Monday, December 20, 2010

Review : Aku Masih Dara

Aku Masih Dara Poster

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)
arie senin, jangan selalu nak blues aje ok.. ^.^

Semalam, aku ke Bangi bagi memenihi jemputan majlis perkahwinan teman aku Haslinda Dan Rashid.. :)
g awal sbb takut xtau jalan.. sekali tengok itu En.Cinta tau jalan.. kan ke dah awal sampai...  :)
pas jumpa pengantin (yang masih belum siap berdandan) terus balik ke seremban.. ^.^

sampai seremban g JJ S2 tuk tenok citer kat atas tu.. tajuk citer memang rasa mcm nyampah aje nak tgk.. sbb dlm pale aku aku bayangkan mcm citer remp-it, KL Drift, Bohsia  dan macam citer yang pernah main kat wayang..

tapi bila dah tengok smpai abis, rupanya2 citer nie macam ala-ala citer berunsurkan Islamic.. kat bawah nie ada sinopsis filem yang aku ambik daripada anizyn.blogspot.com 

"Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segalagalanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.

Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu ‘menjaga tepi kainnya’.

Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia ‘pil khayal dan parti seks bebas’. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya ‘hilang dara’, menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.

Hani yang sudah lama ‘hilang dara’ cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, ‘mahkotanya’ hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik. "
 



Para Pelakon
Raja Farah sbg Sofea
Farid Kamil  sbg Zachery
Dian P. Ramlee sbg ibu kepada Firdaus
Riezman Khuzaimi sbg ayah kepada Hani
Kuna  sbg ibu kepada Hani

Asyraf Muslim sbg Firdaus
Diana Amir sbg Hani
Yana Samsudin sbg Aleesya

Pengarah : Ahmad Idham
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum (tapi aku rsa tak sesuai tuk kanak2 yang di bawah umur baligh) :)
Tarikh Tayangan : 16 Disember 2010



Review Aku Pulak : 


- Jalan citer ok ar.. memula agak macam buhsan sikit.. tapi dah semakin lama semakin agak buhsan.. :p
- Sangat santai.. tak berat nak pikir apa yang akan terjadi tuk babak yang akan datang..
- pelakon2 nya pun berlakon ngan baik.. pembawakan watak pun tak ar terlalu teruk sangat buhsan.. dorang kebanyakkan pelakon2 yang hebat macam Yana, Raja Farah, Asyraf Muslim, Farid Kamil..
- Sepatutnya tak boleh bubuh "U" untuk tontonan umum.. sebab nya ada babak2 yang tak sepatutnya kanak2 belum baligh nie tengok.. macam babak ngah berparti liar, berparti seks, dan sebagainya.. baik di letakkan di bawah 18sx.. 
- ada babak2 yang kelakar terutamanya babak lakonan ayah dan mak Firdaus yang sentiasa ceria serta babak yg di lakonkan oleh Yana Samsudin... :)
- bintang yg boleh aku bg... 3 bintang dr 5 bintang... ^.^


pesanan aku, pada sesape yg nak g tengok filem nie.. pegi ar.. don worry tak membazir duit RM12 tuk tiket.. agak berbaloi gak ar... :)


ps : Ucapan Tahniah Buat Teman Ku Mohd Halim Dan Pasangannya Nurul Fathihin Yang Bakal Menimang Cahaya Mata Sulung Mereka... ^.^ 


 






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

4 comments:

Lady ZubaidaH said...

Salam Linda,
I pun gi tengok jugak weekends hari tu.Msg yang dibawa dalam filem nie bagus tapi filem tersebut agak bosan.Lucky orang belanja...huhuhuhu

Cik Azz said...

Akak kalau bab2 wayang ni memang tak boleh nak komen sebab akak tak minat nak masuk panggung wayang... Dan malas nak mulakan masuk panggung tu sbb takut nanti jadi habit lak... Kang makin lari bajet... :P

~ mizzAmy ~ said...

amy pun dah tgk citer nih last weekend. mcm drama je kan? tapi ok lah, bg pengajaran utk budak2 zmn skang. ramai yg dah tak kisah bab2 dara nie.

Asfan Ash said...

ni jenis2 cte rempit x? kalau ye membazir je tgk. xpe aku pasti nanti akan keluar release download hahahahha

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)