Tuesday, June 28, 2011

Pening... Pening.. Pening... :)

Salam n eelloopp semua~
makin suram teratak buruk aku yang sedia buruk nie.. :p
bukan apa, skang ngah busy ngan macam2 hal..
ngan hal fasa ke 2 laie.. ngan hal kedai laie.. bulan Ramadhan dah nak menjelang tiba.. maka stocks tuk raya pun dah mula menjengah kan diri mereka.. :)

tadi seharian update FB dan Blog Butik Elyna pastu dalam masa2 rest sebab penat mata pandang En.Photoshop, aku survey2 lak catering.. ada 2 atau 3 catering yang aku dapat.. tapi yang nie paling menarik yang di tawarkan tuk aku.. :)

Zemi Catering kat area Lavender High Senawang.. memang PR dorang pun bagus.. Pn Ani memang banyak membantu.. tak sombong seperti catering yang len.. ^^
dan aku usha Zemi Catering nie banyak VVIP yang ambil dorang tuk majlis masing2.. Pemain-Bola-Sepak-Popular-N9 tu pun ambil dorang gak tuk majlis kat seremban arie tu.. :)

so.. skang bergantung pada keputusan mak ayah aku aje.. nak ambil dorang atau nak masak sendiri (bergotong royong) ^^
sabtu nie aku cuti... mak ajak gi nilai 3 cari barang2.. tapi sebelum tu aku ada temujanji ngan Kak Nor dari Butik Kaseh.. :)

ok ar eik.. mau sambung wat keje dulu.. tp otak ngah pikir2 mau buka apa kang.. :p
mcmana nak wat keje?? :p

ps : Jangan Cepat Melatah Andai Orang Len Tegurkan Cara Anda Meluahkan Kata2 Di FB.. Sebabnya.. Orang Len Menilai Siapa Diri Kita.. Bukan Suh Jadi Hipokrik, Tapi Bukan Di FB Tuk Memaki, Melemparkan Kata2 Hinaan Atau Sumpah Seranah Pada Orang Len Yang Tak Berdosa.. ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, June 24, 2011

Apabila Si Tangan Kayu Membuat : Puding Roti COCOCO By Datin Lulu... ^^


Dari Pandangan Atas


Dari Pandangan Sipi


Dari Pandangan Tepi

Salam n eelloopp korang semua~
apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yan menyenangkan di hari Jumaat Penghulu Segala Hari ini.. ^^

semalam masa aku membelek website MyResipi.Com, aku terus tertarik ngan satu resipi puding roti.. sangat mudah dan bahan2 nya pun tak ar sukar sangat nak di cari.. ^^

resipi nie di kongsi oleh seorang yang menggunakan nickname Datin Lulu.. aku tak tau sama ada memang dia datin atau guna nickname datin.. apa2 pun semua resipi yang daripada beliau amat mudah dan nampak menyelerakan.. :D

cuma tuk resipi nie, aku masukkan sekali coklat cip nya ke dalam adunan.. sebab laie best... ^^
dan yang paling penting puding nie tak terlalu manis.. sebabnya umah aku nie tak de sorang pun yang suka makanan yang terlalu manis.. jadi ianya amat sesuai ngan tekak family aku terutamanya ayah aku yang cerewet pasal benda manis2 nie... ^^

kat sini aku shared resipi nya eik.. ^^
(aku copy and paste)
sebelum tu nak kreditkan resipi buat Mak Datin Lulu..

Bahan-bahan ( loyang 9 x 9 inci )

  • 12 kpg roti - carik2 kasar
  • 800ml - susu segar@susu penuh krim@1 tin susu cair+air= 800ml (aku guna susu sejat ngan air aje)
  • *roti drendam dlm susu 1/2 jam
  • 3 biji telur - cuci dulu
  • 3 sudu besar serbuk koko - dbancuh dgn sedikit air suam
  • 3 sudu besar butter/marjerin - dcairkn
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh coffee emulco (aku tukar ngan nescafe yang di bancuh ngan sedikit air suam)
  • 1/3 cawan kismis (aku tak bubuh.. sebab tak ada dlam stock)
  • 1 sudu besar (mumbung) tepung jagung
  • *chocolate chips utk tabur kt atas (aku masukkan sekali dalam adunan)

Cara-cara

  1. Pukul telur & gula mnggunakn hand whisk (x prlu mixer) 1 minit aje@ sedikit kmbang
  2. Masukkn tepung jagung, pukul lagi dikuti butter cair, esen vanilla, coffee emulco & pes koko...gaul hingga adunan sebati, mesra gitu...
  3. Masukkn adunan ni kedlm adunan roti+susu tadi...gaul sebati tpi jgn hancurkn roti...biar ia nmpak brketul ketul sedikit
  4. Akhir sekali, masukkn kismis-gaul sebati (kejap aje). Sediakn loyang yg dsapu dgn butter/marjerin, masukkn adunan tadi & tabur datas dgn chocolate chips
  5. Panaskn oven 180'C, bakar >< 40minit @ smpai masak. Pastikn sedikit sejuk @ suam2 kuku baru dpotong
  6. Selamat mncube...lebih sedap lgi klau dnikmati brsama chocolate syrup...

 ps : Selamat Mencuba~ ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, June 22, 2011

The Making Of Fasa Ke 2


Kredit Gambar Kat Mr Google.com

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)
macam aku.. senang but stressssss.. :p

stress nak pikir mna nak cri barang2, bekas2 serta yang berkaitan ngan Majlis Fasa Ke-2 aku nnti.. mcm terasa tak cukup tangan dan masa aje.. :(

aku ada gak survey2 rege tuk make-up(walaupun aku tak gemar bermake-up tapi terpaksa) :)

one of my fren pun ada wat andaman.. rege boleh tahan.. but my mom suh survey2 yang len 1st.. dan sorg kenalan mak aku suggest Butik Kaseh kat area PD gak.. so senang nak bncang katanya.. aku dah call semalam.. tanya pada one of the owner.. Kak Nor.. rege not bad ngan pakej yg di tawarkan.. mak kata laie jimat.. but nak kena bncang dulu ngan pihak Butik Kaseh apa yg kita nak dan bagaimna regenya.. senang nak wat budget kata mak aku... :))

petang tu lak, mak ajak g Nilai 3 nak cari bekas2 tuk goodies dan hantaran.. aduhai.. sampai petang ar aku merayap ngan mak aku nie nmpaknya sok.. :p

bab photography aku dah serahkan kepercayaan aku pada DNA Photoworks. nie syarikat member aku Mr Bob.. rege boleh tahan ar.. mungkin dia bagi tuk rege kawan2.. :p 
jadi aku dah tak pening bab tu.. cuma 10hb depan aku ada temujanji ngan Mr Bob tuk tgk ideas yang dia nak ketengahkan buat aku... ^^ 

ok ar.. undur diri dulu.. banyak keje nak wat.. Sabtu nak guna tenaga yang banyak.. :p
salam sayang buat korang... ^^

ps : Ingat Mudah Ke Nak Wat Majlis Macam Nie?? Tapi Aku Yakin, Pasti Akan Di Permudahkan Kerana Ianya Majlis Yang Baik Tuk Menuju Ke Arah Kebaikan... ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, June 19, 2011

19 Jun - Tarikh Yang Membawa 1001 Peristiwa Dalam Kehidupan Aku... ^^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... ^^

arie nie Ahad bersamaan dengan 19hb Jun 2011.. setiap taun tarikh nie akan membawa makna yang besar dalam hidup aku.. :)

selain daripada sambutan hari bapa (sepatutnya arie2 pun hari bapa dan hari ibu, bukan setaun sekali) :p
19hb Jun gak membawa satu sinar baru dalam kehidupan aku apabila secara rasminya aku dan En.Cinta declared.. :)

apa pun, entry nie 2 dalam 1.. aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA BUAT AYAHDA YANG TERSAYANG IAITU EN.ABDUL HALIM B.ABDULLAH.. akak sayang ayah... :)
Serta tak ketinggalan semua bapa2 dan bakal2 yang bergelar bapa di seluruh Planet Bumi nie.. :)

ps : Taun Nie Taun Yang Bermakna Buat Keluarga Omar B. Jumaat.. Menerima 2 Cucu Menantu Dan Seorang Bakal Menantu Cucu.. ^^,



Love U Abang~








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, June 16, 2011

kisah Dongeng _-_ Stacy


Kredit Kat You Tube 

Salam n eelloopp korang semua~
apa khabar?? ada sihat?? makin happy?? :)
apa pun mood korang stay cheer ok.. ^^,

semalam masa ngah update Butik Elyna, aku sangat terlayan akan lagu Stacy yang baru nie.. (baru ke??) :)
lirik dia memang best ar.. (bagi aku)
melody pun tak terlampau fast, tak terlampau nak tido.. ^^

apa pun layan aje ar eik lagu nie.. dan kalo ada masa singgah2 dan cuci ar mata ke Butik Elyna untuk melihat stocks baru kami..
sekian... ^^

ps : Jar Of Hearts~









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, June 15, 2011

Barang Yang Lepas Usah Di Kenang.. :p


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan  moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

"semalam tetba lak aku terlayan lagu nie.. ahaks~ teringat akan citer2 yang ada kena mengena ngan lirik lagu nie.. touching abis ar.. =)
tapi tu masa lepas.. masa aku masih dalam keadaan yang serba tak "terurus" serba "tak kena" dan segalanya bagaikan "hitam" manjang.. tak de laie cahaya konon2 nya.. :p

bila pikir2 balik, macam BODOH lak wat diri macam tu.. seksa diri hanya kerana CINTA yang tak kesampaian.. terasa diri macam HINA sangat bila merayu2 tuk kembali.. terasa macam PENGEMIS aje apabila meminta2 sayang yang dah tiada laie pada insan yang kita sayang.. :)

tapi.. kerana perasaan itu lah, aku menjadi semakin pulih.. semakin bersemangat dengan semangat yang waja.. ceh wah.. :)
konon2 nya sekeras besi waja ar walhal tiap2 malam asyik nagis aje.. =))

tapi itu cerita taun2 yang lepas.. taun2 skang aku dah semakin bahagia bersama2 insan yang benar sebenar benarnya sayang akan diri aku..
yang tak mahu tengok aku makin TERSEKSA, makin BODOH, makin HINA dan sebagai.. " 



ps : Ceritera Di Waktu Petang Yang Hening Bersama Teman2 Yang Dah Lama Tak Keep It Touch... ^^,
Tiada Kena Mengena Ngan Yang Hidup Mahupun Yang Dah Meninggal.. Mungkin Boleh Di Ambil Ikhtibar Akan Ceritera Teman Aku Nie.. :)



Bak Kata Sepah " Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang" .. =)






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, June 14, 2011

Lena Af 9 -_- Sisa Kisah Kita


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang sihat2 sokmo.. epy2 sokmo ok... :)

just layan lagu nie lak..
credit to You Tube..
Lagu Baru daripada pendatang baru iaitu Lena Af 9.. aku tak minat pun Lena nie, tapi aku minat lagu nie aje... :p

ps : Tuhan Berikan Aku Kekuatan~










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, June 13, 2011

Absolutely Gorgeous By Amy : Show Give Away


Salam n eelloopp korang semua~
hehehe.. nie terlampau rajin nak menjoin contest yang di anjurkan oleh Mizz Amy atau lebih tepat oleh Absolutelygorgeous By Amy.. :)

Cara2 Penyertaan :

1 . Ceritakan kepada kami kasut impian anda di blog ataupun di facebook.
- Anda boleh melakar(sketch) sendiri kasut impian anda.
- Anda boleh mencari kasut impian anda dengan cara men'google'.
(DONE)
hehehe.. kasut impian aku adalah seperti yang di bawah tu.. :)
(sila rujuk gambar kat atas eik) :p
aku memang pengemar high heel.. setakat nie aku dah ada lebih 20 pasang high heel yang berukuran 3" ke 5".. :)
tah ar, bila aku pakai high heel keyakinan diri aku serta merta meningkat ngan sangat mendadak sekali.. (poyo aje).. :)
walaupun aku bukan nak gunakan kasut nie tuk majlis Fasa ke -2 aku, sebab wat dalam umah, tak kan nak guna high heel bagai.. :p
aku tak terlalu cerewet memilih high heel asalkan cukup tinggi serta sangat2 selesa bila di pakai seharian.. al-maklum ar aku keje kat Butik.. 10-2-10 ma.. rest cuma tuk sembahyang aje.. then pakai semula.. :)

2. Ceritakan mengapa anda memilih kasut impian tersebut? (DONE)
kenapa aku memilih kasut idaman macam kat atas tu?? sebabnya....
1) aku paling gemar BLING BLING..
2) nampak sangat2 exclusive ngan diamonds nya.. 
3) nampak sangat selesa di pakai.. 
4) ada tali yang melingkar kat kaki yang nampak sangat seksi.. :p
(boleh gak menyokong kaki sebab tinggi)

3. Anda perlu link blog Absolutelygorgeous By Amy di blog anda.(jika tiada blog, anda boleh membuat Notes di Facebook) (DONE)

4. Anda perlu menjadi sebahagian daripada kami iaitu perlulah LIKE di Absolutelygorgeous By Amy fan page. (DONE)

5. Email kepada kami link entri atau Notes tersebut ke absolutelygorgeousbyamy@gmail.com (DONE)

Syarat-syarat penyertaan :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Penyertaan bermula pada 14 Mei 2011 sehingga 15 Jun 2011.
3. Keputusan akan diumumkan melalui Facebook, dan juga email.

So... Good Luck Ok... :)









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Apabila Kata Telah Sepakat, Janji Telah Terikat... :)


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

Alhamdulillah.. fasa pertama telah berlangsung ngan jayanya semalam.. (120611)
penat memang penat tapi meriah.. ^^

tima kasih buat semua yang sudi membantu aku dan family dalam menjayakan majlis semalam.. :)

apa pun, masa 3 bulan amat singkat tuk membuat segala bagai persediaan.. kena banyak berkorban masa dan tenaga demi menjayakan fasa yang ke-2 kelak.. insya Allah semoga akan di permudahkan... ^^,


ps : Apabila Kata Telah Sepakat, Janji Telah Terikat... :)









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, June 11, 2011

Buat Apa Nak Tunggu Laie Jika Telah Terbukti Orang Itu Makhluk Perosak?? =)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga sihat2 sokmo.. ^^

sebenarnya mood aku dah ke LAUT~~~
maknanya aku sdang berada di dalam keadaan yang tiada langsung mood tuk sepanjang arie nie..

tah ar aku pun tak tau ar.. bg aku ar, jika sesorang LELAKI itu benar2 syg kat kita dan ikhlas ngan kita dia TAK AKAN CURANG ngan kita walaupun dia tau yang kita tak mampu nak memberikan perhatian yang lebih kerana komitmen kita pada perkara lain lebih penting..

tapi sekiranya LELAKI tu dah mula menunjukkan perangai dia maka sewajibnya aku tinggalkan terus LELAKI macam tu..
ngan bahasa yang macam orang tak bersekolah lagaknya..
ngan cara layanan semakin macam hampeh..
dan yang penting sekali apabila telah TERBUKTI bahawa dia sedang CURANG ngan kita dan tiada laie rasa sayang pada kita..

watpe nak di tunggu laie kan?? 
watpe nak mengharap sangat kan??
watpe nak merayu2 bagai??

semuanya BUANG MASA aje.. 
BUANG TENAGA aje..
baik BUANG terus LELAKI macam tu dalam hidup kita, betul tak?? ^^

lebih baik SINGLE daripada merana jiwa dan raga..
lebih baik SINGLE daripada di kongkong tak tentu pasal..
lebih baik SINGLE daripada berendam air mata ngan perbuatan nya..

apa pun, tepuk dada tanya ar selera masing2.. kalo dah sampai sndiri tau yang LELAKI yang kita sayang tu CURANG, better go away aje daripada MAKHLUK PEROSAK mcm tu.. :)

ps : Esok Ada Tetamu Istimewa Mahu Berkunjung Ke Rumah Ku.. :">








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, June 8, 2011

Merenung Masa Depan Tuk Menrealisasikan Impian


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri... :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Alhamdulillah... ^^

hehehe.. gambar tu di ambil sewaktu percutian ke Sabah pada bulan lepas.. antara gambar2 gunung ganang yang berada di sekitar Gunung Kinabalu.. sebabnya pada masa nie aku menginap di Dream Resort, Ranau.. Resort nie terletak betul2 di belakang Gunung Kinabalu dan waktu awal pagi adalah waktu yang terbaik tuk korang melihat akan Gunung Kinabalu.. :)

tapi aku bukan nak bercerita mengenai percutian ke Sabah.. (mungkin di lain kali sebagai perkongsian tuk korang jadikan infomasi ketika ke Sabah) ^^
aku nak citer mengenai Fantasi Yang Bakal Menjadi Realiti.. kerana ada perkara yang tak mampu tuk di kongsikan secara lisan.. maka penulisan adalah medium yang terbaik tuk meluahkan segalanya.. betul tak?? :)

kata orang berangan boleh aje sebab tak kena apa2 bayaran pun.. tapi bukan berangan tanpa usaha tuk merialisasikan angan2 yang di angankan.. ianya perlu usaha tuk mengapai angai2 tersebut jika tidak, angan2 tersebut akan menjadi seperti angan2 Mat Jenin.. apa pun tak dapat cuma angan2.. :)

aku pun antara manusia2 yang suka berangan.. tapi aku tak mau guna perkataan berangan.. aku gunakan "Merenung Masa Depan".. perkataan yang aku pelajari sewaktu aku berada di Kolej Negeri Kuala Pilah.. thanx to Kak Ecah atas perbendaharaan tersebut... ^^

Lagu Angan Dan Sedar nyanyian Mawi adalah antara lagu kegemaran aku hingga kini.. walaupun aku memang peminat Mawi sejak zaman AF dulu... :p
berangan nak jadi memantapkan laie Butik Elyna adalah angan2 yang aku sematkan sebagai impian.. :)

berangan nak menjadi seperti mereka2 yang berjaya di dalam dunia perniagaan.. nak menjadikan Butik Elyna antara rangkaian perniagaan yang di kenali di seluruh Malaysia.. (besar sungguh impian + angan2 aku) =))

sekarang, dan insya Allah aktiviti "Merenung Masa Depan" aku akan bertambah2.. :)
kerana bagi aku dengan "Merenung Masa Depan" aku mampu buat yang terbaik tuk diri aku sendiri.. musabah diri demi kebaikan.. bukan musabah diri demi keburukkan... :)

ok lah.. tak mo merepek meraban pepanjang.. semoga di permudahkan perjalanan kita menuju kebahagiaan dunia dan akhirat... ^^

ps : Excited + Happy = Dup Dap Dup Dap Jantung Ku.. =)







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, June 6, 2011

Buat Baik Di Balas Jahat.. Patut Ke Macam Tu??


Gambar Hak Cipta Terpelihara Miz Lynda Lum.. :)

Salam n eelloopp korang semua~
apa khabar?? sihat?? hehehe... agak lama aku tak mencoretkan apa2 kat sini.. kalo korang perasan ruangan komen pun aku closed kan.. sorry kerana bagi aku entries aku sekarang tak layak tuk di komen.. kerana semuanya hanya luahan perasaan dan hati seorang insan yang bergelar PEREMPUAN.. :)
(insya Allah, akan aku buka semula ruangan komen.. tapi bukan dalam waktu terdekat)

dalam minggu nie aje macam2 perkara dan peristiwa yang berlaku pada aku.. ada yang sedih.. ada yang happy.. ada yang excited.. ada yang tak ada perasaan dan ada perasaan yang jauh telah aku tinggalkan bertandang kembali... :)

aku happy Dan excited kerana apa yang aku rancangkan akan menjadi realiti -insya Allah-
12hb nie akan terjawab segalanya.. mudah-mudahan semuanya berjalan dengan selancarnya.. ^^

aku sedih apabila berlakunya peristiwa ini.. peristiwa yang aku rasakan ianya bercampur dengan perasaan MARAH, GERAM, SEDIH dan perasaan yang aku tak suka luahkan.. BENCI!!

yup.. jika dulu aku "SAYANG" akan DIA, tapi sekarang aku BENCI akan DIA..
aku teramat benci.. kalo ar dia ada depan mata aku skang nie, aku memang tak terjangka apa yang akan aku lakukan pada dia..

sebab DIA sesorang telah hilang akan senyuman yang manis.. sebab DIA sesorang telah hilang akan ketabahan diri.. tapi DIA silap.. kesilapan yang BESAR telah dia lakukan..

kami menerima dia seikhlas hati kami tanpa memandang siapa diri DIA yang sebenar.. tanpa menghiraukan akan kedudukan kerjayanya yang berada di puncak awan.. kami layan dia seperti keluarga sendiri tapi apa yang kami dapat?? apa yang DIA balas pada kami?? walaupun bukan kami meminta balasan tapi bukan ini yang sepatutnya DIA berikan..

sekarang aku tengok muka DIA pun aku nak muntah.. apatah lagi bila di sebut2 nama DIA.. aku rasa sangat BENCI nak melisankan nama dia.. BENCI nak memandang wajah DIA dan menyampah ++++ meluat bila mengenangkan apa yang telah DIA lakukan..

jangan ingat kamu dah terlalu hebat.. jangan sangka kamu dah terlalu bagus.. dan jangan ingat kamu akan terlepas di atas apa yang telah kamu lakukan.. aku akui mungkin sesorang itu telah mendapat "balasan" nya tapi nescaya kamu jua akan mendapat balasan seperti mana kamu lakukan pada kami sekarang.. 

kerana ALLAH itu Maha Mengetahui akan segalanya.. mungkin bukan dalam masa terdekat ini kamu di balas tapi kamu tetap akan terima balasannya suatu hari nanti... bukan aku mendoakan tapi ianya adalah ketentuan.. "BUAT BAIK DI BALASA BAIK DAN BUAT JAHAT KAMU AKAN DAPAT BALASAN YANG SETIMPAL DENGAN KEJAHATAN KAMU"

ps : Seperti Melepaskan Anjing Yang Tersepit.. 











Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, June 4, 2011


Sedih mengenangkan apa yg telah terjadi..
tapi kamu perlu tabah dan menjadi kuat untuk berdiri semula..

kegagalan dalam kehidupan ini bukan bermakna kamu gagal dalam keseluruhan kehidupan kamu..

kamu masih muda untuk menagisi sesuatu yang bakal menyakiti hati kamu kelak..
jangan biarkan kesedihan kamu itu menjadi penghalang untuk kamu gembira semula..
jangan biarkan luka kesakitan kamu itu menjadi penghalang untuk kamu bangkit semula..
jangan biarkan "DIA" merampas segala senyuman kamu..
jangan biarkan "DIA" merosakkan segala kebahagiaan kamu..

kamu BAHAGIA sebelum dengan DIA..
kamu GEMBIRA sebelum dengan DIA..
kamu TERSENYUM sebelum dengan DIA..
kamu TABAH sebelum dengan DIA..

jadi jangan hanya sebab DIA yang melukakan hati dan perasaan kamu..
kamu terus hilangkan segalanya yang pernah ada sebelum DIA..

DIA bukan untuk kamu..
DIA bukan seorang yang baik untuk kamu..
DIA anggap kamu hanya persinggahan..
DIA anggap kamu hanya menyusahkan..

biarkan DIA..
suatu hari nanti pasti DIA akan terima jua balasan di atas apa yang telah DIA lakukan sekarang..
suatu hari nnti pasti DIA akan terkenang akan kebaikan kamu..

bangkit semula..
biarkan DIA melihat kamu seorang yang tabah bukan seorang yang lemah hanya semata2 dugaan yang kecil ini..
jangan biarkan DIA tersenyum pada kamu walhal kamu sedih memandang ke arah DIA..

KAMU SEORANG YANG KUAT!!
KAMU SEORANG YANG TABAH!!
BANGKITLAH SEMULA..
TERSENYUMLAH KEMBALI..
BAHAGIALAH SEMULA..

KAMI SENTIASA BERADA DI SISI KAMU WALAU APA JUA YANG TERJADI PADA KAMU.. 
SOKONGAN KAMI TAK PERNAH BERBELAH BAGI UNTUK KAMU YANG KAMI SAYANG... ^^










Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)