraine Tak?? :/ 









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, March 19, 2011

Review VN HALAL RESTAURANT at HCM CITY

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

ok ar, aku sambung citer pasal nak wat review mengenai restaurant halal sewaktu aku di Vietnam.. nak baca kisah perjalanan aku ke Vietnam, boleh klik kat sini : Part 1Part 2, & Part 3... :)

kali nie aku nak review mengenai Restaurant VN HALAL.. :)


Nie Ar Upa Kedai Tersebut.. Kredit Gambar Kat My Ayah... :)

ok ar, kat sini makanan lebih kurang macam kat Malaysia aje rasanya.. ada 3 set menu kat sini.. iaitu Set Masakan Vietnam, Set Masakan Malaysia dan Western Style..

yang set Vietnam nie, kebanyakkan masakan asal Vietnam.. dan set Malaysia pula kebanyakkan masakan sama macam kat Malaysia.. ada asam pedas ikan siakap, kangkung goreng belacan, ada sambal belacan serta ulam-ulaman dan macam2 laie ar..

yang Vietnam pula banyak masakan Vietnam termasuk ar makanan tradisi Vietnam iaitu Pho Bo 
Phở (Vietnamese pronunciation: [fə᷉ː]  ( listen)) is a Vietnamese noodle soup, usually served with beef (phở bò) or chicken (phở gà).[1]The soup includes noodles made from rice and is often served with basillimebean sprouts, and peppers that are added to the soup by the diner.
 memang best sangat2.. dengan kuah lembu yang asli, serta ulam2 seperti daun pudina dan daun kesum perahan asam limau nipis dan cili merah potong.. membuatkan air liur yang tengok kecur ko... :)

ada 2 versi Pho Bo nie.. satu versi yang tak pedas.. hanya di bagi cili merah potong2 aje.. versi yang pedas tu memang sarat tapi tak pedas pun bagi aku ar.. :)
ada batang pisang jeruk, batang pisang muda, ulam ualaman.. memang best yang nie.. laie pun ada daging lembu yang rasa agak2 masam masin dalam tu.. kalo yang tak pedas, tak ada.. (sebab aku dah try 2-2 versi) :)

makanan kat sini agak tak berbaloi.. seriously memang tak berpatutan dengan rasa serta servis yang agak lambat.. 
tapi di sebabkan restaurant nie menjadi tumpuan pelancong yang beragama islam terutamanya dari Malaysia serta berdekatan dengan kawasan hotel, Ben Thanh Market, dan pasar malam.. memang strategik ar tempat nie..

macam aku yang duduk kat Liberty 3 Hotel, agak jauh gak ar.. kalo jalan kaki dalam 10 minit.. dan harap maklum teksi di sini tidak mahu hantar andai tempat tu agak dekat.. :)
jadi memang kena jalan kaki aje.. ^.^

berbalik pada rege makanan kat sini.. agak tak berbaloi.. nasi goreng RM9 (still cheaper then Halal At Saigon) ^.^
tapi bagi aku, rege tu memang agak mahal.. mungkin ada antara korang yang mengatakan rege tu standard.. maaf ar eik.. sebab jika nak bandingkan kuantiti makanan serta rege makanan memang tak berbaloi.. ooppsss.. lupa lak kat sini dikenakan tax sebanyak 10%... ^.^

ok ar.. rasanya tu aje kot yang boleh aku wat review.. dan yang paling best, kalo korang ke Vietnam, jangan lupa try kopi O mahupun kopi susu dorang dan nak laie best, jangan bubuh gula.. best sangat2.. masa aku kat vietnam nie, 5 arie kat cnie memang ngam ar.. minum kopi manjang.. :)
dan kopi dorang walaupun pekat likat hitamnya, tak pahit pun.. tak kelat walau sikit pun.. ada rsa manis2 asli gitu... :)

ok ar, nie alamat VN HALAL : 14 Pham Hong Thai, P. Ben Thanh, in District 1.
berhanpiran ngan Ben Thanh Market berdepan dengan taman... ^.^


Pho Bo


Yang Nie Ulam-ulam Nya.. :)

*KREDIT GAMBAR PHO BO DAN ULAM2 KAT GOOGLE.. YANG AKU PUNYA TAK SEMPAT NAK SNAP AKU DAH TIBAI... :"> *


ps : Insya Allah, Andai Umor Panjang, Ada Rezeki Lebih Aku Ingin Kembali Ke Sana Semula.. Menikmati Kopi Ais Tanpa Gula Yang Memang Tak Dapat Nak Di Luahkan Dengan Kata2... ^.^

Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, March 18, 2011

Holiday Ke Vietnam Part 3 - Cu Chi Tunnel... :)



Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua??
arie nie aku terajin sikit nan sambung update mengenai perjalanan aku ke VIETNAM... :)

kalo arie tu aku citer perjalanan ke Delta Mekong, arie nie mau sambung perjalanan ke CU CHI TUNNEL.. iaitu terowong bawah tanah yang di ginakan oleh askar2 komunis dan sampai skang askar2 komunis banyak berkawal di sekitar terowong ini... :)


Nie ar peta terowong tersebut.. 

kalo korang ikut tour kat sini dalam USD8 (RM24++) tuk tour 1 arie dan kalo nak half day aje dlam USD6 (RM18++) tuk seorang eik... :)

kalo tour seharian korang akan di bawa melawat kawasan tokong yang di gunakan oleh kaum yang di kenali sebagai KAUDAI.. Kaudai nie adalah sejenis anutan agama yang di campur daripada Buddha, Hindu, Kristian dan agama asal negara Vietnam itu sendiri.. kawasan ini hanya menganut agama ini.. :)

pas balik daripada sini, kita akan terus ke Cu Chi Tunnel nie.. tapi sebelum tu, kita akan singgah di tempat makan tuk lunch dan seperti biasa kami bawak bekal roti serta air mineral... :)

pas makan dalam 1 jam macam tu, kami meneruskan perjalanan ke Cu Chi Tunnel.. bayaran tuk masuk adalah 80,000VD (RM11++) seorang.. ada tourist guide yang baik hati akan menyenangkan kita dengan mengumpulkan semua duit sape2 yang nak masuk tuk belikan tiket. jadi kita tak akan berebut2... :)

masuk aje kita akan lalu terowong modern yang tuk sampai ke pintu masuk utama.. sebelum masuk, kita akan di lekatkan pelekat tuk menandakan kita adalah pelancong.. dan mamat2 komunis yang jaga... :)

bila dah sampai kat main entrance, kita akan di bawa ke tempat perangkap.. kat sini, tourist guide kita akan menerangkan jenis perangkap tersebut.. dan amat menakjub kan ada sejenis lubang yang memang muat2 orang size "S" aje.. cuba korang bayangkan betapa komunis2 nie badan dorang kecik2 aje.. kalo aku yang masuk, mau tak boleh lolos.. kalo boleh lak lolos, tak boleh kuar.. sebab tersekat... =))

pastu, kita akan lalu kawasan yang ada kereta kebal yang di gunakan sewaktu zaman perang dulu.. masih utuh laie.. boleh ar bergambar kalo nak... pastu, kami di bawa ke tempat menembak.. korang boleh menembak dengan macam2 jenis senjata.. tapi seorang hnya boleh beli 10 butir peluru aje.. tak boleh lelebih.. :))
rege, aku tak tau sebabnya aku tak ikut dorang gi menembak.. aku dok makan ice-cream aje... =)

dah penat menembak, kita akan di bawa ke terowong nie ar.. kalo tak silap aku setiap 100meter ada jalan keluar.. dalam terowong nie, sangat2 sempit, berdebu dan semakin dalam korang masuk semakin panas dan korang tak boleh berpatah balik bila korang dah terlepas pintu keluar.. korang kena jalan sehingga jumpa pintu kuar yang seterusnya.. dan nasihat aku bagi yang ada asma, better jangan masuk terlalu dalam.. boleh sesak nafas dengan debu2 tanahnya...

bila dah kuar dari terowong, kita akan di jamu dengan ubi kayu rebus cecah ngan kacang tanah tumbuh campur gula.. best gak ar.. sebab kalo kat Malaysia nie, kita mkn ubi kayu rebus cecah ngan kelapa gula kan, nie cecah ngan kacang tanah tumbuk bergula.. len sikit ar rsanya... :)

lepas dah nak balik tu, kita akan di tontonkan dengan documentary mengenai Cu Chi Tunnel nie selama lebih kurang 30minit.. menonton di dalam dewan bawah tanah ok... bukan dewan yang ada air cond.. :)

dan kami mula bergerak pulang lebih kurang dalam jam 5 petang dan sampai ke hotel dalam lebih kurang kul 7 malam.. dalam jangkaan 6 petang dah sampai tapi semuanya bergantung pada kelancaran jalan raya.. :)

sampai aje hotel, cuci muka terus kuar gi makan kat VN HALAL.. pastu, gi jejalan kat pasar malam yang berdekatan dengan kawasan restaurant nie.. kat sini, pasar malam lagak seperti pasar malam kat Malaysia.. sebabnya 99% pengunjung adalah orang MALAYSIA... :)
kat sini pun lebih kurang macam kat Ben Thanh Market gak.. kena pandai tawar menawar dan kebanyakkan mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.. adayang Islam gak meniaga at cnie... :)
dan satu laie dorang gunakan USD lebih banyak berbanding VD.. jadi kena pndai2 mintak kurang ar ok, sebab kalo guna USD, duit tu nampak kecik aje.. bila convert RM baru korang tau... :))
ye ar, bayangkan ar, aku beli telekung sulam timbul tuk mak aku USD12.. budget macam RM12 aje bunyinya, sekali convert, RM35 ko.. :))
(but still cheaper then Malaysia) :p

dah penat merayau, balik hotel mandi2, kemas2 beg sebab esok dah nak balik.. baru sedar beg aku tak cukup muat tuk letak barang2 aku... =))

layan ar gambar2  kat bawah nie eik... :)


Sejenis Perangkap Yang Di Cover Oleh Rumput2 Kering


Dalamnya... Yang Tercacak Tu Bukan Besi Tapi Kayu Yang Dah Di Runcingkan.. :)


Cuba Teka Ada Apa Kat Sebalik Dedaunan Ini??


Benda Nie Ar.. Pintu Ajaib... :p


Kan Aku Dah Cakap, Komunis Nie Kurus2 Aje.. Muat2 Dia Aje Lubang Tu... :)


Macam Real Kan?? Tapi Sebenarnya Patung Aje... :)
Nie Adalah Komunis Wanita


Komunis Lelaki Nie Ngah Tulis Surat Cinta... :p
Sebenarnya Ngah Tulis Report... :)


Yang 2 Orang Nie Pulak Ngah Berehat2.. :)


Yang Nie Rasanya Baru Bangun Tido... =))


Kereta Kebal Yang Di Gunakan Sewaktu Perang Dulu Masih Utuh... :)


Mari2 Kita Tengok Dorang Buat Senjata... :)


Perangkap 1


Perangkap 2


Perangkap 3


Perangkap 4


Perangkap 5


Perangkap 5


Perangkap 6


Perangkap 7


Buat Sendiri 


The Real Bom Ok.. :)


Tempat Menembak... :)


Cara2 Membuat Lubang Terowong.. Dorang Nie Wat Secara Manual Tau.. Guna Tangan Dan Peralatan2 Yang Di Buat Tuk Mengorek Lubang..


Yang Wanita Nie Pulak, Tugasnya Membuang Tanah2 Yang Dah Di Korek Oleh Kaum Lelaki...


Nampak Tak Ada Seorang Laie Kat Dalam Lubang Tu??


Nie Bengkel Membuat Selipar Daripada Tayar.. 100,000VD Tuk Sepasang.. Komunis2 Semua Menggunakan Selipar Ini Sehingga Sekarang... :)


Tekun Pokcik Komunis Nie Membuat Selipar... :)


Bomb Crater... :)


Main Entrance Tuk Masuk Ke Terowong Bawah Tanah... :) 


Setelah Penat, Meh Kita Makan Dulu.. Ubu Kayu Rebus Cecah Kacang Tanah Tumpuk Bercampur Gula.. :)


Nie Di Panggil Smoke Kitchen.. Kenapa Di Panggil Smoke Kitchen?? Sebabnya Dorang Akan Memsak Seawal 4 Pg Dan Asap2 Tersebut Akan memlalui Cerombong Yang Mendatar.. Cerombong Ini Akan Membawa Asap2 Tadi Jauh Ke Tengah Hutan Dan Akan Di Lepaskan Ke Dasar Hutan.. Bukannya Ke Udara.. Ini Bagi Memastikan Pihak Musuh Tak Dapat Mengesan Mereka... :)


Antara Bom Sebenar Yang Di Pamerkan... :)

ok ar, esok aku sambung laie eik, dan aku akan buat review mengenai VN HALAL RESTAURANT... ^.^

ps : Terajin sangat lak arie nie... =)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)