Sunday, August 29, 2010

Adakah Aku Bersedia?? ^_^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang semua dalam keadaan yang sihat aje... :)
puasa pun dah semakin nak ke hujung... persiapan raya jua sudah semakin terasa.. aku pun semakin busy... penatnya~
tak sabar2 nak cuti raya.. sebab apa?? jeng.. jeng.. jeng... :p

kali nie mau citer, adakah korang dah bersedia tuk komitmen yang lebih kompleks?? meaning kat kat sini, bagi yang sedang hangat bercinta.. komitmen seperti bertunang dan bersedia tuk melangkah ke alam rumah tangga...

aku tau, kebanyakkan blogger ada yang dah berumah tangga.. ada yang dah bertunang.. dan tak kurang gak yang sedang menyulami saat indah alam percintaan.. :)

hehehe.. bukan apa, semalam aku terpikir, apakah akan jadi pada aku andainya benar2 jodohku ngan En.Cinta.. tunang.. then kawen.. bunyi macam best aje kan?? tapi ngan keje aku yang sebegini, bagaimana kelak aku nak bahagikan masa aku ngan dia?? balik kul 10 mlm.. dia pun dah tido sebab dia masuk keje kul 8.30 pagi.. *sigh*

bagaimana aku nak masak tuk makan minum dia?? kalo pun dia paham, sampai bila dia boleh bersabar ngan keadaan yang macam nie?? bagaimana pula tanggapan family dia dan family aku?? sure akan ada kata2 " baik tak yah kawen kalo masih sendiri yang uruskan" atau " buat apa ada isteri kalo dia masih macam bujang??"

so... apa pendapat korang?? mintak bantuan kalian....

ps : 3 Taun Laie, Adakah Aku Telah Benar2 Bersedia?? ^_^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, August 28, 2010

Semalam Kenangan Itu, Kini Masa Depan Ku... ^.^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang sihat2 sentiasa dalam menjalani ibadat puasa ini.. ada yg ponteng pose?? :p


hehehe... 28hb Ogos 2010... tarikh keramat suatu masa dulu.. tak pernah aku lupakan tarikh itu.. tapi itu dulu.. kenangan aku sewaktu zaman dulu.. kenangan yang mengajar aku erti kehidupan sebenar.. kenangan yang mengajar aku erti kesetiaan yang tak pernah berbelah bagi suatu ketika dulu.. :)


aku tak pernah menyesal dengan kenangan itu.. aku cukup berterima kasih dengan kenangan itu.. walaupun pedih dan sedih.. sukar nak menghadapinya.. tapi itu lah ianya yang di namakan kehidupan.. :)


semalam aku bersedih.. kini aku mampu tersenyum kembali..
semalam aku berduka.. kini aku mampu tuk bergembira kembali..
semalam aku kecundang.. kini aku mampu tuk berdiri kembali..
semalam kenangan aku.. kini masa depan aku..


apa yang aku harapkan moga "kenangan itu" akan sentiasa berbahagia..
aku sentiasa mendoakan kebahagiaan "kenangan itu"..


kini, "masa depan ku" sedang menantiku..
masa "depan ku" amat setia padaku..
masa "depan ku" amat menyokong akan kebangkitan aku semula..
dan kini.. hanya "masa depan ku" yang terukir indah di dalam hatiku..


terima kasih pada "kenangan itu" kerana mengajar aku segalanya..
terima kasih jua pada "masa depanku" kerana mengembalikan kegembiraan aku..


aku tak pernah salahkan "kenangan itu"..
aku tak pernah menyatakan yang aku silap kerana "kenangan itu"...
aku tak pernah menyesal kerana mengenali akan "kenangan itu"...


dan semoga kamu berbahagia bersama2 ngan insan yang lebih sayangkan kamu..
insan yang lebih baik tuk kamu..
insan yang lebih berhak tuk kamu.. :)


aku bahagia kini bersama2 dengan insan yang amat aku sayang dan amat menyayangi akan diriku.. Alhamdulillah.. ^_^
dan insya Allah, satu hari nanti impian kami akan menjadi kenyataan dan aku jua mengharapkan agar "kenangan itu" jua akan kekal dengan pasangannya hingga ke jinjang pelamin... :)


ps : Kepada "Masa Depan Ku" a.k.a En.Cinta... Thanx Ya Abg~ Semakin Hari Semakin Subur Sayang Ku Pada Kamu.. ^_^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, August 24, 2010

Lagu Raya My Fav... :)



Salam n eelloopp semua~
kalian apa khabar?? aku doakan moga kalian akan sentiasa sihat2 ok... :)
maaf bebyak sebb skang aku dapat nak update blog nie mcm biasa.. nak jengah ke umah kalian seperti selalu... ngan internet yang mcm hampeh dan ke-busy-an ngan keje... nak kuar ngan En.Cinta jua tak berkesempatan tuk lama2... :(


ok ar.. lagu raya sebab mood nak raya dah datang menjegah.. antara lagu fav aku.. satu hari di hari raya nyanyian Sifu M.Nasir... :)


enjoy aje ar eik.. ada kesempatan aku jengah umah kalian pulak.. :)


ps : Satu Hari Di Hari Raya... ^_^
Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, August 16, 2010

Kenangan Ramadhan Yang Terindah Bersama Kamu... :)


Salam n eelloopp korang semua~
apa khabar?? alhamdulillah kita masih laie berpeluang bernafas kembali di bulan Ramadhan ini... berpeluang menjalani ibadah puasa pada sekian harinya.. ^_^

hehehe.. semlam, aku berpeluang berbuka ngan En.Cinta... tak de yang special sebenarnya.. just makan kat food court ngan menu nasi goreng.. tapi amat selera... :p

dan satu perkara yg hingga kini aku tak dapat nak tafsirkan ialah ketika dia membacakan doa berbuka puasa dan doa makan.. satu perasaan yang amat sedih menusuk ke naluri aku.. aku pun tak pasti kenapa dan mengapa.. terasa sayu bila mendengarkannya... 

puas aku mentafsir akan perasaan aku itu.. pagi tadi selepas sahur, aku cuba sekali laie membuat analisis kenapa dan mengapa.. tapi jawapan yg aku terima adalah pudar.. aku buntu dan tak mendapt jawapannya...

bukan aku tak pernah mendengar lelaki lain membaca doa tersebut.. bukan aku tak pernah mendengar My Sp aku membacanya.. tapi kenapa dengan En.Cinta ini, aku begitu terharu?? kenapa aku mendengarkannya aku terlalu sayu??

apa sebenarnya perasaan yang aku alami?? apa sebenarnya rasa yang aku rasai??
apa yang aku doakan skang, semoga perhubungan kami di restui oleh semua pihak.. semoga perhubungan ini adalah yang terakhir buat ku.. semoga perhubungan ini di pelihara oleh Yang Maha Esa.. dan semoga perhubungan ini akan sentiasa indah seperti skang ini... dia terlalu baik buat aku.. 

ps : Semoga Suatu Hari Nanti Impian Kami Akan Terlaksana... Insya Allah.... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Buat Semua~



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang sentiasa sihat2 sentiasa... :)

Alhamdulillah.. akhirnya kita di pertemukan dengan Ramadhan.. bulan yang paling mulia sekali.. :)

so, arie pertama pose, bagaimana?? sure ok kan?? al-maklum ar semangat pose ngah berbara... :)

jadi di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL - MUBARAK buat semua umat Islam di serata dunia.. serta buat teman2 aku di dunia maya ini mahupun di dunia realiti...

kepada My Best Buddy Mr Dude, kepada En.Cinta, kepada My Big Sis, Prince Adnil.. Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dengan Penuh Kesabaran.. Semoga Kalian Mendapat Keberkatan Yang Di Berikan Sempena Dengan Bulan Yang Mulia Ini... :)

ps : Aku Akan Jarang Update Teratak Usang AKu Ini Sepanjang Bulan Puasa Dan Akan Kembali AKtif Selepas Hari Raya Kelak.. Insya Allah Andai Umur Ku Masih Di Panjangkan... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, August 7, 2010

Review Novel : Rindu Tak Terucap.. :)



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? harap2 semoga korang akan sentiasa sihat2 sokmo... :)

ok... novel review again... :)
kali nie novel yang menjadi pilihan (cehwah) adalah :

Tajuk : Rindu Tak Terucap
Penulis : Nurhayati Ishak
Bilangan Muka Surat : 760 Helai
Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd (CESB)
Harga : RM 32.90
Sinopsis :

"Ku gagahi kaki ini... walaupun langkahku kian payah"
Indahnya sang bunga pasti layu jua akhirnya. Indahnya cinta kekal hingga ke hujung nyawa. Saat cinta mula berbunga, hati yg layu menjadi ceria.

WA AINI- Terima kasih cinta, utk segalanya kerana mengajarku erti bahagia. Kau berikanku lagi kesempatan utk kusemai cebisan kasihku.
Namun cinta jua membuat aku dihimpit rasa bersalah dan kesal yg sukar difahami oleh sesiapa. Saat cintaku terpaksa dilukai dan dikhianati. Hati yg luka berdarah.. biar kutanggung sendiri.

HAIQAL - Sayang.. tak terucap rinduku padamu. Kau ibart bayang-bayang indah yg sentiasa menemaniku. Tanpamu aku kehilangan arah. Sepi yg tiada penghujungnya... meambah lara di hatiku. SAyang... hadirmu jua membuka ruang-ruang kosong di hatiku walaupun kau tercipta bukan utkku. Namun kutemui jua cinta yg abadi.

WA AIMIN - Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang utkku bersama dgnnya. Nkmat cinta yg KAU anugerahkan tidak ternilai harganya.
Ain... Abg amat menyayangimu. Andai diberi peluang sekali lagi, akan kubahagiakan dirimu selamanya.


Review Aku Pulak :

 aku suka akan watak Wa Aini.. seorang gadis yang tabah dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang anak angkat bagi kuarga En Ainul Jamal serta isterinya Puan Salwa.. walaupun hanya dia, ibubapa serta abang sulung mereka sahaja yang megetahui akan status Aini sebagai anak angkat, kasih sayang mereka tak pernah berbelah bagi terhadap Aini.. hinggakan anak2 kandung pasangan ini merasa tak berpuas hati tapi mereka tak pernah menyisihkan Aini kerana bagi mereka, Aini adalah adik kandung mereka.. kasih sayang itu setara..

watak Haiqal pun aku suka.. lelaki cina yang memeluk Islam.. lelaki cina yang sentiasa menjadi bayang2 Aini.. walau kemana Aini pergi pun, Haiqal atau Ah Kuang akan ada di situ.. ibarat seperti telah di jodohkan antara mereka.. :)

kisah cinta yang tak dapat di satu kan kerana ada perkara yang terjadi... kalo nak tau apa, korang kena baca sendiri ar... citer nie memang best... dalam 10 bintang aku bagi 9 bintang... :) 
memang tak menyesal korang melabur tuk membeli novel nie... :)

ps : Doakan Aku Tuk Arie Ini Eik... ^_^
Aku Perlukan Sokongan Teman2 Ku Serta Insan2 Yang Aku Sayang... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, August 6, 2010

Award Sekali Lagi - Terima Kasih Cikgu Miera... ^_^



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku harap korang sihat2 aje.. :)

sekali laie aku dapat award... pas nie aku bakal kalahkan Dato' Ct Nurhaliza... ^-^
kena lak mau cari Dato' K.. huhuh.. tak sanggup mau tinggalkan En.Cinta aku yang tersayang... ^_^
En.Cinta, jangan risau eik.. hanya kamu aje yang aku mau.. :p

udah2 tak mau melalut... sebelum aku dapat award nie, Dak Miera nie suh aku jawab soklan2 dulu... huhuhu... aku tau ar dia cikgu.. seb baik 2 aje soklan yang dia bagi... :)
tapi poning gak ar nak jawab sebabnya macam nak bukak rahsia sendiri aje ar pulak... :)
tapi tak pe.. di sebabkan dia cikgu, maka aku ngan rela atie menjawab nya sebaik yang mungkin... :)

SOALAN PERTAMA : NYATAKAN 7 PERKARA TENTANG ANDA
JAWAPAN NYA : 
1) saya seorang wanita
2) saya kacukan melayu - cina - jawa
3) saya mempunyai perniagaan sendiri iaitu Butik Elyna.. hasil kerjasama saya dan My Lil
    Sis..
4) saya suka akan masakan yang pedas2.. tak suka manis2..
5) saya seorang yang pendendam.. jadi jangan cuba buat saya "BENCI" dengan kamu.. :)
6) saya suka bulan, petir, ribut, hujan, ular dan novel
7 ) saya suka bercakap kalau kena dengan orang dan tajuknya... :)

SOKLAN KE DUA : SAYA SUKA KALER..... (SILA ISIKAN TEMPAT KOSONG) :P
JAWAPAN NYA : saya suka kaler hitam.. sebab hitam itu menawan dan yang penting boleh nampak saya kurus sikit... :p
tapi kalo tua empunya yang bagi award nie, dia suka kaler purple.. :)

SOKLAN KE - TIGA : BERIKAN INI KEPADA 3 RAKAN ANDA
JAWAPAN NYA : saya nak bagi kat semua pengikut serta pembaca teratak buruk saya nie.. tapi sebab nak ikut syarat yang di berikan oleh pembuat award, saya tagged 3 orang iaitu :
          - satu2 nya kumbang yang saya tag Dak Azuan
          - kakak yang sangat suka menjait Kak Azz
          - teman yang selalu ceritakan tentang motivasi dan keagamaan Lady Zubaidah

kalau ikutkan semua aku nak tag.. tapi dah cikgu suh 3 orang aje.. so 3 orang aje ar eik.. mana yang tak kena tagged tu, sila ambik aje... aku bagi... :)

ps : Aku Dan Kamu... ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, August 5, 2010

Parcel Yang Ke - 2 Telah Tiba Dengan Selamatnya... ^_^


Jeng Jeng Jeng... Parcel yang ke 2 dah sampai pagi semalam tadi... :)
meh skodeng isinya pulak....




Apakah itu?? dapat teka tak?? ^_^



ahaks~ nie ar isinya... novel... aku beli secara on9 kat My Biz Santai Shop..

Salam n eelloopp semua~
korg apa khabar?? aku doakan moga korang akan sentiasa epy... :)

hehehe.. 2 ar parcel yg aku tima pagi semalam.. seperti yang aku bagi tau dalam entry ini.. :)
dan aku masih menantikan 3 parcel lagi.. semlam aku sangka kan hanya 2 aprcel aje.. tapi sebenarnya 3 parcel yang perlu aku tunggu... :)

ok.. petang2 kang aku berjalan ke umah korang eik... have a nice day...  ^_^

ps : Ada Orang Mau "Merasmikan" Library Aku Andai Aku Buka Kelak... ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, August 4, 2010

Minggu Menantikan Parcel... ^_^


Lapis Cheese




Lapis Ice cream Cheese




Lapis Ice Cream Cheese Yang Dah Di Potong

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang moga berbahagia sentiasa... ^_^

heheheh... minggu nie adalah minggu menantikan parcel - parcel yang aku order pada minggu lepas... :)

parcel yang pertama telah selamat aku tima semalam.. iaitu KEK LAPIS SARAWAK.. ^_^
macam gambar kat atas tu ar.. aku order daripada senior aku masa kat Kolej Karisma dulu iaitu Abang Ariyon a.k.a Abang Yon.. hehehe.. lama aku mencari kek lapis sarawak yang boleh ngam ngan citarasa aku... so aku try ar yang nie pulak.. harga pun boleh tahan ar.. RM 30.. berat, padu.. aku rasa murah.. :)

so, aku ngan mak aku pun dah try dah.. boleh tahan ar.. tunggu QC daripada MMU pulak tuk penilaian... (My Lil Sis) :p

ok ar.. mau sambung wat keje.. menanti pula parcel yang kedua dan ketiga dalam minggu ini.. insya Allah esok akan sampai kedua2 nya... :)
tak sabar nak tunggu... ^_^
bila dah sampai nanti aku update kat cnie eik... :)

ps : Menanti Parcel Satu Hal.. Menanti Yang Tersayang Lagi Satu Hal... ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, August 3, 2010

Review Novel : Cinderella Cinta.. :)


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyihatkan dan menyenangkan.. :)

ok kali nie mau review novel Cinderella Cinta yang telah selamat aku langsaikan pada minggu lepas.. dalam busy2 pun, aku sempat gak melayan novel nie... :p

Tajuk : Cinderella Cinta
Penulis : John Norafizan
Bilangan Muka Surat : 488 Helai
Terbitan : Creative Enterprise Sdn. Bhd (CESB)
Harga : RM 23.90
Sinopsis :

    Demi Tuhan aku cuma mahu mendapatkan kembali cintaku yang telah lama hilang. aku cuma mahu melihat sayangku walau buat kali terakhir. aku tidak mahu apa-apa lagi kecuali hakikat bahawa kasih kita akan bertaut kembali. jangan tinggalkan aku dalqam rindu yang tak bertepian ini. benarkan aku hilang di dalam keabadian cintamu dan restu yang membahagiakan kita selamanya.
    Jika kau pergi, maka aku tidak dapat bernafas di dalam dunia yang kejam ini. aku tidak akan mampu mengharunggi hari demi hariyang menyakitkan ini. hanya cintamu yang menjadikan aku tegar. hanya engkau yang membuatkan mentariku berputar di atas paksinya. hanya engkau...

Review Aku Pulak :

   Aku suka akan kesungguhan watak utamanya iaitu Lara Mia.. gadis melayu yang berdarah kacukan melayu dan tinggal di Britain.. menjadi sukarewati Mercy Manchester.. semangat kentalnya dalam emngahrunggi hari2 yang di anggap "derita" kerana di tinggalkan Sang Kekasihnya iaitu Edri dan menghadapi tuntutan kasih sayang daripada temannya sewaktu kecik dahulu iaitu Victor Adam.. sanggup ke Pakistan kerana mendapat tahu yang Edri kesana.. sanggup menutup hati dan jiwanya demi Edri walaupun pada hal dia tau yang dia tak akan bertemu Edri di sana.. 
    tapi, di sana menanti pelbagai dugaan dan cubaan.. bagaimana dia bertemu dengan insan2 yang berhati kejam dan bagaimana dia bertemu semangatnya iaitu Fatimah, seorang wanita yang bersifat keibuan.. 
    yang aku tak suka, memula jalan citernya asyik berkisarkan mengenai cinta Lara Mia yang tak kesampaian.. yang menderita mengenangkan Edri yang tinggalkannya 3tahun yang lalu.. so.. jalan citer agak bosan bagi aku ar.. bila masuk plot di Pakistan, aku gemarkannya.. semakin seronok untuk di baca.. hinggakan nak tinggalkan sebaris ayat pun akan rasa tak best.. ^_^
    aku suka watak Lara Mia.. semangat juang nya memang boleh di buat contoh tapi bukan semangat juang terhadap kekasihnya Edri.. semangat juang mempertahankan hak wanita yang di tindas di Pakistan.. bagaimana dia bertungkus lumus mengadakan kelas tuk kanak2 perempuan dan kanak2 lelaki tuk mendapatkan pendidikan setaraf dengan mereka2 yang tinggal di kawasan bandar.. :)
    so... kalo korang nak tau bagaimana kesudahannya, korang boleh ar baca sendiri.. adakah Lara Mia akan terima Victor Adam ataupun dia akan kembali kepada Sang Arjunanya iaitu Edri yang entah kemana menghilangnya?? ataupun dia akan tetap dengan pendiriannya bahawa atie hanya di miliki oleh Edri aje dan tak mau bukak atienya untuk insan lain?? :)

kalo nak bagi bintang, daripada 10 bintang, aku berikan 8 bintang.. 
dan sekarang aku ngah bertungkus lumus mengabiskan novel ini 


citer nie pun bagus gak.. dah lepas setengah buku aku abiskan.. rasa macam tak nak stop pulak.. tapi aku terpaksa stop sebab byk keje... :(

ps : Rindu Yang Tak Terucap.. Amat Payah Menahan Rindu Itu..Tapi Amat Manis Bila Rindu Itu Terurai Kelak... ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, August 2, 2010

Stacy _-_ Jahat



Salam n eelloopp semua~
update terpantas dan terpendek... :D

layan aje ar eik lagu Jahat From Stacy..
aku suka akan lagu nie.. 
rancak dan liriknya amat best... ^_^

layan~

ps : Kalo Sempat Petang Kang Aku Ronda Umah Kalian Eik... ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, August 1, 2010

Falling In Love With U My En.Cinta... ^_^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang amat menyenangkan... :)

tah ar, malam nie mata aku tak boleh lelap ar pulak... selalunya pas bercerita ngan En.Cinta, senang aje aku lelapkan mata aku nie.. tapi nie dah dekat kul 3 pagi.. tapi arie nie aku tak boleh nak lelap langsung.... *sigh*

aku akui yang aku amat rindukan dia.. lama sungguh aku tak ketemu ngan dia.. hanya call dan sms aje yang menjadi penghubung kami skang nie... aku benar2 busy.. bukan aku suka2 tak mahu jumpa ngan dia.. kalo boleh arie2 aku nak jumpa ngan dia... tapi apakan daya, aku tak mampu.. dia di Selangor, aku di Seremban.. walaupun nampak macam dekat kan?? tapi hakikatnya "jauh" di mata, "dekat" di hati... ^_^

aku pun akui yang aku benar2 dah terjatuh cinta kat dia.. dulu aku rasa macam aku ak mampu nak jatuh cinta laie.. tapi aku silap dalam pencaturan aku sendiri... dia hadir tika aku benar2 ingin bangkit semula.. dan dia banyak memberikan aku sokongan moral tuk aku teruskan kebangkitan aku itu... :)

aku pernah ignore dia.. aku penah tak layan sms dan call daria dia.. aku lakukan bukan kerana aku benci atau tak suka.. tapi aku lakukan kerana aku ingin lihat sejauh mana kuatnya naluri aku kali ini.. dan akhirnya... aku percaya pada naluri ku kerana naluriku tak pernah silap dalam pencaturan.. :)

aku mula terima siapa dia.. aku mula membuka mata dan atie ku untuk dia.. aku mula mengenali sape dia dengan lebih dekat.. aku mula rasa rindu andai aku tak dapat sms daripada dia.. tapi dalam masa yang sama, aku ego tuk sms dia.. aku inginkan dia yang sms aku dulu... betapa kejam aku nie kan?? :p

dan, apabila dia mula memanggil aku "sayang", atie ku mula berkocak.. berkocak bukan kerana teramat suka, tapi berkocak andai apa yang dia lafazkan hanya sekadar di bibir aje... aku jadi amat takut dengan bayangan panggilan "sayang" itu... berkali2 aku tanyakan padanya.. dan setiap kali aku tanyakan, hanya satu jawapan yang aku dapat.. "Kalau tak sayang, tak ada aku panggil kau sayang"... :)
aku kaget bercampur epy.. dalam atie aku hanya berkata "aku pun sayang kan kau gak.. cuma berikan aku masa tuk aku benar2 memahami atie aku" :)

akhirnya, sebelum dia berangkat ke Kedah, aku mula berjinak2 memanggilnya "sayang" sebagai hint atie aku nie.. walaupun memula aku amat takut di sergah oleh dia... :)
dan pada masa itu jua dia katakan yang "kau adalah buah atie aku"..
OMG!! aku terlopong kerana aku tak sangka yang dia akan menyatakan sedemikian... :)

dan pada hari terakhir dia di Kedah, aku call dia.. just borak2 kosong.. then aku msg dia kata "sayang, mana ada mahal sangat call ko.."
dan dia reply " dalam fon tak mau lak ko panggil aku sayang.. hehehe"
akhirnya malam itu menjadi sejarah apabila aku mula memanggilnya "abang" dan dia terus memanggil aku "sayang"... :)
(rasa mau senyum aje masa tu...) ^_^

hingga ar 19-06-2010, secara rasminya kami bersama sebagai sepasang kekasih... :)
dan telah sebulan berlalu.. sebulan yang amat mengembirakan aku.. aku jua berharap agar dia jua bergembira seperti mana aku gembira bersama2 dengan nya... :)

thanx ya abang... aku sayang akan kamu En.Cintaku... :)
dan aku berharap moga atieku ini tak berubah tuk kamu.. dan aku jua ingin katakan yang aku benar2 telah jatuh cinta pada kamu.. terima kasih.. terima kasih.. terima kasih.... ^_^

Abang~
Orang Sayangkan Abang..
Orang Rindukan Abang.. ^_^

ps : Maafkan Aku... Malam Ini Aku Kejiwangan.. Aku Teramat Rindukan Insan Itu... ^_^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)