Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Aku Tak Suka Di Puji..


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? semoga sihat2 selalu ok... :)
epy2 sokmo ngan mereka yang tersayang.. ngan family yang tercinta serta dengan teman2 yang di kasihi... :)
masih menepek gambar mawar putih lagi aku nie... nak kata jiwang, tak ada ar.. just tetiba mood jiwang itu muncul dalam diri aku pada sejak dua menjak ini... adakah aku telah jatuh cinta?? hohoho... tak ada maknanya.. nak jatuh cinta pada siapa kalo asyik keje, keje, keje dan terus keje?? :p

seronok ke lalui keadaan macam nie??
seronok (jawapan penyedap atie)
nak wat macam mana.. hanya nak mencari sesuap nasi (ayat poyo)
hehehee... seronok sangat2 (ayat geram secara cover) :p
so korang pilih sendiri ar eik, jawapan mana yang korang rasa sesuai ngan diri korang... :p

dah2 tak mau melalut bebanyak.. kang orang jelak.. kata macam kata Kak Sha, "pelbagaikan ceritera kamu.. kalo asyik cerita benda yang sama, orang akan jelak nanti..."
so aku pun tak mau ar citer pepanjang lagi.. terus pada tajuk entry aku kali nie... :)

korang suka kena puji tak?? tak kisah ar sape2 yang puji korang.. aku tau, kalo yang puji tu sum1 yang special bagi korang, sure berbunga2 kan atie?? sure terasa macam nak ulang aje pujian yang di puji oleh Si Dia tu sepanjang hari... :p
jangan ar cakap tak ada, aku pun macam korang gak.. penah gak kena puji ngan My Sp (lama aku tak citer pasal mamat ini di sini).. rasa macam nak suh aje dia ulang pujian dia tu sepanjang hari.. hehehe.. zaman tu dah berlalu.. :)
Please Lynda, jangan lelebih.. kang kena smack down dek awek My Sp kang... :)

tapi kan, bagi aku ar aku tak suka di puji sebenarnya.. sebabnya aku tak layak tuk di puji.. kalo korang kutuk aku, aku terima.. walaupun cara kutukan korang tu teruk sampai boleh wat aku mengalirkan air mata sekali pun aku tima ngan rela atie.. tapi kalo korang puji aku, aku rasa macam aku hanya di hina ngan kata2 pujian korang tu... 

aku penah bagi kata2 nie kat sorang teman aku iaitu En J, selaku yang mengaku nak jadi driver serta bodyguard aku..sebab dia suka sangat cakap aku hebat.. aku pun tak tahu apa yang aku hebat sampaikan dia suka cakap macam tu.. memula aku rasa ok aje.. tapi bila lama kelamaan, aku rasakan dia macam mengejek2 aku aje.. terus aku send kat dia ayat yang macam kat pic aku tepek tu.. dia kata aku pelik sebab kalo layak di puji memang kena ar puji.. tak kan kena kutuk lak.. terus dia tukar topic... :p

so.. kalo korang ar, apa pendapat korang?? adakah korang memang suka kena puji ataupun korang sama macam aku?? aku tak jumpa lagi tau orang yang sama perangai macam aku.. ada sape2 yang nak join the club sama2 ngan aku?? :p
apa pun aku just nak mintak pendapat korang aje... jangan memalu nak drop korangnya komen ok... :)

ps : Kenapa Aku Tak Suka Di Puji?? Aku Pun Pelik Sebenarnya.. :p





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, April 6, 2010

Memuja Mu~

Kredit Gambar Kat Diri Aku Sendiri

Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? sihat ke?? hehehe... arie nie 6hb April 2010.. bermakna telah 6 arie kita semua bersama2 memasuki bulan yang ke-4 dalam tahun ini.. :)
bukan nak citer pasal bulan atau pasal apa.. hanya nak citer pasal lagu yang aku jumpa sewaktu aku mencari lagu yang lain.. 

lagu nie nyayian ST12.. kumpulan dari Indonesia.. lagu nie bukan ar lagu cintan cintun macam yang aku harapkan sewaktu mendengarkannya.. aku terkesima apabila mendengarkan bahagian korus lagu nie.. teramat mendalam aku rasakan maknanya...

terlalu mendayu bait2nya.. puitis hingga memberikan kesan di dalam diri aku.. terasa betapa aku terlalu "jauh" daripada Penciptaku.. betapa aku langsung "tak bersyukur" akan kenikmatan yang telah di berikan-Nya.. aku terlalu alpa dengan duniawi.. terlalu menyibukkan diri hinggakan aku lupa untuk mensyukuri nikmat yang di berikan...

apa jenis umat aku ini?? apa jenis hamba aku ini??
aku sering bertanya.. 
aku selalu muhasabah akan diri aku..
mengapa aku di landa dugaan sebegini??
mengapa aku di landa bencana sedemikian??
tapi aku sendiri yang SILAP
mengapa aku tidak bertanya
mengapa engkau tak pernah bersyukur atas nikmat yang di berikan-Nya??
mengapa engkau lupakan Pencipta kau sewaktu kau sedang di atas kegembiraan??
mengapa engkau mencari Pencipta kau sewaktu kau sedang berada dalam kesusahan??
mengapa sekarang baru kau itu, kau ini, kau demikian dan bla bla bla??
mengapa tidak dari dulu kau menyedari akannya??

terlalu banyak persoalan yang aku tanyakan..
terlalu sedikit jawapan yang ku terima..
sebenarnya hampir tiada langsung jawapan yang aku terima atas soalan2 ku tadi...

dan... semalam, ya semalam...
aku teringatkan peristiwa yang pernah aku hadapi 2 tahun yang lepas..
peristiwa yang membawa aku ke alam kesedaran yang teramat sangat...
apabila melihatkan diri sendiri terkujur kaku di pembaringan.. 
melihat bagaimana ibu dan bap serta adikku meratapi akan pemergianku..
melihat bagaimana teman2 ku menziarahi jasadku tuk kali yang terakhir..
melihat bagaimana My Sp mengucup dahiku sambil menyatakan
"Sayang, Abang maafkan segala kesalahan awak..sejak kita bertemu, berpisah dan hingga awak kembali kepada-Nya.. abang sayangkan awak  dan abang akan rindukan awak"
aku jua melihat My Best Buddy Mr Dude berkata pada jasadku
"Sis, Kau adalah kawan aku dunia dan akhirat.. aku doakan moga kau akan tenang di sana sis" dan sewatu itu, aku ingin lafazkan yang aku belum mahu pergi menemui Penciptaku.. terlalu banyak dosa2 aku pada-Nya yang aku sendiri tak mampu tuk menebuskannya...

aku cuba untuk menjerit, mengeluarkan suara aku.. tapi ianya bagaikan tersekat di kerongkongku.. dadaku sebak.. aku menagis tapi tiada air mata yang mengalir.. aku menyentuh ibuku tapi aku rasakan hanya angin lalu.. aku memandang My Sp tuk meminta penjelasan, dia memandang aku tapi cuma pandangan kosong tanpa pengertian..

aku melihat sendiri diriku dimandikan, di kafankan serta di sembahyangkan..
dan aku melihat sendiri bagaimana aku di usung ke tanah perkuburan..
aku melihat sendiri bagaimana aku di turunkan ke liang lahat..
dan...
aku tak sempat melihat bagaimana aku di kambus..
kerana tanpa aku sedar aku telah terjaga daripada tido ku dan sewaktu itu aku dengar akan sayup2 suara azan subuh...

aku terus mengambil wuduk dan terus menyerahkan diri aku pada Penciptaku.. memohon seribu keampunan..melafazkan seribu kesyukuran kerana aku masih lagi di berikan peluang tuk aku meneruskan kehidupan aku di muka bumi ini..
memberikan aku peluang tuk aku lebih mensyukuri akan kenikmatan yang telah di kurniakan oleh-Nya..

dan kini aku alpa kembali.. kembali melupakan akan kenikmatan yang aku dapat selepas aku di uji dengan hanya sedikit dugaan dalam hidup aku.. betapa aku amat hina sekali kerana tak mensyukuri apa yang telah aku dapat sebelum dugaan ini melanda..
betapa aku lupa akan segalanya..

dan...
kini, aku kembali padamu Ya Allah, tuk ku serahkan semula jiwa dan ragaku..
aku kembali menyukuri akan nikmat2 mu walaupun ianya hanya sebuah dugaan cuma..
aku kembali meredhakan diriku di atas segalanya..

bukankanlah pintu hatiku semoga aku sentiasa mengingati akan Mu..
tenangkanlah jiwaku semoga aku mampu melepasi akan keperitan dugaan Mu..
tabahkanlah imanku, semoga aku tegap dalam mencari keredhaan Mu..
terangkanlah suluh hidupku tuk terus mencari diriku dan lebih mengenali akan diri Mu...

aku pasrah atas segalanya~
aku redha akan ketentuannya~

ps : klik sini untuk menonton MV Memujamu by ST12
dan klik sini untuk muat turun mp3 lagu Memujamu by ST12
dan ceritera ini tak pernah aku kongsikan dengan sesiapa pun.. tapi atieku tergerak tuk berkongsi dengan kalian akan ceritera aku ini...
dan ceritera ini adalah 2 tahun yang lepas... :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, March 12, 2010

Mimpi Ku Seindah Mawar Putih... :)


Salam n eelloopp semua~
apa khabar korang semua?? ada sihat?? cuaca masih panas lagi ke kat tempat korang?? :)
kat tempat aku, alhamdulillah.. dah mula ujan bila tiba waktu malam dan dah sodap tido.. :)
bila sodap tido, sure mimpi pun sodap dan indah2 aje kan?? :))
apa pasal aku citer pasal mimpi lak?? sebabnya mimpi aku berkait rapat ngan gambar yang aku tepek kat atas nun.. cantik tak?? ;)
apa kena mengena gambar tu ngan mimpi aku?? :)
meh aku citer~ :p

dah hampir 2 malam berturut2 aku mimpi yang sama.. aku di sebuah taman yang indah dengan di penuhi bunga ros putih (my feberet 2) :)
dan, aku tengah ber-dating dengan sesorang yang aku tak clear wajahnya... tapi aku boleh rasa akan kehadiran dia di sisi aku..
kami bercerita banyak perkara dan seolah2 kami telah lama mengenali antara satu sama yang lain...

masa tu sweet sangat2.. aku rasa macam tak mau aje aku pergi dari tempat tu... kami berkongsi apa saja topik yang di bualkan..
dan aku rasa macam tak mahu berhenti dari berbual dengan "dia"... :)

gila kah aku?? hehehe... mungkin gak, sebab setiap malam aku akan nantikan mimpi yang sama berulang semula.. :)
hanya yang aku sampai sekarang tak mampu ialah, aku tak tahu siapa lelaki yang dating ngan aku dalam mimpi tu... :(

apa pun, aku cukup epy dan cukup bahagia berada di samping "dia" .. sama2 menyusuri taman yang penuh dengan ros putih.. wangi n sweet aje.... 
dan bila aku bangun aje, aku masih lagi terbau wangi ros putih tu.... :p
angau aku~

ps : Adakah Mimpi Aku Akan Menjadi Kenyataan Kelak?? Sepertimana Mimpi Aku Yang Indah Ini??? :)





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Saturday, November 14, 2009

iGaU....~



akum... n ellooppp smua.... :)
mmmm... kali nie aku nak citer pasal MENGIGAU...


ok ar anak2 smua... (cehwah)
menurut KAMUS DEWAN BAHASA & PUSTAKA EDISI KE-3 :


igau 1; mengigau 1. bercakap pd masa tido, meracau(semasa sedang tido)
                          2. bercakap yg tidak tentu hujung pangkalnya, meracau
                          3. bercakap yg bukan2, merepek
igau 2; (ckp minangkabau) huru-hara, gempar, kekacauan..


so..., yg aku nak citer psal igau yg no 1.. iaitu bercakap pd msa tido..
bukan nak aibkan sape2.. hnya sebagai perkongsian memori aku semasa waktu study dlu ngan korg aje.. n nma "pelakon" akn aku rhsiakan n gunakan nma tipu2 aje.. :)


seblm aku mulakan citer aku, aku nak tnye kat korg ar.. korg penah mengigau x?? (jwab jujur tau) ;p
ataupun korg penah tgk org lain mengigau ke?? xde?? ish.. ish.. ish... cian korg... :p


mmm.. sepnjang pemerhatian aku, ada 2 jenis ngigau yg aku dpt.. iaitu ngigau berjalan tp mulut senyap n ngigau kat 1 tempat aje tp mulut bising.. n kedua-dua jenis nie aku penah jumpa..


first, aku nak citer psl ngigau yg berjalan nie.. kalo dlm omputihnya sleep walking (btl ke?? xbtl mtk d btlkn eik..) ;p
yg aku tgk ialah abg sepupu aku iaitu anak kpd mak ngah aku yg no 1.. aku pnggil dia Along aje ar eik.. dia nie, dr dlu suka sngat ngigau berjlan.. org dlu2 kata tdo smbil berjalan.. aku pun xtau ar apa sbbnya.. mgkin dia bermmpi yg dia ngah nak kuar g jejalan agaknya.. ciap bukak pintu umah laie.. nasib baik bpk dia tegur dia n dia trus trsedar dr tdo n blur.. :)
ada lak yg sekali 2, dia bwk bantal dia n tdo btl2 kat dpn muka pintu bilik air.. mgkin aku rsa dia mmpi tdo kat air tejun agaknya... sejuk aje... ;)
tp aku pelik, dia ngigau tp mulut snyap hnye kuat brjalan aje..


yg bgigau kat 1 tmpat aje tp mulut bising lak ialah mmber aku msa aku study kat KNKP.. namanya Mizz J, dorm mate aku nie pling kuat ngigaunya.. xde penah 1 arie dia xngigau.. tiap2 mlm dia akn ngigau.. n ckp
bnda yg tah apa2 tah.. penah 1 kali 2 dia boleh "bantai" nyanyi lagu Sheila On 7 smpai 1 lagu ciap ngan gaya sekali.. :)
biler kitaorg tnye dia esknya, dia kata dia mmpi dia ngah berduet ngan Duta Sheila On 7..


boleh ke mengigau nie mmbawa maut??
jwapannya : boleh..
nak tau apa pasal??
ye ar, kalo ar dia ngigau yg dia buat aksi trjun tiruk kat sungai, tp sebenarnya dia dah trjun tiruk kat tngga umah dia.. (kalo umah yg tngganya rndah xpe ar gak, kalo yg duk umah flat??) haru deh...
kalo xsilap aku, dulu ada kes budak sekolah yg dok asrama, meninggal sbbnya trjatuh dr bangunan asramanya hnye krna dia kuat ngigau.. mmber dia kta dia arwah mmg kuat ngigau.. xkira ar tdo siang mahupun tdo mlm..

boleh ke pengigau mmbunuh??
jwapannya : boleh gak
nak tau apa pasal??
hah.. kalo ar dlm mmpi 2 dia potong ayam ke, atau dia mmpi sembelih lmbu ke.. upa2nya dia g potong mak atau bapak dia atau kwn2 sebilik dia.. xke kes naya 2?? nak d kategorikan apa eik kalo kes mcm 2?? mmbunuh ngan xsengaja?? atau mmbunuh tnpa niat?? :)

k ar.. dah nak tdo.. esk smbung keje balik..
bye2 n akum smua.. jgn ngigau lak mlm kang eik... :)

p/s : trasa nak mkn kek coklat plak.... ;p
Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, November 2, 2009

ceRita BenaR KNKP...




akum n elloooppp... :)
hehehe... mntang2 ar skang nie holloween aku pn bubuh ar gmbr pumkin yg ngah snyum 2.. pumkin ngan holloween mmg xdpt nak psahkn.. mcm isi ngan kuku... ;p


mmm... sbnrnya, aku bkn nak citer pasal arie antu nie.. aku nak citer pasal pengalaman aku msa study kat KOLEJ NEGERI KUALA PILAH atau lebih glamour KNKP.. msa aku kat cnie, aku bdk2 pas SPM n aku d tawarkn ambik kursus Sijil Sains Komputer under UPM.. n sekali lagi aku bukannya nak citer pasal kursus yg aku ambik.. aku nak citerkn pasal pengalaman aku n budak2 yg kena histeria..


hah.. msa aku kat KNKP nie ar aku bru tau psl histeria nie.. n bru aku tau mcm mna nak uruskan budak2 yg kna nie.. msa kat KNKP nie hnye 1 perkara yg wat aku xboleh lupa.. biler 1 malam hampir 10 org lebih (kalo aku xclap kira ar) yg kna histeria nie secara brgilir2.. n bukan KNKP aje yg kna, Kolej2 yg brdekatan pn kna mcm Matrikulasi Kuala Pilah serta UiTM Kuala Pilah..


cuba byangkn mcm mna nak handle dorg smua nie.. citernya mcm nie.. msa petang kejadian 2, aku n mmber dorm aku mcm biasa ar nak g mandi.. then kami trdengar bunyi org berlari kat atas dorm kami 2.. tuk pengetahuan korg semua, bhagian atas dorm kami xde pnghuni kecuali dorm terakhir d sebelah kanan sahaja yg ada penghuni.. itu pn xramai sbbnya dorm kecik.. (kat cnie ada 2 jenis dorm, dorm kecik n dorm besar)


tp kami teruskan gak ar mandi hingga ar kami trdengar bnyi bising n bunyi org menjerit.. cepat2 mandi n g ar kaypoh apakah yg terjd sebenarnya.. but seniors xbg dekat n mintak kami kuar g makan.. tp malam 2 aku xkuar sebabnya aku rsa mcm xsedap badan so mintak ar dorm mate aku tapaukn tuk aku.. abiz aje kiteorg menjamu selera ala kadar 2, sekali lagi trdengar bunyi org menjerit.. apa lg ketua dorm dah bagi amaran jangan kaypoh.. turun g prep..


kiteorg pn turun ar g prep.. msa nak g prep 2 kiteorg jumpa ngan member klas nie ngah ambik air kat water cooler.. tnye dia tak turun prep ke? dia kta kejap lagi.. kite org pn mlas nak layan terus turun prep.. (bilik prep kiteorg kat basement.. n water cooler 2 kat ground floor).. msa turun 2, aku rsa mcm ada org ikut aku dr belakang.. aku pn xtoleh ar sebabnya aku sangkakan yg ikut 2 bdak klas kiteorg yg jumpa kat water cooler td.. bler sampai kat pintu bilik prep 2, aku ngan tak sengaja trtoleh kat belakang.. yg mengejutkan aku ialah... xde sape kat belakang aku..


tp aku senyap aje.. terus g prep mcm biasa smpai ar sorg senior lelaki kiteorg dtang.. n tetba aje member aku yg sorg nie tanya aku " sape yang bawak bawang putih nie?" kami jawap " sape yang ada bawak?" dia kata lagi " aku tau ada yang bawak bawang putih nie.. aku boleh bau ar"
aku pn tanye ar member2 yang ada kat situ.. dorg kata mmang ar ada bawang putih n yg peliknya mcm mna budak nie boleh tau plak.. dan...., xlama lepas 2, budak nie start "begong" dan.... bermulanya episod jerit menjerit n jangkit berjangkit..


bayangkan 1 malam hampir 10 org lebih yang kna.. yang nak "selamatkn" teman2 yang xkuat semangat pn ramai gak.. aku ingat lagi, aku ada 3 org member yg agak kurang semangatnya.. so aku mintak tolong ngan member klas aku nie.. dia bwak kami ke masjid Kuala Pilah tuk berlindung tapi malang sungguh, masjid lak tutup sebabnya dah kul 12 malam dah.. dia pun xtau nak buat mcm mna.. dia patah balik ke kolej n mintak kebenaran nak bawak kami balik ke rumah dia.. kami ikut aje n bermalam kat umah kuarga dia.. parents dia mintak kami tido kat bilik sembahyang.. kami pun xtau apa yg trjd pd yg lain malam 2..


esoknya, kami pn balik ke hostel tuk g klas.. kalo xsilap aku klas d batalkn sebab bnda nie blm selesai.. n siang 2 kejadian yg sama berulang.. mcm2 org dah dtang nak nolong tp entah ar.. akhirnya segalanya dah ok n kami pun berpindah ke Kolej Negeri Seremban 2 tuk gabung ngan cawangan2 Kolej Negeri yg lain..


so, kat cnie kalo korg nak tau pasal citer nie lg.. korg boleh ar baca kat link yg aku bg nie..  blog nie aku rsa senior akunye.. aku jmpa msa aku ngah surf tenet 4 arie yg lepas..
AwgKu Pangeran :


ok ar.. dah lmbat nie... nak tido.. esok nak g keje..
apa2 pn c ya next time ok.. :)


bye2 n akum... :)


p/s : tima undangan ke majlis kawen mmber seklah dlu next week... ;p
Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)