Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Mari Kita Sama2 "Sharing Is Caring"... ^^


Kredit Gambar Pada En.Google Image.. ^^

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? ada sihat?? ada baik?? tak sihat, tak baik, baiklah gi jumpa doc atau rest... ^^

arie nie aku nak wat promosi perniagaan.. bukan takat Butik Elyna Atau House Of Shawlz tapi macam2 perniagaan yang len.. antaranya :

1) Korang pernah dengan VCO ataupun cakap penuhnya Virgin Coconut Oil atau cakap melayunya Minyak Kelapa Dara?? :)
hah.. kalo korang nak tau ngan lebih lanjut, korang boleh ar poie kat page Cik Yaya yang menjual product nie.. korang boleh bertanya ngan lebih lanjut mengenainya... ^^

2) Nak tempah kasut tuk dinner?? atau tuk E-Day atau untuk wedding atau untuk suka2 sebab ianya adalah CUSTOM.. makanya hanya korang sorang aje yang pakai asut design yang korang nak.. korang boleh gi tempah kat page Absolutely Gorgeous By Amy... memang gorgeous tau.. ^^
dan Amy nie pun ada wat make-up service tuk acara2 keramaian mahupun tuk photo shoot.. singgah ar pulak ke page make beliau iaitu Beauty Touch Of Amy Zalini.. ^^

3) nak makan cupcake sedap2?? hah.. korang boleh gi Miza Mizo.. aku dah penah tempah ngan adik nie.. memang sedap.. tak nyesal.. service pun sangat bagus.. ^^

4) Kalo korang nak beli barangan AVAIL, korang gie ar page Kak Azz nie.. dia ada jual barangan AVAIL.. ada gak dia jual jubah2 pre-order.. ^^

5) Nak custome made kad raya?? sampul raya?? t-shirt raya?? dan sebagainya (tak semestinya tuk raya) boleh gi ke page Kak DIda Ijau Si Tokey Baju.. akak nie jiran sebelah kedai aku.. ;D

6) bagi yang nak anak tudung custom made, korang boleh jengah ke page FB Cik Princess Miow.. dia nie adik aku.. =)
dia boleh wat anak tudung cotton yang cantik2... :)

7) Bagi yang nak cari service photographer pulak, korang boleh gi pages yang seperti di bawah nie.. :)
- Cik Miera (rasanya dia buat tuk free time aje kot) :p
- Bulan (yang nie pun rasanya free time aje) :D

8) Nak beli hijab Pearl Haya?? D'HAJA?? Tapi hanya untuk mereka2 yang berada di dalam kawasan Sabah, Sarawak serta Brunei.. boleh gi page Galeri A'Thank.. =)

so.. nie aje yang aku dapat bagi info.. kalo korang ada nak share atau tambah apa2, just tinggalkan komen di kotak komen ok.. boleh kita sama2 share.. SHARING IS CARING kan?? ^^
ps : Jangan Lupa Jengah Pages Yang Aku Bagi.. Dan Jangan Lupa Jengah Butik Elyna Serta House Of Shawlz.. ^^







Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, July 8, 2011

Pengkongsian Ilmu : Cara2 Nak Tukar Google Kepada Nama Korang... ^^

salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga2 korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan di hari Jumaat penghulu segala hari.. ^^

just nak share ngan korang apa yang aku dapat semalam.. nak share semalam dah malam bonar.. so aku wat ar arie nie nya entry... ^^

aku rasa korang mungkin ada yang dah tau mengenai penukaran logo GOOGLE kepada nama lain.. aku tau aku memang ketinggalan banyak... ^^
tapi tak salah rasanya kot nak share somethings yang agak interesting ngan orang2 len.. ^^
dan tutorial nie bagi mereka2 yang dah bohsan tengok logo GOOGLE.. boleh ar korang nak tukar kepada apa sahaja nama ataupun nak guna nama sendiri pun boleh.. :)
so.. meh kita tengok macam mna nak buat.. :)



nie kan laman biasa yang kita tengok.. so korang taipkan goglogo.com dan akan kuar laman seperti di bawah ini..


kat situ ada di tulis CREATE YOUR OWN GOOGLE STYLE LOGO AND SEARCH PAGE..
so korang bubuh ar nama apa yang korang nak.. macam aku aku bubuh nama aku iaitu "LP Lum".. tekan button create dan korang akan dapat website tu bertukar menjadi seperti kat bawah nie..


tengok.. kan dah tukar GOOGLE --> GOGLOGO --> LP Lum.. :)
dan korang masih boleh nak cari apa sahaja website seperti biasa.. ^^


gambar kat atas nie masa aku konon2 nak test cari facebook.. sekali kuar layout dia mcam tu.. cantik gak... ^^

so.. tu aje.. senangkan.. hanya ngan beberapa steps aje korang dah boleh tukar 
GOOGLE --> nama kegemaran korang... =)


so.. selamat mencuba dengan jayanya... ^^








Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, November 30, 2010

Entry Khas : Thanx To Dak Intan

Salam n eelloopp korang..

hehehe.. arie aku terajin meng-update teratak usang aku.. =)

ok ar.. sebenarnya aku nak wat entry khas tuk :
Dak Intan di atas entry tutorial blockquote dia... ^.^
Kalo korang nak tutorial blockquote atau tutorial yang len, korang klik aje ar eik nama Dak Intan nie... :) 
senang aje.. tak pening2 pun pale... :) 

ps : Nak Mencari Tutorial Laie Dan Sangat Epy Atas Kunjungan Itu Serta Parcel My Baby 550 ^.^ 


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Nak Share Ngan Korang Semua.. ^.^


Kredit Gambar Kat Sini

Salam n eelloopp korang~
apa khabar?? aku doakan moga korang sentiasa sihat2 ok... :)

ok ar, arie nie tak mau citer pepanjang ar eik... :)
semalam masa aku meronda2 di Geng Blogger, aku terjumpa ar tutorial nie.. tapi aku tak reti ar nak terangkan secara terperinci... :)

apa kata korang klik Blog Miss LeaFareesya.. dia ada wat penerangan mengenai Tutorial Auto Update Twitter Dan Facebook.. :)

ok ar eik.. semoga berjaya.. aku dah try test dah.. memang berjaya ngan jayanya... :)
apa pun thanx to Geng Blogger dan Miss LeaFareesya... ^.^

ps : Hehehe... Tergembira Lak Petang Semalam.. ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Thursday, November 25, 2010

Thalassemia Oh Thalassemia... ^.^




Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

ok ar, semalam aku bertemu ngan seorang pasangan yang bakal menerima kehadiran cahaya mata yang pertama dalam perkahwinan mereka.. sangat epy aku melihat si ibu dan si bapa yang berseri menantikan kehadiran zuriat mereka.. :)

tapi aku bukan nak citer mengenai kegembiraan mereka tuk menanti kehadiran insan kerdil tersebut.. aku nak citer mengenai si ibu yang di dapati positif thalassemia.. :(
apa bila si ibu terpaksa menukar darahnya setiap 3 bulan demi menyambung nyawa insan kerdil dan jua nyawa dia..

aku sangat terharu tapi dalam pada itu aku berbangga kerana semangat si ibu begitu kuat sekali.. :)
menurut si ibu, dia di syaki menghidap thalassemia sewaktu mengandung.. sebelum nie, dia tak membuat pun ujian thalassemia.. hanya melakukan ujian saringan H.I.V aje.. tapi alhamdulillah.. si bapa bebas daripada thalassemia.. maka, kebarangkalian insan kerdil tuk mendapat thalassemia agak kurang berbanding jika ke dua dua nya pembawa thalassemia.. 

macam aku, aku jua penghidap alpha thalassemia.. aku masih beruntung kerana aku tak perlu menjalani penukaran darah 3 bulan sekali demi mengantikan darah aku.. aku cuma perlu makan ubat yang di bekalkan oleh doktor setiap arie.. tapi apa yang aku lakukan?? aku jarang makan ubat tersebut.. aku bosan kerana aku terlalu bergantung pada ubat tersebut.. aku jemu menghadap ubat setiap hari.. (belum termasuk ubat tuk sakit tulang aku yang perlu aku makan setiap minggu)

dan bila aku mendengar keluh kesah si ibu tadi.. aku menjadi amat malu.. malu kerana aku tak sekuat si ibu tersebut walhal aku bukan pun mengandung.. tapi masih culas tuk menjaga kesihatan aku sendiri..

maka aku berjanji dengan diri aku sendiri, tuk lebih menjaga kesihatan aku sebaik mungkin selepas ini.. insya Allah.. walaupun aku tau yang thalassemia, astma dansakit tulang aku nie tak akan dapat sembuh, tapi aku bersyukur kerana masih mampu tuk menjalani kehidupan seharian aku dengan gembira.. :)

ps : Pada Sesiapa Yang Ingin Berkahwin Ataupun Tidak, Buat Lah Ujian Thalassemia Tuk Mengetahui Sama Ada Anda Tergolong Di Dalam Golongan Ini Ataupun Tidak.. Jangan Menyesal Di Kemudian Hari... ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, October 6, 2010

Sharing Is Caring :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan.. :)

aku just nak share apa yang aku dapat daripada email My Best Buddy Mr.Dude.. :)

Maxis free Internet Opera Mini Setting 
1) Download and install  Opera Mini. 
2) Dial *100# and you will see a listed menu. 
3) Select no.7 (Internet&Settings) > Select no.3 (prepaid broadband) > Select no.4 (service switching) >Select no.2 (Switch to Prepaid Broadband) > Select no.1 (Proceed) 
4) You will receive a confirmation sms. 
5) Change your APN from “unet” into “bbnet”. For Nokia phone, this setting will be in “Settings> Connectivity>Destinations>Access Points”. 
6) DONE!!! FREE INTERNET!!!!

So..enjoy ar eik.. try ar... :)

ps : Kemungkinan Skang Aku Berada Di Puncak .. ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, July 14, 2010

9 Makhluk Aneh Yang Terdapat Di Lautan Dalam



Viper Fish


- di temui pada kedalaman 80-1600 meter..
- merupakan ikan dengan tampang super kejam
- badan lutsinar, organ menyala, mata yang besar tuk mengumpul cahaya, mulut yang lebar, perut yang elastik



Fangtooth


- hanya sebesar 6 inci aje
- tubuh pendek tapi berkepala besar
- boleh di dapati hingga ke dasar laut sedalam 16000 kaki
- terdapat di lautan tropika seperti Australia




Dragon Fish


- di temui di kedalaman 5000 kaki..
- memmiliki belalai yang menyala



Angler Fish


- sepanjang 5 inci
- hampir seperti bola keranjang bentuk tubuhnya
- di temui di kedalaman 3000 kaki



Gulper Eel


- boleh sepanjang 2 - 6 kaki
- di temui di kedalaman 3000 - 6000 kaki



Giant Octopus


- ukuran yang terbesar adalah 60 kaki
- bersifat karnivor



Giant Isopod


- sepanjang 16 inci
- di temui di kedalaman 2000 kaki



Long Nose Chimeara


- size sepanjang 5 kaki
- di temui di kedalaman 8000 kaki



Stargazer Fish


- membesar sepanjang antara 18 cm - 90 cm
- suka menyembunyikan diri di dalam pasir sebelum menyerang mangsa
-boleh juga menyebabkan kejutan elektrik



ps : Segala Info Adalah Berdasarkan Kepada : 99 Keajaiban Dan Keanehan Dunia..
Len Kali Aku Share Yang Len Lak Eik... ^_^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Wednesday, July 7, 2010

Protect Ur Blog~ (PART 2)

Salam n eelloopp semua~
hehehe... petang nie aku update sekali laie mengenai PROTECT UR BLOG PART 2..

ok... tak mau citer pepanjang laie.. kredit pada BLOG IFATASYA kerana
sudi share tutorial nie... :)

hehehe.. aku dah try, memang tak boleh copy.. korang try ar pulak eik... :)
ini bagi menghalang orang len meng-copy entry kita menggunakan "CTR+C"..
dan menghalang orang len meng-highlight kita nya entry.. :)

ps : Kak Azz, Den Dah Buat Dah.. Dah Berjaya.. So Den Share Kat Sini... ^.^
Terima Kasih Atas Teguran Akak Semalam... :)






Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Tuesday, July 6, 2010

Protect Ur Blog~

Salam n eelloopp semua~
hehehe.. nie simple update... mau share ngan semua...
tadi masa aku jejalan kat blog, aku terjumpa entry nie..

korang mesti masih ingat pasal citer copy cat kan??
then aku ada share pasal Copyscape kan??
hah.. kali nie aku jumpa pasal ini..

korang click kat link tu akan terus ke umah Peace, Love & Respect.. :)

so.. try ar yang nie pulak ok.. katanya amat power... :)

ps : Semoga Blog Kita Selamat Daripada Kena Copy Cat... ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, July 2, 2010

Mari Mengenal Pasti Siapa Yang Copy Cat Kamu~ ^.^

Gambar Kredit Kat Aku... :)

Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang sentiasa sihat2 aje eik... :)

ok, kali nie nak share pasal COPYSCAPE.COM.. apa itu copyscape.com??
hehehe.. mungkin ada antara korang penah dengar dan menggunakan aplikasi nie kat website korang.. tapi aku baru aje tau pasal nie... :p
so aku nak share ar... :)

copyscape nie adalah satu aplikasi tuk kita mengenal pasti siapa yang menggunakan content di dalam blog ataupun website kita tanpa kebenaran kita.. :)
korang mesti pernah membaca mengenai entry aku yang ini kan?? bagaimana teman2 blogger yang lain merunggut mengenai blog ataupun contents dorang di copycat oleh blogger len.. so, aplikasi nie boleh korang gunakan tuk mengenai pasti sape2 yang melakukan jenayah kecik itu... :)

aku dah try, dan untuk blog aku iaitu http://mizfantasy.blogspot.com/ aku telah dapat 2 orang yang menggunakan contents yang sama dengan aku..



dan bila aku click pada results yang di berikan.. copyscape akan kuarkan kenyataan ini :


jadi bila aku tengok balik apa yang sama antara aku dan blogger ini adalah perkataan ini :

6 BULAN TELAH BERLALU

patut ar results tu kata hanya 1% aje yang sama... :p

so, apa kata korang lak try wat n letak aje banner copyscape kat blog korang supaya tiada orang lain akan senang2 nak copy contents korang... ^.^
korang boleh layari : http://www.copyscape.com/ 

ps : Hehehe... Jangan Ar Nak Copy2 Eik.. Cari Ar Identiti Sendiri... ^.^


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Monday, May 10, 2010

Entry Khas Buat Kalian Pembaca Blog Miz Fantasy... :)





salam n eelloopp semua~
korang semua apa khabar?? sihat2 semua hendaknya...
so aku nak share korang ngan 1 artikel nie.. member aku berikan kat aku.. thanx 2 In yang sudi share ngan aku.. now aku nak share ngan korang semua.. :)


Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini ( 
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net 

ORIGINAL ARTIKEL 


ps : Wali Band _-_ Tomat.. korang dengar ar eik lagu nie... :)


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

Friday, March 26, 2010

Ilmu Di Hari Jumaat~


Kedit Ke Dua-Dua Keping Gambar Pada Pengirim E-Mail
Mr Dude

Salam n eelloopp semua~
Jumaat datang lagi.. Penguhulu segala hari tiba seperti yang telah di tetapkan..
apa khabar korang semua?? moga2 korang semua dalam keadaan yang sihat sokmo... :)
weekend dah nak mai, korang ada plan yang best2 ke nak abiskan weekend korang??
sure ada yang nak poie dating, nak spend quality time ngan family yang tersayang bagi yang dah punya kuarga sendiri, bagi yang tak punya kuarga sendiri, spend ar masa korang ngan member2 korang ataupun balik kampung ke jenguk mak bapak korang kat kampung.. :)
bagi yang tak ada apa2 planning lagi, apa kata korang menjegak ke PWTC tuk Pesta Buku Antarabangsa yang sedang berlangsung walaupun tinggal beberapa hari aje dah nak abis... :p
(lembab sungguh aku meng-info pada korang)
boleh klik kat sini, tuk infor lebih banyak lagi.. :D

ok2 tak mo nak membebel terlalu panjang.. just nak berkongsi e-mail yang aku dapat dari My Best Buddy Mr Dude.. :)

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN 
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
 
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
 
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... .......... .
 
Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu....

 
Allahu Akbar!! 

ADAB MENDENGAR AZAN 

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya 
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa 
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat 
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik 
Mukanya yang menahan kesakitan ' 
sakaratul maut' . 
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 
'Hendaklah 
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah 
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' 

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan 
Diri, 
jangan berkata apa-apa pun semasa azan 
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib 
Menghormati azan Banyak fadhilatnya 
. Jika lagu 
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan 
Diri. 
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? 
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah 
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan 
Kelunya
 lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita 
Tidak dapat mengucap kalimah 
'Lailahaillallah. .' yang 
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika 
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan 
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama 
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah 
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian 
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' 

semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .' 

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, 
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah 
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan 
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan 
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, 
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir 
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa 
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik 
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan 
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar! 

so.. aku harap korang semua mendapat sedikit ilmu daripada apa yang aku kongsikan kat sini pada hari ini.. :)

ps : Nak G Gak Pesta Buku Tu.. Tapi Tak Pasti Sama Ada "Org" Itu boleh Temankan Aku... ^_<


Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)