Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan semoga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. telah 25 Ramadhan berlalu.. bermakna hanya tinggal 5 hari saja laie tuk kita semua meninggalkan Bulan yang penuh Barakah ini..
dan dalam kesibukan serta dalam kita bergembira menyambut ketibaan bulan Syawal nie, ada yang masih berada di dalam kedukaan.. bersedih kerana kehilangan insan2 yang tersayang.. berduka apabila tidak dapat menunaikan permintaan anak2 yang inginkan baju baru untuk hari raya walhal sebagai ibu bapa kita tak mampu untuk menyediakan sepasang pun baju baru untuk anak2 kita kerana desakan hidup yang tak mengizinkan kita untuk berbelanja lebih.. kerana perbelanjaan itu di perlukan untuk perkara2 yang lebih bermakna dan lebih penting laie..
berduka mengenangkan nasib sebagai anak2 yatim piatu yang tinggal di rumah2 kebajikan.. apabila melihat teman2 sebaya bergembira bersalaman dengan ibu dan bapa memohon keampunan walhal, anak2 ini hanya mampu bersalaman dengan rakan2 yang senasib dengan nya..
berduka mengenangkan anak2 yang telah "membuang" terus ibu bapa mereka yang di rumah2 orang2 tua.. selama mereka2 berada di sana, tidak pernah sekalipun di jengah bertanyakan khabar Sang ibu bapa..
berduka mengenangkan balu2 serta duda yang kehilangan tempat bergantung hidup.. membesarkan anak2 yang masih kecil.. mengharapkan bantuan ikhsan insan2 yang berhati mulia..
berduka mengenangkan mereka2 yang berada di perantauan kerana tugas mahupun kerana menimba ilmu.. hanya kerana tidak mampu untuk pulang beraya bersama2 dengan keluarga yang tersayang..
tapi pernah tak kita terlintas di dalam hati mahupun dalam fikiran kita akan nasib2 insan2 yang berduka itu?? pernah tak kita meletakkan diri kita di tempat mereka2 ini walau sesaat?? bagaimana perasaan mereka2 nie bersedia menyambut ketibaan Syawal??
kita hanya memikirkan ke-sedap-an kita menikmati kenikmatan yang di berikan hinggakan kita terlupa pada nasib2 insan yang lain..
kita hanya memikirkan ke-enak-kan kita menghirup rezeki2 yang melimpah ruah sehinggakan kita sanggup membazirkan apa yang masih molek laie..
kita hanya memikirkan kehendak nafsu berbelanja untuk hari raya walhal ada insan yang cuma beraya dengan pakaian yang di sedekah kan oleh orang lain bertahun2 lamanya..
itulah kita.. manusia yang hanya memikirkan kenikmatan diri sendiri.. hanya dalam bulan puasa kita berlapar dan dahaga walhal ada yang sepanjang hidup mereka menahan lapar dan dahaga.. ada yang cuma menikmati sekali sahaja hidangan walaupun ianya sekadar nasi putih dan ikan kering cuma..
renung2 kan lah wahai teman2 semua.. cuba letakkan diri kita di dalam keadaan mereka2 ini.. jangan cuma pandai menunding jari sekiranya mereka2 ini mendapat bantuan daripada pihak bukan Islam.. kita sebagai saudara seagama, apa yang telah kita lakukan?? kenapa mereka2 yang bukan Islam lebih prihatin berbanding kita??