Wednesday, December 28, 2011

Review Novel : 7 Hari Mencintaiku


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

alrite.. aku nak citer mengenai novel yang paling best aku baca.. novel tu ialah 7 HARI MENCINTAIKU.. :)

nape aku cakap citer nie best??
sebabnya... jalan citer yang tak bosan.. maknanya, bila start korang baca dari muka surat yang pertama sehingga muka surat yang ke 1049.. korang tak akan nak berhenti pun.. :)

aku banyak baca novel2 sejak kebelakangan nie, tapi novel yang ini memang syok giler membacanya.. tak menyesal pun aku beli novel nie.. :0

jalan citer yang menarik, perkembangan watak2 sangat2 best, ada pengajaran.. kita akan mengikut watak2 yang di suakan.. kekadang kita akan rasa "menyampah" dengan watak utamanya Mia Adriana.. kita akan "marah" dengan sikap Mak Leha.. kita akan rasa nak tampar2 aje mulut Syakila.. dan kita akan berangan dengan "kesabaran" Khuzairi.. :)

honestly, pengarang novel nie memang superb.. kekdang kita akan ketawa sendiri dengan olahan dialog2 yang ada.. kita akan menjadi sebahagian daripada jalan ceritanya.. :)

jadi.. aku memang syorkan korang membeli dan membaca novel nie.. memula kita akan menyampah tahap gaban dengan Mia Adriana tapi akhirnya, kita akan sedih dengan keadaan beliau..

keruntuhan rumah tangga, manusia2 bertuhankan duit hingga sanggup melacurkan anak sendiri, sanggup menjual maruah anak mereka demi kepentinggan sendiri..

so.. aku malas nak tulis panjang2.. korang boleh baca sinopsisnya kat bawah nie.. :)

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"


Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.


Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.


Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?


Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. 

aku beli kat tempat selalu aku borong novel.. My Biz Santai Shop.. ^^

ps : Menantikan 4 Buah Novel Yang Bakal Tiba.. ^^








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

No comments:

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)