Thursday, November 25, 2010

Thalassemia Oh Thalassemia... ^.^




Salam n eelloopp semua~
korang apa khabar?? aku doakan moga korang berada di dalam keadaan yang menyenangkan... :)

ok ar, semalam aku bertemu ngan seorang pasangan yang bakal menerima kehadiran cahaya mata yang pertama dalam perkahwinan mereka.. sangat epy aku melihat si ibu dan si bapa yang berseri menantikan kehadiran zuriat mereka.. :)

tapi aku bukan nak citer mengenai kegembiraan mereka tuk menanti kehadiran insan kerdil tersebut.. aku nak citer mengenai si ibu yang di dapati positif thalassemia.. :(
apa bila si ibu terpaksa menukar darahnya setiap 3 bulan demi menyambung nyawa insan kerdil dan jua nyawa dia..

aku sangat terharu tapi dalam pada itu aku berbangga kerana semangat si ibu begitu kuat sekali.. :)
menurut si ibu, dia di syaki menghidap thalassemia sewaktu mengandung.. sebelum nie, dia tak membuat pun ujian thalassemia.. hanya melakukan ujian saringan H.I.V aje.. tapi alhamdulillah.. si bapa bebas daripada thalassemia.. maka, kebarangkalian insan kerdil tuk mendapat thalassemia agak kurang berbanding jika ke dua dua nya pembawa thalassemia.. 

macam aku, aku jua penghidap alpha thalassemia.. aku masih beruntung kerana aku tak perlu menjalani penukaran darah 3 bulan sekali demi mengantikan darah aku.. aku cuma perlu makan ubat yang di bekalkan oleh doktor setiap arie.. tapi apa yang aku lakukan?? aku jarang makan ubat tersebut.. aku bosan kerana aku terlalu bergantung pada ubat tersebut.. aku jemu menghadap ubat setiap hari.. (belum termasuk ubat tuk sakit tulang aku yang perlu aku makan setiap minggu)

dan bila aku mendengar keluh kesah si ibu tadi.. aku menjadi amat malu.. malu kerana aku tak sekuat si ibu tersebut walhal aku bukan pun mengandung.. tapi masih culas tuk menjaga kesihatan aku sendiri..

maka aku berjanji dengan diri aku sendiri, tuk lebih menjaga kesihatan aku sebaik mungkin selepas ini.. insya Allah.. walaupun aku tau yang thalassemia, astma dansakit tulang aku nie tak akan dapat sembuh, tapi aku bersyukur kerana masih mampu tuk menjalani kehidupan seharian aku dengan gembira.. :)

ps : Pada Sesiapa Yang Ingin Berkahwin Ataupun Tidak, Buat Lah Ujian Thalassemia Tuk Mengetahui Sama Ada Anda Tergolong Di Dalam Golongan Ini Ataupun Tidak.. Jangan Menyesal Di Kemudian Hari... ^.^





Terima Kasih Kerana Sudi Menziarahi Dan Membaca Di Teratak Numb Gurl'z.. Segala Entry Dan Gambar Gambar Adalah Hak Milik Sah Tuan Teratak Kecuali Yang Di Nyatakan Sahaja.. Harap Maklum.. ^^

No comments:

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
PoKcik Dot yaNg BaGi

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Nie Award Yang Di berikan Oleh Cik Siti Zubaidah

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Dak Miera :)

nUmb GurL'z AwaRd :

nUmb GurL'z AwaRd :
Award Yang Di Berikan Oleh Kak Yasmin.. :)