Kredit Gambar Kat Aku Sendiri
Salam n eelloopp semua~
skang nie makin lewat aku update blog kesayangan aku nie.. semalam konon2 nak update, dah lak berukband wat hal sekali laie, jap connect jap kang disconnect.. mau chating pun rasa amat payah dan malas.. bayangkan ar, ngah2 type, dc.. kena connect back... Wathefish ar kan kalo macam tu.. :)
ok ar, kali nie aku nak wat review mengenai novel yang aku "rembat" kat MPH Jusco Seremban 2.. Click Kat Sini nak tau mengenainya... :)
ok...kita mulakan ar eik... :p
Tajuk : Cinta Pertama
Penulis : Haslinda Ismail
Bilangan Muka Surat : 384 Helai
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)
Harga : Rm 34.90
Sinopsis :
NISHA… dalam dilema kerana dianak tirikan oleh ibunya sendiri tanpa sekelumit kasih sayang. Melarikan diri adalah cara terbaik untuk membuktikan kebolehan diri pada ibunya. Dalam kegetiran dia belajar sebagai pelajar jarak jauh dan juga bekerja keras demi mencari wang untuk perbelanjaan dirinya, dia terpaksa berhadapan dengan peristiwa yang tidak pernah disangka-sangka. Dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihan hatinya kerana salah faham. Walaupun perkahwinannya tanpa dirancang tetapi dengan kehadiran lelaki yang bernama sang suami membuatkan dirinya bahagia kerana itulah cinta pertamanya.
Dalam membina kebahagiaan rumah tangganya dia berhadapan pula dengan bekas isteri suaminya, kerana salah faham dia juga telah dihalau keluar dari rumah oleh suaminya tanpa mengetahui bahawa dia sedang mengandung dan juga menghidap kanser rahim. Demi kasih sayang pada suaminya Irwan, Nisha juga merahsiakan penyakitnya dan ingin melahirkan anaknya walaupun dia tahu dirinya kini dalam bahaya. Adakah Nisha dapat mengembalikan cinta suaminya? Mampukah Irwan menghadapi saat-saat isterinya yang bertarung dengan maut untuk melahirkan zuriatnya?
Review Aku Pulak :
hehehe... ok ar, jalan citer yang agak simple.. memula agak kesian bila baca kisah hidup Nisha yang selalu di belasah oleh ibunya sendiri.. ibunya iaitu Siti Hanum terlalu sayangkan suaminya iaitu Abdullah yang di kahwini atas dasar cinta sama cinta tapi di halang oleh kuarga Siti Hanum kerana masalah pangkat dan darjat... dan bila Abdullah merantau ke Singapura tuk mencari rezeki, tinggal lah Siti Hanum dan anak2 mereka si kembar iaitu Nisha dan abangnya Jai..
konflik mula terjadi apabila Jai melanjutkan pelajaran, Siti Hanum bagaikan hilang pertimbangan apabila dia memukul Nisha hinggakan Nisha melarikan diri membawa hati yang luka..
nak tau lebih lanjut, korang kena ar baca sendiri novel nie.. penggunaan bahasa pun agak sempoi, tak terlalu berbunga2, tak terlalu compicated sangat.. perkembangan watak pun agak bagus.. aku suka watak Nisha sebabnya dia seorang gadis yang amat tabah dalam menjalani kehidupannya.. di belasah leh ibunya sendiri, di halau oleh suaminya dan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pesakit kanser pangkal rahim.. bertarung tuk menyambung zuriat suaminya walaupun suaminya menghalaunya dan nyawanya di hujung tanduk.. :)
ok ar... skang aku ngah membaca Cinderella Cinta.. bila aku abis nanti aku wat review pasal tu pulak eik... :)
hehehe... nie pulak buku2 yang aku "rembat" kat MPH Alamanda Putrajaya sewaktu Liburan Kali Ke - 2... :p
so aku tak perlu terlalu "jimat" tuk mengabiskan novel2 aku nie... :p
ok, macam biasa ar, petang2 kang aku jejalan ke umah korang eik... :)
ps : Love At The First Sight.. Aku Tak Percaya... ^_^
8 comments:
bila baca novel aku takut 'termasuk' sekali dalam cerita tu.
sbb tu dah lama x baca novel. sbb bila akhir bkn seperti yg aku mahu,mcm frust gitu
tedi~
huhuhu... menghayati sungguh ko eik??
aku suka "masuk" dalam citer tu... tapi aku tak mampu nak mengalir air mata sekali pun walau citer tu sgt sedey... :)
byk gilo rembat!! nak jugak!!!
huhu.
miera : xbyk tu.. kalo yg akak order tu ada stocks arie tu, laie byk kena rembat... :p
Banyaknya Linda.....wishing u all the best utk habiskan baca semua...nanti suggestlah buku paling best kat I...:)
zue : hehehe... bukan selalu sy dpt bershopping novel nie... :)
ok.. nanti sy bgtau yg mna paling best eik... :)
Mahal gak ehh harga novel tu.. Akak baru je habiskan novel Layang2 Bertali Kaca by Norhayati Berahim... Leleh gak la sikit at the end... Mula2 sedikit boring sbb bnyk sgt watak, jadi pening.. hehehe..
salam kak azz~
sy xgemar baca buku dr alaf 21... sy lebih senang baca CESB.. dr dulu smpai skang, sebab CESB byk penulis2 baru yg berbakat... :)
Post a Comment