Sunday, October 30, 2011

Syabas Buat Pasukan Sang Rusa.. ^^ Tahniah Jua Buat Pasukan Sang Penyu.. :)



Salam n eelloopp korang semua~
apa khabar?? harap2 yang domam semalam tu dah kebah ar kan domam nya.. al-maklum ar Nismilan monang Piala Malaysia tuk musim nie.. ^^

Syabas dan tahniah wat Pasukan Sang Rusa.. pada hero2 yang membawa Tuah serta kejayaan buat pasukan Negeri Sembilan, buat pegawai2, serta juru latih serta pemain2 yang bertungkus lumus untuk membawa pulang Piala Malaysia semalam.. :)

dalam banyak2 citer tentang kegembiraan rakyat negeri sembilan menang semalam, terselit gak citer2 negative yang membuatkan benda tu menjadi sangat2 memalukan.. antaranya mengenai para penyokong Terengganu yang mula membenci Hai-O atau Hairuddin Omar kerana membawa kemengan buat pasukan Negeri Sembilan walhal dia anak jati Terengganu.. 

tapi sebagai pemain profesional, beliau memang patut membawa kemenagan buat pasukan yang beliau bernaung.. kalo nak ikut istilah KENEGERIAN memang ar dia sokong Terengganu.. masalahnya skang nie, dia bernaung di bawah PASUKAN NEGERI SEMBILAN.. dah menjadi tanggungjawab beliau membawa kemenagan buat pasukan naungan beliau.. 

jangan ar benci beliau.. beliau tak salah pun.. dah memang tanggungjawab beliau macam tu.. sama gak kalo pemain EPL pun dorang akan main bersungguh2 tuk kelab yang bayar dorang dan bila bermain tuk negara dorang akan bermain bersungguh2 tuk negara masing2 walaupun mereka bakal berdepan dengan rakan sepasukan kelab dorang..

laie satu, apa masalahnya Hai-O (skang Hai-O menjadi bualan ramai.. kalah sudah itu Kembar) mengibarkan bendera Negeri Sembilan?? tak kan Negeri Sembilan menang dia nak kibar bendera Terangganu lak?? alahai.. itu pun boleh jadi satu isu gak eik?? kekadang aku tabik spring ar ngan dorang yang suka membangkitkan isu2 yang remeh temeh macam tak ada keje len nie.. ada aje idea dorang nak buat something yang menampakkankebodohandirisendiri.. =.="

dan aku ada baca ngan mengenai penyokong Negeri Sembilan yang di tikam oleh penyokong Terengganu serta cerita ini dan amat memalukan sebenarnya citer nie hanya rekaan semata2.. :(
sumber aku yang berada di Stadium Shah Alam semalam mengesahkan tiada kejadian sebegini berlaku.. jadi aku harap sangat2 citer2 negative macam nie di berhentikan.. jangan tunjuk laie kebodohandirisendiri..

Buat pasukan Penyu, korang semua pun bermain ngan cermelang.. memula aku pun sangka pasukan Nismilan akan kalah.. tapi itulah orang kata kan, Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Pasukan Negeri Sembilan Tiada Siapa Yang Tahu.. ^^

Apa pun Syabas buat kedua2 pasukan.. kepada penyokong2 kedua2 pasukan, please ar jadi seorang yang matang.. :)
jangan sebab sebiji bola, kita semua nak bergaduh2 macam orang yang tak bersekolah aje.. sokong2 gak.. sopan santun kena jaga gak.. ^^

ps : Arie Nie Ada Orang Kena Risik.. ;p





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, October 29, 2011

Hoben Jang Hoben.. All The Best To Sang Rusa Team.. ^^



Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? ada sihat atau demam (bagi Penyokong setia Pasukan Negeri Sembilan & Pasukan Terengganu)?? :p

yup, arie nie adalah perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 (kalo aku tak silap ar)
almaklum ar dah lama tak ikut rentak bola sepak sejak2 menjadi sangat feminin nie... :p

tapi yang pasti aku tau pasukan kebanggaan aku serta rakyat2 Negeri Sembilan akan bertanding dan dengar kata jualan tiket yang mencentuskan kontroversi tersebut dah laris.. dah ilang agaknya kempen boikot dorang nie.. RM50 mungkin agak mahal kerana yang poie menonton semuanya rakyat2 jelata yang hidup dalam kesederhanaan tapi mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.. (apa yang di merepekkanakunie)

so, malam nie, mana2 yang gie stadium kek Shah Alam nun, atie2 dalam perjalanan.. jaga kelakuan kalo tuah tidak menyebelahi kito.. jangan jadi cam pasukan ttteeettteeeettt yang sangat tak sopan bila dorang kalah.. sure 100% korang dapat agak pasukan mana... :)

HOBEN JANG HOBEN..
semoga berjaya dalam perlawanan malam nie buat Pasukan Rusa dan gak Pasukan Penyu.. ^^

ps : Pasukan ttteeettteeeettt I'm Sorry.. bukan nak bersikap kenegerian just ambik sebagai contoh aje... :)


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, October 28, 2011

Cemburu Buta Vs Cemburu Celik... ^^


Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan agar korang berada di dalam keadaan yang tenang dan baik2 aje... :)

lama tak update lak rasanya..hehee.. apa sebab?? sebabnya satu aje MALAS.. ahaks~ apabila vitamin "M" mula menjalar, makanya semua keje pun tak akan menjadi satu pun.. betul tak?? bek korang cakap betul.. :p

alrite, mau citer pasal CEMBURU atau cakap omputihnya JEALOUS.. :)
pernah tak korang rasa cemburu?? ada tak?? jangan cakap tak pernah.. tak kisah ar, cemburu pada kejayaan org lain atau pada kekasih atau pada adik beradik atau suami/isteri..

bagi aku cemburu nie satu penyakit yang berbahaya sekali.. nak tau pasal apa?? ye ar, kalo dah jenis cemburu nie, segalanya menjadi negatif.. cuba korang cemburu tapi salurkan pada cara yang positif.. contohnya kalo korang cemburu pada kejayaan sesorang, cuba korang usaha ngan lebih gigih laie tuk bersaing ngan cara yang positif tuk berjaya sana macam orang yang korang cemburu tadi.. tapi jangan ar plak, bila cemburu korang gie bomohkan dia plak.. tu tak molek tu.. berdosa.. jangan ar nak tambahkan dosa yang sedia ada.. :)

bagi aku plak, selama aku hidup nie, aku tak pernah rasa cemburu ngan siapa pun termasuk lah kekasih aku sendiri hinggakan teman2 aku pangil aku bodoh.. aiyok, camne nak jealous kalo aku tak dapat nak buat?? bukan boleh di buat2 perasaan jealous nie.. ^^

tapi hingga lah satu hari nie, aku terasa CEMBURU plak ngan... =.="
bad me!! tapi mungkin gak sebab tak pernah rasa maka perasaan itu bukan menjadi jealous tapi perasaan itu menjadi sedey.. :(
mood terus ke laut.. susah gak aku nak punggut balik mood dan perasaan aku yan tercicir tu.. :)

tapi Alhamdulillah.. bila aku tenang, aku cuba salurkan perasaan negatif tu ke arah yang positif plak.. aku katakan pada diri aku sendiri, aku tanya pada diri aku sendiri kenapa aku boleh rasa macam tu.. satu jawapan yang sangat pasti dan ianya berulang2 macam pita rakaman.. 

AKU SAYANG DIA. JADI AKU CEMBURU. TAPI AKU TAK PATUT CEMBURU KERANA AKU TAHU YANG DIA ADALAH HAK AKU.. dan akhirnya, aku membuat kesimpulan bahawa KEPERCAYAAN, KESETIAAN dan KETULUSAN HATI serta KEIKHLASAN HATI adalah KUNCI yang UTAMA dalam apa jua keadaan.. :)

dan aku cuba jadi seorang yang POSITIF dalam apa jua keadaan gak.. :)
bak kata Dato' Dr Fadzilah Kamsah, 
Salurkan Perasaan Yang Negatif Tersebut Kepada Yang Positif.. Jadilah Seorang Yang Positif... ^^ 
 jadi..... marilah kita bersama2 jadi seorang yang positif walau dalam keadaan apa jua.. :)


ps : Aku Bukan Yang Sempurna Tapi Aku Cuba Untuk Lakukan Yang Terbaik.. ^^






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, October 25, 2011

Sharing Is Caring : Video Accelerator.. ^^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

korang suka tengok movie online tak?? suka tengok music video artist2 pujaan korang kat Youtube?? :)
aku PASTI semua akan suka.. alrite, just nak sharing something yang aku baru dapat tau.. atau korang dah tau hanya aku yang ketinggalan keretapi?? =.="

huhuh.. tak kisah ar yang penting aku nak share ngan korang2 yang tak tau macam aku.. yang dah tau boleh gak baca.. kalo tak nak baca aku tak boleh paksa... ^^

alrite, berbalik pada citer sebenarnya.. tadi aku mencari movie2 online then aku terjumpa satu website nie yang mengajar mengenai buffered movie ngan pantas.. maknanya mentara korang makan atau wat keje len, movie yang korang nak tengok tu dah siap buffered dan boleh tengok ngan lancarnya.. tak ada ar tersekat2 kan?? :)

nie adalah link software tersebut Video Accelerator.. download dan run seperti biasa.. selamat mencuba... ^^

ps : 30hb 10 dan 12hb 11.. ^^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, October 20, 2011

Kamek Ke Sarawak Last Part

Salam n eelloopp semua~
alrite2 sambung part terakhir dalam episod Kamek Ke Sarawak.. Part 1Part 2Part 3 dn now the last part.. :)

macam biasa ar kan, hari akhir akan di gunakan sebagai hari untuk mengabiskan duit.. shopping time..tapi aku tak ada ar nak ber shopping bagai sebabnya aku tak suka bershopping selain shopping NOVEL.. :p

memula kami di bawa ke kilang membuat kek lapis yang terkenal di Sarawak iaitu Dayang Salha Kek Lapis.. kat sini di jual 2 jenis kek lapis.. 1 kek lapis menggunakan mentega dan satu laie menggunakan 100% butter.. for sure ar kan yang butter sangat2 sedap.. dan harganya lebih sikit daripada yang mentega.. tapi best wei.. :)

dan kat sini kalo beli RM100 ke atas akan di berikan 1 kek lapis percuma.. :)
di sediakan jugak tester untuk korang rasa sebelum membuat pilihan membeli.. kalo bagi aku, nak aje aku beli semua sekali... :p

kami memilih untuk membeli mna2 yang tersedap... dan aku pun ada membeli kek asli sarawak iaitu Kek Hati Pari.. :)
kek nie menggunakan prune dan kismis hitam.. rasanya masam2 manis dan amat2 sedap.. kalo korang beli memang tak menyesal.. :)

lepas memborong kek, kami ke kilang membuat pasu pulak.. :)
owh~ kat sini memang kesukaan mak aku.. dan aku pun membeli 2 buah pasu.. satu untuk aku punya dan satu laie aku bagi kat Mama En.Tunang aku.. :p

kat sini gak aku membeli TERBALOI sejenis jajan yang di perbuat daripada sagu rumbia.. ada macam2 perasa tapi tour guide kami kata, better beli yang original punya sebab itu baru asli rsa terbaloi.. :)

dah penat tengok2 pasu sambil2 makan terbaloi, kami terus ke restaurant untuk makan tengah hari.. :)
pas kenyang kita mulakan bershoping laie.. kali nie ke Main Bazaar.. kat sini korang boleh tawar menawar tapi jangan sampai melampau ar kan.. :)
ada jual lada hitam, lada putih secara borong.. ada jual t-shirt2 kenangan, ada jual cenderamata2 dan macam2 laie ar.. :)

pukul 4.45 petang, tour guide kami menghantar kami ke Kuching Internasional Airport untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur.. maka berakhir sudah perjalanan percutian aku ngan family ke Kuching Sarawak.. ^^

kat bawah nie ada sikit gambar2.. ^^

 

Cat Statue At China Town


Cat Statue Kat Bandar Kuching


Sungai Sarawak Dan Penambang Nya


Astana


Dewan Undangan Negeri Sarawak


Dalam Fairy Cave


Dalam Wind Cave
 

ps : Next Year Planning.. Chinese New Year Kelantan, May Hanoi.. ^^ 








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, October 19, 2011

Kamek Ke Sarawak Part 3


Kredit Kat aku sendiri

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Rabu sudah.. jap aje dah nak seminggu kan?? pejam celik pejam celik dah dekat ujung bulan.. pejam celik pejam celik laie, dah ujung taun.. aiyok.. sudah nak masuk taun baru.. :)

ok ar, tak mau ar citer pasal taun baru.. nak sambung citer gie jejalan makan angin berholiday ngan family aku ke Kuching Sarawak.. korang boleh ar baca Part 1Part 2, skang masuk Part 3 bermakna hari yang ke 3 di Bumi Kenyalang.. ^^

pagi2 laie dalam kul 8.30 pagi our tour guide dah sampai tuk bawa kami ke Semengoh Wild life Rehabilitation Centre.. ppeerrgghh nama kemain... kat sini di tempatkan Orang Utan yang sama macam Sepilok kat Sabah nun.. dan kali nie, menurut tour guide kami, kami semua yang datang nie amat2 lah bertuah kerana dapat tengok secara live Orang Utan paling besar atau Domain Male yang bernama Ritchie.. umur orang utan yang tua nie 30 taun dan menurut pihak ranger, jika Ritchie nie kuar makan, semua orang2 utan yang lain tak akan keluar selagi Ritchie nie tak balik ke sarangnya.. eksen kan?? =.="

kami pun apa laie ambik ar gambar Ritchie nie dengan syarat jarak anda dengan orang utan yang berada di kawasan nie adalah 6 kaki.. kalo ada yang sedang bergayut2 kat kat atas pokok tu, jangan ar cuba2 nak dekat sebabnya orang utan nie suka kencingkan apa2 aje yang lalu kat bawah dorang nie bergayut.. :)

orang2 utan kat sini di beri makan 2 kali sehari.. pagi pada pukul 9 pg - 10 pg dan pada waktu petang.. dan ada bayaran masuk di kenakan.. aku lupa bape kena bayar.. nanti kalo aku dapat info, aku update kat sini eik... :)

lepas penat tengok orang2 utan nie, kami meneruskan perjalanan ke Annah Rais Long House Bidayuh.. yang nie masuk RM 8 satu orang.. kat sini, kawasan nya agak luas.. jadinya agak berbaloi ar ngan price yang di kenakan.. boleh berjalan2, boleh masuk ke Panggah atau Head House tempat penyimpanan kepala2 musuh yang telah di potong oleh pahlawan2 Bidayuh pada zaman dahulu dan tengkorak2 nie masih kekal macam asal.. cuma kaler dah jadi hitam sebab nya dorang akan salai kepala2 nie dulu sebelum di simpan.. bagi yang ak kuat semangat, di nasihatkan jangan masuk.. kang terperanjat lak.. :)

dah puas pusing2 kat rumah panjang bidayuh nie, mula lah perjalanan ke Bau untuk ke 3 tempat laie.. sebelum tu kami singgah makan tengah hari di Sapi Corner.. boleh tahan mahal gak rege makanan kat Sapi Corner nie.. service pun agak lambat.. =.="

dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke Blue Lake atau Tasik Biru.. tapi bila sampai aje kat tasik tu, aku tengok tasik tu kaler hijau bukan biru.. camne boleh cakap biru aku pun tak tau ar.. :)

tasik nie sebenarnya adalah bekas lombong emas.. dan sebahagian dah di berhentikan hanya sebahagian aje masih ada di lombong.. suasana kat sini memang cantik, tenang aje.. boleh ar tertido kalo duduk2 kat sini... ^^

kita teruskan ke Wind Cave ataupun Gua Angin.. di kenakan bayaran RM3 untuk seorang dan jika korang nak sewa lampu suluh kena laie bayaran RM3 untuk setiap unit lampu suluh..kalo korang ada lampu suluh sendiri, better bawak ar sebabnya gua nie sangat2 gelap dan licin dan lampu suluh yang di sewakan tu, nak suluh lubang hidung pun kelam2 aje.. =.="
sangat2 tak berbaloi..dan bagi aku, jika di berikan pilihan, aku tak nak ke gua nie laie.. sangat2 panas, bau najis kelawar dan bila berjalan dalam gelap dan licin (licin sebab najis elawar bercampur ngan air) kita tak boleh nak berpegang pada pemengan laluan yang di sediakan sebab terlalu banyak najis kelawar.. kena ar pakai lapu suluh dan jalan perlahan2.. memang tak berbaloi.. dan aku tak suggest pun korang ke sini.. kang menyesal tak sudah korang..

dah penat masuk gua busuk, kami terus ke gua cantik iaitu Fairy Cave atau Gua Pari Pari.. hah kat sini, korang kena mendaki anak2 tangga yang di sediakan setinggi umah pangsa 5 atau 6 tingkat.. dan kat sini aku tak boleh nak citer lelebih sebab aku tak panjat hanya adik, ayah dan tour guide kami aje.. aku dan mak tinggal kat bawah.. :)

tiada bayaran masuk di kenakan dan kawasan nie sangat2 sayang tidak di jaga dengan sempurna.. :(

selepas menantikan hampir 1 jam 30 minit dorang dalam gua, kami pun pulang semula ke hotel untuk membersihkan diri dan rest.. malam hanya aktiviti berjalan2 di sekitar bandar kuching menikmati keindahan bandar kuching.. :)

esok sambung part akhir.. tapi part akhir cuma jalan2 abiskan duit aje.. shopping ar.. :)
ps : Lain Kali Nak Ke Miri Pula.. Ke Mulu.. ^^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, October 18, 2011

Kamek Ke Sarawak Part 2


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri :)

Salam n eelloopp semua~ 
korang apa khabar?? ada sihat?? ^^
mudah mudahan sihat2 selalu... 

nie nak sambung citer yang semalam.. Kamek Ke Sarawak Part 1.. ^^
lepas penat berjalan , kami singgah ke Chinese Museum.. kat sini di citerkan bagaimana kaum Cina yang berasal dari China datang merantau ke Sarawak demi mencari rezeki.. ada 2 versi bahasa yang di sediakan.. bahasa Mandarin dan English.. korang boleh menonton di dalam bilik menonton yang ala2 macam kopitiam.. :)

kat sini ada di pamerkan semua perkara yang melibatkan kaum cina.. dari segi pemakaian, alatan makanan, alatan menulis dan macam2 laie... :)

pada hari ke 2, kami bertolak ke Santubong iaitu ke Kampung Budaya Sarawak.. kat sini, di kenakan bayaran sebanyak RM60 untuk setiap orang.. tapi berbaloi baloi.. sebabnya kat sini kita akan melihat 6 buah  rumah suku kaum yang terbesar di sarawak nie.. :)
bagaimana keadaan rumah setiap kaum nie hampir sama tapi tetap ada keistimewaan masing.. dan di sini gak korang akan dapat "passport" kaler hijau.. korang akan di "stamp" kan di setiap buah rumah.. makanya terdapat 6 stamp yang mewakili 6 buah rumah yang berbeza.. :)

kat sini pun ada persembahan kebudayaan.. kalo korang tak sempat nak pusing keseluruhan rumah2 nie, selepas persembahan korang boleh sambung semula pusing2.. sebabnya persembahan nie pukul 11.30 pagi sekali dan petang sekali laie.. :)

selepas ke kampung budaya, kami terus ke Muzium Kucing (Cat Museum).. di sini di pamerkan segalanya mengenai kucing.. :)
apa sahaja mengenai haiwan ini, serta keluarga kucing termasuk lah harimau dan singa.. ^^

selepas tu, kami di bawa ke Astana iaitu bangunan kerajaan.. bersebelah dengan bangunan dewan undangan negeri sarawak.. dan di kawasan ini ada taman orkid.. agak besar jugak dan bermacam2 orkid di tanam di sini.. :)

penat berpusing di taman orkid, kami singgah di sebuah kedai makan untuk menikmati "roti kawen" dan air kopi.. ^^
"roti kawen" nie aku pernah makan sewaktu di Sabah dulu.. tapi roti di sarawak nie tak berapa nyaman kata orang sarawak.. (nyaman=best)

dah kenyang, mulakan perjalanan semula.. kami singgah ke Muzium Kuching.. ini baru muzium yang sebenarnya muzium negeri sarawak.. ada 2 tingkat dan di pamerkan mengikut haiwan2, alatan2 modern, alatan2 suku2 kaum dan macam2 laie.. kata muzium kan?? ^^

di dalam kasawan muzium nie ada 2 buah laie muzium iaitu Art Museum dan satu laie Nature Muzium.. muzium kesenian masuk adalah percuma.. dan masa aku masuk tu, sedang di pamerkan mengenai manik.. macam2 manik yang dorang pamerkan.. selain daripada manik2, ada gak hasil seni anak2 watan seperti kraf tangan, seni lukisan, seni bina klasik, seni ukiran dan seni kraf barangan terbuang.. sangat2 kreatif.. :)

yang muzium nature atau semulajadi tu di kenakan bayaran masuk sebanyak RM4 untuk satu orang.. tapi kami tak sempat nak masuk sebabnya muzium2 nie tutup ada pukul 4.30 petang.. satu laie, muzium kuching nie ada 2 yang di pisahkan oleh jalan raya.. maknanya, ada old wings and new wings.. yang new wings tu ada muzium islam tapi sedang dalam renovation.. :)

dah penat berjalan2, kami pulang semula ke hotel untuk berehat sebelum memulakan aktiviti waktu malam.. :)
malam, pada mulanya hujan turun dengan lebat sekali.. tapi bila dah berhenti kami keluar makan di kawasan hotel.. kat sini banyak kedai2 makanan yang menawarkan harga yang berpatutan.. dan salah satunya warung Uncle Lim yang menjual segala jenis mee.. Uncle Lim nie mualaf yang berkahwin dengan orang tempatan dan ianya HALAL.. :)
antara yang best bagi tekak aku nie mee cendawan beliau.. best... ^^
sebabnya kesemua mee beliau adalah 100% home made oleh beliau sendiri.. gerai nie di buka dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 6 petang.. :)
selesai aktiviti hari ke 2.. esok sambung hari ke 3 lak eik... ^^
ps : Satu Malaysia Dah Pusing... ^^




Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, October 17, 2011

Kamek Ke Sarawak Part 1


Kredit Gambar Kat Aku Sendiri... :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? Monday Blues Ke korang?? :)
heheh... apa pun jangan2 blues ok.. jalankan kerja ngan berhemah... ^^

Akhirnya aku dapat gak gambar Cats Statue aku sendiri.. yeah.. dulu aku hanya tengok kat tenet aje.. now aku dah ada gambar aku sendiri.. :)
seperti yang korang sedia maklum bahawasanya aku telah kembali daripada bercuti ke Sarawak.. :)

alrite, kami menaiki kapal terbang pada pukul 8.20 pagi dan sampai kat Kuching International Airport pada kul 10.30 pagi.. lepas mendaftar ngan pihak imigresen Malaysia, cepat2 gi ambik luggage.. terus kuar airport tuk mencari pihak hotel yang datang menjemput kami.. :)

terus ke hotel, check in rest sebentar.. then trus keluar makan tengah hari di Planet Sambal.. kat cnie smuanya pedas2... :)
so... bila time makan mcm nie, aku pun apa laie.. sure ar kan nak try masakan tradisi masyarakat sarawak kan?? so aku nampak ar yang di bawah nie... :)


Nie ar yang aku makan... UMAI.. ^^

umai nie lebih kurang cam kerabu ar kat semenanjung nie.. rasanya masam masam pedas.. masa kat kedai nie hanya ada 3 jenis umai aje.. iaitu umai ikan, umai sotong, dan umai udang.. yang tak ada umai obor2 sebabnya ia bergantung pada musim.. jadi aku try ar umai sotong.. best sgt2.. pedasnya menyengat.. smpai aku yang tahan pedas nie pun mengalirkan air mata kepedasan... =))
last2 nak ilang pedas, order dadih.. :p

pas makan, kami meneruskan perjalanan pusing2 bandar Kuching.. memula kami singgah ke The Hills kat snie ar tempatnya sape2 yang nak menginap di Pullman Hotel Kuching.. :)
5 bintang nya hotel nie.. so rege pun berbintang2 ar kan... :D
kat the hills nie tak ada benda pun, banyak kedai yang masih kosong.. pastu kami pun meneruskan perjalanan mencari Cats statue yang terkenal tu.. rupa2nya berdepan dengan hotel Grand Margherita Hotel dan berdekatan ngan Water Front aje.. :)

pas ambik gambar ngan kucing2 batu tu, kami terus ke Kuching Water Front.. menyusur sungai sarawak tengah2 hari buta... seb baik banyak pokok2 walaupun berbahang.. :)
kat sini ada di sediakan perahu penambang tuk ke kampung seberang yang terletak di dalam kawasan Petra Jaya.. kadar tambang bermula dari 30 sen hingga rm 1.. ke kampung seberang nie blh aje kalo nak naik kete.. tapi jauh ar sebab berpusing.. ^^
nak menyusuri sungai pun boleh gak.. naik cruise.. rege rm19 untuk dewsa.. kanak2 aku lupa sudah bape... :)
ok ar, sambung esok lak eik... ^^
ps : Taun Depan Ke Hanoi Pulak.. :)


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, October 9, 2011

Cuti Cuti Malaysia Ke Kuching, Sarawak... ^^


Kredit gambar kat google.com/image

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? ada baik?? ada sihat?? ada happy?? :p
apa pun ucapkan Alhamdulillah kepada yang Maha Esa atas apa jua perasaan yang korang ada skang nie.. ^^

arie nie ujung minggu.. weekend.. ada yang berjimba ngan awek, ada yang berlibur ngan family yang tersayang, ada yang hanya duk umah dan ada gak yang keje macam aku nie.. =.="

apa pun, next week (10hb-13hb Oktober 2011) aku akan ber holiday sakan ngan family aku.. En Cinta a.k.a En Tunang kena tinggal sebab dia keje.. :)

tapi 15hb aku akan jumpa beliau juga.. ada family day katanya.. aku pun tak tau ar.. sebab family aku tak penah lak wat family day sbbnya arie2 memang family days buat family aku.. :D

ok ar, lokasi percutian kali nie adalah CUTI CUTI MALAYSIA.. makanya lokasi tersebut for sure ar kan dalam malaysia.. dan negeri yang bertuah (cehwah) di pilih oleh My Lil Sis dan My Ayah ialah....... Sila Rujuk Gambar Kat Bawah... :p


Kredit kat google.com/image gak

KUCHING , SARAWAK.. ^^

dengan ini makanya aku telah pusing 1 Malaysia yang tercinta.. :)
Alhamdulillah.. syukur2.. sebab di berikan kesempatan menjejak kan kaki ke tempat orang.. :)

apa pun, aku akan up date tempat2 yang aku lawati atau makanan2 yang aku try.. al-maklum ar, aku suka try makanan asli kat sesuatu tempat yang aku pergi.. :)

oleh yang demikian.. kita jumpa Jumaat ar eik.. kalo aku sempat nak up date.. ^^

ps : Mau Beli Something Special For The Special Person... ^^ 


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, October 7, 2011

Roses Korean Style Bagi Anda Yang Berminat Dengan Fesyen Yang Up 2 Date

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. ^^

Kalo cakap pasal KOREA atau KOREAN, apa yang terlintas dalam fikiran korang?? :)
MUZIK?? FESYEN?? Mamat2 Handsome?? Girls yang kaki2 semuanya cantik2, muka lawa2?? ^^

sebenarnya, kalo sebut pasal KOREA atau KOREAN semua benda yang di sebutkan tadi terakam dalam minda korang... betul tak?? :)

tapi kali nie aku tak ade ar nak citer pasal muzik korea macam Kara, SNSD, Super Juniors and so on.. tapi nak citer pasal KOREAN FASHION.. :)

so... kalo korang memang peminat pakaian korea nie, dan nak yang harganya berpatutan.. sila lah jengah ke link ini untuk mengetahui ngan lebih lanjut laie... :)
sebelum tu... meh kita usha2 sikit2 baju2 yang mereka jual.. (masih dalam roses pengenalan makanya hanya sebuah album aje yang wujud..) 100% IMPORTED FROM KOREA.. ^^

 

Price : RM 39 INCLUDING POSTAGE 


Price : RM 40 INCLUDING POSTAGE 


Price : RM 44 INCLUDING POSTAGE


Price : RM 39 INCLUDING POSTAGE 

hehehe... amacam ada yang berminat?? apa laie meh click link di bawah nie tuk usha2 baju2 yang lain pulak... ^^









Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, October 6, 2011

Sekeping Gambar 1000 Makna..




Ps : Semua Gambar Adalah Hak Milik Tuan Empunya Blog.. Sekian Terima Kasih... ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Sunday, October 2, 2011

Beringat-ingat Sebelum Terkena.. Kerana Malang Tak Berbau Pun..

Kata orang , pukau adalah untuk membuat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Ada juga dikatakan, dipukau orang yang sedang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya

Salam n eelloopp semua~ 
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. Alhamdulillah.... ^^

ok ar, tentu korang tertanya2 kenapa dan mengapa aku tulis mengenai pukau kan?? bagi teman2 di FB sure dah tau citer nie.. citer yang aku kena pukau.. yup.. aku sendiri di pukau oleh warga Indonesia pada Khamis yang lepas.. :( 


terasa laie akan kefobiaan aku apabila bersendirian di tempat mencari rezeki aku nie.. tapi jika nak di ikutkan akan kefobiaan nya, sampai bila nak terus macam nie kan?? :p


di sebabkan masalah ini ar, 2 hp aku ilang.. seb baik yang ilang hp nokia yang murah aje.. yang mahal nie tak ada lak dia ambik.. tak tau ar dia tak mahu atau dia tak nampak... lappy ayah aku yang ada kat sebelah aku pun tak di ambik nya.. duit dalam beg uncang aku pun tak di usik.. mungkin sebab duit tu RM 2 aje kot... =.="
tapi wallet aku lesap.. ngan ic, ngan lesen, ngan kad atm bank... kan ke nyusahkan aku?? kot yepun nak tibai, ambik aje ar duit tu.. yang brg2 penting tu tinggalkan ar.. takde ar aku susah2 nak poie report polis, nak poie JPN, JPJ, Bank2 tuk claim brg2 aku tu... =.="

apa pun, nasihat aku kat korang... selalu ar beringat.. malang tak berbau.. jadi better korang berhati2 ngan orang2 yg ada kat sekeliling.. ^^

ps : Kenapa Nak Buat Keje Yang Mudah Tanpa Perlu Bersusah Payah?? =.="





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)