Saturday, August 13, 2011

Entry Khas : Budi Bahasa Budaya Kita.. ^^




Salam n eelloopp semua~
korang apa kahabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Alhamdulillah.. Arie nie dah masuk 13 ramadhan bermakna telah 13 arie kita semua menjalani ibadah pose ngan jayanya.. ^^

aku just nak share pendapat aku aje.. sebabnya aku tengok skang nie macam makin kurang orang2 yang mengamalkan budi bahasa.. makin tak ada budi bahasa dah aku tengok.. 

apa silapnya kempen kerajaan kita mengenai amalan budi bahasa di kalangan masyarakat setempat eik?? nak kata kurang promosi, aku rasa banyak di promosikan.. kat media2 elektronik mahupun media cetak.. so.. di manakah silapnya??

bagi pendapat aku ar, smuanya terletak pada diri sendiri.. cara didikan di rumah.. cara berkomonikasi ngan ahli kuarga adalah elemen yang amat penting bagi menjayakan kempen nie.. sebabnya pendidikan bermula dari rumah.. jika didikan yang pertama itu cemerlang, maka tidak mustahil ianya akan menjadi sangat cemerlang bila di bawa keluar daripada komuniti keluarga..

kekadang cara ibu bapa berkomunikasi ngan anak2 pun memainkan peranan yang penting.. bagaimana anak2 nak menggunakan bahasa yang cantik sekiranya ibu bapa sendiri tidak menggunakan bahasa yang cantik??

aku pernah terjumpa sekeluarga yang mak dan bapaknya bila marahkan anak2 di "babi2"kan, di "bangang2"kan dan sebagainya yang menggunakan perkataan yang tak sepatutnya seorang ibu dan bapa menggunakan nya pada anak2 mereka yang masih hijau lagi.. dan jangan terperanjat esok jika anak2 yang masih hijau tersebut membesar dengan perkataan2 yang sedemikian.. kerana ianya menjadi santapan telinga serta naluri anak2 sejak kecil hingga lah mereka meningkat dewasa..

aku pasti akan ada di kalangan korang yang mengatakan macam nie "alah, bila anak2 yang masih hijau tu membesar, dorang boleh pikir mana yang baik dan mana yang buruk".. memang betul, aku setuju sangat ngan pendapat tu, tapi kan, kalo dah sejak kecil di sogok ngan benda2 atau perkataan yang "busuk", ianya dah jadi sebati dalam diri.. dah jadi kebiasaan buat anak2 hijau nie.. sebagai contoh, korang sejak kecil di beri makan tempoyak,petai, jering dan sebagai.. sampai korang dah godang pun korang akan makan gak kan?? sebabnya... korang dah sebati.. lidah dan tekak korang dah sebati ngan rasa tempoyak, jering, petai dan lain..

cuba ibaratkan daripada kecil korang tak di biasakan atau tak pernah di beri makan benda2 macam tu, adakah bila korang dah besar korang akan makan?? aku jamin 100% yang korang tak akan makan sebabnya korang tak biasa.. so.. benda nie sama ar ngan menggunakan perkataan "busuk" pada anak2 mahupun depan anak2.. :)

anak2 tersebut akan membesar dan akan menjadikan cara ajaran ibu bapa mereka untuk mendidik generasi hijau yang baru dan ianya akan berterusan hinggalah ke generasi hijau yang bakal menjelang kelak.. cuba korang bayangkan betapa teruknya generasi Malaysia sekiranya semua rakyat Malaysia nie biadap tanpa budi bahasa?? adakah pelancong2 akan datang ke negara kita??

oleh yang demikian, kita seharusnya memupuk amalan budi bahasa di kalangan kanak2 terutamanya kerana merekalah yang akan membawa ajaran kita di kemudian hari kelak.. :)



 Credit You Tube

cuba elakkan menggunakan bahasa yang "busuk" di depan kanak2 atau pada kanak2.. gunakanlah bahasa yang indah2 aje.. ^^

ps : Budi Bahasa Amalan Kita.. Jadi Amalkan Lah Sekarang... ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)